question
stringlengths 67
868
| answer
stringclasses 4
values |
---|---|
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Kemunculan seekor tikus dari celah pintu itu telah menyebabkan suasana __________ di kelas 6 Teratai.
A. hangar-bingar
B. gundah-gulana
C. jerit-pekik
D. tunggang-langgang | A |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Suasana __________ di stadium itu jelas kedengaran tatkala wisel penamat ditiupkan.
A. huru-hara
B. hiruk-pikuk
C. kacau-bilau
D. kucar-kacir | B |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Sampah itu dikutipnya __________ dibuangnya ke dalam tong sampah.
A. seraya
B. apabila
C. bahawa
D. kemudian | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.
Penanam tembakau itu __________ di tengah panas untuk mencari rezeki menyara keluarga mereka.
A. curi tulang
B. tulang belakang
C. membanting tulang
D. ringan tulang | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Kedudukan Presiden Libya itu __________ kerana seluruh rakyatnya memberontak mendesak beliau meletak jawatan.
A. bagai kambing dihalau ke air
B. bagai telur di hujung tanduk
C. bagai tikus membaiki labu
D. bagai haruan makan anak | B |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Kim Seng __________ memungut mata terbanyak bagi memastikan pasukannya menjuarai pertandingan itu.
A. telah
B. harus
C. mesti
D. sudah | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Kehidupan Wen sekeluarga akhirna __________, apabila kedua-dua orang abangnya berjaya menjawat jawatan tinggi di ibu kota.
A. bagai kain tiga hasta
B. bagai kumbang putus tali
C. bagai Belanda meminta tanah
D. seperti kaca terhempas ke batu | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Kami sekeluarga akan pulang ke kampung esok. __________, ayah akan memastikan semua pintu dan tingkap rumah dikunci.
A. Selepas itu
B. Sebelum itu
C. Oleh itu
D. Tambahan pula | B |
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
Air sungai itu jernih __________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.
A. amat
B. agak
C. paling
D. terlalu | A |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Wafiy akan terus berusaha __________ cita-citanya untuk menjadi seorang angkasawan belum tercapai.
A. sementara
B. walaupun
C. apabila
D. selagi | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Nadia memasukkan sampah __________ dalam tong sampah.
A. di
B. ke
C. pada
D. dengan | B |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Aiman tetap yakin __________ pemuda itulah yang patut dipersalahkan dalam pertikaian tersebut.
A. sungguhpun
B. meskipun
C. bahawa
D. lantas | C |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Semua peserta dikehendaki __________ borang sebelum menyertai pertandingan.
A. diisi
B. berisi
C. mengisi
D. mengisikan | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Park Jung merupakan __________ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan pidato dan badminton.
A. anak kandung
B. anak angkat
C. anak emas
D. anak buah | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
"Pandai __________ kamu meniup seruling batang padi ini," puji Pak Abu kepada Badrul.
A. agak
B. paling
C. benar
D. terlalu | C |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Rasa pisang muda amat __________ kerana masih mengandungi banyak getah.
A. kelat
B. pahit
C. manis
D. masam | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti __________
A. ular kena palu
B. batu jatuh ke lubuk
C. kacang lupakan kulit
D. air dicencang tidak akan putus | D |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Shila gembira mengikut Puteri pulang ke kampungnya kerana dia berpeluang merasai cara hidup kaum nelayan.
A. Cara hidup kaum nelayan membuatkan Shila dan Puteri gembira berada di kampungnya.
B. Shila gembira kerana berpeluang merasai cara hidup nelayan apabila mengikuti Puteri pulang ke kampungnya.
C. Puteri berasa gembira pulang ke kampung Shila dan berpeluang merasai cara hidup kaum nelayan.
D. Kaum nelayan berasa gembira mengikuti Shila dan Puteri pulang ke kampungnya. | B |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Cikgu Razak __________ menjadi guru saya pada suatu ketika dahulu.
A. sudah
B. telah
C. akan
D. pernah | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Kita harus bersikap belas kasihan __________ binatang.
A. akan
B. bagi
C. untuk
D. terhadap | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Oleh sebab Malek __________, maka dia hanya menonton perlawanan bola sepak yang diadakan di padang sekolahnya.
A. kaki bangku
B. telinga kuali
C. mulut murai
D. kaki judi | A |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Sayur yang __________ itu layu kerana tidak direnjis dengan air.
A. didedah
B. terdedah
C. mendedah
D. pendedahan | B |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.
A. pilu
B. gusar
C. geram
D. marah | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Anita sangat __________ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.
A. hisap darah
B. cakar ayam
C. busuk hati
D. suka hati | C |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Posmen sedang __________ surat ke dalam peti surat itu.
A. dimasuk
B. dimasuki
C. kemasukan
D. memasukkan | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Maria sangat gembira menyambut kelahiran __________ sulungnya.
A. cahaya mata
B. kaki wayang
C. bidan terjun
D. anak kapal | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Shakira berasa dirinya tidak berharga lagi, __________apabila sering sahaja dipulaukan oleh orang kampungnya.
A. seperti mentimun dengan durian
B. seperti pungguk rindukan bulan
C. seperti melukut di tepi gantang
D. seperti orang mabuk gadung | C |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang __________ itu .
A. becak
B. lembik
C. lembap
D. bengkok | A |
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Kecantikan wajah Natalia semakin __________ sejak menggunakan krim pencerah kulit.
A. terserlah
B. terpancar
C. teranggun
D. terpampang | A |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Dari jauh kelihatan sebuah kapal __________ di tengah lautan.
A. berbalam-balam
B. berbelang-belang
C. berbalun-balun
D. berlalu-lalang | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Puan Sarifah __________ air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya.
A. merenjis
B. menyiram
C. menyimbah
D. menuangkan | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Walaupun sudah pulih tetapi dia __________ belum boleh berjalan dengan baik.
A. masih
B. hendak
C. akan
D. mesti | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Amir __________ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A. merintih
B. mengeluh
C. mengenang
D. mengerang | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Saya membayar __________ sebanyak sepuluh peratus daripada harga kereta yang hendak dibeli.
A. wang hangus
B. wang muka
C. darah putih
D. emas putih | B |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka.
A. baik
B. malu
C. takut
D. patuh | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Ketua kampung itu berhati-hati menuturkan kata dalam mesyuarat itu __________ supaya semua pihak berpuas hati.
A. bagai menarik rambut dalam tepung
B. bagai mencurah air ke daun keladi
C. bagai mendukung biawak hidup
D. bagai kucing kehilangan anak | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Fauzan __________ kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
A. menunggu
B. menyambut
C. mengajak
D. menanti | B |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.
A. kekuda
B. sesiku
C. kekisi
D. lelabu | D |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Cikgu Nadia menasihati murid-muridnya supaya banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
A. Kita perlu membaca banyak majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, jelas Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
B. Kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, kata Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
C. Saya dan kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, ujar Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
D. Mereka perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, nasihat Cikgu Nadia kepada murid-muridnya. | B |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya __________ .
A. bagai mendukung biawak hidup
B. bagai ayam mengeram telur
C. bagai pahat dengan penukul
D. bagai wau putus tali | D |
Pilih penanda wacana yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Setelah ditanya oleh ayah, __________ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.
A. lagipun
B. mungkin
C. akhirnya
D. kemudian | C |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu.
A. membalingkan
B. melemparkan
C. menebarkan
D. mencampakkan | C |
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
Emak memberi adik se __________ biskut dan dua __________ nangka .
A. ketul, biji
B. keping, ulas
C. ketul, butir
D. potong, tongkol | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Jangan __________ sangat, kamu harus lebih tegas dalam membuat keputusan.
A. campur tangan
B. bongkok sabut
C. betul bendul
D. buah fikiran | C |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Naemah __________ ibunya memasak di dapur, __________ kakaknya membasuh pakaian
A. dan, lalu
B. dan, maka
C. dan, manakala
D. dengan, sementara | C |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Tabung uji itu jatuh __________ lantai lalu pecah.
A. di
B. ke
C. pada
D. kepada | B |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Ridhwan yang sudah menjawat jawatan pengurus bank berjanji akan membiayai persekolahan kelima-lima orang adiknya itu __________ dia mampu.
A. sementara
B. sebelum
C. semoga
D. selagi | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Tasik tinggalan lombong yang terdapat di kawasan itu dalam __________.
A. paling
B. sekali
C. begitu
D. agak | B |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Kejayaannya dalam peperiksaan itu amat __________ ibu bapanya.
A. gembira
B. tergembira
C. bergembira
D. menggembirakan | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Sarimah __________ menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.
A. mandi peluh
B. mencuci mata
C. memerah keringat
D. memeras otak | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Dalam pergaduhan dua orang sahabat baik itu, Kok Meng dituduh menjadi __________nya.
A. batu loncatan
B. berat sebelah
C. beri muka
D. batu api | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Pak Ali __________ lembunya untuk ditambat di pangkal pokok itu.
A. menolak
B. menuntun
C. mengheret
D. memegang | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Prestasi syarikat Wen Hon seperti __________kerana mengalami naik turun sejak kebelakangan ini.
A. ada rupa ada harga
B. alah bisa tegal biasa
C. ada pasang ada surut
D. ada udang di sebalik batu | C |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Ahmad mendapat tempat __________ dalam acara lari 200 meter.
A. diakhir
B. terakhir
C. berakhir
D. mengakhiri | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Cikgu selalu menegur tulisan Salmi yang __________ itu kerana sukar dibaca.
A. mulut tempayan
B. cakar ayam
C. mata lembu
D. mulut murai | B |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Kalau __________ berilah sedikit masa lagi untuk saya menyiapkan latihan itu.
A. mahu
B. boleh
C. sudah
D. masih | B |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Din mengambil surat itu __________ menyerahkannya kepada Rajoo.
A. lalu
B. agar
C. maka
D. kerana | A |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Khalid, Riduan, dan Hashim __________ menyertai pasukan bola sepak negara setelah menjalani beberapa sesi ujian.
A. dapat
B. mesti
C. masih
D. sedang | A |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Mendermalah kepada fakir miskin, kata Ustaz Faizul kepada Izhar.
A. Ustaz Faizul menasihati Izhar supaya memberikan derma kepada fakir miskin.
B. Ustaz Faizul memujuk Izhar supaya mendermakan hartanya kepada golongan miskin.
C. Ustaz Faizul memerintahkan Izhar supaya menyerahkan wangnya kepada fakir miskin.
D. Ustas Faizul meminta Izhar supaya menghulurkan wang saku kepada fakir miskin. | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Cikgu Marzuki menyampaikan ceramah __________ pentingnya ilmu pengetahuan.
A. dari
B. kepada
C. tentang
D. daripada | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang __________ di belakang rumah mereka.
A. sekangkang kera
B. kucing bertanduk
C. setengah tiang
D. jalan tengah | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Badrul sangat sayang __________ Nenek Miah yang menjaganya selama ini.
A. ke
B. pada
C. akan
D. kepada | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Sup itu __________ kerana emak terlupa membubuh garam.
A. payau
B. tawar
C. pedas
D. kelat | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Mak cik itu __________ apabila mendapati dompetnya hilang.
A. bagai ayam berak dapur
B. bagai ayam disambar helang
C. bagai kucing kehilangan anak
D. bagai mencurah air ke dalam keladi | C |
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A. utas
B. untai
C. gulung
D. lembar | D |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Kain songket yang diperagakan oleh peragawati itu ditenun oleh Mek Su, penenun yang terkenal di pantai timur.
A. Kain songket yang diperagakan oleh Mek Su itu ditenun oleh seorang peragawati yang terkenal di pantai timur.
B. Seorang penenun yang terkenal di pantai timur telah memperagakan kain songket itu.
C. Peragawati itu telah memperagakan kain songket yang ditenun oleh Mek Su, penenun yang terkenal di pantai timur.
D. Peragawati itu dan Mek Su penenun yang terkenal di pantai timur telah memperagakan kain songket. | C |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Nescafe yang dibancuh oleh Ratni manis __________ rasanya.
A. agak
B. benar
C. terlalu
D. paling | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
"Lebih baik kamu diam dan jangan manyanyi lagi kerana suara kamu __________," kata Puan Lili kepada anaknya.
A. bagai pahat dengan penukul
B. bagai telur di hujung tanduk
C. bagai tikus membaiki labu
D. bagai perian pecah | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
"Tolonglah beredar dari tempat kami __________ ini," rayu emak Tai Thong kepada ahli kongsi gelap yang mengganggu mereka.
A. mandi kerbau
B. cepat tangan
C. cari makan
D. main mata | C |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Bau __________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang __________ itu.
A. busuk, tengik
B. hanyir, wangi
C. hapak, harum
D. hancing, mersik | C |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pihak Kementerian Pendidikan telah merangka satu program khas untuk murid-murid tahun enam selepas menduduki peperiksaan UPSR.
A. Satu program khas selepas menduduki peperiksaan UPSR telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk murid-murid tahun enam.
B. Murid-murid tahun enam merangka satu program khas untuk Kementarian Pendidikan selepas menduduki peperiksaan UPSR.
C. Satu program untuk murid-murid tahun enam selepas menduduki peperiksaan UPSR telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan.
D. Selepas menduduki peperiksaan UPSR, pihak Kementerian Pendidikan dan murid-murid tahun enam akan merangka satu program khas. | A |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Abang dilarang __________ dengan budak-budak di simpang jalan itu kerana mereka kacang hantu.
A. berkawankan
B. berkawan
C. dikawani
D. kawani | B |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Patung wayang kulit diperbuat __________ kulit kambing yang telah dikeringkan.
A. oleh
B. dari
C. dengan
D. daripada | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Pendekar Harimau Berantai __________ sebilah keris pada pinggangnya.
A. melekat
B. menyisip
C. membubuh
D. menyangkut | B |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
__________ kes pembunuhan biasanya mengambil masa yang agak lama oleh mahkamah untuk diselesaikan.
A. Pembicaraan
B. Perbicaraan
C. Berbicara
D. Dibicara | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Annabell rajin membantu bapanya berniaga di kedai. __________, apabila dia diberi upah yang lumayan.
A. Selain itu
B. Jika
C. Sementara itu
D. Lebih-lebih lagi | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
__________ Puan Zarin yang kemas dan cantik menarik perhatian ramai.
A. Nyanyian
B. Pakaian
C. Tarian
D. Masakan | B |
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
Orang tua itu memilih beberapa __________ jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan ditanam di __________ tanah terbiar.
A. ulas, sekaki
B. biji, sekeping
C. tongkol, sebidang
D. buah, sekumpulan | C |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan akan disaman oleh pihak berkuasa.
A. Pihak berkuasa akan disaman oleh pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan.
B. Pengguna jalan raya akan disaman oleh pihak berkuasa yang tidak mematuhi peraturan.
C. Pihak berkuasa akan menyaman pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan.
D. Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan pihak berkuasa akan disaman. | C |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.
Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin __________.
A. lain di mulut lain di hati
B. tepuk dada tanya selera
C. indah khabar daripada rupa
D. belakang parang diasah lagikan tajam | D |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter telah diserahkan kepada pasukan Renjer kerana mereka lebih mengetahui __________ hutan simpan itu.
A. simpang-siur
B. selok-belok
C. lekak-lekuk
D. hiruk-pikuk | B |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Perbicaraan kes samun itu akan disambung __________ minggu hadapan.
A. di
B. oleh
C. akan
D. pada | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Saya berasa __________ melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.
A. busuk hati
B. buah hati
C. geli hati
D. iri hati | C |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Abang Haikal bekerja sebagai pembantu tadbir __________ Pejabat Daerah Kinta.
A. di
B. ke
C. dari
D. kepada | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah patuh __________ undang-undang negara.
A. bagi
B. pada
C. kepada
D. dengan | D |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Puan Azura merupakan seorang ibu yang __________ menghadapi dugaan hidup.
A. kuat
B. patuh
C. cekal
D. berani | C |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Cik Loh sangat __________ mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu.
A. ghairah
B. asyik
C. tekun
D. leka | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Kami membawa __________ semasa menziarahi ibu Malek yang terlantar sakit di rumahnya.
A. buah tangan
B. buah mulut
C. buah pena
D. buah hati | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Mak Nani sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A. kekisi
B. gegantung
C. lelabu
D. bebuli | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka __________ setelah terlibat dalam kemalangan.
A. seperti cicak makan kapur
B. bagai telur di hujung tanduk
C. bagai sirih pulang ke gagang
D. seperti kerbau dicucuk hidung | B |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.
Semua barang itu dijual dengan __________ dalam Pameran Jom Heboh.
A. harga diri
B. harga mati
C. tanda mata
D. tanda harga | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
"Pengalaman saya masih __________ jika dibandingkan dengan Encik Mohan," kata pegawai muda itu.
A. masak
B. matang
C. muda
D. cetek | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Cerita yang dikarang oleh Maniam itu __________ menarik.
A. amat
B. betul
C. benar
D. sekali | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
"Wah, cantik __________ baju kebaya yang kamu pakai ini!" kata Cikgu Rogayah kepada Anis.
A. sungguh
B. terlalu
C. paling
D. agak | A |
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
Se__________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
A. patah
B. potong
C. cebis
D. untai | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, enaknya rasa masakan yang terdapat di restoran kari kepala ikan ini!
A. Wwah
B. Hai
C. Nah
D. Amboi | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan __________.
A. pesawah
B. nelayan
C. penoreh
D. petani | B |
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Pelajar sangat segan untuk bertanya walaupun mereka tidak faham. Perasaan ini perlu dibuang jauh-jauh kerana tidak mendatangkan keuntungan langsung kepada diri mereka. Apakah peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas?
A. Malu tak bertempat.
B. Malu bertanya sesat jalan.
C. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
D. Kalau hendak, semua jadi. | B |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu.
A. Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan cabaran dalam kehidupan.
B. Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam tempoh kehidupan alam remaja.
C. Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam kehidupan.
D. Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang menyebabkan kerungsingan. | B |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________ nota ketika __________ akan membantu murid mengingati fakta-fakta penting tentang sesuatu topik.
A. Melukis, melakar
B. Mencatat, menelaah
C. Mencoret, mengarang
D. Menconteng, melorek | B |
Subsets and Splits