question
stringlengths 67
868
| answer
stringclasses 4
values |
---|---|
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, besar sungguh rumah Datuk Kamal ini bagaikan istana raja!
A. Wah
B. Aduh
C. Syabas
D. Aduhai | A |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Zainatul berasa bimbang kerana namanya __________ dipanggil dalam sesi temu duga itu walaupun hari sudah petang.
A. sudah pernah
B. belum pernah
C. masih belum
D. masih sedang | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Encik Ligma __________ apabila mendapati cermin keretanya pecah.
A. naik darah
B. diam ubi
C. kera sumbang
D. lipas kudung | A |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Wajah Azril __________ apabila disindir oleh rakan-rakannya.
A. masam
B. masin
C. manis
D. manja | A |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Imran __________ pasukan bola sepak sekolahnya ke pertandingan peringkat zon.
A. tertua
B. diketuai
C. mengetuai
D. kepengetuaan | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Maria memuji bibir Siew Ling yang merah bak __________
A. delima merekah
B. tangaki jering
C. senyum kambing
D. kaki botol | A |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
"Ceritakanlah masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Liana," kata Sarina.
A. Sarina meminta Liana menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
B. Sarina meminta Liana menceritakan masalah yang dialaminya mudah-mudahan dia dapat membantu Liana.
C. Sarina memaksa Liana menceritakan masalah yang dihadapinya kerana dia hendak menolong Liana.
D. Sarina menasihati Liana agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya. | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Wang saku yang dibeli oleh ibu saya simpan __________ dalam kocek seluar.
A. di
B. oleh
C. pada
D. kepada | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Nabila __________ surat yang diterima daripada sahabat penanya yang menetap di Indonesia.
A. membalas
B. mencoret
C. mengirim
D. menulis | A |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Pada minggu hadapan Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya akan mengadakan __________ menulis karangan.
A. diadu
B. beradu
C. mengadu
D. peraduan | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Ah Seng __________apabila emminta komisen daripada orang yang dibantunya, sedangkan dia menerima gaji tetap.
A. seperti gunting makan di hujung
B. seperti kaca terhempas ke batu
C. seperti cacing kepanasan
D. seperti gergaji dua mata | D |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Roziah yang ringan mulut itu sungguh __________ dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A. sombong
B. senang
C. ramah
D. kasar | C |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
"Saya memilih majalah Pelita Bahasa kerana isi kandungannya menarik," kata Rizal.
A. Rizal menjelaskan bahawa majalah Pelita Bahasa menjadi pilihannya kerana isi kandungannya menarik.
B. Kerana tertarik oleh isi kandungannya, maka Rizal membeli majalah Pelita Bahasa.
C. Isi kandungan Pelita Bahasa telah menarik perhatian Rizal untuk membelinya.
D. Rizal mencadangkan agar majalah Pelita Bahasa dipilih kerana isi kandungannya menarik. | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, aku tidak bersetuju menjual tanah pusaka itu untuk kegunaan masing-masing!
A. Ah
B. Hai
C. Syabas
D. Aduhai | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Sharifah tidak dapat melihat dengan jelas dalam cahaya yang __________ itu.
A. suram-suram
B. pudar-pudar
C. samar-samar
D. redup-redup | C |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Semua pengawas sekolah __________ memakai tali leher pada setiap hari Isnin.
A. akan
B. mahu
C. belum
D. sedang | A |
Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.
Tuan Zaidi mendermakan __________ daripada hartanya kepada anak-anak yatim.
A. sebahagian
B. sesetengah
C. beberapa
D. ribuan | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Amira menyediakan bebrapa keping roti untuk anaknya sebagai __________ sebelum ke sekolah.
A. kaki bangku
B. kutu embun
C. hisap darah
D. lapik perut | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Siva berasa __________ apabila basikalnya dicuri.
A. telinga kuali
B. putih tulang
C. besar hati
D. sakit hati | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Nora yang __________ itu memahami pelajaran yang disampaikan oleh cikgu dengan cepat.
A. tajam akal
B. otak udang
C. tanda mata
D. rambang mata | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Encik John suka bekerja dengan Jenny yang sering akur akan perintahnya __________
A. seperti mentimun dengan durian
B. seperti melukut di tepi gantang
C. seperti langau di ekor gajah
D. seperti lipas kudung | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Kakak menggoreng keropok ikan itu sehingga __________.
A. lemau
B. rangup
C. segar
D. garing | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Ayuni merupakan __________ Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Taman Murni yang bertanggungjawab dalam menyediakan laporan aktiviti tahunan.
A. warganegara
B. pesuruhjaya
C. setiausaha
D. jawatankuasa | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Ketua pasukan Rumah Merah __________ piala yang dimenangi pada Hari Sukan.
A. memikul
B. mengelek
C. menjulang
D. mengandar | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Setelah penat bekerja, Silva __________ di kawasan tasik berhampiran rumahnya.
A. berat tulang
B. ambil angin
C. ambil berat
D. gerak hati | B |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.
A. lambat-laun
B. sorok-sorok
C. senyap-senyap
D. sayup-sayup | C |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Farisha __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi membeli-belah.
A. aneh
B. boros
C. buruk
D. bosan | D |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Kilang simen itu mengeluarkan __________ asap ke udara.
A. bergumpal-gumpal
B. bersimpul-simpul
C. berkepul-kepul
D. berketul-ketul | C |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Jamil __________ adik yang sedang __________buku sekolahnya.
A. memarahi, menconteng
B. menengking, menulis
C. memukul, melukis
D. menasihati, menggunting | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Hati Puteri Nur Ashikin __________ apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.
A. terdiam
B. tercalar
C. tersayat
D. tersentuh | D |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Pembinaan jalan raya itu __________ oleh pihak kerajaan memandangkan keperluannya kepada masyarakat.
A. mempercepat
B. percepatkan
C. dipercepat
D. tercepat | C |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Walaupun telah dijelaskan oleh guru, namun __________ ramai murid yang melakukan kesalahan.
A. hendak
B. masih
C. dapat
D. akan | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Apabila sudah berjaya, Kok Meng menjadi __________ dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
A. bongkok udang
B. darah daging
C. besar kepala
D. kaki bangku | C |
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
A. Perangai budak-budak itu baik sekali.
B. Kek yang dibuat oleh Kak Ummi nian lembut.
C. Pahlawan Melayu yang nian handal ialah Hang Tuah.
D. Keris Taming Sari itu tajam paling | A |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
A. kecil
B. tebal
C. besar
D. panjang | A |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Sebuah kapal terbang telah __________ ke dalam laut setelah mengalami kerosakan enjin.
A. menjunam
B. berjunam
C. terjunam
D. dijunam | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
__________ peliharaan Pak Seman meragut rumput di padang yang luas.
A. zirafah
B. itik
C. kambing
D. ayam | C |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Nor Fatini sedang __________ rawatan di hospital.
A. menerimakan
B. penerimaan
C. menerima
D. diterima | C |
Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.
Majikan itu melayani __________ pekerjanya dengan adil tanpa pilih kasih.
A. separuh
B. beberapa
C. sebahagian
D. semua | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Alam persekolahan adik bermula di __________.
A. Bank Jaya
B. Tadika Gembira
C. Dewan Perdana
D. Stesen Kuala Lumpur | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Longkang di tepi jalan itu __________ akibat pembuangan sampah sarap.
A. terdesak
B. terhimpit
C. tersumbat
D. terbantut | C |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Kakak tidak dapat tidur lena di rumah nenek kerana asyik terdengar bunyi __________ buah mangga yang gugur.
A. letuk-letak
B. lepak-lepuk
C. lesuk-lesak
D. letung-letang | B |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Cendekiawan __________ memberikan idea untuk menangani masalah ponteng dalam kalangan pelajar sekolah.
A. mempelawa
B. pelawaan
C. dipelawa
D. pelawa | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Mak Cik Intan menyuruh anak perempuannya mengangkat pakaian di jemuran apabila melihat langit agak __________.
A. suram
B. muram
C. malap
D. mendung | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
"Dengan adanya keris Taming Sari ini, __________ akan berusaha sedaya upaya untuk menumpaskan lanun yang semakin bermaharajalela di perairan Melaka ini, __________," sembah Laksamana Hang Tuah.
A. hamba, tuanku
B. patik, tuanku
C. patik, tuan hamba
D. beta, tuanku | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menajdi __________ Hani di tengah malam yang sunyi.
A. halwa telinga
B. telinga kuali
C. hati terbuka
D. lapik perut | A |
Pilih penanda wacana yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Azlina gagal mendapat sebarang tempat dalam pertandingan itu. __________, dia tidak pernah kecewa dan berputus asa.
A. Oleh itu
B. Lantaran itu
C. Namun begitu
D. Selepas itu | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Samat suka __________ tentang kejayaan anak-anaknya.
A. kerang busuk
B. cakap besar
C. cuci tangan
D. busuk hati | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
"Peraduan ini terbuka kepada semua pendengar Radio Ceria dan __________ diminta untuk menulis nama serta alamat dengan jelas," kata juruhebah itu.
A. kamu
B. kalian
C. kita
D. anda | D |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Ibu tua itu memeluk anaknya __________ membelai rambutnya.
A. serta
B. walhal
C. malahan
D. kendatipun | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Mona __________ semasa emak dan ayahnya bernual-bual di ruang tamu.
A. pasang telinga
B. pekak badak
C. terang hati
D. ikat perut | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Tulisan Sulaiman __________ cantik dan kemas.
A. sungguh
B. sekali
C. benar
D. nian | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Mary tidak pernah menyakiti hati saya. __________, saya kurang percaya jika ada orang memburuk-burukkannya.
A. Walaupun begitu
B. Tambahan lagi
C. Justeru
D. Malangnya | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang __________ itu.
A. lidah bercabang
B. pisau cukur
C. curi tulang
D. mati kutu | A |
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
A. butir
B. das
C. biji
D. pucuk | B |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Pakaian yang dijemur oleh ibu pagi tadi __________ kering sepenuhnya.
A. dapat
B. belum
C. pernah
D. sedang | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Doni __________ apabila rakan sekelasnya berbual-bual tentang duit mereka yang hilang.
A. seperti gunting makan di hujung
B. seperti kera mendapat bunga
C. seperti cacing kepanasan
D. seperti udang direbus | C |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.
A. Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia.
B. Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.
C. Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.
D. Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna. | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Datuk sedang __________ rumput yang panjang di belakang rumah.
A. menggunting
B. menyabit
C. mengasah
D. menoreh | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Rakyat di negara yang bergolak itu __________apabila pemimpin utama mereka digulingkan dalam satu rampasan kuasa.
A. seperti harimau
B. seperti anak ayam kehilangan ibu
C. seperti anai-anai makan kayu
D. seperti kera mendapat bunga | B |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Marsya berasa __________ semasa meraikan hari jadinya.
A. pilu
B. mahu
C. cemas
D. gembira | D |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
A. ketat
B. besar
C. singkat
D. longgar | A |
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.
A. sekepul
B. segugus
C. setompok
D. segumpal | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________ pemuda pemudi, hendaklah kamu menjauhi najis dadah!
A. Amboi
B. Wahai
C. Wah
D. Cis | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Dengarlah nasihat ibu dan bapa kamu kerana mereka lebih dahulu __________ daripada kita.
A. makan garam
B. makan angin
C. kaki bangku
D. kaki lima | A |
Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
Murid-murid di sekolah itu __________ dengan rakaman lagu asli semasa pelajaran muzik.
A. didengar
B. diperdengar
C. diperdengarkan
D. memperdengarkan | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Kata orang tua-tua, banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A. hati
B. gula
C. ubat
D. garam | D |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Adik tidak gemar akan sayur kerana rasanya pahit.
A. Adik tidak suka sayur yang pahit.
B. Adik tidak gemar akan makanan yang pahit seperti sayur.
C. Rasa pahit yang menyebabkan adik tidak suka akan sayur.
D. Menurut adik, dia tidak gemar akan rasa pahit pada sayur. | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan __________ itu sebagai tempat pembuangan sampah.
A. pisau cukur
B. lintah darat
C. otak udang
D. perigi buta | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Sikap Markiah yang suka __________ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A. campur tangan
B. ambil angin
C. ganti tikar
D. batu api | A |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Selepas mandi, dia mengenakan __________ pada badannya agar harum.
A. bunga-bungaan
B. ubat-ubatan
C. biji-bijian
D. bau-bauan | D |
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
Abang memperoleh untung yang besar setelah menjual __________ lembu pawahnya.
A. sereban
B. sesangkar
C. sesarang
D. sekandang | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Setiap kakitangan melaksanakan tugas mereka __________ yang ditetapkan oleh ketua jabatan.
A. kepada
B. dengan
C. seperti
D. pada | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Fatimah hanya __________ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.
A. putih mata
B. senyum simpul
C. telinga nipis
D. telinga kuali | B |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.
A. tercungap-cungap
B. terbahak-bahak
C. teresak-esak
D. tersipu-sipu | C |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Min, tolong berikan kad ucapan hari jadi ini kepada Moon, kata Salmi.
A. Min berharap agar Moon dapat memberikan kad ucapan hari jadi kepada Salmi.
B. Salmi meminta pertolongan Min supaya menghantar kad ucapan hari jadi kepada Moon.
C. Salmi meminta agar Min dapat menyampaikan ucapan hari jadi kepada Moon.
D. Salmi menyampaikan agar Min meminta ucapan hari jadi kepada Moon. | C |
Pilih penanda wacana yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Bapa Hanafi tiada di rumah. __________, dia terpaksa membantu emaknya memetik bunga melur di kebun.
A. Selain itu
B. Oleh itu
C. Selepas itu
D. Semenjak itu | B |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Halim tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke bandar __________ ditentang oleh ibunya.
A. sementara
B. walaupun
C. sejak
D. agar | B |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya __________ tidak kelihatan gondol.
A. rumput-rampai
B. gunung-ganang
C. semak-samun
D. bukit-bukau | D |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti __________ itu menyebabkan rakan-rakannya memulaukannya.
A. kambing hitam
B. kera sumbang
C. lipas kudung
D. patah hati | B |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Nana berasa __________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.
A. geli
B. haru
C. kelam
D. gundah | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Jam tangan yang berwarna keemasan itu diimport __________ Perancis.
A. ke
B. dari
C. pada
D. daripada | B |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Usahakan perniagaan kamu sehingga berjaya dan janganlah sekadar __________ sahaja.
A. hangat-hangat tahi ayam
B. tidur-tidur ayam
C. ajak-ajak ayam
D. rabun ayam | A |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Menjelang pilihan raya yang ke-12, orang ramai __________ keluar untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh caloncalon yang bertanding.
A. berhimpit-himpit
B. berpusu-pusu
C. berebut-rebut
D. berbaris-baris | B |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Hamid tidak datang ke sekolah __________ minggu lepas.
A. semenjak
B. sewaktu
C. kerana
D. selagi | A |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang paling sesuai.
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik __________.
A. otak cair
B. otak udang
C. mulut murai
D. mulut tempayan | C |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Anak __________ Encik Tan telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang perubatan.
A. tiga
B. bertiga
C. ketiga
D. bertiga-tiga | C |
Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.
Pihak imigresen memeriksa __________ badan penumpang kapal terbang sebagai langkah keselamatan.
A. seluruh
B. setengah
C. segelintir
D. beberapa | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Apa __________ perintahnya, kita mesti turut kerana dia ialah ketua kumpulan.
A. ada
B. memang
C. -lah
D. sahaja | D |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang.
A. terpijak
B. terpegang
C. tersentuh
D. terlangkah | A |
Pilih penanda wacana yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Lapan orang peserta menarik diri. __________, program lawatan itu terpaksa dibatalkan.
A. Jadi
B. Justeru
C. Mungkin
D. Sebaliknya | B |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
__________, bukan main marah lagi tuan pengarah kita hari ini!
A. Eh
B. Oh
C. Hai
D. Wah | D |
Pilih jawapan yang mempunyai sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Penggambaran filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu diadakan di Taman Negara.
A. Taman Negara telah menjadi lokasi penggambaran sebuah filem dokumentari.
B. Taman Negara menjadi tempat penggambaran filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu.
C. Tayangan filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu dilakukan di Taman Negara.
D. Taman Negara yang terkenal dengan hutan hujan tropika selalu dijadikan tempat penggambaran filem. | B |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Perangai Adilah __________ lama __________ menjadi-jadi.
A. makin, makin
B. makin, malah
C. setelah, makin
D. setelah, semoga | A |
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
Pintar __________ Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang garang itu.
A. sungguh
B. terlalu
C. paling
D. agak | A |
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu __________.
A. mentah
B. lembik
C. hangit
D. tengik | B |
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
Tangan datuk __________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.
A. terketar-ketar
B. tergigil-gigil
C. termangu-mangu
D. terkial-kial | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Latifiah tidak tahan dengan sikap suaminya yang __________ dan suka berfoya-foya.
A. hidung belang
B. gulung tikar
C. kaki bangku
D. harga diri | A |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Tenaga kerja yang __________ dalam bidang perkilangan dan pembinaan sangat diperlukan pada masa kini.
A. arif
B. berani
C. kuat
D. mahir | D |
Isikan tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.
Pak Abu __________ menghabiskan ubat yang diberikan oleh doktor.
A. sedang
B. pernah
C. masih
D. mesti | D |
Subsets and Splits