url
stringlengths 31
187
| title
stringlengths 11
166
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.rotikaya.com/azhar-sulaiman-seronok-duduk-rumah-satu-pagar-adik-beradik-bergilir-bukak-puasa/ |
Azhar Sulaiman Seronok Duduk Rumah Satu Pagar Adik-Beradik, Bergilir Bukak Puasa
| [
"Setiap kali bulan Ramadan, suasana paling meriah apabila berkumpul berbuka puasa bersama keluarga sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargraan.",
"Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman ada berkongsikan video di Instagram menceritakan seronoknya apabila mempunyai adik-beradik yang tinggal berdekatan.",
"BACA: Azhar Sulaiman Pening Leona Balik Malaysia Sebab Rindu Nak Pergi Bazar",
"Menerusi video itu, Azhar berkata apabila ada adik-beradik tinggal berkedakatan mudah untuk berkumpul dan membuat aktiviti bersama-sama.",
"Malah, Azhar berkata apa yang seronoknya tak perlu naik kereta untuk ke rumah adik-beradik apabila dia hanya berjalan kaki sahaja memandangkan kesemua mereka tinggal di dalam satu kawasan sahaja.",
"“Actually kebanyakkan penduduk Kg Sg Penchala…..Parents dan anak anak cucu segala tinggal bersebelahan rumah atau berdekatan sahaja. Kami Hidup Ala Kampung….” tulisnya.",
"Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui seronok jika dapat tinggal dalam satu kawasan bersama adik-beradik.",
"Tidak kurang juga, rata-rata netizen mengagumi dengan seni bina rumah Azhar Sulaiman yang begitu gah serta cantik."
] |
https://www.rotikaya.com/netizen-puji-suara-sedap-terpukau-dengar-lagu-raya-aliff/ |
Netizen Puji Suara Sedap, Terpukau Dengar Lagu Raya Aliff Syukri
| [
"Seperti yang dijanjikan, hari ini usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya melancarkan lagu raya berjudul Chu Ku Chuk Raya di laman YouTube.",
"Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff berharap lagu raya terbaharu itu dapat mengalahkan kumpulan K-Pop tersohor, Blackpink di laman YouTube.",
"Baru saja dimuat naik dua hari, muzik video lagu rayanya itu sudah mendapat sebanyak lebih 300,000 tontonan di laman YouTube.",
"Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kemerduan suara Aliff serta mengakui usahawan itu sememangnya berbakat.",
"Dalam pada itu, ada yang terpukau mendengar lagu raya Aliff itu kerana seolah mengimbau kenangan lalu. Malah, ramai mengakui lagu rayanya kali ini sememangnya sedap di dengar sehingga tidak jadi untuk mengecam.",
"Bagaimanapun, ada yang mengakui Aliff mempunyai bakat terpendam sebagai penyanyi namun sepatutnya ‘dipendamkan’ sahaja."
] |
https://www.rotikaya.com/usia-kandungan-3-minggu-tom-keguguran/ |
Usia Kandungan 3 Minggu, Tom Alami Keguguran
| [
"Hasrat pasangan selebriti Fuad Rahman dan Tom untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila Tom mengalami keguguran pada Selasa lalu.",
"Memetik Harian Metro, usaia kandungan sudah mencecah tiga minggu, Tom berkata dia sudah merakam video untuk dikongsikan kepada peminat di media sosial.",
"BACA: “Tom Adalah Tulang Rusuk Saya Yang Selama Ini Hilang” – Fuad Rahman",
"“Masa dapat tahu sedang hamil, saya dan suami ada buat video nak kongsikan kepada peminat tapi tiba-tiba saya mengalami pendarahan.",
"“Apabila saya buat pemeriksaan, doktor kata saya mengalami keguguran. Kandungan pun baru masuk tiga minggu. Ia masih baru lagi dan senang nak ‘jatuh’ dan saya pula seorang yang aktif,” katanya.",
"Dalam pada itu, Tom berkata dia reda dengan ketentuan Allah dan mungkin tiada rezeki buat mereka.",
"“Tidak mengapa, tiada rezeki. Insya-Allah selepas ini kami rancang betul-betul dan jika ada rezeki kami terima,” katanya.",
"Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia."
] |
https://www.rotikaya.com/pak-cik-hafidz-roshdi-dakwa-shuhada-guna-anak-untuk-marketing/ |
Pak Cik Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Guna Anak Untuk Marketing
| [
"Baru-baru ini isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada ada berkongsikan mengenai kesihatan anak perempuannya, Humairah.",
"Bagaimanapun, tindakan Shuhada itu kurang disenangi ahli keluarga suaminya. Menerusi satu perkongsian, pakcik kepada Hafidz Roshdi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Shuhada.",
"BACA: Shuhada Dakwa Ada Saksi Nampak Hafidz Bersama Athira Di Bazar",
"Dalam satu kenyataan, pakcik Hafidz yang dikenali sebagai Adlan itu tidak setuju dengan perkongsian Shuhada tentang kesihatan mental yang dihidapi cucu saudaranya dibuat dengan menyertakan sekali pautan untuk perniagaannya.",
"Dalam perkongsian itu, Adlan berkata mereka tidak menyokong sebarang bentuk kesalahan, namun mempunyai cara menangani perkara itu serta memilih untuk tidak kongsikan di media sosial.",
"“Buat makluman semua, tiada ibubapa yang menyokong anak-anak jika ada melakukan kesalahan atau kesilapan. Pihak keluarga Hafidz mempunyai cara mereka sendiri didalam urusan tersebut dan ianya tidak perlu menjadi urusan rasmi didalam media sosial. Privasi. Period.” tulisnya.",
"Sementara itu, Adlan berkata selama ini dia berdiam diri namun apabila Shuhada menyentuh hal tentang anak-anak yang merupakan ‘kelemahan’ Hafidz yang dilihat seakan sengaja mencabar dan membuat provokasi kepada pihak keluarga mereka.",
"“Shu, nampaknya cita-cita kamu untuk menjadi ‘Influencer’ telah tercapai. Kamu mempunyai pilihan untuk menjadi seorang role model yang positif atau negatif.",
"“Uncle berdiam diri selama ini, kerana Uncle telah berjanji pada diri sendiri, jika cuma kamu mula membabitkan anak-anak Hafidz di dalam melepaskan dendam dan amarah kamu.",
"“Sikap manupulasi, cabar mencabar dan provokasi yang selama ini oleh diri kamu, sedang kamu persembahkan kepada umum.",
"“Kamu tahu bab anak-anak adalah paling mengusik jiwa Hafidz, maka kamu telah mencabar Uncle di dalam proses pemulihan kesihatan dan semangat diri buatnya. Kalau kamu tak dapat membantu, KAMU JANGAN MERUMITKAN!!!” tulisnya.",
"Dalam pada itu, Adlan turut memuat naik beberapa tangkap layar Insta Story Shuhada yang menceritakan tentang kesihatan mental dan gelagat anak-anaknya sambil mempromosikan perniagaan sebagai bukti yang akan dianalisis untuk rujukan."
] |
https://www.rotikaya.com/rasai-pengalaman-suasana-beraya-di-kampung-sambil-membeli-belah-di-mytownkl/ |
Rasai Pengalaman Suasana Beraya Di Kampung Sambil Membeli Belah Di MyTOWNKL
| [
"Nikmati dan rasai kemeriahan suasana berhari raya yang havoc dengan membeli belah di MyTOWNKL.",
"Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tak lama lagi, MyTOWNKL melancarkan Raya Meriah Max di mana korang akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik bahkan macam- macam booth jualan yang disediakan. Memang korang akan rasai kemeriahan tersebut.",
"Bila korang jejak je kaki ke Raya Meriah Max ni, kami yakin korang akan mengimbau kembali kenangan di kampung masa dulu-dulu. Ini semua berpunca apabila rekaan Raya Meriah Max yang dianjurkan oleh MyTOWNKL berkonsepkan suasana kampung yang sebenar disamping adanya rumah kampung tradisional Melayu yang membolehkan korang untuk OOTD.",
"Rumah kampung tradisional bukan sahaja boleh jadikan port OOTD, bahkan rekaan seni “panggung” zaman dulu kala dijadikan ruang untuk aktiviti- aktiviti yang di anjurkan oleh MyTOWNKL.",
"Hiasannya mempunyai ciri yang butiran yang cantik seperti panel kayu tradisional, digabungkan dengan elemen moden garisan bersih, warna yang terang, dan bentuk kontemporari; dilengkapi dengan kain batik yang menarik perhatian, digantung dari atas bumbung di seluruh Central Town.",
"Senang cerita jejak ja kaki ke situ, mood korang terus berada di kampung. Yang nak acah-acah balik kampung awal boleh lah terjah Raya Meriah Max nanti.",
"Bermula dari 31 Mac sehingga 1 Mei 2023, korang boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti raya yang diadakan. Bukan itu je, korang juga turut dapat berjumpa selebriti kegemaran korang sambil membeli belah di MyTOWNKL.",
"Jangan lepaskan untuk kunjungi Bazar Aidilfitri untuk dapatkan pelbagai jenis barangan raya yang menarik untuk bergaya sakan hari Raya nanti.",
"Bila dah shopping raya di MyTOWNKL, anda berpeluang untuk dapatkan barangan ekslusif yang disediakan untuk anda semua.",
"Tapi sebelum tu, korang mesti lah klik link ni dulu untuk tahu setiap mata ganjaran okey! Baru lah senang nanti korang nak tebus mata ganjaran.",
"16/4/23 ni Korang nak berbuka puasa & shopping raya dengan Shiha tak kat @mytownkl? Kalau nak,korang kena join #MeriahnyaRayaTikTokDanceChallenge okay? Tarian & video yang paling kreatif berpeluang berbuka puasa & dapat voucher shooping dari My Town KL . So boleh la shopping sama2 dengan Shiha nanti! All the best & See youuuuu #MyTownKL #towners #RayaMeriahMax #MeriahnyaRayaTikTokDanceChallenge ",
"Kemeriahan raya dirasai apabila MyTOWNKL bekerjasama dengan penyanyi terkenal, Shiha Zikir dan komposer berbakat iaitu Zimi Sofaz & Kamarul Arifin Baharun dalam mencipta & menghasilkan trend lagu raya.",
"Berita baiknya, pada korang yang gemar menari di TikTOK, apa kata rebut peluang menyahut cabaran untuk menari dengan gaya tersendiri dan kreatif dengan menggunakan lagu raya tersebut. Korang mungkin berpeluang untuk bersama-sama berbuka puasa dengan Shiha Zikir pada 16 April nanti.",
"Nak tahu lebih lanjut layari laman web, Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok MyTOWNKL."
] |
https://www.rotikaya.com/netizen-terkejut-shila-amzah-ubai-berpegangan-tangan-di-genting-highlands/ |
Netizen Terkejut Shila Amzah & Ubai Berpegangan Tangan Di Genting Highlands
| [
"Baru-baru ini, tular video diaplikasi TikTok dikongsikan seorang pengguna memaparkan penyanyi Shila Amzah dan kekasihnya, Ubai.",
"Menerusi video dikongsikan, kelihatan Shila dan Ubai sedang memilih makanan di sebuah kedai makan terletak di Genting Highlands.",
"BACA: Isu Rumah Tangga Ibu Bapa, Ubai Pastikan Emosi Shila Amzah Tak Terganggu",
"Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila pasangan itu dilihat sedang berpegangan tangan sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen sama ada mereka sudah bernikah.",
"Dalam pada itu, ada yang tidak menyangka dengan tindakan pasangan tersebut. Malah, ada yang mendakwa pasangan itu sudah berkahwin secara senyap-senyap."
] |
https://www.rotikaya.com/isu-rumah-tangga-ibu-bapa-ubai-pastikan-emosi-shila-amzah-tak-terganggu/ |
Isu Rumah Tangga Ibu Bapa, Ubai Pastikan Emosi Shila Amzah Tak Terganggu
| [
"Kekasih kepada Shila Amzah iaitu Ubai berkongsikan penyanyi itu memerlukan ruang untuk bertenang susulan hangat diperkatakan mengenai isu rumah tangga ibu bapanya.",
"Memetik Media Hiburan, Ubai berkata Shila kini sedang bercuti daripada aktiviti seni serta dia turut menasihatkan kekasihnya itu supaya kurangkan melihat komen berkaitan isu berkenaan.",
"BACA: Isu Penyondol Rumah Tangga Ibu Bapa, Shila Amzah Belum Sedia Nak Komen",
"“Dia sekarang berada dalam fasa bertenang. Malah dia juga lapang daripada melakukan aktiviti seni setakat ini sebelum menjayakan konsert solo di Singapura selepas raya.",
"“Pada mulanya dia terkejut bila peminat bertanya mengenai hantaran yang dilakukan ibunya di Instagram. Seingat saya ketika itu dia sedang bersiaran secara langsung (live).",
"“Jadi bila keadaan itu berlaku saya nasihatkan dia untuk kurang melihat komen di media sosial memandangkan isu tersebut sudah pun tular.",
"“Dia cuba untuk berbuat demikian meski ada ketika lihat juga komen-komen berkaitan. Saya nasihat agar dia positif, insyaAllah ada hikmah akan datang di sebalik apa yang berlaku,” katanya.",
"Dalam pada itu, Ubai berkata dia cuba menjadi pendengar setia serta memastikan emosi kekasihnya itu tidak terganggu apatah lagi Shila mempunyai anxiety.",
"“Kami maklum mengenai status hubungan di media sosial pun ada warganet yang memberi reaksi pelbagai. Kemudian timbul pula isu berkaitan dengan keluarganya pula hingga ia diperkatakan.",
"“Jadi untuk mengawal keadaan itu, dia banyak bertanya kepada saya. Kalau dia rasa dalam keadaan yang tak okay dia akan hubungi dan luahkan.",
"“Ada ketika saya bersama rakan-rakan lain akan berbuka puasa bersama dia. Kiranya kami cuba untuk buatkan dia tidak terlalu memikirkan hal yang sedang berlaku.",
"“Saya pesan kepadanya juga untuk sibukkan diri, isi masa dengan pelbagai aktiviti. Dia pun ada anxiety, jadi perlu untuk elakkan daripada berseorangan,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/saya-akan-blacklist-dia-seumur-hidup-no-more-a-aida/ |
“Saya Akan Blacklist Dia Seumur Hidup, No More” – A.Aida
| [
"Penerbit Datuk A.Aida menegaskan dia tidak akan bekerjasama dengan pelakon Amelia Henderson yang kini dalam senarai hitam artis tidak akan diambil berlakon dibawah syarikatnya.",
"Memetik Kosmo, Aida berkata dia tidak pernah jumpa dengan artis seperti sedemikian dan pintu hatinya sudah tertutup untuk memanggil Amelia berlakon.",
"“Saya akan ‘blacklist’ dia seumur hidup. Takkan sama sekali bekerjasama dengannya lagi.",
"“Macam saya cakap, ini pertama kali jumpa artis spesis sebegini. Lain kali kalau ambil (berlakon), mungkin dia akan buat lagi. Jadi, saya dah tutup pintu hati saya untuk memanggilnya berlakon lagi. ‘No more’!,” katanya.",
"Dalam pada itu, Aida berkata dia lebih sanggup memberi peluang serta bekerjasama dengan bakat baru yang tidak menyusahkan.",
"“Saya nak beri peluang kepada artis-artis baharu yang tidak bermasalah. Tak nak dah artis yang esok nak ‘shoot’ (mulakan penggambaran), malamnya tarik diri. Minta maaflah,” katanya.",
"Terdahulu, Amelia diarahkan membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn.Bhd.",
"Mahkamah turut memutuskan supaya Amelia memohon maaf dan memadam perkongsian video dalam Instagram yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat milik A. Aida"
] |
https://www.rotikaya.com/amelia-henderson-akan-fail-rayuan-tetap-hormat-a-aida/ |
Amelia Henderson Akan Fail Rayuan, Tetap Hormat A.Aida
| [
"Pelakon Amelia Henderson akan memfailkan rayuan terhadap keputusan kes saman berhubung perlanggaran kontrak selepas kemenangan berpihak kepada penerbit, Datuk A Aida.",
"Memetik Harian Metro, Amelia yang diperintah membayar RM213,000 kepada A Aida berkata dia menghormati keputusan mahkamah namun dia akan membuat juga rayuan.",
"“Tak boleh nak cakap banyak memandangkan saya akan buat rayuan juga. Saya rasa kes ini masih berterusan dan kita nantikanlah. Saya menghormati keputusan mahkamah hari ini. Saya masuk mahkamah hari ini tanpa sebarang harapan.",
"“Saya sangat bangga dengan diri saya kerana saya rasa saya buat perkara yang betul. Tapi pada masa sama perasaan itu juga yang bagi saya kekuatan untuk membuat rayuan.",
"“Hari ini saya rasa sangat gembira secara sangat peribadi kerana pada masa sangat memerlukan, seluruh keluarga hadir, maka saya menang,” katanya.",
"Meskipun berdepan kemelut dengan A Aida bagaimanapun Amelia berkata dia tetap menghormati penerbit itu serta gembira sepanjang bekerja dengannya.",
"“Pengalaman saya bekerja dengan (Datuk) A Aida sangat ‘best’ (seronok). Saya tak ada satu patah perkataan negatif pun untuk cakap mengenai dia. Saya harap semua orang faham ini adalah percanggahan pendapat profesional.",
"“Saya hormati semua orang dalam industri ini baik A Aida atau siapa pun yang saya pernah kerja sama. Saya dapat pengalaman yang sangat menyeronokkan kerja dengannya,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/mitsui-outlet-park-klia-sepang-buat-hal-lah-menang-hadiah-bernilai-sehingga-rm50000/ |
Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Buat ‘Hal’ Lah! Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM50,000
| [
"Shopping time! Ini kalau sebut bab shopping ni kami tahu dah mesti anda semua excited kan? Ahaks. Kami tahu ada yang berbelanja untuk keperluan sendiri, ada juga yang menjadikan shopping ni sebagai hobi atau self-reward setelah penat bekerja. Kalau ada sale lagilah boleh buat ramai tak keruan untuk pergi shopping. Betul tak?",
"Ha dah alang-alang anda suka sangat bershopping, anda patut pergi ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ini. Siap ada tawaran boleh menang hadiah bernilai sehingga RM50,000 lagi weh! Hanya menang dan tebus! Fuh, kalau menang ni jeles jiran kat sebelah rumah datang Raya nanti. Hehe. ",
"Eh bukan tu jer gais, anda juga berpeluang tebus hadiah edisi terhad Raya yer. Anda hanya perlu berbelanja dan menangi peraduan ini secara dalam talian sahaja. Wah, menarik nih! Mari kita tengok bagaimana anda nak dapat semua ni?",
"Belanja minimum RM300 maximum dalam dua resit dan berpeluang menang GINTELL cyberTREK Treadmill, Apple iPhone 14, Samsung Galaxy Tab S7 FE, Samsung SmartTV dan banyak lagi hadiah eksklusif lain! Best kan?",
"Bila dah seronok bershopping tu anda boleh tebus hadiah menarik. Kalau anda mahukan brooch yang limited edition ini anda hanya belanja minimum RM500 dalam dua resit untuk tebus Limited-Edition MOP KLIA Raya Gift ini!",
"Anda juga boleh Flip & Win! Hanya belanjakan minimum RM300 dalam dua resit dan berpeluang menang cash baucar RM50 LaLaport BBCC X Mop KLIA Cash dan juga hadiah eksklusif lain!",
"Raya kan tak lama jer lagi, jadi mestilah ada sampul Raya yang cantik dan eksklusif! Anda boleh tebus sampul Raya MOP KLIA Limited Edition dengan membelanjakan minimum RM200 dalam dua resit. Nak tebus nanti datang jer kaunter redemption di Sunshine Square. ",
"Oh ya kalau anda nak Raya anda lebih meriah, jom masuk bengkel Raya yang disediakan di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ini. ",
"Paling penting belanja minimum RM50 maximum dua resit dan anda berpeluang masuk Raya Workshop ini! Bestnya. Anda boleh belajar buat ketupat dan banyak lagi aktiviti menarik!",
"Meriahnya Raya kalau ada persembahan kan? Jangan risau gais, anda boleh tengok persembahan Raya di Sunshine Square pada tarikh yang tertera dalam poster di bawah ni. Boleh lah anda lepaskan rindu di kampung tu. Hehe.",
"Anda juga boleh muat turun Aplikasi untuk mendapatkan e-baucar Percuma, dapatkan 2x mata berganda dan banyak lagi ganjaran! Dengan aplikasi ini anda lebih jimat dan dapatkan lebih banyak ganjaran untuk belanja Raya anda!",
"Boleh download discount baucar RM20 dan Food & Beverage RM10 dari App sekarang! Lepas shopping, boleh berbuka puasa di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang bersama-sama!",
"Jadi, jangan tunggu. Jom sekarang ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Sementara stok masih ada! Tertakluk kepada terma dan syarat."
] |
https://www.rotikaya.com/puteri-sarah-bakal-failkan-nusyuz-terhadap-syamsul/ |
Puteri Sarah Bakal Failkan Nusyuz Terhadap Syamsul
| [
"Pelakon Puteri Sarah berkemungkinan akan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, pengarah sensasi Syamsul Yusof.",
"Memetik Kosmo, peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader berkata tuntutan tersebut merupakan antara perkara yang boleh dilakukan, namun memerlukan masa untuk memperhalusinya.",
"“Kita akan uruskan, akan atur apa benda yang akan dibuat. Kalau ada perkara yang hendak dibuat, ia akan dibuat ikut undang-undang.",
"“Dalam masa terdekat ini, kita akan memasukkan pembelaan terhadap nusyuz (oleh Syamsul). (lepas ini) kita tengok nak masukkan tuntutan balas ke atau nusyuz pihak sana pula ,”katanya.",
"Menurut Akberdin lagi, tuntutan nusyuz terhadap Syamsul itu antara perkara boleh dilakukan dan ia yang sedang difikirkan.",
"Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).",
"Terdahulu, Puteri Sarah akan memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz yang dibuat suaminya."
] |
https://www.rotikaya.com/hancurnya-hati-mengenangkan-akan-kehilangan-patimah-ismail/ |
“Hancurnya Hati Mengenangkan Akan Kehilangan Mereka” – Patimah Ismail
| [
"Sejak hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah, ibu mentua kepada pelakon itu iaitu Datin Patimah Ismail sentiasa menjadi perhatian ramai.",
"Terbaru, Datin Patimah dilihat ada memuat naik posting di Insta Story menyatakan hatinya hancur apabila mengenangkan akan kehilangan Puteri Sarah dan dua orang cucunya.",
"BACA: Puteri Sarah Gelak Besar Netizen Kata Syamsul Bagi RM1 Juta Belanja Bercuti Di Tokyo",
"Menerusi perkongsian itu, Datin Patimah turut memuat naik gambar menantunya bersama dua cucunya, Syaikhul dan Sumayyah berlatar belakangkan lagu Shanna Shannon yang berjudul Kamu dan Kenangan.",
"Pada 24 Mac lalu, sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.",
"Puteri Sarah menegaskan dia tetap mahu bercerai dengan suaminya serta tidak mahu lagi berdamai dan berharap untuk dilepaskan."
] |
https://www.rotikaya.com/syamsul-yusof-tetap-saman-farid-kamil/ |
Syamsul Yusof Tetap Saman Farid Kamil
| [
"Pengarah sensasi, Syamsul Yusof tetap mahu meneruskan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid Kamil.",
"Memetik BH Online, Syamsul berkata dia tekad untuk membersihkan namanya namun berharap Allah melembutkan hatinya untuk menarik semula saman tersebut.",
"BACA: Aaron Aziz Suruh Syamsul Yusof Minta Maaf Pada Orang Tuanya",
"“Yang mana saya nak saman, tetap berjalan. Jadi, saman itu tetap diteruskan. Saya pun harap Allah lembutkan hati saya untuk tarik balik saman, mungkinlah. Saya pun tak tahu.",
"“Sekarang saman tetap diteruskan. Ini bukan soal siapa menang atau kalah, ia hanyalah perkara yang patut dijadikan pengajaran,” katanya.",
"Dalam pada itu, Syamsuk enggan mengulas mengenai kenyataan pelakon Datuk Aaron Aziz yang memintanya untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapanya.",
"“Bila keluarkan kenyataan, perkara ini tidak akan habis. Jadi, apa yang saya mampu cakap mengenai isu Aaron sudah saya komen sebelum ini,” katanya.",
"Sementara itu, Syamsul berkata tidak mempunyai masalah untuk bersemuka dengan Aaron."
] |
https://www.rotikaya.com/kalau-benci-sangat-saya-sikap-saya-yang-teruk-lepaskan-saya-pachara-apin/ |
“Kalau Benci Sangat Saya & Sikap Saya Yang Teruk, Lepaskan Saya” – Pachara Apin
| [
"Isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin mendesak suaminya itu segera menceraikannya memandangkan pelakon itu dengan jelas memburukkan dirinya di media dengan pelbagai fitnah.",
"Memetik Harian Metro, Pachara atau Nur Aira Mahdeya berkata Afiq bukan saja mengaibkan dirinya malah turut menderanya secara fizikal selama tiga tahun.",
"BACA: Pachara Dedah Terpaksa Keluar Bekerja, Afiq Muiz Hanya Main Game Di Rumah",
"“Dah terang-terang dia mengata saya, isteri dia. Macam saya teruk sangat. Jadi, apa lagi? Awak terang-terang bercakap benda buruk mengenai saya dan aibkan saya di media.",
"“Kalau benci sangat kepada saya dan sikap saya yang teruk, lepaskan saya. Cari isteri yang sesuai dan dapat tahan dengan awak. Bukan sahaja aibkan, tapi, dia mendera saya secara fizikal selama tiga tahun. Jadi, apa lagi awak nak?",
"Dari A hingga Z, dia banyak fitnah saya. Saya cuba sedaya upaya untuk tutup mulut. Biar mahkamah yang nampak sendiri bukti dan siapa yang curang,” katanya.",
"Dalam pada itu, mengulas mengenai kes tuntutan fasakh yang ditangguh pada 15 Jun depan, Pachara mendakwa Afiq sengaja melengahkan masa.",
"“Prosiding ini sepatutnya berjalan lebih lancar, tapi, sebab defendan (Afiq) hadir, saya rasa, dia nak lambatkan proses. Peguam saya pun maklumkan, ada bukti mesej yang sudah dihantar.",
"“Tapi, dia tak mahu berikan kerjasama. Bahkan, sewaktu peguam nak hantar surat pun, dia suruh cari alamat sendiri. Selepas cari beberapa alamat, dia hantar pula alamat taska. Dia seperti mempermainkan staf peguam saya dan itu tak patut,” katanya.",
"Difahamkan, prosiding keterangan saksi yang berlangsung hari ini ditunda selepas Afiq selaku defendan, hadir dan mengaku tidak menerima surat tuntutan cerai dari pihak peguam Pachara, sebaliknya mendapat tahu melalui media."
] |
https://www.rotikaya.com/syamsul-puji-puteri-sarah-profesional-tak-halang-jumpa-anak-anak/ |
Syamsul Puji Puteri Sarah Profesional, Tak Halang Jumpa Anak-Anak
| [
"Pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkata hubungannya dan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Summayyah tetap baik meskipun berdepan kemelut rumah tangga.",
"Memetik mStar Online, Syamsul berkata isteri pertamanya, Puteri Sarah bersikap profesional dan tidak menghalangnya untuk bertemu dengan anak-anak.",
"BACA: Reda Jika Berpisah, Syamsul Tak Mahu Lukakan Hati Puteri Sarah Lagi",
"“Alhamdulillah, saya jumpa anak-anak saya. Puteri Sarah memberi kerjasama baik biarpun dia memfailkan hak penjagaan.",
"“Apapun, insya-Allah Puteri Sarah tidak perlu risau. Biarpun bermasalah, saya dan Puteri Sarah bersikap profesional mengenai anak dan memberi kerjasama. Alhamdulillah, saya dapat berjumpa anak-anak,” katanya.",
"Menurut Syamsul lagi, dia sudah banyak kali bertemu dengan kedua anak-anaknya itu namun tidak berkongsikan di media sosial.",
"Sementara itu, ditanya mengenai sambutan Aidilfitri bersama anak-anak, Syamsul enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.",
"Syamsul hari ini hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur agi sebutan tuntutan nusyuz difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.",
"Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei depan berikutan Puteri Sarah tidak hadir atas tuntutan kerja di luar negara."
] |
https://www.rotikaya.com/reda-jika-berpisah-syamsul-tak-mahu-lukakan-hati-puteri-sarah-lagi/ |
Reda Jika Berpisah, Syamsul Tak Mahu Lukakan Hati Puteri Sarah Lagi
| [
"Pelakon Syamsul Yusof hari ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk sebutan kes nusyuz yang difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.",
"Memetik BH Online, bagaimanapun Syamsul berkata mahkamah menetapkan tarikh baru pada 8 Mei berikutan isterinya itu tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja di luar negara.",
"Menurut Syamsul, dia enggan mengulas panjang serta meminta agar mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan juga Puteri Sarah.",
"“Hari ini adalah sebutan nusyuz, tetapi Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana ada urusan di luar negara. Saya tak mahu cakap banyak sebab takut salah cakap. Apa-apa pun, doakan yang baik-baik antara saya dan Puteri Sarah sama ada berakhir dengan baik atau tidak.",
"“Doakan yang terbaik kerana kadang-kadang kita tidak tahu yang terbaik untuk kita mungkin tak baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Hanya mampu bersangka baik kepada sesiapa sahaja,” katanya",
"Dikesempatan itu juga, Syamsul turut memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat rakan-rakannya yang sedang kemelut rumah tangga.",
"“Doakan yang terbaik bukan untuk saya sahaja, tetapi rakan-rakan artis lain sebab kita nampak ia jadi ‘trend’. Ini bukan perkara main-main. Ini mengenai kehidupan peribadi dan tidak nampak indah yang disangka. Inilah realiti. Doakanlah kami semua. Itulah hakikat sebenar,” katanya.",
"Dalam pada itu, Syamsul yang mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Isnin depan berkata dia reda dengan apa yang bakal berlaku.",
"“Insya-Allah, saya cuba reda dengan apa sahaja, mudah-mudahan begitu juga dengan Puteri Sarah. Saya pun tidak mahu mengeluarkan kenyataan melukakan hati Puteri Sarah lagi. Harap boleh selesai dengan baik,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/shuhada-dakwa-ada-saksi-nampak-hafidz-bersama-athira-di-bazar/ |
Shuhada Dakwa Ada Saksi Nampak Hafidz Bersama Athira Di Bazar
| [
"kIsteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menerima mesej di daripada individu memaklumkan ternampak kelibat suaminya bersama wanita didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya iaitu Athira Yuhada.",
"Memetik Harian Metro, Shuhada berkata perkongsian yang diberikan kepadanya itu turut akan disiasat bagi menyokong tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap mereka.",
"“Maaf saya tidak boleh bercakap banyak mengenai isu ini. Cuma tidak dinafikan saya ada menerima beberapa mesej di Instagram bahawa terlihat kelibat mereka di bazar Ramadan yang membuktikan mereka masih berhubung,” katanya.",
"Shuhada juga turut mengesahkan bahawa ada menerima surat tuntutan fitnah melalui peguam yang mewakili Athira.",
"“Selain dari peguam saya telah membalas kepada surat tersebut. Kami juga akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka,” katanya.",
"Sebelum ini, menerusi satu perkongsian di Instagram Shuhada memaklumkan, Athira memfailkan satu tuntutan saman terhadapnya susulan kenyataan yang dimuat naik pada 15 Februari lalu."
] |
https://www.rotikaya.com/aaron-aziz-suruh-syamsul-yusof-minta-maaf-pada-orang-tuanya/ |
Aaron Aziz Suruh Syamsul Yusof Minta Maaf Pada Orang Tuanya
| [
"Umum mengetahui, isu antara pelakon Datuk Aaron Aziz dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof masih lagi berlarutan hingga ke hari ini.",
"Memetik BH Online, Aaron berkata kemelut antara dirinya dengan Syamsul dapat diselesaikan selepas dia memohon maaf kepada kedua orang tuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.",
"BACA: Aaron Aziz Beri Amaran, Minta Sharnaaz Jangan Masuk Campur Isu Dengan Syamsul",
"“Tak ada sebarang konfrontasi. Saya cakap kepada umum suruh dia minta maaf pada kedua orang tuanya,” katanya.",
"Dalam pada itu, Aaron turut mengulas mengenai kenyataan Sharnaaz Ahmad yang mendakwa mereka pelakon profesional dan tidak akan menarik diri dari membintangi filem The Original Gangster (TOG) hanya disebabkan konflik yang berlaku.",
"“Beritahu dia (Sharnaaz), tak perlu masuk campur. Kepada pelakon atau sesiapa sahaja yang tidak terbabit dengan produksi, jangan masuk campur,”katanya.",
"Sementara itu, Aaron tidak mahu memberikan sebarang kenyataan selepas diminta oleh isterinya, Datin Diyana Halik supaya tidak berbuat demikian.",
"“Isteri saya minta supaya saya tidak beri sebarang kenyataan lagi. Mungkin isteri saya tahu perangai saya,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/suara-dato-ganggu-syaitan-yang-diikat-bulan-ramadan-menggelupur-mereka-wak-doyok/ |
“Suara Dato Ganggu Syaitan Yang Diikat Bulan Ramadan, Menggelupur Mereka” – Wak Doyok
| [
"Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila ramai yang tidak pandai menilai bakat yang dimilikinya.",
"Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff mengakui suaranya unik seperti penyanyi terkenal, Michael Jackson serta meminta orang ramai akur bahawa dirinya penyanyi nombor 1 Malaysia.",
"BACA: “Selagi Tak Berbogel, Tak Ada Isu Pun” – Aliff Syukri",
"Menurut Aliff lagi lagu rayanya akan dilancarkan pada esok hari serta mengatakan bahawa suaranya sedap dan merdu.",
"“Apa salah saya awak, sok dah nak lancarkan ni awak. Ramai rakyat Malaysia tak pandai menilai seni suara. Suara saya unik macam Michael Jackson. Mohon terima dan akur saya artis nombor satu Malaysia, suara saya sedap dan merdu. Muktamad,” katanya.",
"Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan turut menjadi perhatian komen ditinggalkan oleh ikon fesyen dan pelakon Wak Doyok.",
"Menurut Wak Doyok, pelancaran lagu terbaharunya itu tidak salah tetapi bimbang jika suara usahawan itu bakal menganggu syaitan yang diikat di bulan ramadan."
] |
https://www.rotikaya.com/aaron-aziz-beri-amaran-minta-sharnaaz-jangan-masuk-campur-isu-dengan-syamsul/ |
Aaron Aziz Beri Amaran, Minta Sharnaaz Jangan Masuk Campur Isu Dengan Syamsul
| [
"Pelakon Datuk Aaron Aziz memberikan amaran terhadap pelakon, Sharnaaz Ahmad yang memberi reaksi terhadap konflik antara Aaron dan pengarah, Syamsul Yusof.",
"Memetik Utusan Online, Aaron berkata dia tidak mahu orang luar yang tidak berkenaan memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.",
"“Cakap dekat dia (Sharnaaz Ahmad), jangan masuk campur. Kepada yang tidak terlibat dengan produksi (filem The Original Gangster), jangan bagi kenyataan. Jangan masuk campur. Kalau nak (masuk campur), jumpa saya dulu,” katanya.",
"Terdahulu, Syamsul berkata dia tidak akan bersemuka dengan pengarah sensasi itu selepas dilarang isterinya, Diyana Halik.",
"Aaron berkata dia akan mengikut seperti yang dipinta isterinya serta mengatakan bahawa rezeki bukannya terletak di tangan manusia."
] |
https://www.rotikaya.com/farid-kamil-diana-danielle-enggan-komen-bilik/ |
Farid Kamil, Diana Danielle Enggan Komen Tentang ‘Bilik’
| [
"Pelakon Farid Kamil enggan mengulas mengenai ‘bilik’ di rumah mereka yang dianggap tidak sesuai untuk dimasuki anak-anaknya seperti didakwa isterinya, Diana Danielle di Insta Story.",
"Memetik Harian Metro, Farid dilihat menunjukkan gerakan tangan seolah-olah memberi maksud tidak mahu menjawab soalan tersebut.",
"Sementara itu, Diana yang ditanya mengenai soalan tersebut turut membiarkan apa yang dikongsikannya itu menjadi tanda tanya dan hanya berlalu pergi ke kenderaan miliknya tanpa berkata apa-apa.",
"Terdahulu, Diana mendedahkan Farid bertindak mengurung semalaman anak bongsunya, Nur Aurora atas alasan ingin memberi pengajaran terhadapnya kerana kesalahan memetik cili milik jiran sebelah rumah.",
"Menurut Diana, bilik tersebut tidak sesuai untuk dimasuki oleh kanak-kanak dan anak mereka tidak sepatutnya berada dalam bilik berkenaan."
] |
https://www.rotikaya.com/mencari-penyelesaian-bukan-bermaksud-kembali-bersama-diana-danielle/ |
“Mencari Penyelesaian Bukan Bermaksud Kembali Bersama” – Diana Danielle
| [
"Pelakon Diana Danielle tampil menjelaskan kenyataannya semasa temu bual berhubung sebutan kes hadanah tengah hari tadi supaya tidak timbul salah faham.",
"Memetik mStar, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Diana berkata mencari penyelesaian bukan bermaksud dia mahu kembali kepada Farid.",
"BACA: “Ini Bukan Soal Menang Atau Kalah, Tapi Keadilan Buat Anak-Anak” – Diana Danielle",
"“Mencari penyelesaian bukan bermaksud kembali bersama. Jangan salah faham pula dengan kenytataan saya,” tulisnya.",
"Sebelum ini, Diana meluahkan rasa syukur sebutan kes berjalan lancar dan dia hanya mahu menyelesaikan hak penjagaan anak mereka dengan baik.",
"“Ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu adil kepada anak-anak. Sebutan kes hari ini berjalan dengan baik dan saya tidak mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik. Dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian,” katanya.",
"Terdahulu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada Diana."
] |
https://www.rotikaya.com/azhar-sulaiman-pening-leona-balik-malaysia-sebab-rindu-nak-pergi-bazar/ |
Azhar Sulaiman Pening Leona Balik Malaysia Sebab Rindu Nak Pergi Bazar
| [
"Umum mengetahui, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menyambung pengajian di United Kingdom, London.",
"Baru-baru ini, Azhar dilihat ada memuat naik video bahawa anak bongsunya itu kini berada di Malaysia untuk menyambut Ramadan bersama keluarga.",
"Apa yang menjadi perhatian, Azhar berkata dia sendiri tidak faham anaknya itu susah untuk ‘letak’ di UK dan senang-senang pulang ke Malaysia.",
"Mek Leona is back at home! Bengong betul takleh lekat kat UK…",
"Turut kedengaran Leona berkata dia rindukan suasana berpuasa di Malaysia serta mahu ke bazar Ramadan menaiki motosikal.",
"“Saya nak pergi naik motor ke bazar Ramadan. Kena Naik Motor, saya tak nak naik kereta,” katanya.",
"Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut apabila Leona sudah berada di Malaysia sedangkan baru saja gadis itu berkongsikan gambar percutiannya di Icelang.",
"Malah, ada yang mengatakan Leona ulang alik dari UK ke Malaysia seperti Kuala Lumpur ke Johor sahaja. Malah, ada netizen mengatakan Leona punya balik Malaysia macam tiket bas sahaja."
] |
https://www.rotikaya.com/ini-bukan-soal-menang-atau-kalah-tapi-keadilan-buat-anak-anak-diana-danielle/ |
“Ini Bukan Soal Menang Atau Kalah, Tapi Keadilan Buat Anak-Anak” – Diana Danielle
| [
"Pelakon Diana Danielle enggan mengulas lebih terincin mengenai sebutan kes hadanah membabitkan hak penjagaan dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.",
"Memetik Harian Metro, Diana meluahkan rasa syukur sebutan kes berjalan lancar dan dia hanya mahu menyelesaikan hak penjagaan anak mereka dengan baik.",
"BACA: “Saya Tak Pernah Berhenti Usaha Cari Isteri, Anak” – Farid Kamil",
"“Ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu adil kepada anak-anak. Alhamdulillah, sebutan kes hari ini berjalan dengan baik dan saya tidak mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik. Dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian,” katanya.",
"Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai keadaan Aurora, Diana enggan mengulas bagi menjaga ruang peribadi anaknya itu.",
"“Alhamdulillah, saya melindungi ruang peribadinya. Saya tak mahu cakap banyak,” katanya.",
"Difahamkan, hari ini Diana dan Farid hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shaj Alam bagi sebutan kali pertama kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya."
] |
https://www.rotikaya.com/saya-tak-pernah-berhenti-usaha-cari-isteri-anak-farid-kamil/ |
“Saya Tak Pernah Berhenti Usaha Cari Isteri, Anak” – Farid Kamil
| [
"Pelakon Farid Kamil yakin masih ada sinar buat dia dan isteri, Diana Danielle mencari jalan pendamaian bagi selesaikan kemelut rumah tangga.",
"Memetik mStar Online, Farid gembira dapat bertemu dengan Diana dan akan berusaha selamatkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu.",
"“Saya gembira dapat jumpa dengan isteri saya hari ini. Apa yang boleh saya katakan hari ini, saya sedang berusaha untuk menyelamatkan keluarga saya.",
"“Saya dalam proses memikirkan jalan terbaik untuk capai jalan pendamaian, memberi anak-anak kedua ibu bapa mereka kembali dan hidup normal sedia kala,” katanya.",
"Menurut Farid lagi, dia berharap rumah tangganya akan kembali seperti biasa serta tidak pernah berusaha berhenti mencari isteri dan anaknya berada.",
"“11 tahun kami sudah mengharungi pelbagai rintangan. Masih ada harapan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah supaya suatu hari nanti kami akan kembali seperti biasa.",
"“Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi pada Ramadan ini banyak kekangan apatah lagi saya sibuk dengan kerjaya sekarang,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/kehadiran-orang-ketiga-juga-satu-ujian-allah-untuk-uji-rumah-tangga-kita/ |
“Kehadiran Orang Ketiga Juga Satu Ujian Allah, Untuk Uji Rumah Tangga Kita”
| [
"Pelakon Nora Danish berkata perasaan dan emosinya jadi rapuh setiap kali mendengar kisah pergolakan rumah tangga pasangan suami isteri disebabkan kehadiran ‘penyondol’.",
"Memetik BH Online, Nora berkata sebagai orang luar dia hanya rasa simpati serta berdoa agar dipermudahkan buat pasangan yang diuji dengan kemelut rumah tangga.",
"BACA: Nora Danish Teruja Pertama Kali Cuci Pakaian Di Dobi Layan Diri",
"“Sejujurnya, saya terkejut dan terkesima mendengar berita konflik rumah tangga pasangan selebriti seperti hangat diperkatakan. Saya memang sedih kerana ada antara mereka saya ikuti perkembangan dari zaman bercinta, berkahwin dan mempunyai anak.",
"“Tetapi, nak komen lebih pun tak boleh kerana saya juga mempunyai rumah tangga yang harus dijaga. Apa yang boleh saya katakan, alam perkahwinan tak selalu indah di pandangan mata, ada masanya berdepan jatuh dan bangun.",
"“Jadi, kita doakan urusan pasangan suami isteri diuji dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan cara baik,” katanya.",
"Dalam pada itu, Nora berpendapat kehadiran orang ketiga adalah ujian daripada Allah untuk menguji rumah tangga pasangan suami isteri.",
"“Sebenarnya, saya tak berapa gemar mendengar perkataan ‘penyondol’. Rasanya gelaran ‘orang ketiga’ lebih sesuai. Pada pandangan saya, kehadiran orang ketiga juga satu ujian Allah. Tuhan hadirkan golongan ini untuk uji rumah tangga kita,” katanya.",
"Sementara itu, Nora mengakui adakalanya bimbang jika perkara sama menimpa rumah tangganya, malah dia turut mengusik suaminya, Nedim supaya tidak membuat hal sedemikian.",
"“Mestilah ada rasa bimbang. Kadang-kadang bila menonton filem berkaitan konflik rumah tangga membabitkan orang ketiga, saya ada juga mengusik suami supaya tak buat hal yang menyakitkan itu.",
"“Biasalah, mesti ada perselisihan faham dalam rumah tangga. Jadi, untuk menyelamatkan keadaan, salah seorang kenalah beralah atau berkorban,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/mood-raya-dah-on-jom-serlahkan-kreativiti-resipiwayang-anda-dengan-snickers/ |
Mood Raya Dah On, Jom Serlahkan Kreativiti #ResipiWayang Anda Dengan Snickers!
| [
"Mood Raya dah tiba!!! Fuh…anda mesti bersemangat kan? Hahaha. Asal sebut Raya jer ha mula lah meloncat gembira. ",
"Kau sabar jap, walaupun puasa baru masuk minggu kedua tapi ramai yang bersemangat nak sambut Raya ni. Bukan main yer korang. ",
"Tak mengapa gais, rileks. Walaupun Raya lambat lagi, kami nak naikkan mood Raya anda dengan menyertai pertandingan #ResipiWayang dengan Snickers! Alang-alang anda nak buat kuih raya sendiri tu, bolehlah take part peraduan dari Snickers ni. ",
"Paling menarik, anda juga berpeluang menangi hadiah bernilai sehingga RM20,000* dengan menyerlahkan kreativiti #ResipiWayang anda tu. Wow, hebatnya! Tapi macam mana nak masuk peraduan tu? Caranya simple jer. Meh ini teman kabo.",
"3. KONGSI gambar hasil #ResipiWayang anda di Facebook dengan #ResipiWayang #SnickersMalaysia dan TAG Snickers Malaysia.",
"Kalau anda masih lagi konfius, check out video ni kalau nak tau macam mana Cik Farah buat persiapan kuih Raya like a boss. Jeng, jeng, jeng! Akhirnya rahsia Cik Farah dah terbongkar. ",
"Itu jer gais. Mudah amat weh. Hadiah pun semuanya gempak habis. Antaranya Kitchen Aid Stand Mixer. Pergh padu bhai! Dan yang bestnya anda boleh masuk banyak kali peraduan ni. Okay sangatlah! Anda boleh baca lebih lanjut di link yang kami berikan di atas tadi tu okay. ",
"Oh ya, peraduan bermula SEKARANG sehingga 15 Mei 2023! Masih banyak lagi waktu gais untuk anda kreatifkan kretiviti anda! Tak sabar betul nak tengok hasil anda nanti, hehe. ",
"Jadi, tunggu apa lagi. Jom lah beli, hias, dan kongsi sekarang!"
] |
https://www.rotikaya.com/farid-banyak-menangis-tak-tunjuk-masalah-rumah-tangga-johan-asari/ |
“Farid Banyak Menangis, Tak Tunjuk Masalah Rumah Tangga” – Johan As’ari
| [
"Pelakon Johan As’ari mengakui terkejut dengan kemelut rumah tangga melanda Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle apatah lagi pasangan itu baru mengerjakan ibadah umrah pada Februari lalu",
"Memetik BH Online, Johan berkata ketika di Tanah Suci pasangan itu dilihat baik-baik sahaja serta berharap mereka tidak berpisah.",
"“Semasa di Makkah, saya memang tidak tahu mereka ada masalah rumah tangga. Bagi saya, mereka kelihatan baik-baik sahaja dan nampak bahagia.",
"“Bila sudah balik ke Malaysia, saya memang terkejut bila dapat tahu hubungan mereka mempunyai masalah. Bagaimanapun, saya tetap mendoakan yang baik-baik.",
"“Saya berharap mereka tidak berpisah dan dapat berbaik semula. Saya sedih jika Farid dan Diana berpisah sebab saya adalah peminat mereka,” katanya.",
"Berkongsikan mengenai keadaan Farid ketika menunaikan umrah, Johan berkata aktor itu dilihat banyak menangis dan tidak putus-putus solat.",
"“Ketika tawaf, Farid banyak menangis dan semasa saie pula masih sebak. Setiap rutin dilakukan itulah yang boleh ceritakan mengenai keadaan Farid.",
"“Masuk Raudah (taman syurga) di Masjid Nabawi pula, Farid tidak putus-putus solat. Selepas beri salam, Farid bangun solat dan menangis ketika sujud, saya berada di sebelahnya ketika itu,” katanya.",
"Dalam pada itu, Johan menyifatkan Farid seorang suami yang baik serta sentiasa menjaga nama baik kelurganya.",
"“Farid sangat menjaga keluarganya. Saya tidak pernah dengar sedikit pun merendahkan isterinya, malah sentiasa memujinya di hadapan saya. Dia suami yang bagus dan sangat menjaga nama keluarga,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/anak-hidayah-disihir-sejak-bayi-tak-kuat-pegang-sudu-sebab-saraf-rosak/ |
Anak Hidayah Disihir Sejak Bayi, Tak Kuat Pegang Sudu Sebab Saraf Rosak
| [
"Sebelum ini, balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi pengamal perubatan Islam untuk membantunya kerana mendakwa terkena sihir.",
"Hidayah memaklumkan dia dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah mengalami gangguan ‘sihir’ itu sejak arwah suaminya meninggal dunia.",
"Terbaru, menerusi satu perkongsian di Facebook, abang kepada Hidayah iaitu Mohd Azmier Zmier keadaan anak saudaranya yang tidak kuat untuk memegang sudu disebabkan menjadi mangsa sihir sejak bayi lagi.",
"“Mana ayahjang (Azmier) tak sedih tengok keadaan ucuk (Hamzah), biasa tangan sihat, sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh.. Hilang selera ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan ayahjang. Sanggup kau buat anak ayah,”luahnya.",
"Menurut Azmier lagi, anak saudaranya itu menderita sejak arwah Abam Bocey meninggal ketika Hamzah masih bayi lagi.",
"Malah, Azmier berkata Hamzah turut diganggu setiap malam sehingga sukar tidur lena serta menangi teresak-esak. Dakwa Azmier lagi, individu itu masih menghantar sihir sehingga Hamzah keluar masuk hospital.",
"“Banyak penderitaan kau buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal dari dia baby. Kau sihir, ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, menangis-nangis sampai tidur dia tak normal, kau sihirkan, sampai dah besar, sikit pun kau masih sanggup lagi hantar sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital,”tulisnya.",
"Dalam pada itu, Amier berkata dia tidak pernah memuat naik perkembangan mengenai Hamzah kerana bimbang individu tidak bertanggungjawab itu menyakiti anak saudaranya.",
"Tambahnya lagi, angkara sihir tersebut juga anak saudaranya terpaksa menanggung derita sehingga merosakkan sistem urat saraf Hamzah.",
"“Aku tak pernah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi, sampai doktor sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit Hamzah.",
"“Apa ucuk aku buat pasal kau! Apa dosa dia pada kau! Sanggup buat dia macam ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku, kau asyik hantar sihir. Budak ni sihat sahaja, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir sampai rosakkan sistem urat saraf dalaman ucuk aku,” katanya.",
"Sementara itu, Azmier berkata dia akan berusaha berikhtiar agar Hamzah kembali sihat dan pulih dari perbuatan syirik serta sihat seperti biasa."
] |
https://www.rotikaya.com/awal-ashaari-tak-paksa-scha-alyahya-bertudung/ |
Awal Ashaari Tak Paksa Scha Alyahya Bertudung
| [
"Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari berkata dia tidak memaksa isterinya, Scha Alyahya melakukan perubahan bertudung sepenuhnya selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada Februari lalu.",
"Memetik Kosmo, Awal mengakui isterinya itu kelihatan lebih manis apabila mengenakan hijab namun hanya mendoakan yang terbaik.",
"BACA: Tunai Umrah, Penampilan Scha Alyahya & Awal Ashaari Dipuji Tetap Stylo",
"“Sebagai suami mestilah saya mahu isteri menuju ke arah kebaikan dan tidak mahu sebarang perubahan dilakukan dengan cara paksaan. Perkara seperti ini perlu datang dari dalam dan apa paling penting kami mahu perbaiki hubungan dengan Allah,” katanya.",
"Menurut Awal lagi, isterinya perna menolak tawaran sebagai model bertudung tetapi semakin terbuka bagi menerima peluang tersebut selepas pulang dari umrah.",
"“Sebelum ini banyak jenama yang menghampiri Scha untuk menjadi model bertudung tetapi dia belum bersedia. Namun, selepas balik umrah dia jadi lebih terbuka dan menerima kerja begitu.",
"“Sebagai suami saya hanya menyokong dan berada di belakang apa sahaja keputusan yang dilakukannya,” katanya.",
"Dalam pada itu, Awal menyifatkan penghijrahan bukan perkara mudah serta menyerahkan kepada Scha untuk membuat keputusan. Tambahnya lagi, dia bukan tidak ingin memaksa isterinya namun dia yakin ianya akan datang dengan sendiri.",
"“Saya rasa ini merupakan perubahan besar bagi dia dan selalu juga saya usik sama ada dia ke arah penghijrahan. Dia tidak menidakkan dan mengiyakan cuma nampak lebih selesa memakai tudung.",
"“Jika dia buat keputusan untuk bertudung suatu hari nanti, mengapa tidak. Benda ini keputusan yang besar dan perlu beristiqamah.",
"“Kalau cakap tak paksa Scha, nanti netizen akan cakap, sebagai suami saya boleh berbuat demikian. Namun, kalau paksa dan perbuatan tersebut tidak datang dari hati, tiada guna juga.",
"“Penghijrahan datang dari dalam dan hijrah satu komitmen yang besar kerana jika sudah melakukannya kita mahu perkara tersebut kekal,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/hawa-rizwana-anggap-zizan-razak-macam-abang/ |
Hawa Rizwana Anggap Zizan Razak Macam Abang
| [
"Bergandingan dalam drama berjudul Raya, ada yang mengusik pelakon dan pengacara, Hawa Rizwana mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Zizan Razak.",
"Memetik Kosmo, Hawa bagaimanapun menganggap gosip tersebut sebagai lumrah dalam dunia hiburan serta menegaskan hubungan mereka seperti abang dan adik.",
"“Boleh dikatakan kami sudah lama berkawan iaitu sejak saya jadi wartawan penyiaran lagi kerana pernah menemu bual dia sebelum ini.",
"“Kami tiada apa-apa (hubungan) pun, tak lebih daripada rakan. Saya anggap Zizan macam abang dan senior dalam industri seni,” katanya.",
"Menurut Hawa lagi, sikap Zizan yang kuat mengusik sekaligus membuatkan ramai yang salah sangka sehingga timbulnya spekulasi mereka mempunyai hubungan.",
"“Kebelakangan ini pula kami kerap dilihat bersama kerana terbabit dalam telefilem sempena Aidilfitri bawah arahan Michael Ang.",
"“Zizan jenis kuat mengusik dan suka kongsi gambar ketika penggambaran dalam media sosial. Mungkin dari situ orang salah sangka,” katanya.",
"Difahamkan, Hawa membawakan watak sebagai isteri kepada Zizan dalam sebuah telefilem raya yang bakal menemui penonton tidak lama lagi."
] |
https://www.rotikaya.com/pakai-baju-sendat-seluar-pendek-yuna-rahim-ditegur-netizen/ |
Pakai Baju Sendat & Seluar Pendek, Yuna Rahim Ditegur Netizen
| [
"Baru-baru ini, perkongsian pelakon Yuna Rahim menjadi perhatian apabila memuat naik video sedang membuat review berkenaan tinted kereta.",
"Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah penampilannya yang dikatakan terlalu seksi dan terdedah sekaligus menjadi bualan netizen di TikTok.",
"Aduh, Yuna kena tipu ker? Lately cuaca dekat Malaysia panas betul, tapi nasib baik ada @Raytechfilms_official . Baru la Yuna tahu rupanya kita boleh cek kualiti film tinted kita dekat situ, dan dekat situ jugak you guys jugak, boleh dapatkan nasihat-nasihat yang diperlukan untuk pastikan film tinted kereta uols semua guna kualiti film tinted yang terbaik. Jangan lambat, pergi mana-mana cawangan Raytech di serata malaysia sekarang! #raytechfilms #raytechrx #raytechrx #kingoftint #bestcartint",
"Menerusi video itu, Yuna dilihat mengenakan baju yang agak ketat dan senda bersama seluar jeans pendek sehingga hampir menampakkan punggungnya.",
"Diruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan penampilan pelakon itu sehingga mengundang kecaman. ",
"Tidak kurang juga, ada yang memberi teguran buat pelakon itu supaya menjaga pemakaian serta meminta untuk berubah selagi ada masa.",
"Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen sempat meninggalkan komen nakal. Bagaimanapun, Yuna dilihat telah pun menutup ruangan komen posting berkenaan."
] |
https://www.rotikaya.com/anak-lebih-percaya-orang-baru-hidup-dengannya-dari-ibu-yang-melahirkan-ibu-syamsul/ |
“Anak Lebih Percaya Orang Baru Hidup Dengannya Dari Ibu Yang Melahirkan” – Ibu Syamsul
| [
"Sejak hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah, ibu mentua kepada pelakon itu iaitu Datin Patimah Ismail sentiasa memberikan sokongan buat menantunya itu.",
"Baru-baru ini, perkongsian ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof itu menjadi perhatian apabila seakan meluahkan perasaan di media sosial.",
"BACA: “Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat” – Ibu Syamsul",
"Menerusi entri itu, Datin Patimah berkata seorang anak lebih cenderung untuk lebih percaya individu yang baru hidup bersama berbanding ibu yang melahirkannya.",
"Dalam perkongsian lain, Datin Patimah turut berharap agar Allah memberi petunjuk kepada golongan tersebut untuk kembali ke jalan yang benar.",
"Terdahulu, Datin Patimah berharap agar menantunya berdamai namun bersyarat. Namun, Datin Patimah berkata menantunya itu berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak."
] |
https://www.rotikaya.com/saya-sedar-hanya-orang-biasa-tiada-pengaruh-bekas-isteri-sam-bunkface/ |
“Saya Sedar Hanya Orang Biasa & Tiada Pengaruh” – Bekas Isteri Sam Bunkface
| [
"Susulan kenyataan Sam Bunkface yang dibuat pada Sabtu lalu, bekas isteri kepada penyanyi itu iaitu Aida Azira enggan mengulas mengenai perkara itu.",
"Memetik BH Online, Aida berkata dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan serta menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.",
"BACA: “Saya Tak Pernah Abai Nafkah Anak, Siap Bayar Lebih” – Sam Bunkface",
"“Saya tak nak komen apa-apa. Saya sedar hanya orang biasa dan tiada pengaruh. Jadi, sekarang tidak perlu saya mendedahkan perbualan WhatsApp atau seumpamanya kerana tak perlu untuk saya panjangkan perkara ini.",
"“Saya juga tidak mahu melukakan mana-mana pihak. Biarlah perkara ini diselesaikan oleh mahkamah. Saya hanya nak selesaikan dan tamatkan sahaja perkara ini,” katanya.",
"Dalam pada itu, Aida turut menitipkan nasihat kepada wanita di luar sana supya amengambil tahu dan memahami undang-undang untuk kebaikan diri sendiri. Malah, Aida juga percaya pasti akan ada kebenaran di sebalik isu dihadapinya itu.",
"“Tiada wanita yang mahu melalui perkara ini, jadi saya sendiri mahu menyelesaikan secepat mungkin dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja.",
"“Kepada kaum wanita, tak kisahlah jika anda bekerjaya, suri rumah, ibu tunggal, masih bergelar isteri atau tidak, saya mahu setiap wanita faham undang-undang, faham hak sebagai wanita dan ibu. Golongan wanita patut tahu sistem kehakiman.",
"“Insya-Allah, hakim dan peguam akan tahu hakikat sebenar, begitu juga orang sekeliling pun akan tahu juga nanti. Jadi, selagi boleh pertahankan, kita harus pertahankan hak. Ibu mana yang mahu berjauhan dengan anak. Segala keputusan saya buat adalah demi kepentingan dan kebajikan anak,” katanya.",
"Terdahulu, Sam menegaskan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan nafkah anak mereka, Maleeq meskipun pendapatannya terjejas ketika pandemik."
] |
https://www.rotikaya.com/isteri-tak-larat-dapur-yonnyboii-urus-sahur-sendiri/ |
Isteri Tak Larat Ke Dapur, Yonnyboii Urus Sahur Sendiri
| [
"Tidak mahu menyusahkan isteri tercinta yang kini sedang hamil enam bulan, penyanyi Yonnyboii tidak kisah terpaksa menguruskan makan minum sendiri terutama ketika bersahur.",
"Memetik Kosmo, Yonny berkata Ramadan kali ini berbeza kerana dia perlu berdikari lebih-lebih lagi ketika waktu bersahur kerana isterinya tidak larat untuk memasak.",
"“Biasanya isteri yang akan sediakan sahur. Tapi tahun ini saya kena berdikari sendiri. Nasib baik perkhidmatan penghantaran makanan ada sehingga awal pagi.",
"“Sebabnya isteri, Nazira yang kini sedang hamil enam bulan sudah tidak larat memasak di dapur. Saya pun tidak memaksanya untuk memasak. Jadi tidak mengapa bila saya kena urus sendiri makan minum sepanjang Ramadan,” katanya.",
"Menurut Yonny lagi, sejak disahkan hamil, isterinya Nik Nazira mengalami alahan teruk sehingga berat badannya turun sebanyak 10 kilogram serta tidak boleh tidur.",
"“Isteri kena alahan teruk sehingga berat badannya turun sebanyak 10kg. Dari pagi sampai ke malam. Antara gejala yang dia alami tidak boleh tidur dan anxiety.",
"“Dia juga selalu mengadu rasa kejang dan sakit. Lebih sakit daripada kekejangan akibat datang bulan katanya. Mungkin sebab pengalaman hamil kali pertama, jadi isteri belum biasa lagi,” katanya.",
"Bakal bergelar bapa dalam masa tiga bulan lagi, Yonny mengakui sangat turuja apatah lagi sememangnya itu impiannya untuk menimang cahaya mata pada usia 25 tahun.",
"“Saya memang teruja sangat nak sambut kelahiran bayi sulung ini nanti. Bergelar bapa pada usia 25 tahun memang antara impian saya. Alhamdulillah ini rezeki dan hadiah daripada Tuhan,” katanya.",
"Terdahulu, Yonny dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 lalu secara rahsia, namun hanya mendedahkannya kepada umum enam hari sah bergelar suami isteri."
] |
https://www.rotikaya.com/dah-mula-mengah-emma-maembong-dijangka-bersalin-pertengahan-bulan/ |
Dah Mula Mengah, Emma Maembong Dijangka Bersalin Pertengahan Bulan Ini
| [
"Pelakon Emma Maembong memaklumkan doktor menasihatinya supaya bersedia untuk melahirkan cahaya mata kedua yang dijangka antara tiga hingga empat minggu lebih awal.",
"Memetik BH Online, Emma berkata ia berdasarkan pengalaman ketika melahirkan anak sulung, Shariq Gabrie dua tahun lalu.",
"“Doktor maklumkan sepatutnya tarikh kelahiran pada 6 Mei depan, tetapi mengikut pengalaman pertama, anak akan lahir antara tiga hingga empat minggu awal daripada tarikh diberikan.",
"“Jadi, doktor memaklumkan untuk saya bersedia pada 15 hingga 19 April ini. Kalau ikutkan sekarang saya sudah mula rasa mengah. Kali terakhir buat pemeriksaan doktor mendapati bayi sudah berada di posisi betul dan saya perlu bersedia,” katanya.",
"Sementara itu, Emma berkata alahan dialami kali ini lebih teruk berbanding kehamilan pertama namun meluahkan rasa syukur dapat menjalani ibadah puasa.",
"“Jika mahu dibandingkan, alahan mengandung anak kedua ini lebih teruk. Tetapi, saya tetap bersyukur apabila dapat puasa penuh.",
"“Kalau mengandung anak pertama dahulu tak boleh puasa langsung, tetapi alahan biasa sahaja. Untuk kali ini situasinya terbalik pula. Kadang-kadang kalau makan saya akan muntah semula dan perkara ini berlaku sampai sekarang,” katanya.",
"Untukr ekod, Emma mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli yang juga juruterbang pada 20 Februari 2020."
] |
https://www.rotikaya.com/dia-boleh-beli-kereta-baru-beli-cincin-berapa-ribu-tapi-nafkah-hutang-masih-tergantung/ |
“Dia Boleh Beli Kereta Baru, Beli Cincin Berapa Ribu Tapi Nafkah & Hutang Masih Tergantung”
| [
"Semalam, perkongsian pelakon Diana Danielle menjadi perhatian ramai apabila mendakwa suaminya, Farid Kamil bersikap baran terhadap hal remeh serta memarahi anak mereka.",
"Menerusi kenyataan di Insta Story itu, Diana berkata anaknya, Aurora sangat takut selepas dimarahi dengan teruk susulan insiden memetik cili di rumah jiran.",
"BACA: Diana Danielle Dakwa Farid Tengking, 4 Bulan Tak Bayar Nafkah",
"“Saya mahu tekankan di sini, dia sudah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh.",
"“Sampai ke esok pagi masih menengking anak-anak atas sebab sebab remeh. Sampai ke tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar.",
"“Petang dia tengking Aurora insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut. Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab nak sambung ‘ajar’ anak,” katanya.",
"Turut menjadi perhatian, Diana juga mendakwa dia yang menampung kos menunaikan umrah untuk mereka sekeluarga, Februari lalu dan suaminya sudah empat bulan tidak membayar nafkah.",
"Diana turut mempersoalkan, suaminya boleh membeli kereta baru cincin harga beribu ringgit namun nafkah dan hutang masih belum diselesaikan.",
"“Tapi dia sendiri cakap, dia akan ‘cover’ (bayar) balik kos penerbangan dan hotel di Makkah. Malangnya sampai hari ini hanya tinggal kata-kata.",
"“Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang) dan apa lagilah, tetapi nafkah dan hutang masih tergantung,” katanya.",
"Terdahulu, Diana memfailkan cerai terhadap Farid pada 10 Mac lalu. Bagaimanapun pada sebutan permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan cerai."
] |
https://www.rotikaya.com/isteri-dato-nd-lala-datin-siti-munirah-abd-ghani-ibu-shila-amzah/ |
“Isteri Dato’ ND Lala..Datin Siti Munirah Abd Ghani” – Ibu Shila Amzah
| [
"Jika sebelum ini mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan kapsyen ditulis ‘penyondol’, isteri pelakon dan penyanyi, ND Lala iaitu Fauziah Sarman mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua suaminya.",
"Dalam perkongsian yang sama, Fauziah menukar kapsyen perkongsian pada Sabtu lalu sekaligus mengesahkan spekulasi mengenai ND Lala bernikah lagi satu.",
"Sebelum ini hangat diperkatakan apabila bapa kepada Shila Amzah itu dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin secara rahsia dengan wanita yang jauh lebih muda.",
"Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila."
] |
https://www.rotikaya.com/kenyataan-diana-bercanggah-dengan-laporan-polis-farid-kamil/ |
“Kenyataan Diana Bercanggah Dengan Laporan Polis” – Farid Kamil
| [
"Pelakon Farid Kamil mendakwa kenyataan yang dikeluarkan isterinya, Diana Danielle di Insta Story bercanggah dengan laporan polis dibuat sebelum ini.",
"Menerusi perkongsian di Insta Story, Farid turut menegaskan segala tuduhan dan fitnah itu adalah rekaan Diana dan ia akan dikemukakan di mahkamah.",
"BACA: Diana Danielle Dakwa Farid Tengking, 4 Bulan Tak Bayar Nafkah",
"“Kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat. Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu, saya akan kemukakan dan akan diperdengar di mahkamah,” tulisnya.",
"Terdahulu, Diana mendakwa Farid sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan. Malah, kos ibadah umrah mereka sekeluarga juga ditanggung olehnya.",
"Menurut Diana, suaminya berkata mahu membayar semula kos penerbangan dan hotel ketika mereka berada disana namun sehingga hari ini tiada bayaran dibuat.",
"Sementara itu, Diana berkata Farid dilihat berubah dan baran terhadap hal remeh pada malam sebelum insiden anak perempuannya, Aurora insiden memetik cili di rumah jiran"
] |
https://www.rotikaya.com/isteri-aliff-syukri-selamat-bersalin-anak-keenam/ |
Isteri Aliff Syukri Selamat Bersalin Anak Keenam
| [
"Tahniah diucapkan buat usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri apabila isterinya, Datin Seri Shahida selamat melahirkan cahaya mata keenam jam 3 petang tadi.",
"Memetik mStar Online, Aliff berkongsikan Shahida hampir menjalani pembedahan akibat bertarung dengan komplikasi bayi yang mengeluarkan tangan terlebih dahulu.",
"BACA: “Saya Dah Nasihat, Dia Bukan Budak-Budak Yang Saya Kena Pantau” – Datin Shahida",
"Bagaimanapun, Shahida selamat melahirkan bayi lelaki secara normal selepas 15 jam bertarung nyawa dalam dewan pembedahan.",
"“Sejak pukul 5 pagi isteri saya berada dalam bilik bersalin dan sekitar pukul 3 petang tadi baru bayi kami selamat dilahirkan.",
"“Pada mulanya doktor mahu melakukan pembedahan kerana bayi mengelaurkan tangan terlebih dahulu dan bukannya muka. Namun saya bersyukur sangat semuanya dipermudahkan dan isteri saya dapat bersalin secara normal,” katanya.",
"Sementara itu, Aliff berkata dia mahukan anak yang ramai namun akur isteirnya tidak mahu lagi menambah zuriat. Malah, dia menghargai pengorbanan isterinya, apatah lagi pengalaman kehamilan kali ini adalah paling sukar.",
"“Saya suka suasana anak yang ramai, Kalau ikutkan saya mahu 12 orang anak tapi isteri saya nak tutup kilang sebab dah tak larat.",
"“Anak kali ini dugaan yang saya nampak adalah pada isteri saya kerana mungkin faktor usia. Dia banyak sangat alahan. Saya berterima kasih kepada isteri dan InsyaAllah saya akan kongsikan wajah anak dalam masa terdekat ini,” katanya.",
"Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah selain turut menjaga seorang anak angkat bernama Ameena."
] |
https://www.rotikaya.com/diana-danielle-dakwa-farid-tengking-4-bulan-tak-bayar-nafkah/ |
Diana Danielle Dakwa Farid Tengking, 4 Bulan Tak Bayar Nafkah
| [
"Semalam pelakon Farid Kamil meminta isterinya Diana Danielle agar tidak memperbesarkan isu seperti anak mereka, Aurora yang memetik cili di rumah jiran hingga ke mahkamah.",
"Terbaru, menerusi perkongsian di Insta Story Dia mendakwa Farid tidak membayar nafkah selama empat bulan. Malah, kos ibadah umrah mereka sekeluarga juga ditanggung olehnya.",
"BACA: “Janganlah Heret Benda Kecil Seperti Petik Cili Ke Mahkamah” – Farid Kamil",
"Menurut Diana, suaminya berkata mahu membayar semula kos penerbangan dan hotel ketika mereka berada disana namun sehingga hari ini tiada bayaran dibuat.",
"“Bulan ni dah masuk 4 bulan tak bayar nafkah. Trip ke Mekah, saya bayar untuk semua 4 beranak. Saya tak harap pun dia bayar balik sebab dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik. ",
"“Tapi dia sendiri cakap, dia akan cover balik kos flight dan hotel di Mekah. Malangnya, sampai hari ini tinggal kata-kata.",
"“Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang tu) dan apa lagilah, tapi nafkah dan hutang masih tergantung,” katanya.",
"Sementara itu, Diana berkata Farid dilihat berubah dan baran terhadap hal remeh pada malam sebelum insiden anak perempuannya, Aurora insiden memetik cili di rumah jiran.",
"“Dia dah mula tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semua hal yang sangat remeh. Sampai tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia. Petang dia tengking Aurora insiden petik cili. 2 hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong saya sebab dia sangat takut.",
"“Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam itu sebab dia nak sambung ‘ajar’. Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah. Saya jadi terkejut, dah la ditengking sepuas hati dari petang. Dia tak bagi anak tidur dengan saya.",
"“Saya tetap berkeras nak bawa anak masuk bilik kerana takut apa lagi tindakan seterusnya. Sebelum keluar, dia ugut akan pukul anak esok sebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas. He was emotionally unstable,” tulisnya.",
"Dalam pada itu, Diana berkata cara Farid memberi pengajaran kepada Aurora sangat keterlaluan. Kata Diana lagi, diasedar bahawa Farid tertekan kerana dia meminta cerai dua hari sebelum kejadian itu.",
"“Bukan niat mencuri. Dengan keadaan dia yang tak boleh kawal emosi, saya terpkasa telefon polis untuk keluar dari rumah sebab tak tahu apa lagi yang akan berlaku esoknya.",
"“Dia dah ugut nak sambung hukuman dan pukul Aurora. Cukup! Kalau dua hari itu pun tak berhenti baran tanpa sebab dekat anak. Saya tahu dia tertekan bila saya minta cerai dua hari sebelum itu,” tulisnya.",
"Sementara itu, dalam perkongsian lain Diana berkata kenyataan dikeluarkan suaminya didakwa tidak berasas dan dia bakal meneruskan segalanya di mahkamah."
] |
https://www.rotikaya.com/isteri-nd-lala-fail-cerai/ |
Isteri ND Lala Fail Cerai
| [
"Sejak Sabtu lalu hangat diperkatakan apabila isteri kepada penyanyi ND Lala iaitu Fauziah Sarman mendedahkan identiti seorang wanita serta nama penuhnya didakwa menjadi penyondol rumah tangganya.",
"Terbaru, isteri kepada penyanyi itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pagi tadi dipercayai bagi memfailkan permohonan cerai terhadap ND Lala susulan dakwaan suaminya berkahwin lagi.",
"BACA: Isu Penyondol Rumah Tangga Ibu Bapa, Shila Amzah Belum Sedia Nak Komen",
"Memetik mStar Online, Fauziah yang ditemui pemberita bagaimanapun memberitahu tidak tahu mengenai dakwaan suaminya bernikah dengan seorang wanita.",
"“Tak tahu. Lebih baik tanya pada abang ND sendiri. Dia yang tahu,” katanya ",
"Sebelum itu, Fauziah hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Seksyen 16 bersama adik perempuannya, namun diminta ke mahkamah untuk berbuat demikian.",
"Semalam, perkongsian Fauziah menjadi bualan ramai sekaligus mencetuskan spekulasi sama ada wanita terbabit adalah madunya.",
"Difahamkan, wanita bernama Siti Munirah bukanlah asing kepada keluarga Fauziah dan suaminya, ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila."
] |
https://www.rotikaya.com/hidayah-dakwa-disihir-sejak-arwah-abam-meninggal-dunia/ |
Hidayah Dakwa Disihir Sejak Arwah Abam Meninggal Dunia
| [
"Balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi pengamal perubatan Islam untuk membantunya kerana mendakwa terkena sihir.",
"Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, Hidayah yang kelihatan sugul memaklumkan dia dan anak tunggalnya, Hamzah mengalami gangguan ‘sihir’ itu sejak Abam meninggal dunia.",
"“Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian atau perawat mistik & sihir yang boleh mengubati atau merawat masalah yang Dayah dan hamzah.",
"“Disihir & ganguan mistik sejak arwah suami meninggal, berlarutan sehingga kini. mohon kepada sesiapa yang boleh membantu boleh la menghubungi Abang Dayah,” tulisnya.",
"Perkongsian Hidayah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengesyorkan Hidayah untuk cuba berubat di Darussyifa serta memberikan kata-kata semangat buatnya."
] |
https://www.rotikaya.com/ali-puteh-sedih-tak-dapat-jumpa-anak-arwah-abam/ |
Ali Puteh Sedih Tak Dapat Jumpa Anak Arwah Abam
| [
"Pelawak Ali Puteh berkata dia pernah telintas untuk mahu berdamai dengan balu arwah abangnya namun perkara tersebut ditolak oleh Siti Norhidayah.",
"Memetik Harian Metro, Ali berkata lagi sejak abangnya meninggal dunia dia dan keluarga tidak dapat melihat anak saudaranya, Hamzah. Malah, ibunya juga tidak berpeluang melihat cucunya sampai akhir hayatnya.",
"BACA: Jual Baju Tidur Kanak-Kanak, Ali Puteh Syukur Netizen Support Beli",
"“Sebenarnya jalan untuk berdamai itu yang saya pilih namun ditolak. Mungkin jika ingin berdamai lagi akan bertambah hal. Bukan tak nak bayar, cuma kalau boleh nak bayar secara ansuran.",
"“Namun permohonan itu pun ditolak, jadi mesti ada yang tidak kena. Saya cuma memikirkan arwah anak abang saya yang berada di situ. Selepas tiga tahun arwah Abam meninggal dunia pun kami tidak dapat berjumpa dengan Hamzah.",
"“Bukan saya saja, malah arwah mak saya meninggal dunia pun tak berjumpa. Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma akan mencuba juga sebaik mungkin untuk bayar secepat mungkin,” katanya.",
"Dalam pada itu, Ali berkata dia tidak tahu menahu mengenai perkembangan akaun media sosial milik arwah abangnya serta mengatakan dia dan ahli keluarga sudah lama disekat.",
"“Apa yang boleh saya katakan adalah saya tidak tahu menahu mengenai Instagram milik arwah abang saya. Apa pun, Instagram ini hanya sekadar permainan industri. Apa yang penting adalah untuk memberikan bacaan Al Fatihah buat arwah abang saya.",
"“Bukan apa, sekiranya tidak boleh melihat akaun itu takkan saya hendak paksa pula. Bukan baru sehari dua, namun sudah bertahun sebenarnya,” katanya.",
"Terdahulu, Ali memaklumkan akan menjelaskan bayaran RM60,00 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah sebelum Hari Raya Aidilfitri ini."
] |
https://www.rotikaya.com/harry-khalifah-timang-anak-kesembilan/ |
Harry Khalifah Timang Anak Kesembilan
| [
"Tahniah diucapkan buat penyanyi dan komposer Harry Khalifah apabila isterinya, Noormala selamat melahirkan anak kesembilan secara normal di sebuah pusat perubatan pagi semalam.",
"Memetik mStar Online, Harry yang mesra disapa Apak ituberkata meskipun ini adalah anak kesembilan mereka namun dia mengalirkan air mata ketika menemani isteri tercinta di dewan bersalin,",
"“Masa dia selamat bersalin, saya menangis rasa terharu campur gembira. Saya memang teman isteri di dewan bersalin walaupun ini anak kesembilan,” katanya.",
"Sementara itu, Harry berkata dia tidak menolak seandainya diberi rezeki untuk menimang cahaya mata kesepuluh, Malah dia tidak kisah jika ada pihak memandang serong kerana dia mempunyai anak-anak yang ramai.",
"“Saya tidak menolak rezeki sekiranya ada lagi selepas ini. Kalau andai kata diberi rezeki lagi saya terima. Saya juga tidak pernah malu memiliki anak ramai. Biarlah orang nak kata apa pun.",
"“Bagi saya anak ramai ini akan memudahkan urusan saya pada masa akan datang, mereka akan mengangkat jenazah saya apabila saya telah tiada nanti,” katanya.",
"Untuk rekod, Apak dan Noormala mendirikan rumah tangga pada Ogos 2004. Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan dan enam anak lelaki termasuk penyanyi remaja iaitu Chombi yang popular dengan lagu Sayunk I Love You."
] |
https://www.rotikaya.com/saya-tak-pernah-abai-nafkah-anak-siap-bayar-sam-bunkface/ |
“Saya Tak Pernah Abai Nafkah Anak, Siap Bayar Lebih” – Sam Bunkface
| [
"Penyanyi Sam Bunkface tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku melibatkan hak penjagaan anak antara dirinya dengan bekas isteri, Aida Azira Husin.",
"Menerusi satu video dikongsikan, Sam berkata dia tidak pernah gagal melunaskan bayaran nafkah terhadap anaknya, Maleeq meskipun pendapatannya terjejas ketika pandemik.",
"“Saya tak pernah langsung mengabaikan nafkah anak saya sebulan pun. Saya siap bayar lebih. Maleeq dijaga secara bersama iaitu saya dua minggu manakala selebihnya bersama bekas isteri. Dia (bekas isteri) minta saya bayar RM1,300 untuk dua minggu… logik tak saya minta pindaan ini?",
"“Semasa musim PKP pendapatan saya terhad dan perniagaan saya juga terjejas tapi saya mash laksanakan tanggungjawab dengan baik,” katanya.",
"Sam membuat penjelasan itu susulan tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas isterinya kepada media selepas tidak bersetuju dengan permohonan pindaan nafkah yang dibuat.",
"Dalam kenyataan itu, Aida meminta Sam membuktikan sekiranya tidak mempunyai pendapatan secukupnya serta kurang tawaran persembahan.",
"Menurut Sam lagi, semua bukti ketidakmampuan dirinya memenuhi tuntutan nafkah yang terlalu tinggi sudah diserahkan kepada pihak mahkamah.",
"Dalam pada itu, Sam turut menafikan tuduhan bekas isterinya mendakwa kali terakhir dia berjumpa Maleeq adalah lima hingga enam bulan lepas.",
"Sebaliknya, Sam mendakwa bekas isterinya itu dilihat sengaja menyukarkan proses pertemuan dia dan Maleeq memandangkan kanak-kanak itu kini dibawah jagaan neneknya di Melaka.",
"“Kali terakhir saya jumpa Maleeq tiga bulan lepas dan memang ada halangan. Aida letak Maleeq di Melaka tapa pengetahuan saya.",
"“Sebulan lebih saya tanya tapi dia suruh saya bercakap dengan peguamnya. Anak saya duduk di Melaka dan saya terpaksa berurusan dengan neneknya,” katanya.",
"Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 namun bercerai pada Januari 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Maleeq kini berusia enam tahun"
] |
https://www.rotikaya.com/insiden-anak-petik-cili-bukan-punca-diana-danielle-minta-cerai/ |
Insiden Anak Petik Cili Bukan Punca Diana Danielle Minta Cerai
| [
"Pelakon Diana Danielle menafikan insiden ‘petik cili’ oleh anaknya, Nur Aurora di rumah jiran adalah punca dia mahu bercerai dengan suaminya, Farid Kamil.",
"Menerusi perkongsian di Insta Story, Diana mendakwa dia memfailkan cerai dua hari sebelum insiden ‘petik cili’ dikatakan itu berlaku, malah suaminya meminta untuk percepatkan.",
"BACA: “Janganlah Heret Benda Kecil Seperti Petik Cili Ke Mahkamah” – Farid Kamil",
"“Siapa kata, insiden ‘petik cili’ adalah sebab saya minta cerai? Saya minta cerai dua hari sebelum insiden itu terjadi.",
"“Dia (Farid) tahu, bukan tak tahu. Saya beritahu dia mahu failkan perceraian. Dia kata, teruskan. Malah, dia minta dipercepatkan. Sekarang, bertindak seperti keliru pula?” tulisnya.",
"Menurut Diana lagi, tanggungjawab merupakan sebab berlaku shiqaq iaitu perbalahan yang berpanjangan antara mereka. Kata Diana lagi, Aurora juga masih takut untuk berjumpa dengan Farid.",
"“Tanggungjawab. Tanggungjawab adalah berlakunya shiqaq berpanjangan. Insiden ‘petik cili’ itu Aurora masih teringat sampai sekarang, dia takut nak berjumpanya. Awak nak saya paksa dia, hanya untuk gembirakan semua orang?",
"“Sebenarnya pagi ini, Muhammad ada bertanya sama ada dia boleh balik raya di Kedah, tapi apa Aurora cakap, dia kata ‘perlukah saya pergi?’",
"“Saya tidak takut. Aurora dah berusia lapan tahun. Dia boleh cakap apa yang dia fikir. Jika orang fikir saya mengajar dia cakap begitu, sampai bila? Dia pun ada perasaan dan dia ambil masa seminggu untuk berhenti menangis apabila kami menyebut namanya (Farid) dan insiden itu,” tulisnya.",
"Dalam pada itu, Diana berkata lagi jika kejadian yang berlaku itu dianggap kecil, Farid sepatutnya memberikan kerjasama kepada pihak polis yang datang ke rumah.",
"“Polis mengetuk pintu, tapi dia tidak membukanya. Mereka (polis) ketuk selama sejam, menunggu saya membawa anak-anak keluar dari pintu hadapan. Tapi, sebaliknya kami perlu memanjat keluar kerana dia enggan membuka pintu, kenapa? tulisnya.",
"Menerusi temu bual bersama Melodi, Farid meminta isterinya agar tidak memperbesarkan isu seperti anak mereka, Aurora yang memetik cili di rumah jiran hingga ke mahkamah."
] |
https://www.rotikaya.com/janganlah-heret-benda-kecil-seperti-petik-cili-ke-mahkamah-farid-kamil/ |
“Janganlah Heret Benda Kecil Seperti Petik Cili Ke Mahkamah” – Farid Kamil
| [
"Pelakon Farid Kamil meminta isterinya Diana Danielle agar tidak memperbesarkan isu seperti anak mereka, Aurora yang memetik cili di rumah jiran hingga ke mahkamah.",
"Memetik Utusan, menerusi temu bual bersama Melodi, Farid berkata sebagai bapa dia menjalankan tanggungjawab menegur kesalahan anaknya dan tidak mengasaru mahupun memukul.",
"“Apa yang berlaku adalah Aurora masuk rumah jiran tanpa kebenaran dan petik cili. Saya cakap itu salah dan boleh dianggap mencuri.",
"“Saya tanya dia sama ada hendak rotan atau berdiri di tepi dinding. Aurora pilih berdiri di tepi dinding. Diana pun baru balik masa itu dan tak puas hati melihat denda yang berlaku,” katanya.",
"Menurut Farid lagi, dia turut mempersoalkan apakah dosanya serta meminta tidak perbesarkan hal tersebut yang hanya mengambil masa lama dan wang yang sangat banyak.",
"“Apa dosa besar saya buat? Janganlah heret benda kecil seperti petik cili ke mahkamah. Ia hanya akan mengambil masa dan kos yang sangat banyak.",
"“Benda kecil seperti ini tidak perlu dibesarkan. Cukuplah kesengsaraan yang saya alami sejak 2017. Sepatutnya, 2023 adalah tahun untuk kita memulakan kehidupan bersama semula.",
"“Saya rasa terhina sangat apabila diperlakukan seperti ini. Apa salah saya? Saya curang dengan perempuan lain ke? Saya buat apa? Apa dosa besar yang saya buat? Tolong jelaskan,” katanya.",
"Difahamkan, walaupun kecewa tidak dapat bertemu kedua-dua anaknya, namun Farid gembira dan bersyukur dibenarkan berjumpa dengan anak sulungnya, Muhammad.\n"
] |
https://www.rotikaya.com/jaafar-onn-anggap-golongan-pakai-baju-melayu-ketat-tak-ada-otak/ |
Jaafar Onn Anggap Golongan Pakai Baju Melayu Ketat Tak Ada Otak
| [
"Sebelum ini pelakon dan pengacara, Jaafar Onn dilihat ada meluahkan rasa kecewa di Facebook mengenai pemakaian baju Melayu dengan rekaan mencolok mata.",
"Menerusi beberapa perkongsian, Jaafar turut mempersoalkan mengapa baju Melayu ‘diketatkan’ sedangkan rekaan asalnya sememangnya sudah cukup cantik.",
"Malah, Jaafar turut meluahkan siapa lagi yang akan menghormati pakaian warisan jika bukan kita sendiri serta meminta generasi baru untuk hormat dengan baju Melayu.",
"Sementara itu, memetik Harian Metro, Jaafar menyifatkan golongan tersebut sudah tidak mempunyai otak atau mereka itu tergolong dalam kalangan kurang berfikiran waras.",
"Susulan itu, ada yang mendakwa hantaran tersebut ada kaitan dengan kemunculan video muzik lagu Hari Raya seorang pengasas kosmetik.",
"“Mereka dah tak ada otak, atau mereka tergolong dalam kalangan manusia yang kurang berfikiran waras? Ini bukan sekadar merosakkan nilai baju Melayu, tetapi saya memang pantang kalau ada orang yang memperkotak-katikkan baju Melayu.",
"“Kalau ada yang singgah di rumah saya dengan berbaju Melayu tidak lengkap pun, saya akan tegur. Kenapa tak pakai bagi lengkap? Bukankah ia cantik dipakai?",
"“Baju Melayu adalah baju Melayu. Kenapa nak pakai ketat-ketat? Siapa dia, nak ubah-ubah rekaan baju Melayu? Kalau Power Rangers, itu lain. Ini baju Melayu budaya kita,” katanya.",
"Dalam pada itu, Jaafar turut meminta gunakan idea lain untuk mencipta kandungan digital atau gunakan kekayaan yang ada kearah yang lebih bermanfaat.",
"“Jangan fikir, kamu kaya raya, kami boleh buat sesuka hati. Kalau nak cari nama atau buat kandungan semata, tak payah buat benda-benda pelik sebab ia akan membuatkan anda tersungkur.",
"“Kamu dah ada nama, ada keluarga yang baik-baik. Janganlah burukkan nama mereka kerana tindakan kamu. Kamu ada kekayaan. Apa kata, gunakan untuk beramal jariah,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/isu-penyondol-rumah-tangga-ibu-bapa-shila-amzah-belum-sedia-nak-komen/ |
Isu Penyondol Rumah Tangga Ibu Bapa, Shila Amzah Belum Sedia Nak Komen
| [
"Sejak semalam hangat diperkatakan apabila isteri kepada penyanyi ND Lala iaitu Fauziah Sarman mendedahkan identiti seorang wanita serta nama penuhnya didakwa menjadi penyondol rumah tangganya.",
"Memetik Harian Metro, penyanyi Shila Amzah yang juga anak kepada pasangan itu belum bersedia untuk membuka mulut mengenai isu berkenaan.",
"Menurut pengurus peribadi Shila iaitu Aina Shuhaida berkata penyanyi itu memohon maaf serta meminta sedikit masa untuk mengeluarkan kenyataan.",
"“Saya baru menghubungi Shila dan bertanya keadaannya. Bulan puasa ini dia banyak berehat. Saya pun jarang jumpa dia, manakala Shila pun jarang keluar ke acara-acara yang berlangsung sepanjang Ramadan.",
"“Apapun bagi kami rujuk kepada pengurusan terlebih dulu sebelum keluarkan kenyataan kepada semua pihak,” katanya.",
"Semalam, perkongsian Fauziah menjadi bualan ramai sekaligus mencetuskan spekulasi sama ada wanita terbabit adalah madunya.",
"Difahamkan, wanita bernama Siti Munirah bukanlah asing kepada keluarga Fauziah dan suaminya, ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila."
] |
https://www.rotikaya.com/selagi-tak-berbogel-tak-ada-isu-aliff-syukri/ |
“Selagi Tak Berbogel, Tak Ada Isu Pun” – Aliff Syukri
| [
"Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mempertahankan konsep muzik video lagu raya berjudul Cak Kun Cak Raya hanya sekadar hiburan.",
"Memetik Harian Metro, Aliff berkata dia tidak melihat ada isu dalam MV berkenaan kerana bukannya dia berbogel atau ada aksi mencolok mata.",
"“Konsep yang diberi itu adalah daripada penata rias saya kerana dalam sebuah produksi, saya bukan kerja seorang saja. Bila tarian itu dibuat, bagi saya tiada masalah.",
"“Selagi baju itu tak seksi, menjolok mata, tak berbogel, tak ada isu pun. Kalau kita tengok tarian gimnasium ataupun kolam renang, ada juga kan.",
"“Senang cerita ia bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau rasa menjolok mata, terpulang. Bagi saya, saya tak buka aurat, tak berpegangan tangan, pakai mekap, itu hanya sekadar seni,” katanya.",
"Dalam pada itu, Aliff turut meminta supaya memberi peluang kepadanya untuk berkarya, malah dia yakin ramai peminat menantikan lagunya.",
"“Tolong bagi saya ruang untuk berkarya dan menghiburkan. Tolong terima saya sebagai artis. Saya yakin tiada video yang dikeluarkan akan menjolok mata. Saya yakin saya akan menjaga hati semua pihak terutama keluarga, isteri, anggap saja hiburan, jangan ambil serius.",
"“Selepas ini akan ada juga penampilan artis lain yang mencuit hati. Tapi kalau tak mahu tengok, tak payah, langkau saja, tiada paksaan,” katanya.\n"
] |
https://www.rotikaya.com/isteri-nd-lala-dedah-wajah-nama-penyondol-ig/ |
Isteri ND Lala Dedah Wajah, Nama Penyondol Di IG?
| [
"Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai perkongsian isteri kepada penyanyi dan pelakon lelaki era 80-an Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman menimbulkan persoalan dikalangan netizen.",
"Menerusi perkongsian di Instagram itu, kapsyen dikongsikan ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu mempunyai maksud mendalam.",
"Petang tadi, perkongsian Fauziah menjadi perhatian apabila memuat naik gambar seorang wanita berserta nama penuh dengan kapsyen ‘penyondol’.\n",
"Menerusi hantaran itu, Fauziah turut menyertakan akaun Instagram suaminya, ND Lala.",
"Sementara itu, hasil tinjauan di Instagram Fauziah mendapati tiada lagi gambarnya bersama suami.",
"Perkongsian Fauziah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan pendedahan tersebut.",
"Terdahulu, hangat diperkatakan apabila seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan telah bernikah lagi satu secara rahsia sehingga ada netizen mendakwa individu tersebut adalah ND Lala.",
"Bagaimanapun, adik Shila iaitu Syada Amzah menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan ibu bapanya masih tinggal sebumbung dan hampir setiap hari keluar bersama."
] |
https://www.rotikaya.com/aedy-ashraf-akui-amelia-henderson-wanita-paling-istimewa/ |
Aedy Ashraf Akui Amelia Henderson Wanita Paling Istimewa
| [
"Teka-teki mengenai hubungan pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson terjawab apabila pasangan itu kembali menjalin hubungan cinta.",
"Memetik Harian Metro, Aedy menyifatkan Amelia wanita paling istimewa di hatinya dan berharap hubungan mereka akan lebih serius.",
"“Amelia sangat-sangat baik, kami pun sangat rapat dan sudah kenal lebih dua tahun. Saya tak tahu dia, tapi saya sangat serius mengenai hubungan ini.",
"“Ya sangat selesa. Sebelum ini pun kami pernah jadi teman istimewa dan senang cerita, kami kembali bersamalah,” katanya.",
"Bagaimanapun, Aedy tidak mahu peminat meletakkan harapan kerana bimbang ia tidak menjadi seperti yang diharapkan.",
"“Saya tak nak buat sesuatu kerana mereka (peminat). Hal ini jadi sebab kami betul-betul mengenali sesama sendiri dengan cara yang betullah.",
"“Tapi tak salah pun untuk mereka berharap dan kalau tak jadi, jangan sedih atau apalah. Kami buat yang terbaiklah untuk diri kami masing-masing,” katanya.",
"Dalam pada itu, Amelia berkata Aedy sentiasa berada disisinya dan dia berdoa agar hubungan mereka akan kekal biarpun sebagai rakan karib.",
"“Saya memang akan sentiasa menjadi peminat terbesar Aedy. Saya harap apa-apapun, kami akan kekalkan hubungan antara kami selama-lamanya.",
"“Ini kerana, dia sentiasa ada untuk saya, begitu juga saya untuk dia. Terus-terang, itupun sudah cukup untuk kita harapkan daripada kawan-kawan yang kita ada,” katanya.",
"Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Amelia dan Aedy memuat naik perkongsian seperti patah hati sekali gus mengundang spekulasi ramai bahawa mereka sudah berpisah."
] |
https://www.rotikaya.com/nasihat-saya-kalau-tak-suka-tak-payah-tengok-anna-jobling/ |
“Nasihat Saya, Kalau Tak Suka Tak Payah Tengok” – Anna Jobling
| [
"Pelakon Anna Jobling berkata dia tidak pernah menjangkakan apa-apa daripada projek Melur Untuk Firdaus serta tidak boleh menghalang jika ada yang tidak suka drama itu berlanjutan hingga ke musim kedua.",
"Memetik Kosmo, Anna turut menyarankan supaya tidak menonton jika tidak tidak suka dengan drama lakonannya itu.",
"BACA: “Ingatkan Bibik Dia…” – Ibu Dihina, Anna Jobling Kecewa Komen Biadab Netizen",
"“Saya selalu cakap pada diri yang saya tak pernah jangka apa-apa daripada projek Melur Untuk Firdaus. Saya tahu ada yang suka dan pada masa sama, ada yang tak suka drama ini berlanjutan sampai ke musim kedua,” katanya.",
"Menurut Anna lagi, dia mengakui bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak apatah lagi ada yang mengatakan drama tersebut tidak logik.",
"“Saya percaya, kita tak boleh puaskan hati semua orang apabila orang cakap cerita Melur Untuk Firdaus tak logik apa semua. Orang tetap akan kecam dan itu adalah fakta yang tak boleh dielakkan,” katanya.",
"Dalam pada itu, Anna berkata Melur Untuk Firdaus 2 ini dibuat rentetan daripada permintaan peminat daripada musim pertama.",
"Malah, Anna berkata ada merasakan drama tersebut memualkan serta memberikan nasihat supaya tidak menontonnya jika tidak suka.",
"“Saya juga percaya, ada yang cakap cerita ini ‘cringey’ (memualkan) mungkin dari segi dialog dan hal lain. Nasihat saya, kalau tak suka, tak payah tengok.",
"“Kami buat cerita ini rentetan daripada permintaan peminat musim pertama.Itu sebab mengapa Melur Untuk Firdaus sampai ke musim kedua,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/saya-dah-nasihat-dia-bukan-budak-budak-yang-saya-kena-pantau-datin-shahida/ |
“Saya Dah Nasihat, Dia Bukan Budak-Budak Yang Saya Kena Pantau” – Datin Shahida
| [
"Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida Mohd Rashid meluahkan rasa kesal apabila ada yang mengaitkan dirinya dengan isu muzik lagu raya suaminya.",
"Memetik Harian Metro, Shahida berkata dia sudah menasihatkan suaminya berkali-kali namun masih berdegil. Shahida turut meminta netizen tidak mengganggu dirinya dan juga anak-anak.",
"BACA: Tak Sanggup Tengok Isteri Tanggung Sakit, Aliff Syukri Batal Hasrat Nak 10 Anak",
"“Tak perlu kot nak tag tag saya dengan benda yang tak ada kaitan dengan saya… Saya dan anak-anak tiada kaitan langsung ya dengan apa-apa juga lagu.",
"“Orang lain makan nangka orang lain kena getah… Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau.",
"“Dah besar dan boleh fikir baik dan buruk. Jangan mengganggu ketenteraman saya dan anak-anak saya,” tulisnya.",
"Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila Aliff Syukri tampil dengan muzik video memakai pakaian ketat bersampin menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen."
] |
https://www.rotikaya.com/kedua-dua-isteri-adalah-kekuatan-saya-syamsul-yusof/ |
“Kedua-Dua Isteri Adalah Kekuatan Saya” – Syamsul Yusof
| [
"Pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkata kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar adalah kekuatannya serta menyifatkan kemelut rumah tangga dihadapi ketika ini adalah ujian daripada Allah.",
"Memetik Utusan Online, dalam sidang media baru-baru ini Syamsul berkata emosinya dan isteri kedua masih terkawal dengan memperbanyakkan solat.",
"BACA: Puteri Sarah Gelak Besar Netizen Kata Syamsul Bagi RM1 Juta Belanja Bercuti Di Tokyo",
"“Baik Sarah atau Ira, kedua-duanya adalah kekuatan saya. Ini adalah satu fasa ujian dalam hidup. Apa yang masyarakat luar cakap, seburuk mana pun kecaman, kita kena kuat.",
"“Saya ada bersembang tentang kemelut yang berlaku dengan Ira. Mestilah, kami suami isteri. Ketika sedang makan, berbual tentang dugaan yang perlu kami tempuh bersama. Alhamdulillah, semuanya masih terkawal. Kena banyakkan solat dan kuatkan semangat. Ujian Allah beri kan,” katanya.",
"Dalam pada itu, Syamsul turut menafikan dakwaan Ira membuat akaun palsu untuk menganggu keluarganya serta meluahkan rasa syukur isteri keduanya itu mendengar kata.",
"“Saya minta maaf. Alhamdulillah, isteri kedua saya memang dengar kata saya. Dia tak pernah keluar kenyataan apa pun. Kalau ada pun sikit sahaja. Pasal Ira buat akaun palsu. Sejauh mana kebenaran itu?",
"“Bila kita bicara pasal akaun palsu susah nak buktikan. Ibu saya, ayah saya menganggu. Sekali lagi anda yakin isteri kedua saya yang buat? Bukan saya nak‘back up Ira. Cuma sejauh mana kebenaran,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/dolla-menyanyi-di-majlis-iftar-riak-wajah-anak-anak-tahfiz-jadi-perhatian/ |
Dolla Menyanyi Di Majlis Iftar, Riak Wajah Anak-Anak Tahfiz Jadi Perhatian
| [
"Baru-baru ini, tular video dilaman Twitter memaparkan kumpulan pop wanita, Dolla tampil membuat persembahan menyanyikan lagu raya di sebuah majlis berbuka puasa.",
"Apa yang menjadi perhatian, pengguna Twitter itu berkongsikan video persembahan Dolla serta reaksi pelajar tahfiz yang berada di meja hadapan.",
"Dapat dilihat, pelajar tahfiz itu dilihat berpaling daripada melihat pentas utama seperti kurang selesa melihat persembahan tersebut.",
"Kejung anak-anak tahfiz tengok Dolla perform Raya Raya Raya ? pic.twitter.com/qZ79HmnFt1",
"Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat persembahan tersebut kurang sesuai apatah lagi dengan kehadiran anak-anak tahfiz meskipun kumpulan penyanyi itu tampil berpakaian sopan.",
"Tidak kurang juga, ada yang mengatakan pihak penganjur seolah kurang sensitif. Malah, ada netizen mengatakan mereka ‘faham’ apabila anak-anak tahfiz itu memalingkan pandangan ke tempat lain.",
"Bagaimanapun, ada yang berpendapat persembahan kumpulan Dolla itu tidak keterlaluan dan pakaian yang ditampilkan juga sopan."
] |
https://www.rotikaya.com/hafidz-roshdi-sudah-jalani-rawatan-psikiatri-di-hospital-bahagia/ |
Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia
| [
"Pelakon Hafidz Roshdi sudah pun ke ke Hospital Bahagia, kelmarin bagi menjalani rawatan psikiatri seperti yang diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 13 Mac lalu.",
"Memetik Sinar Harian, peguam Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader bagaimanapun berkata belum ada keputusan dikeluarkan kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.",
"BACA: “Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang 50-50” – Hafidz Roshdi",
"“Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.",
"“Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini,” katanya.",
"Dalam pada itu, Akberdin juga memberitahu bahawa tiada halangan untuk pelakon itu bertemu dengan anak-anaknya dalam tempoh rawatan berlangsung.",
"Terdahulu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada pada 2 Mac lalu. Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa menumbuk isterinya sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri."
] |
https://www.rotikaya.com/elizabeth-tan-tak-sabar-nak-hamil-tahun-ini/ |
Elizabeth Tan Tak Sabar Nak Hamil Tahun Ini
| [
"Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan berkata dia tidak sabar untuk hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Dr. Siew Jim.",
"Memetik Kosmo, Elizabeth berkata dia sudah bersedia untuk bergelar seorang ibu meskipun sedar dengan kesibukan suaminya yang bekerja di hospital.",
"BACA: Elizabeth Tan Siap Sedia Buat Sidang Media Kalau Suami Curang",
"“Tahun ini, saya dan suami cuba untuk dapatkan ‘baby’. I cannot wait (saya tak sabar). Lizzy tak sabar. Saya dah suami masih tinggal berasingan. Tapi, mungkin dalam seminggu, empat lima hari dia akan datang rumah saya.",
"“Tapi, saya dah cakap dengan suami kalau saya dah hamil nanti, dia kenalah tinggal bersama dengan saya. Takkan saya nak jaga anak seorang diri (ketawa). Macam tak logik benda itu,” katanya.",
"Dalam pada itu, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy mengakui dalam kehidupan berumah tangga pasti hubungan suami isteri itu ada pasang surutnya dan bergaduh kerana salah faham. Malah, Lizzy mengakui bimbang ditambah banyak kes bercerai disebabkan orang ketiga.",
"“Orang tengok kami manis apa semua dalam media sosial, di belakang, mereka tak tahu kami sama juga macam orang lain ada bergaduh besar-besar.",
"“Banyak kali gaduh teruk. Masalah rumah tangga, biasalah (bergaduh). Dengan situasi sekarang (ramai orang bercerai disebabkan orang ketiga), saya bimbang sebenarnya.",
"“Suami saya kerja di hospital. Dia jumpa ramai orang setiap hari. Kadang-kadang, apabila saya telefon dia tak angkap, saya mesej tak berbalas, saya pun jadi ‘insecure’ (berprasangka).",
"“Tapi, setakat ini, rasanya tak ada isu . Saya pula tiadalah nak pantau dia kat mana 24 jam. Kalau saya perangai begitu, saya rasa saya kena cerai nanti (tertawa) sebab dia memang tak layan benda macam itu,” katanya.",
"Terdahulu, Elizabeth Tan telah melangsungkan perkahwinan secara ringkas dengan Siew Jim di sebuah gereja di Gombak pada Mac 2021."
] |
https://www.rotikaya.com/perempuan-ni-maki-mak-aku-sebab-buang-gambar-jesus-adik-afiq-muiz/ |
“Perempuan Ni Maki Mak Aku Sebab Buang Gambar Jesus” – Adik Afiq Muiz
| [
"Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin apabila kedua-duanya dilihat saling mengeluarkan kenyataan antara satu sama lain.",
"Terbaru, adik kepada Afiq Muiz iaitu Siraj Azman pula tampil membuka mulut membela abangnya. Menerusi satu entri, Afiq turut berkongsikan skrin perbualan didakwa antara isterinya dengan individu lain.",
"BACA: Pachara Dedah Terpaksa Keluar Bekerja, Afiq Muiz Hanya Main Game Di Rumah",
"Diruangan komen perkongsian itu, adik Afiq menempelak kenyataan Pachara yang mendakwa terpaksa menanggung Afiq yang tidak bekerja.",
"Dakwa adik perempuan Afiq itu lagi, Pachara meninggalkan abangnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tiada pekerjaan sedangkan Afiq sudah berhabis puluhan ribu ringgit untuk isterinya itu.",
"Bukan itu saja, adik Afiq mendakwa kakak iparnya itu pernah memaki ibu mereka kerana membuang gambar Jesus yang nak diletakkan di dalam rumah abangnya.",
"Semalam, Pachara mendedahkan sepanjang berkahwin dia yang terpaksa keluarga bekerja untuk menampung kehidupa mereka suami isteri.",
"Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Pachara mendakwa sementara dia keluar bekerja Afia hanya menghabiskan masa di rumah dengan bermain game.",
"Menurut Pachara lagi, dia menyesal menarik semula laporan polis terhadap Afiq berhubung kes dia dipukul kerana percaya pelakon itu akan berubah."
] |
https://www.rotikaya.com/jual-baju-tidur-kanak-kanak-ali-puteh-syukur-netizen-support-beli/ |
Jual Baju Tidur Kanak-Kanak, Ali Puteh Syukur Netizen Support Beli
| [
"Sudah lama tidak menerima tawaran seni, kini pelawak Ali Puteh menjalankan perniagaan menjual baju kanak-kanak menerusi media sosial untuk menjana pendapatan.",
"Menerusi video di aplikasi TikTok, Ali berkata dia menjual tiga pasang baju dengan harga RM28 sahaja. ",
"BACA: Ali Puteh Tak Melenting Digelar Babi, Ajak Netizen Tingkatkan Ibadah",
"Pelawak Ali Puteh memilih untuk berniaga sebagai usaha menjana pendapatan ? #ohbulan #sembangentertainment #aliputeh #keniaga #baju #kanakkanak #jana #pendapatan ",
"“Jangan salah sangka. Kalau orang lain nak cakap saya jual mahal, terpulang. Saya tak jual sepasang tetapi sekali tiga set,” katanya.",
"Dalam video tersebut, Ali dilihat menadah tangan setiap kali ada yang yang membeli baju yang dijualnya itu.",
"“Alhamdulillah ada yang order lagi. Ya Allah semoga murah rezeki awak. Terima kasih banyak,” katanya.",
"Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan kepada Ali serta tidak mempedulikan kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya.",
"Sementara itu, memetik mStar Online, Ali berkongsikan dalam sehari dia menjual sebanyak 100 helai baju kanak-kanak serta meluahkan rasa syukur diatas sokongan diberikan orang ramai.",
"“Nak kata lumayan sangat itu tidak tapi dapat menampung hidup saya daripada tidak buat apa-apa semasa bulan puasa ini.",
"“Sehari dapat juga saya jual 100 helai baju kanak-kanak. Saya syukur sangat ramai yang menyokong perniagaan saya,” katanya.",
"Sebelum ini, Ali memberitahu akan menyelesaikan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Norhidayah sebelum Aidilfitri ini."
] |
https://www.rotikaya.com/shuk-sahar-rossa-sera-sah-bercerai-talak-satu/ |
Shuk Sahar, Rossa Sera Sah Bercerai Talak Satu
| [
"Pelawak Shuk Sahar akhirnya mengesahkan sudah pun bercerai talak satu dengan isterinya Rossa Sera selepas lebih setahun status rumah tangganya menjadi tanda tanya.",
"Memetik mStar Online, Shuk telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.",
"Menurut Shuk, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan berbincang secara baik selepas sahaja mereka pulang mengerjakan ibadah umrah pada awal tahun ini.",
"“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu. Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya.",
"Dalam pada itu, Shuk berkata dia dan bekas isterinya tetap menjalin hubungan baik demi kedua-dua anak mereka.",
"Tambah Shuk lagi, perpisahan yang berlaku akan dijadikan pengajaran buatnya untuk menjadi lelaki yang lebih baik di masa akan datang.",
"“Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka (anak-anak) tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu.",
"“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri. Semoga saya akan menjadi orang yang lebih di masa akan datang,” katanya.",
"Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Wurratu Ain, 6, dan Nur Assyifatu Aimi, 3."
] |
https://www.rotikaya.com/cuci-mata-jom-mood-raya-dah-on-di-empat-mall-ini-geng/ |
Cuci Mata Jom! Mood Raya Dah ‘On’ Di Empat Mall Ini Geng
| [
"Jika disebutkan bab shopping ni, geng wanita lah terutamanya yang happy sangat nak bershopping tu. Katanya terapi minda. Katanyer lah, haha. Tapi ada juga lelaki yang kaki shopping ni. Tak kisahlah barang mewah ke barang murah ke, asal dompet tu ‘gemuk’ semua onz! Ye dak? Haa anda jangan tak tahu pula.",
"Kita pula sekarang ni dah pun memasuki bulan Ramadan, kami pasti otak anda tu dah mula berfikir nak pergi shopping baju raya dan juga kelengkapan Raya lain kan? Walaupun baru jer beberapa hari puasa, kita kena awal gais barulah tak kalut! Ahaks.",
"Tak ketinggalan, kami pasti Mall di Malaysia ni dah mula membuat dekorasi Raya. Setiap tahun pasti excited nak tengok tema yang mall di negara kita ni buat kan? ",
"Idea-idea dorang memang fresh betul. Macam empat mall dari kumpulan Sunways ni jugalah. Betul-betul menarik perhatian kami. Tip top geng! Perhiasan dan dekorasi dorang ni memang win sangat. Kalau singgah sini, rasanya penuh dengan gambar OOTD anda jer dalam telefon tu. Haha.",
"Bukan setakat itu jer, Sunway Malls juga lah antara mall yang awal dibuka untuk anda shopping Raya! Semua kelengkapan Raya dorang dah sediakan weh. Tak payah pening kepala dah nak cari kelengkapan Raya anda tu. Barulah bersemangat sikit nak pergi shopping Raya! ",
"Keempat-empat mall ini masing-masing memilih dekorasi bertemakan Cahaya Raya. Sumpah meriah habis!",
"Tema ini diilhamkan daripada tradisi tujuh likur iaitu memasang pelita pada 10 malam terakhir Ramadan, lebih-lebih lagi pada 27 Ramadan. Kemeriahan ini akan diteruskan sehingga habis perayaan bagi mendapat keberkatan dan rahmat kepada umat Islam dan seluruh bangsa.",
"Untuk info anda, struktur dan bahagian tengah dekorasi ini dimanifestasikan dengan konsep corak geometri dan reka bentuk Arabesque, yang mewakili panduan dan kepelbagaian untuk menunjukkan perayaan tradisional dalam nada dan cara kontemporari. ",
"Selain itu, penggunaan kreatif warna dan pencahayaan yang menawan pun ada tau. Anda nak tengok tak apa dekorasi Raya mall dari keempat-empat mall yang gempak ni? Jom semak!",
"Terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor. Merupakan pusat membeli-belah kedua terbesar di Malaysia. Sunway Pyramid ni kelihatan unik sebab seni binanya bercirikan bangunan dekat Mesir. Nama pun Piramid gais so feeling kat Mesir la yer. ",
"Sempena kita bakal menyambut Raya ni, mereka telah menghias mall dengan menggunakan struktur Chamber of Lights. Apa yang paling gempak, lampunya akan menyala dan bertukar warna apabila menggerakkan tangan anda. Muzik pun boleh dimainkan tau bila anda gerakkan tangan tu. Wow! Sangat menarik yer. ",
"Bukan tu jer, kerjasama bersama Early Autism Project (EAP) pun ada dengan menjual barangan mereka di ruang legar Cahaya Raya di mall ni nanti. Anda boleh lah support mereka dengan membeli barangan hasil kreatif golongan autisme ini. ",
"Kalau anda nak tahu keuntungan daripada jualan ini nanti akan dikembalikan untuk menyokong usaha mereka dalam menyebarkan kesedaran dan penerimaan tentang individu autisme.",
"Bagus gais projek macam ni, sambil-sambil anda shopping Raya dapat juga menderma disamping ambil tahu tentang autisme. Anda boleh lihat antara barangan yang ada dijual di Sunway Pyramid di LINK INI.",
"Oh ya, anda juga boleh tebus hadiah menarik di sini. Syaratnya:",
"1. Belanja RM300* (RM200 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) dalam 2 resit untuk menebus SATU (1) Set Paket Raya Shine & Reflect; ATAU\n2. Belanja RM800* (RM700 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) dalam 2 resit untuk menebus SATU (1) Set Paket Raya Shine & Reflect & Set Jag Berlian; ATAU\n3. Belanja RM3,500* (RM3,400 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) dalam 4 resit untuk menebus SATU (1) Set Paket Raya Shine & Reflect & Set Kutleri Premium",
"Sunway Velocity Mall ialah sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur. Pusat beli-belah ini adalah bangunan 7 tingkat. Memang kami love betul kalau masuk mall ni. Semua ada tau. ",
"Dekorasi yang mereka buat pula adalah struktur kubah. Lepastu ada sebuah laluan pejalan kaki di mana lantai akan menyala apabila anda melangkah di atasnya. Fuh, gempak!",
"Selain itu, mereka juga akan bekerjasama dengan https://www.facebook.com/pokokonbyjc/ bagi menjual barangan seni dan kraf buatan kanak-kanak autisme.",
"Persembahan dan pertandingan menarik pun yang ada di sini tau gais. Antaranya mencanting batik, persembahan kuda kepang, menganyam ketupat dan banyak lagi! Boleh tekan link DI SINI kalau anda nak tengok senarai program yang ada.",
"1. Belanja RM200* dalam dua resit untuk tebus Paket Raya yang sangat shiny dan ada refleksi mall Sunway Pyramid, Putra dan Velocity.\n2. Belanja RM600/RM500* dalam tiga resit untuk tebus beg Jute Autisme Art Design.\n3. Belanja RM1,200/RM1,100* dalam lima resit untuk tebus Set Nordic Glass Mug (2 mug/set).",
"Sunway Putra Mall ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di sepanjang Jalan Putra di Kuala Lumpur. Untuk tahun ini, dekorasi Raya yang mereka lakukan adalah struktur bintang. Ada terowong tau. Bila anda masuk jer, lampu akan menyala! Wah, curlas sangat ni. Memang patut OOTD di sini, hehe. ",
"Persatuan ini turut membantu menyumbang kepada komuniti Autisme dengan menjual barangan buatan tangan dan makanan Vendor yang autistik ialah NASOM, LukmanHakimMarts, NakseniDotCom, Yuriazzari.art pada 1 April dan 2 April sahaja!",
"Di sini pun ada persembahan menarik untuk anda enjoy nanti. Antaranya workshop Wayang kulit, muzikal Raya malam Tujuh likur, Tarian Melaka dan banyak lagi. Check DI SINI.",
"1. Belanja RM250/RM200* dalam dua resit untuk tebus Paket Raya yang sangat shiny dan ada refleksi mall Sunway Pyramid, Putra dan Velocity.\n2. Belanja RM550/RM500* dalam dua resit untuk tebus serving tray with Gold Color Handle.\n3. Belanja RM1,500/RM1,300* dalam lima resit untuk tebus Cutlery Holder with Gold Iron Frame & Cutleries.",
"Kalau anda tengok pemandangan Cahaya Raya di Sunway Giza Mallini pasti anda akan teruja! Mereka menampilkan taman mini dengan lampu neon berwarna-warni dan kehijauan di Centre Boulevard dari 28 Mac hingga 12 Mei 2023 ini. Wow, meriahnya!",
"Anda juga boleh menikmati bazar hujung minggu, Raya Clothing Bazaar yang dibuka setiap Jumaat hingga Ahad untuk membeli-belah segala baju Raya, aksesori dan juga barangan kraf terkini. Cuci mata habis geng! Hehe.",
"List mall pun kami dah berikan, jadi lepasni jangan tunggu lama-lama tau. Pergi ajak mak, ayah, adik, kakak, abang anda tu shopping Raya. Satu lagi jangan lupa pulak ambil gambar sebagai kenangan di tempat dekorasi yang kami beritahu anda tadi tu. Pasti letops! ",
"Di Sunway Malls ini pasti menyediakan pengalaman yang unik buat anda yang ingin mengamati keistimewaan sambutan Ramadan dan Raya. Baru lah semangat sikit! Boleh tekan LINK INI untuk info lanjut!"
] |
https://www.rotikaya.com/smart-giler-telefon-pintar-realme-c55-leap-to-champion-tiba-di-malaysia-hadiah-sehingga-rm30000/ |
Smart Giler! Telefon Pintar realme C55 ‘Leap To Champion’ Tiba Di Malaysia, Hadiah Sehingga RM30,000
| [
"Fuh, lagi telefon pintar baharu gais! Keluaran telefon pintar sekarang ini dah macam cendawan tumbuh selepas hujan kan? Laju jer. Kali ini pula, kami nak kenalkan pada anda telefon pintar realme C55 yang telah pun debut di\nMalaysia pada 28 Mac 2023. ",
"Sumpah gais, kalau anda lihat telefon pintar dari realme C55 ni pasti jatuh cinta. Daripada designnya sehinggalah ke ciri-ciri gempak yang terdapat dalam telefon pintar realme C55 ni sangat puas hati. ",
"realme turut mengumumkan peningkatan strategik pada Siri C secara rasmi lebih awal, dan kini C55 yang dinaik taraf pertama tiba dengan ciri terbaik segmen dalam kamera dan memori storan! ",
"Terdapat dua warna ditawarkan untuk realme C55 ini iaitu kuning (Sunshower) dan hitam (Rainy Night). Ia adalah warna gradien yang kelihatan berubah-ubah jika dipandang dari sudut berbeza. Sangat cantik!",
"Perkara lebih menarik tentang telefon pintar ini adalah ‘Mini Capsule’. Fungsinya seakan sama ‘Dynamic Island’ di iPhone 14 Pro tu. Kalau anda nak tahu dengan adanya mini capsule ni, ia dah menjadikannya sebagai sebahagian fungsi aplikasi. Oh ya, ini telefon Android pertama yang ada ciri sebegini tau. Canggih!",
"Untuk info anda, telefon pintar realme C55 ini adalah yang pertama dalam keluarga siri C dengan fungsi kamera terbaik, storan besar (6+128GB, 8+256GB) dan pengecasan pantas! Siri C dibuat untuk setiap pengguna menikmati pengalaman teknologi yang hebat! ",
"Siri C baharu ini akan menjadi peneraju segmen dengan menaik taraf empat bidang utama termasuk kamera, memori storan, pengecasan pantas dan juga reka bentuk.",
"Bukan itu jer gais, realme C55 ini dilengkapi dengan pemproses Mediatek Helio G88 Chipset bersama RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB. Kad mikroSD boleh diterima sehingga 1TB. Ada juga fungsi RAM Maya (DRE) yang menggandakan saiz RAM menerusi penggunaan storan dalaman.",
"Untuk skrin di realme C55 ini, ianya seluas 6.72-inci daripada jenis LCD 90Hz dan resolusi HD Penuh. Ada lubang kecil di atasnya yang memuatkan kamera hadapan.",
"Seperti yang kami cakapkan di atas tadi, realme telah mengubahsuai sistem operasi mereka dan menambah ciri “Mini Capsule”. Anda boleh tengok sendiri mini capsule ini menjadikan ruang hitam menjadi lebih lebar dan dalam masa yang sama ia menayangkan maklumat berguna di dalamnya. Antaranya kuasa mengecas, peratus bateri, penggunaan data, serta jumlah langkah harian anda.",
"Bagi kamera pula, hanya ada dua kamera di belakang iaitu kamera utama 64MP dan kamera potret 2MP. Bagi kamera 64MP ini, ianya menggunakan sensor OV64B dan teknologi pengimejan ProLight paling power! Anda boleh lihat gambar yang dihasilkan nanti sangat gempak dan paling jelas! Sesuai sangat pada anda yang suka mengambil gambar dan menyimpan memori dalam telefon tu. ",
"Bagi kamera hadapannya pula ialah 8MP. Di sisi telefon pintar realme C55 ini juga terdapat butang kuasa yang digabungkan bersama pengimbas cap jari.",
"Selain itu, realme C55 juga memiliki kuasa mengecas terpantas di dalam keluarga siri-C. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W melalui USB-C. Hanya 63 minit sahaja diperlukan untuk mengecas dari 0-100%. Pantas betul!",
"Sistem bunyi di realme C55 hanya mono dan ia memiliki jek audio 3.5mm untuk menikmati sistem bunyi lebih hebat di telinga. Kalau dengar muzik guna headset ni lagi best gais. ",
"Gais, inilah peluang untuk anda lihat dengan lebih dekat dan jelas realme C55 ini. Bagi meraikan pelancaran realme C55 ini, anda boleh join realme Leap to Champion Roadshows yang bermula di Sunway Velocity Vanity Atrium, Level G (berhadapan Parkson) dari 31 Mac sehingga 2 April 2023. ",
"Aktiviti yang anda boleh lakukan adalah:\n1. Cabutan Bertuah Mesin Cakar*\n2. Tunjukkan Kemahiran Juara Anda\n3. Tunjukkan Pose Juara Anda\n4. Tunjukkan Kuasa Juara Anda\n5. Tunjukkan Gaya Juara Anda\n6. C Juara Anda*",
"Seterusnya, realme akan berada di Genting Highland Sky Avenue Time Square Stage, Level 1 (Di hadapan Bona Cinemas) bermula 7 April hingga 9 April 2023. Di sana nanti akan ada pelbagai aktiviti menarik termasuklah meet & greet artis, cabutan bertuah, promosi jualan, pengalaman pegang dan tengok sendiri realme C55 dan berpeluang menang hadiah gempak sehingga RM30,000! Pergh, asyuk!",
"Antara aktiviti yang ada adalah:\n1. Tunjukkan Pose Juara Anda\n2. Tunjukkan Gaya Juara Anda\n3. C Juara Anda*",
"Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi realme Malaysia untuk maklumat lanjut dan berita terkini.",
"Kalau dilihatkan spesifikasi realme C55 ini, tak padan dengan harganya yang sangat berbaloi tau. Anda ada bajet bawah RM1,000 pun dah boleh dapatkan telefon pintar canggih sebegini. ",
"Jika anda pre-order di realme Official Brand Stores bermula 28 Mac – 30 Mac untuk dua warna ini (Sunshower dan Rainy Night), anda boleh dapatkan dengan harga RM699 (6+128GB) dan RM799 (8+256GB). Sangat berbaloi gais, boleh save RM129! Yang syoknya anda boleh dapat PERCUMA realme Buds 2 Neo dan waranti tambahan selama 6 bulan.",
"Kalau tak nak pre order, anda kena cepat dapatkan di list yang kami berikan di bawah ini untuk jualan pertama mereka dengan harga RM699 (6+128GB) dan RM799 (8+256GB).",
"1. 31 Mac hingga 6 April – Anda dapatkan di Kedai Jenama Rasmi realme dan Penjual Sah realme Malaysia. Nikmati PERCUMA waranti tambahan 6 bulan. ",
"2. 31 Mac – Anda boleh dapatkan di Shopee dan Lazada rasmi realme. Anda juga boleh dapat PERCUMA realme Buds 2 Neo + 6 bulan waranti tambahan + realme Key Chain",
"3. 31 Mac – Dapatkan realme C55 di TikTok realme dan nikmati PERCUMA realme Buds 2 Neo.",
"Amacam gais? On tak on? Untuk info lanjut, anda boleh lawati Facebook realme Malaysia. Segala maklumat dan berita terkini akan diupdate di sini!"
] |
https://www.rotikaya.com/elizabeth-tan-siap-sedia-buat-sidang-media-suami-curang/ |
Elizabeth Tan Siap Sedia Buat Sidang Media Kalau Suami Curang
| [
"Selepas mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati Siew Jim pada 2021, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengakui popularitinya jatuh mendadak.",
"Memetik mStar Online, menurut Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata jumlah tanda suka (likes) diterima di media sosial juga tidak banyak berbanding sebelum dia berkahwin.",
"“Saya lihat engagement di media sosial, dulu kalau satu post sahaja boleh dapat 100 ribu likes sekarang maksimum 20 ribu likes jadi nampak sangat turun. Tapi kita kena terima sahaja sebab takkan saya tak kahwin sampai bila-bila.",
"“Tapi mungkin semua ni takdir tuhan jadi saya percaya apa yang terjadi dalam hidup adalah sebab masa yang ditetapkan oleh tuhan,” katanya.",
"Dalam pada itu, Lizzy sempat bergurau bahwa dia akan membuat sidang media jika suaminya berlaku curang dan akan mendedahkan perkara itu kepada umum.",
"“Saya cakap kat dia kalau dia curang dengan saya, saya akan buat sidang media dan satu Malaysia akan tahu dia curang dengan saya serta saya akan dedah muka dia dengan perempuan tu. Reaksi dia cuma biasa sahaja, jadi harap-harap dia takkan buat perkara macam itulah,” katanya.",
"Terdahulu, Elizabeth Tan telah melangsungkan perkahwinan secara ringkas dengan Siew Jim di sebuah gereja di Gombak pada Mac 2021."
] |
https://www.rotikaya.com/ali-puteh-tak-melenting-digelar-babi-ajak-netizen-tingkatkan-ibadah/ |
Ali Puteh Tak Melenting Digelar Babi, Ajak Netizen Tingkatkan Ibadah
| [
"Sebut saja nama Ali Puteh pasti ramai tahu pelawak itu sering dikecam susulan kemelutnya dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah.",
"Baru-baru ini, perkongsian Ali menjadi perhatian apabila memuat naik komen seorang netizen yang yang sanggup mendoakannya agar tidak dapat melunaskan bayaran RM60,000 kepada Norhidayah.",
"BACA: Sedar Usia Dah Meningkat, Ali Puteh Ucap Selamat Hari Jadi Untuk Diri Sendiri",
"Malah, individu itu juga turut menggelarnya sebagai babi serta berharap pelawak itu diberi balasan sengsara di dunia dan akhirat.",
"Bagaimanapun, Ali tidak melatah dengan komen netizen itu serta mengatakan bahawa dia sudah hampir menyelesaikan bayarannya yang tertunggak.",
"Malah, Ali turut mengajak netizen untuk bersama-sama meningkatkan ibadah sempena di bulan mulia ini. Ali turut mengucapkan terima kasih kepada individu itu diatas doa diberikan.",
"Terdahulu, Ali berkata dia berjanji akan melunaskan bayarannya kepada Hidayah sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini."
] |
https://www.rotikaya.com/mia-sara-nafi-buka-tudung-berparti/ |
Mia Sara Nafi Buka Tudung, Berparti
| [
"Pelakon Mia Sara menafikan dakwaan gosip seorang pelakon didakwa membuka tudung dan berparti adalah dirinya.",
"Memetik Harian Metro, menegaskan bahawa individu dalam video tular itu bukan dirinya, Mia yang terkejut dengan dakwaan tersebut menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai mengenai perkara itu.",
"“Di zaman sosial media, fitnah dan gosip sebegini biasa berlaku. Orang boleh je letakkan gambar sesuka hati. Di sini saya menegaskan gambar dan video yang tular itu bukan saya, tapi terpulang sama ada hendak percaya atau tidak.",
"“Saya sendiri terkejut tidak tahu dari mana sumber cerita itu. Saya terima dengan hati terbuka kerana kalau saya komen lebih-lebih nampak seperti saya yang bersalah,” katanya.",
"Sementara itu, bapa kepada pelakon itu iaitu Muhammad Ridhuan juga turut berharap segala fitnah berkaitan anaknya dapat dihentikan.",
"“Pada mulanya memang saya memberikan ruang buat Mia untuk membuat kenyataan namun lain pula jadinye. Oleh itu saya terpaksa mengambil pendekatan untuk bersuara bagi pihaknya.",
"“Gambar dan video yang tersebar itu bukan Mia. Saya harap hentikan spekulasi dan fitnah. Apatah lagi, kita kini berada dalam bulan Ramadan,” katanya.",
"Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila tular video membabitkan seorang artis wanita didakwa bertudung dikatakan membuka tudungnya dan sedang berparti."
] |
https://www.rotikaya.com/sedar-usia-dah-meningkat-ali-puteh-ucap-selamat-hari-jadi-diri-sendiri/ |
Sedar Usia Dah Meningkat, Ali Puteh Ucap Selamat Hari Jadi Untuk Diri Sendiri
| [
"Sudah hampir dua tahun nama pelawak Ali Puteh sering menjadi bualan ramai susulan kemelut melanda dengan balu arwah abangnya, Siti Norhidayah.",
"Baru-baru ini, perkongsian Ali di Insta Story menjadi perhatian mengucapkan selamat hari lahir buat dirinya yang jatuh pada hari ini 30 Mac.",
"Menerusi entri itu, Ali turut meluahkan rasa syukur diberi peluang untuk terus bernafas dan meningkat lagi usia pada hari ini.",
"Terdahulu, Ali memaklumkan pihaknya akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada Norhidayah sebelum Hari Raya ini. Ali berkata dia akan membuat bayaran penuh seperti yang diminta selepas permohonan bayaran ansuran ditolak."
] |
https://www.rotikaya.com/sophia-albarakbah-akui-emosi-kacau-bilau-digelar-penyondol/ |
Sophia AlBarakbah Akui Emosi Kacau Bilau Digelar Penyondol
| [
"Pelakon sensasi, Sophia AlBarakbah hanya mampu mendiamkan diri selepas digelar penyondol apabila dituduh mengganggu rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz.",
"Memetik BH Online, Sophia berkata dia mengakui emosi terganggu apatah lagi ketika itu masih dalam penggambaran, namun dia tidak boleh menutup mulut orang.",
"BACA: Bella Astillah Maafkan Tapi Tak Akan Lupa Perbuatan Sophia AlBarakbah",
"“Sejujurnya, memang sakit dan emosi jadi kacau bilau, lebih lagi, saya masih dalam proses penggambaran. Tetapi, bila emosi terganggu, saya mendapat sokongan keluarga dan pasukan produksi.",
"“Saya baru sahaja selesai penggambaran drama, baru-baru ini. Bila ada sokongan baik, saya tidak tertekan sangat walaupun perasaan memang sakit.",
"“Dan pada masa sama, kesakitan boleh digunakan ketika saya berlakon,” katanya.",
"Ditanya mengenai Aliff Aziz yang tidak mahu bekerjasama dengannya lagi, Sophia berkata dia menghormati keputusan pelakon itu.",
"“Tetapi, kami sangat profesional biarpun orang cakap dingin atau fikir apa sahaja. Saya dan Aliff bersikap matang di lokasi sebab ini adalah kerja dan kami diberikan tanggungjawab untuk kerja,” katanya.",
"Dalam pada itu, Sophia berkata dia tidak serik untum bergandingan lagi dengan hero berstatus suami orang.",
"“Bagi saya, ia bukan bergantung pada status, tetapi sikap individu itu sendiri. Takkan hanya sebab suami orang saya nak menolak bergandingan bersama,” katanya.\n"
] |
https://www.rotikaya.com/pachara-dedah-terpaksa-keluar-bekerja-afiq-muiz-hanya-main-game-di-rumah/ |
Pachara Dedah Terpaksa Keluar Bekerja, Afiq Muiz Hanya Main Game Di Rumah
| [
"Selepas pelakon Afiq Muiz mendedahkan perangai isterinya di media sosial, giliran Pachara Apin pula mendedahkan sepanjang berkahwin dia yang terpaksa keluarga bekerja untuk menampung kehidupa mereka suami isteri.",
"Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Pachara mendakwa sementara dia keluar bekerja Afia hanya menghabiskan masa di rumah dengan bermain game.",
"BACA: “Macam Iblis, Balik Tiga Pagi Bau Arak, Makan Babi” – Afiq Muiz Dedah Perangai Isteri?",
"Pachara mendakwa Afiq akan memberikannya waktu rehat pada hari Ahad kerana pada hari Isnin suaminya itu mahu dia bekerja untuk menanggungnya.",
"“Banyak idea kau untuk memalukan saya sekarang. Cakap saya bukan siapa-siapa lagi dalam hidup? Jadi apa yang kau sedang buat sekarang ini? Kenapa tak beri kerjasama lepaskan saya?",
"“Takkan kau masih nak saya kerja bagi kau makan lepas itu kau pukul-pukul lagi setiap Jumaat Sabtu? Ahad kau bagi rehat sebab Isnin kau mahu saya kerja sara kau kan? Isnin hantar kerja kalau ada mood. Balik dari kerja kau complaint sakit badan sebab main game.",
"“Kau marah saya kau bosan duduk rumah main game sahaja. Kau tak tahu malu ke? Bercakap sekarang macam rempit lagi menjawab netizen,” tulisnya.",
"Menurut Pachara lagi, dia menyesal menarik semula laporan polis terhadap Afiq berhubung kes dia dipukul kerana percaya pelakon itu akan berubah.",
"“Aku yang buang kau jauh-jauh lepas kau pukul aku dengan teruk selama berkahwin dengan kau. Kau memang tidak tahu erti kenang budi? Saya lepaskan kau tarik laporan polis lepas kau pukul saya teruk itu supaya kau boleh berubah. Saya ini bodoh-bodoh boleh terfikir kau akan berubah.",
"“Lelaki yang memukul perempuan adalah lelaki yang pengecut yang mahu menguasi perempuan. Cuba mana-mana lelaki nak pukul kau, kau lari pengecut!” tulisnya.",
"Pachara turut menyifatkan Afiq seorang lelaki yang pengecut serta tidak mengenang budi selepas apa yang dilakukannya meskipun dia pernah dipukul dengan suaminya itu.",
"Malah, Pachara turut mengatakan suaminya seperti iblis serta mempersoalkan turut mengapa Afiq takut untuk ke mahkamah dimana sudah masuk kali keenam pelakon itu tidak hadir.",
"Dalam pada itu, Pachara mengatakan dia berhak berbuat tuntutan fasakh selepas apa dilaluinya sepanjang berkahwin dengan Afiq.",
"“Ini hak saya untuk tuntut fasakh, patut dari dulu lagi saya buat. Netizen yang belum pernah mengalami tidak akan faham tapi bagi kaum wanita yang sudah pernah dipukul, dianiaya, dicurangi. Sengaja gantung tak bertali akan faham keadaan fizikal dan mental saya,” katanya.",
"Semalam, isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun."
] |
https://www.rotikaya.com/kongsi-rezeki-wawa-zainal-aeril-zafrel-beri-air-balang-percuma-sepanjang-ramadan/ |
Kongsi Rezeki, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Beri Air Balang Percuma Sepanjang Ramadan
| [
"Setiap kali menjelang bulan Ramadan, ramai yang tidak melepaskan peluang melakukan kebaikan dan ibadah bersedekah serta berkongsi rezeki buat mereka diluar sana.",
"Tidak ketinggalan, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal juga turut berkongsi rezeki kepada orang ramai di sepanjang bulan Ramadan tahun ini.",
"Menerusi satu perkongsian di TikTok @wawacosmeticsmalaysia, pasangan itu memaklumkan mereka menyediakan air balang pelbagai perisa yang dicampur dengan aiskrim secara percuma kepada orang ramai.",
"Sempena Ramadhan , kami nak bagi air secara percuma jee setiap petang jam 4:30 sehingga habis ? Waze je ( wawa cosmetic Hq ) jangan lupe datang .#wawacosmetics ",
"Dalam video tersebut, dapat dilihat Aeril sedang mengacau air balang yang dicampur bersama aiskrim sambil memanggil orang yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk mendapatkan minuman berkenaan.",
"Difahamkan, air balang tersebut disediakan di setiap petang sepanjang Ramadan di ibu pejabat syarikat kosmetik yang terletak di Bandar Baru Bangi.",
"Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan murni Wawa dan Aeril itu serta mendoakan pasangan itu dimurahkan rezeki."
] |
https://www.rotikaya.com/macam-iblis-balik-tiga-pagi-bau-arak-makan-babi-afiq-muiz-dedah-perangai-isteri/ |
“Macam Iblis, Balik Tiga Pagi Bau Arak, Makan Babi” – Afiq Muiz Dedah Perangai Isteri?
| [
"Semalam hangat diperkatakan apabila isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun.",
"Susulan isu tersebut, Afiq dikecam oleh netizen malah ruangan komen Instagram milik pelakon itu diserang oleh netizen memerlinya yang didakwa memukul isterinya.",
"BACA: Isteri Afiq Muiz Tuntut Cerai Secara Fasakh, Dua Tahun Digantung Tak Bertali",
"Tidak hanya berdiam diri, Afiq dilihat membalas komen netizen mendakwa isterinya itu bukan wanita yang baik serta pernah berlaku curang.",
"Malah, Afiq turut mendedahkan perangai isterinya mendakwa isterinya itu balik lewat pagi dalam keadaan mabuk serta keluarga dengan lelaki lain.",
"Afiq turut menjawab saranan netizen supaya meleaskan isterinya secara baik, dimana pelakon itu mengakui keputusan itu agak sukar untuk dilakukan. Bagaimanapun, Afiq memberitahu akan pergi ke mahkamah untuk kes perceraian.",
"“Bukan mudah buat keputusan dalam keadaan diduakan (dicurangi). Bukan mudah untuk hadap muka orang yang melukakan hati,” jawabnya.",
"Untuk rekod, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga."
] |
https://www.rotikaya.com/lana-nodin-dipuji-cantik-persis-anak-patung/ |
Lana Nodin Dipuji Cantik Persis Anak Patung
| [
"Lama rasanya tak dengar cerita tentang pelakon Lana Nodin. Baru-baru ini, Lana dilihat ada memuat naik gambar terbarunya di Instagram.",
"Umum mengetahui, tahun lalu Lana memberitahu dia menjalani pembedahan plastik bagi membetulkan kedudukan bahagian hidung di Seoul, Korea Selatan.",
"BACA: Lana Nodin Dedah Kos Bedah Hidung RM166,000, Guna Tulang Rusuk Ganti Silikon",
" ? DJ Sanfonamix X Akimilaku Kimpo Bara Bere – Tik Toker ",
"Perkongsian foto Lana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan pelakon itu yang tidak ubah seperti anak patung. Malah, rata-rata pengikutnya di Instagram turut memuji pelakon itu mirip artis Korea.",
"Terdahulu, Lana mengaku dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membetulkan semula hidung yang telah senget akibat kemalangan sewaktu di bangku sekolah. Menurut Lana dia perlu memasukkan plastik pada hidungnya secara berkala selepas hidungnya pernah patah."
] |
https://www.rotikaya.com/shahrulezad-puji-mizz-nina-tak-londeh-aib-rumah-tangga/ |
Shahrulezad Puji Mizz Nina Tak ‘Londeh’ Aib Rumah Tangga
| [
"Pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat memuji Mizz Nina yang disifatkan bijak menangani masalah rumah tangga tanpa membuka aib sesiapa.",
"Menerusi satu perkongsian di media sosial, Shahrulezad memberikan pendapatnya golongan selebriti tidak perlu membuka aib meskipun berdepan kemelut rumah tangga.",
"BACA: Netizen Kagum Dengan Mizz Nina Tak Buka Aib Bekas Suami",
"“Mizz Nina juga yang kelas. Senyap senyap dia dapat apa yang dia mahu kan tanpa melondehkan aib masing-masing di depan kita semua,”tulisnya.",
"Dalam pada itu, Shahrulezad berkata tindakan Mizz Nina itu juga sekaligus tidak membuatkan netizen turut sama terpalit dosa.",
"Perkongsian Sharulezad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan matang Mizz Nina serta mengatakan itu yang membezakan antara orang yang berilmu dengan tiada ilmu.",
"Terdahulu, Mizz Nina dan Noh mengesahkan mereka sudah bercerai menerusi satu kenyataan di Instagram masing-masing pada 4 Ogos tahun lalu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga."
] |
https://www.rotikaya.com/disebabkan-fitnah-buat-hidung-pengikut-ig-saya-berkurang-zarina-zainuddin/ |
“Disebabkan Fitnah ‘Buat’ Hidung, Pengikut IG Saya Berkurang” – Zarina Zainuddin
| [
"Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa berang apabila ada netizen yang masih menuduhnya melakukan pembedahan untuk mencantikkan hidung.",
"Memetik Utusan Online, menerusi satu temu bual sebuah rancangan televisyen popular, Zarina berkata tuduhan itu tidak berasas dan perlu dihentikan supaya tidak menjadi fitnah.",
"BACA: “Biarlah Shuib Nak Kahwin, Dia Lelaki Mana Boleh Tahan Lama-Lama” – Zarina Zainuddin ",
"“Operasi itu sebenarnya melibatkan bedah hidung. Kalau tidak, doktor terpaksa toreh muka saya sana sini. Doktor kata memang resdung di bahagian tulang pipi, atas hidung. Kalau tak ada solekan, orang dapat tengok lebam di bahagian bawah mata saya.",
"“Bila buka (bedah) hidung, doktor sedut punca resdung. Justeru, saya kena terima hidung saya jadi begini. Saya minta doktor perbetulkan, supaya tak jadi buruk sangat. Saya tidak merubah hidung saya. Kalau ada yang tak faham, sampai matipun mereka tak akan faham,” katanya.",
"Sebelum ini, wajah Zarina yang dikatakan sedikit berbeza susulan perubahan bentuk hidungnya menjadi bualan di media sosial.",
"Menurut Zarina lagi, berikutan cerita tidak benar itu ramai netizen yang marah terhadapnya. Namun, dia memohon maaf buat mereka yang tidak memahami. Tambahnya, disebabkan berita itu juga jumlah pengikut akaun Instagramnya juga turut berkurang.",
"“Disebabkan perkara itu, pengikut IG saya berkurang, dari 2.3 juta kepada 2.2 juta. Saya rasa orang betul-betul marah kepada saya. Oleh itu, saya nak mohon maaf kepada yang marah dan tidak memahami.",
"“Saya terima keadaan saya begini. Penyakit Tuhan bagi, jadi kita kena terima. Saya hanya mahu menjadi diri sendiri, bukan orang lain,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/bella-astillah-maafkan-tapi-tak-akan-lupa-perbuatan-sophia-albarakbah/ |
Bella Astillah Maafkan Tapi Tak Akan Lupa Perbuatan Sophia AlBarakbah
| [
"Pelakon Bella Astillah berkata dia sudah memaafkan Sophia Albarakbah yang didakwa cuba mengganggu keharmonian rumah tangganya.",
"Memetik BH Online, isteri kepada Aliff Aziz itu bagaimanapun menegaskan dia tidak akan melupakan perbuatan Sophia.",
"“Saya sudah pun memaafkan demi memperbaiki rumah tangga dan ketenangan diri walaupun sangat sukar. Justeru, saya banyak melakukan aktiviti bersama Aliff dan anak-anak. Dengan harapan, tidak akan ada lagi masalah yang timbul.",
"“Namun, saya sedar tidak boleh lari kerana ujian akan berterusan. Jujurnya, saya sangat takut menghadapinya,” katanya.",
"Mengulas mengenai pengakuan Sophia sebelum ini yang mengakui sudah mempunyai teman lelaki, Bella mendoakan hubungan aktres itu kekal hingga ke jenjang pelamin.",
"“Sebenarnya sama ada sudah memiliki teman lelaki atau wanita, ia sama macam kita sudah ada isteri atau suami. Boleh sahaja nak ada skandal lain, betul tak? Apapun semoga Sophia bahagia, kekal hingga ke jenjang pelamin dan jannah. Insya-Allah.",
"“Dan harapnya selepas ini tiada cerita sama timbul. Tetapi, apa yang mahu dilakukan di luar kemampuan kita,” katanya.",
"Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita yang tersuka dengan Aliff Aziz malah berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya.",
"Aliff turut mengesahkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya adalah Sophia Albarakbah yang bergandingan dengannya dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah."
] |
https://www.rotikaya.com/saya-dengan-anak-rapat-tak-tahu-apa-yang-aurora-trauma-farid-kamil/ |
“Saya Dengan Anak Rapat, Tak Tahu Apa Yang Aurora Trauma” – Farid Kamil
| [
"Pelakon Farid Kamil berkata dia tidak tahu mengapa dia dihalang berjumpa dengan anak-anak sejak 23 hari lalu dan tidak tahu apa yang anak perempuannya, Nur Aurora trauma.",
"Memetik BH Online, Farid berkata dia dia mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua anaknya serta meminta media bertanyakan kepada Diana mengapa dia halang berjumpa dengan anak-anak.",
"“Saya tidak tahu apa yang Aurora trauma kerana hubungan saya dengan anak-anak rapat sebagai ayah dan anak.",
"“Adakah kerana saya bertanya soalan peribadi yang menyinggung perasaan dia (Diana)? Saya tidak tahu kenapa saya dihalang daripada berjumpa anak-anak dan itu kena tanya Diana,” katanya.",
"Dalam pada itu, Farid berkata dia juga tidak tahu di mana keberadaan kedua anak-anaknya sekarang.",
"“Saya memang rindu pada anak-anak tetapi apa yang saya boleh buat? Hanya kepada Allah, tempat saya mengadu.",
"“Saya mendapat taufik dan hidayah ketika mengerjakan umrah dan ziarah, baru-baru ini. Dari situ saya dapat meningkatkan tahap kesabaran yang ada pada saya sekarang,” katanya.",
"Semalam, pelakon Diana Danielle mendakwa anak bongsunya, Nur Aurora dikatakan trauma namun aktres itu enggan menjawab punca anaknya itu trauma."
] |
https://www.rotikaya.com/netizen-tergamam-tengok-shuhada-makin-langsing-menawan/ |
Netizen Tergamam Tengok Shuhada Makin Langsing & Menawan
| [
"Susulan kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi, isterinya iaitu Nurul Shuhada menjadi perhatian ramai yang bersimpati nasib menimpa ibu kepada dua cahaya mata itu apabila dicederakan suaminya.",
"Sejak kebelakangan ini, penampilan terbaru Shuhada menjadi perhatian ramai apabila dilihat semakin langsing dan menawan.",
" ? ???????????? – CHALEE ( ???? ) – CHALEE ( ???? ) ",
"Baru-baru ini, tular video dikongsikan di sebuah akaun TikTok Berryshapehq memaparkan Shuhada berjalan bersama seorang wanita.",
"Dapat dilihat Shuhada tampil langsing dan memiliki peha yang kecil sekaligus membuatkan ramai terkejut melihat perubahan wanita itu.",
"Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Shuhada sebenarnya cantik namun tidak dihargai dan tidak dijaga dengan baik.",
"Malah, ada netizen mengatakan pasti suaminya ‘gigit jari’ selepas melihat perubahan Shuhada yang ‘comeback’ selepas apa yang berlaku dengan rumah tangganya.",
"Untuk rekod, Shuhada mendirikan rumah tangga bersama Hafidz pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar."
] |
https://www.rotikaya.com/isteri-afiq-muiz-tuntut-cerai-secara-fasakh-dua-tahun-digantung-tak-bertali/ |
Isteri Afiq Muiz Tuntut Cerai Secara Fasakh, Dua Tahun Digantung Tak Bertali
| [
"Isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari pagi tadi.",
"Memetik Harian Metro, Pachara atau Nur Aaira Mahdeya hadir sendirian dengan mengenakan jubah hitam dan pelitup muka.",
"BACA: Isteri Dakwa Dipukul Sampai Patah Kaki & Jari, Afiq Muiz Buat Laporan Polis",
"Menurut Pachara, Afiq mengetahui mengenai tuntutan cerai secara fasakh hari ini namun dikatakan enggan memberikan kerjasama.",
"“Afiq tidak beri kerjasama langsung. Dia tahu mengenai tuntutan cerai fasakh pada hari ini tetapi enggan memberi kerjasama,” katanya.",
"Diminta mengulas mengenai dakwaan dipukul Afiq seperti yang dinyatakan di Facebook dan TikTok tahun lalu, Pachara tetap mempertahankan kenyataannya itu serta mengatakan ianya bukan bukan fitnah seperti didakwa suaminya.",
"“Apa yang saya nak beritahu, sebelum ini dia (Afiq) ada buat laporan polis yang mengatakan saya fitnah tapi saya tak fitnah.",
"“Mengenai bukti, saya rasa semua orang dah nampak. Pada masa sama kita sedang berpuasa. Lagipun sebelum ini hanya saya saja yang banyak bercakap dan masyarakat pun dah nampak bukti-bukti ini. Kita tunggulah bicara terakhir pada 6 April ini,” katanya.",
"Sementara itu, peguam yang mewakili Pachara iaitu Suriati Ab Ghani berkata sebelum ini pihaknya sudah memfailkan cerai secara baik pada Ogos tahun lalu namun Afiq gagal dihubungi. Tambahnya, Pachara juga tidak menerima nafkah dan digantung tidak bertali sejak Julai 2021 sehingga kini.",
"“Dia gantung tidak bertali sejak Julai 2021 sehingga sekarang dan memang dia sudah tinggalkan Pachara,” katanya.",
"Terdahulu, Afiq dan Pachara berkahwin pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga."
] |
https://www.rotikaya.com/orang-yang-baru-berhijab-tak-boleh-dihakimi-serta-merta-ibu-shuib/ |
“Orang Yang Baru Berhijab, Tak Boleh Nak Dihakimi Serta Merta” – Ibu Shuib
| [
"Baru-baru ini, ibu kepada Shuib Sepahtu iaitu Salamiah Jalani ada memuat naik video di TikTok bersama usahawan, Watie Hanafiah.",
"Video tersebut memaparkan Watie melakukan bentuk hati (love) sambil tersenyum manis berlatar belakang lagu Kurangnya Apa nyanyian Arief.",
"BACA: “Nampak Semua Aset” – Netizen Tegur Baju Watie Ketat Sangat",
"Perkongsian ibu Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji penampilan sopan Watie berbanding sebelum ini.",
"Komen netizen itu dibalas oleh Salamiah yang meminta agar memberi masa kepada Watie untuk menjadi muslimah lebih baik apatah lagi usahawan itu baru berhijab.",
"Dalam pada itu, Salamiah berkata lagi dia menerima pilihan anaknya. Ujarnya lagi, jodoh seseorang itu adalah ketentuan Allah dan siapa kita untuk melawan takdir."
] |
https://www.rotikaya.com/almy-nekad-berhijab-kerana-allah/ |
Almy Nadia Nekad Berhijab Kerana Allah
| [
"Pada Jun tahun lalu, penampilan pelakon Datin Almy Nadia menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berhijab sekaligus mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen.",
"Memetik Harian Metro, Almy berkata dia sudah lama berhasrat untuk berhijab namun bimbang jika sudah berhijab suaminya akan berpaling kepada wanita lain.",
"BACA: Kurus Ke Gemuk, Almy Nadia Syukur Dikurniakan Suami Kelakar & Membahagiakannya",
"Bagaimanapun, selepas berbincang dengan suaminya, Datuk Fizz Fairuz dia nekad untuk bertudung kerana Allah serta melakukan perubahan secara perlahan-lahan.",
"“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian. Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.",
"“Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu,” katanya.",
"Sementara itu, Almy berkata suaminya tidak menghalang hasratnya itu malah meminta untuk betulkan niat bahawa penghijrahan adalah kerana Allah.",
"“Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga. Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini.",
"“Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” katanya.",
"Almy berkahwin dengan Fizz pada 26 April 2014. Pasangan itu dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, satu tahun empat bulan dan anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 14."
] |
https://www.rotikaya.com/puteri-sarah-gelak-besar-netizen-kata-syamsul-bagi-rm1-juta-belanja-bercuti-di-tokyo/ |
Puteri Sarah Gelak Besar Netizen Kata Syamsul Bagi RM1 Juta Belanja Bercuti Di Tokyo
| [
"Pasti ramai tahu, sebelum ini pelakon Puteri Sarah telah bercuti ke negara Tokyo, Jepun bersama anak-anaknya dan tidak lokek berkongsikan foto momen mereka di sana.",
"Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan Puteri Sarah terhibur dengan kata-kata netizen mendakwa Syamsul Yusof memberi wang belanja sebanyak RM1 juta untuk bercuti ke Tokyo.",
"Menerusi video berkenaan, Puteri Sarah hanya tergelak besar dengan komen netizen itu barangkali perkara tersebut lambat lagi untuk berlaku ataupun tidak akan pernah terjadi.",
"Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang merasakan pelakon itu seolah memendamkan sesuatu. Malah, ada yang terhibur mendengar Puteri Sarah ketawa besar seperti itu.",
"Sebelum ini, Puteri Sarah berkata dia tidak mahu berdamai seperti diminta suaminya serta meminta agar segera diceraikan. Malah, Puteri Sarah turut meminta Syamsul mengemukakan bukti dan tidak hanya bercakap kosong sahaja selepas mendakwa dirinya berlaku curang."
] |
https://www.rotikaya.com/ali-puteh-janji-selesai-hutang-rm60000-hidayah-sebelum-aidilfitri/ |
Ali Puteh Janji Selesai Hutang RM60,000 Hidayah Sebelum Aidilfitri
| [
"Pelawak Ali Puteh memaklumkan pihaknya akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah sebelum Hari Raya ini.",
"Memetik BH Online, Ali berkata dia akan membuat bayaran penuh seperti yang diminta selepas permohonan bayaran ansuran ditolak.",
"BACA: “Saya Bukan Penjenayah, Pelik Sampai Kerjaya Saya Terjejas” – Ali Puteh",
"“Dari awal saya mohon untuk bayar secara ansuran, tetapi ditolak. Jadi, saya akan usahakan untuk bayar serentak dengan penuh seperti yang diminta. Insya-Allah, sebelum Aidilfitri ini saya akan selesaikan.",
"“Apa nak buat, saya tak boleh nak menidakkan sebab ini kerja Tuhan. Tak mengapa, saya bincang dengan isteri, kami akan usahakan apa yang termampu biarpun terpaksa bergadai.",
"“Saya pun sudah hubungi peguam saya semalam (kelmarin), dan rasanya hari ini (semalam) surat pun sudah dihantar. Insya-Allah, sebelum Aidilfitri selesai,” katanya.",
"Dalam pada itu, Ali mengakui sudah lama tidak menerima tawaran kerja seni dan kini berniaga melalui media sosial. Ujarnya, dia berharap isu itu tidak berpanjangan apabila bayaran tersebut sudah dilunaskan.",
"“Memang tawaran kerja tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga dalam media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.",
"“Jadi, saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya harap bila bayaran selesai, isu ini tidak berpanjangan,” katanya. "
] |
https://www.rotikaya.com/farid-kamil-bukti-bergambar-diana-danielle-curang/ |
Farid Kamil Ada Bukti Bergambar Diana Danielle Curang
| [
"Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangaa pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. Terbaru, Farid mendakwa ada bukti bergambar isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle curang.",
"Memetik Harian Metro, Farid bagaimanapun enggan mendedahkan kepada umum sebaliknya akan menunjukkan di mahkamah.",
"“Saya ada bukti bergambar. Namun, saya tak boleh tunjuk kepada umum sekarang. Saya akan dedahkan di mahkamah,” katanya.",
"Semalam, Farid mendedahkan keretakan rumah tangga bersama Diana berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Menurutnya, dia mendakwa menghidu mengenai kecurangan isterinya sejak tahun lalu.",
"Bagaimanapun, Diana menafikan dakwaan suaminya sebaliknya mendakwa masalah yang berlaku adalah berpunca daripada suaminya.",
"Dalam pada itu, Farid enggan mengulas mengenai hal peribadi, isteri serta anak-anaknya yang boleh mengaibkan mereka.",
"“Saya tidak mahu bercakap hal isteri saya dan buka aib sesiapa. Saya ke mahkamah untuk menegakkan hukum-hakam agama islam,” katanya.",
"Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan Diana tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan."
] |
https://www.rotikaya.com/aku-tetap-islam-walaupun-mak-nyah-sajat/ |
“Aku Tetap Islam Walaupun Mak Nyah” – Sajat
| [
"Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.",
"Baru-baru ini, Sajat mengakui dirinya masih beragama Islam meskipun sudah menukar jantinanya daripada lelaki kepada wanita.",
"Difahamkan, Sajat memberikan jawapan tersebut kepada seorang netizen yang meluahkan rasa kecewa apabila Sajat mengenakan tudung ketika di bulan Ramadan.",
"Sajat berkata lagi, meskipun dia mak nyah namun dia tidak menduakan agama serta meminta orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum.",
"Sementara itu, ada netizen berpendapat Sajat bertudung hanya mahu mempromosikan hijab tersebut. Malah, ada yang mengatakan Sajat mirip pelakon popular Rozita Che Wan.",
"Dalam pada itu, ada segelintir netizen menyeru supaya Sajat segera bertaubat ke jalan yang benar dan mendoakan agar dia mendapat hidayah daripada Allah."
] |
https://www.rotikaya.com/saya-bukan-penjenayah-pelik-sampai-kerjaya-saya-terjejas-ali-puteh/ |
“Saya Bukan Penjenayah, Pelik Sampai Kerjaya Saya Terjejas” – Ali Puteh
| [
"Pelawak Ali Puteh mengakui sudah lama dia tidak menerima sebarang tawaran kerja seni dan kini dia berniaga di media sosial.",
"Memetik Harian Metro, Ali berkata dia akan menggunakan segala platform miliknya untuk menjelaskan bayaran sebanyak RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah.",
"Ali juga turut meluahkan rasa pelik kerana dia bukan seorang penjenayah namun kerjayanya terganggu sedangkan apa yang berlaku hanyalah hal urusan keluarga.",
"“Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga di media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.",
"“Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu.",
"“Saya merasakan ia tak adil. Tapi nak buat macam mana, saya harap bila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan,” katanya.",
"Mengulas mengenai rumah arwah Abam yang diminta oleh Hidayah, Ali berkata dia tidak boleh menyerahkannya kerana rumah itu adalah rumah pusaka arwah ibunya.",
"Ujarnya lagi, pihaknya akan membayar saman tersebut secepat mungkin bagi mengelakkan rumah tersebut dari disita serta meluahkan rasa pelik mengapa harta arwah ibunya pula yang mahu disita.",
"“Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwah emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi.",
"“Jadi kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tak tahu apa jadi dengan keluarga kami. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. Insya-Allah rumah itu akan selamat.",
"“Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. Tapi kami pelik bukannya sita harta saya sebaliknya harta arwah emak saya,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/isteri-yonnyboii-mengidam-kuih-akok-kelantan/ |
Isteri Yonnyboii Mengidam Kuih Akok Di Kelantan
| [
"Penyanyi rap Yonnyboii berkongsikan isterinya, Nik Nazira yang kini hamil enam bulan mengidam makanan manis seperti kuih akok.",
"Memetik Harian Metro, Yonny mengakui bukan mudah apabila isterinya mengidam apatah lagi mahukan kuih akok yang dijual di Kelantan.",
"BACA: Isteri Yonnyboii Hamil 5 Bulan, Berat Badan Turun 10 Kg",
"“Isteri mengidam makanan manis, seperti kuih akok. Tapi, ia bukanlah benda yang mudah. Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak mahu kuih akok yang dijual di sini. Tapi, dia nak kuih akok dari Kelantan.",
"“Mujurlah ada sepupu dan bapa saudaranya yang sanggup terbang ke Kota Bharu untuk membeli kuih itu dan kembali ke Kuala Lumpur untuknya,” katanya.",
"Dalam pada itu, Nazira berkata alahannya juga semakin baik berbanding di awal kehamilan apabila dia tidak boleh makan mahupun minum.",
"“Waktu dalam trimester pertama, memang alahan saya sangat teruk. Semua benda saya tak boleh nak makan. Bahkan, minum air kosong pun saya akan muntah.",
"“Disebabkan itu jugalah saya dehidrasi dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Sekarang, alhamdulillah semuanya semakin okay. Cuma ada ketikanya saya rasa pedih hulu hati,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/peraduan-iwk-e-bil-jer-tarik-ramai-pelanggan-iwk-tukar-kepada-e-bil/ |
Peraduan IWK e-Bil Jer! Tarik Ramai Pelanggan IWK Tukar Kepada e-Bil
| [
"Seronoklah pemenang IWK e-Bil kali ni, siap bawa balik kereta Proton Saga, Televisyen 86 inci dan Macbook Pro lagi sebagai hadiah dalam Peraduan IWK e-Bil Jer 2022. Rugi lah pada yang tak join peraduan santai Indah Water ni.",
"Kalau korang nak tahu, baru-baru ni Syarikat Pembetungan Nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah meraikan pelanggannya dengan mengumumkan pemenang utama dalam peraduan tersebut dan paling heaven sekali hadiah memang tak masuk akal.",
"Peraduan santai macam ni pun boleh dapat hadiah di luar jangkaan. Jawabnya raya kali ni pemenang IWK e-Bil senyum lebar lah dapat beraya dengan hadiah awesome ni.",
"Peraduan IWK e-Bil Jer 2022 yang bermula dari 1 Julai 2022 hingga 15 Disember 2022, dianjurkan bagi tujuan mempromosi dan menggalak pelanggan IWK untuk lebih menyertai usaha pengebilan tanpa kertas demi persekitaran yang lebih baik.",
"Jangan tak tahu, peralihan kepada bil elektronik ini juga adalah selaras dengan tanggungjawab semua pihak dalam menunaikan peranan ke arah usaha pemulihan alam sekitar.",
"Bagi yang tertanya-tanya apa jer peraduan IWK e-Bil jer 2022 sampai boleh dapat hadiah menarik ni? Ni jer cara setiap pelanggan e-bil IWK hanya perlu sertai kempen ahli-mencari-ahli (member-get-member), iaitu pelanggan perlu mendaftar kepada e-bil, kemudian mengajak pelanggan IWK yang lain untuk mendaftar IWK e-bil juga.",
"Lebih banyak pendaftaran di bawah kod rujukan, lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Simple jer kan peraduannya. Nak dengan tak nak jer. Tapi itu lah dah terlambat. Lepas ni jangan skip peraduan dari IWK sebab hadiah mereka bagi bukan calang-calang.",
"Kalau korang nak tahu, Nurzulaika Binti Kamaruddin berjaya merangkul tempat pertama dan membawa pulang kereta berkenaan. Pemenang kedua Salmawati Binti Mansor, pula memenangi sebuah Smart TV Prism+ 86 inci, manakala pemenang ketiga Kee Meng Hua membawa pulang Apple Macbook Pro.",
"Di samping tiga pemenang utama, seramai 10 orang pemenang lain juga telah berjaya merangkul hadiah saguhati yang menarik seperti Smartwatch Samsung Galaxy 4, Fitbit, Kerusi Urut Bergerak Ogawa, Pembersih Udara Ogawa dan Tab Huawei Matepad.",
"Ketua Pegawai Operasi IWK, Haji Mohd Zainal Zakaria telah menyampaikan hadiah kepada barisan pemenang dalam satu majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di IWK Eco Park, Pantai Dalam baru-baru ini."
] |
https://www.rotikaya.com/keluarga-pun-terkejut-rumah-tangga-farid-diana-bergolak-fadzil-zahari/ |
“Keluarga Pun Terkejut Rumah Tangga Farid, Diana Bergolak” – Fadzil Zahari
| [
"Adik kepada Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari berharap abangnya dan Diana Danielle dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan baik.",
"Memetik BH Online, Fadzil berkata abangnya dan Diana akan memulakan proses rundingan di bawah Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka hari ini.",
"“Saya berdoa mereka capai kata sepakat dan kata putus terbaik. Kita tak boleh dengar antara dua pihak sahaja, kita kena pertimbangkan keadaan anak-anak juga. Jadi, apa sahaja keputusan, harus ambil kira semua perkara,” katanya.",
"Sementara itu, Fadzil yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin mengakui terkejut mendapat tahu mengenai kemelut rumah tangga abangnya itu menerusi media.",
"“Kami baca berita itu pun, kami terkejut. Jadi, kita hendak tanya tuan badan. Kita pun tidak tahu macam mana. Usahkan orang ramai terkejut dengan berita ini, kami sekeluarga pun sama. Sebab tiada apa-apa tanda atau bayangan.",
"“Jadi kami sampaikan kepada emak sahaja yang menghubungi Kamil agar dia bersabar dan tabah… Kami sentiasa doakan dia,” katanya.",
"Dalam pada itu, Fadzil berkongsikan kali terakhir dia berjumpa abangnya itu sebulan lalu. Ujarnya lagi, dia dan Yana sentiasa memberikan positif kepada Farid diatas apa yang berlaku.",
"“Pada pertemuan itu, kami sembang biasa sahaja. Apa yang kami boleh buat, kami sokong dia. Seperti baru-baru ini, dia cakap dia rindu anak-anak. Sebagai adik, saya dan Yana beri kata-kata positif agar dia bersabar,” katanya.",
"Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya dengan alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.",
"Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai kerana masih sayangkan Diana. Farid juga mendakwa dia tidak dapat masuk ke rumah sejak awal bulan ini."
] |
https://www.rotikaya.com/farid-kamil-dakwa-tak-kenal-syamsul-yusof/ |
Farid Kamil Dakwa Tak Kenal Syamsul Yusof
| [
"Selain kemelut rumah tangganya menjadi bualan ramai, isu pelakon Farid Kamil dan juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof juga turut menjadi perhatian.",
"Memetik Harian Metro, Farid bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut apabila ditanya mengenai Syamsul yang bakal mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.",
"BACA: “Kepada Farid Kamil, Aku Jumpa Kau Di Mahkamah” – Syamsul",
"Ia susulan kenyataan Farid sebelum ini mendakwa pengarah itu pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tiada tindakan diambil.",
"Malah, Farid hanya memberikan jawapan sinis mendakwa dia tidak mengenali pengarah itu sambil tersenyum.",
"Sebelum ini, Farid mengeluarkan kenyataan tersebut sehari selepas isteri pertama Syamsul mendedahkan pernah dipukul oleh suaminya.",
"Difahamkan, wanita bernama Diana yang ditulis Farid dipercayai merujuk kepada isterinya yang, aktres Diana Danielle."
] |
https://www.rotikaya.com/farid-kamil-nak-peluk-diana-danielle-tepis/ |
Farid Kamil Nak Peluk, Diana Danielle Tepis
| [
"Pelakon Farid Kamil berusaha pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu kerana masih sayangkan perkahwinannya dengan, aktres Diana Danielle.",
"Memetik BH Online, Farid bukan saja membawa bunga mawar dan sebentuk cincin untuk memenangi kembali hati isterinya, malah dilihat cuba memujuk Diana di luar dewan bicara mahkamah pagi tadi.",
"Bagaimanapun, berlaku sedikit kekecohan ketika sesi memujuk itu dilakukan apabila Farid cuba memeluk, Diana menepis dan beredar dalam keadaan marah. Diana yang kelihatan marah ditenteramkan oleh peguam mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika itu.",
"Difahamkan, jambangan bunga mawar dan cincin yang dibawa oleh Farid sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 juga tidak diambil oleh Diana.",
"Sebelum ini, Farid yang ditemui hari ini mendakwa kehadiran orang ketiga punca keretakan rumah tangga bersama isterinya.",
"Bagaimanapun, Diana menafikan perkara itu serta mengatakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripada suaminya dan jika benar dia curang mengapa aktor itu membelikan cincin serta membawakan bunga untuknya."
] |
https://www.rotikaya.com/diana-danielle-buang-cincin-bunga-pemberian-farid-kamil/ |
Diana Danielle Buang Cincin, Bunga Pemberian Farid Kamil
| [
"Dalam proses pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) hari ini, pelakon Farid Kamil bukan hanya membawa bunga mawar tetapi turut membawa sebentuk cincin untuk diberikan kepada isterinya, Diana Danielle.",
"Memetik BH Online, Farid yang ditemui di mahkamah berkata cincin tersebut juga adalah sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.",
"“Demi menyelamatkan rumah tangga, saya berusaha mendapatkan semula cincin ini. Bunga pun dibuang, apatah lagi cincin. Saya beli cincin, tahun ini untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-11. Tak adalah mahal sangat, tapi cukuplah,” katanya.",
"Sementara itu, Diana yang ditanya mengenai cincin itu berkata ia adalah cincin yang pernah dihilangkan Farid sejak lapan tahun lalu.",
"“Cincin yang nak bagi sudah dihilangkan selama lapan tahun, tetapi baru hari ini nak beri semula cincin perkahwinan ini,” katanya.",
"Sebelum ini, Farid yang ditemui hari ini mendakwa kehadiran orang ketiga punca keretakan rumah tangga bersama isterinya."
] |
https://www.rotikaya.com/itu-semua-fitnah-diana-danielle-nafi-curang/ |
“Itu Semua Fitnah” – Diana Danielle Nafi Curang
| [
"Pelakon Diana Danielle menafikan dakwaan dirinya curang seperti yang didakwa suaminya Farid Kamil sehingga dia nekad untuk memfailkan perceraian.",
"Memetik Harian Metro, Diana berkata masalah yang berlaku adalah berpunca daripada suaminya dan jika benar dia curang mengapa aktor itu membelikan cincin serta membawakan bunga untuknya.",
"“Itu semua fitnah. Masalah yang timbul adalah kesalahan dia 100 peratus. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya? Kalau ‘kantoi’ kenapa nak bawa bunga?",
"“Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi sudah dia hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini dia nak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun,” katanya.",
"Nekad dengan keputusannya untuk bercerai, Diana berkata tindakan Farid membawa cincin dan bunga bukan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi mahu menjaga maruahnya.",
"“Ya saya masih dengan keputusan untuk bercerai. Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumah tangga (pemberian bunga dan cincin), tapi nak menyelamatkan air muka dia saja,” katanya.",
"Dalam pada itu, Diana yang mengulas mengenai kenyataan Farid sudah 23 hari tidak bertemu anak-anak berkata anak keduanya, Aurora kini dalam keadaan trauma namun tidak didedahkan puncanya."
] |
https://www.rotikaya.com/farid-kamil-dakwa-orang-ketiga-punca-keretakan-rumah-tangga/ |
Farid Kamil Dakwa Orang Ketiga Punca Keretakan Rumah Tangga
| [
"Pelakon Farid Kamil mendeddahkan kehadiran orang ketiga punca keretakan rumah tangga bersama isterinya, Diana Danielle.",
"Memetik Harian Metro, Farid berkata dia mula menghidu mengenai kecurangan yang berlaku sejak tahun lalu namun pelakon itu mendakwa ‘terkantoi’ baru-baru ini.",
"“Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah sudah memberi petunjuk dan hidayah. Saya juga sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah tapi hari ini saya dapati ada pihak ketiga yang menyokong dia dari belakang.",
"“Saya kalau boleh nak tegakkan undang-undang Islam dan hak sebagai seorang suami, yang mana rumah tangga diganggu. Saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami. Dan bila kita menuntut jawapan daripada dia mengenai perkara itu, perpisahan yang diminta.",
"“Saya sayangkan keluarga saya, saya tidak pernah lagi diuji sebegini. Saya baru mengesahkan mengenai hal ini hari ini tapi saya sudah maklum dari tahun lalu. Ia bukan masalah berlarutan cuma masalah ‘terkantoi’ baru-baru ini,” katanya.",
"Dalam pada itu, Farid berkata dia mahu menyelamatkan rumah tangga mereka demi anak-anak apatah lagi sudah 23 hari tidak dapat bertemu kedua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.",
"“Saya harus menyelamatkan isteri dari terus diperlakukan sebegitu. Saya sayangkan anak-anak kerana tanpa isteri saya, saya tak dapat jumpa anak-anak saya.",
"“Saya tidak dibenarkan jumpa anak selama 23 hari dan telefon pun tidak dibenarkan. Jadi, hari ini saya cuba menyelamatkan keluarga saya walaupun saya tahu itu kesalahan orang luar,” katanya.",
"Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan memfailkan nusyuz terhadap isterinya, Farid berkarta dia menyerahkan perkara itu kepada pihak mahkamah.",
"“Mahkamah akan putuskan hal terbabit. Saya berserah kepada Allah kerana benda ini membabitkan hukum hakam Islam dan saya tak boleh buat keputusan sendiri,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/shuk-sahar-rindu-berlakon-harap-diberi-peluang-kedua/ |
Shuk Sahar Rindu Berlakon, Harap Diberi Peluang Kedua
| [
"Hampir dua tahun meninggalkan dunia lakonan, pelawak Shuk Sahar berharap penerbit drama dan filem memberikan peluang kepadanya untuk kembali aktif berlakon.",
"Memetik Utusan, Shuk berkata meskipun dia kini sibuk berniaga untuk menjaga pendapatan, namun dia rindukan dunia lakonan serta berharap agar diberikan peluang untuk beraksi semula.",
"BACA: Diminta Kongsi Tips Curang, Shuk Sahar Enggan Ajar Sebab Dah Pencen",
"“Buat masa ini saya berniaga untuk kelangsungan hidup. Tapi jujur saya memang rindu nak berlakon kerana sudah dua tahun saya tinggalkan dunia itu.",
"“Baru-baru ini ada sahaja tawaran, tetapi bertindih pula dengan acara di Singapura. Jadi, terpaksa saya tolak. Kalau ada peluang berlakon, memang saya nak. Saya betul-betul mengharap,” katanya.",
"Sebelum ini, Shuk dihimpit dengan pelbagai kontroversi rumah tangga serta terpalit kontroversi membabitkan pelakon Fauzi Nawawi yang membuat pendedahan dalam satu program tentang babak rogol bersama pelakon Raja Farah.",
"Dalam pada itu, Shuk berharap isu tersebut selesai serta dirinya tidak terus dihukum dan dipulaukan kerana dia mahu kembali berlakon.",
"“Isu itu kelihatannya sudah selesai. Jadi, bagi penerbit yang masih ingat saya, saya ingin maklumkan, saya benar-benar mahu kembali berlakon. Diharapkan peluang masih ada untuk saya,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/tak-pernah-bangun-sahur-lepas-kahwin-reen-rahim-kena-siapkan-sahur/ |
Tak Pernah Bangun Sahur, Lepas Kahwin Reen Rahim Kena Siapkan Sahur
| [
"Pelakon Reen Rahim berkata Ramadan kali ini berbeza apabila dia perlu bangun untuk menyiapkan hidangan sahur untuk suaminya, Ahmad Nur Hazim.",
"Memetik Kosmo, menerusi satu perkongsian video di TikTok, Reen mengakui sepanjang hidupnya dia tidak pernah bangun untuk bersahur namun tahun ini semuanya berubah.",
"“Seumur hidup saya, tak pernah pun bangun sahur. Bila dah berkahwin, saya kena siapkan sahur,” katanya.",
"Dalam video tersebut, Reen turut berkongsikan video sedang mengejut suaminya yang sedang nyenyak tidur untuk bangun sahur.",
"Perkongsian Reen itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsikan pengalaman sama selepas mereka mendirikan rumah tangga.",
"“Sama! Tahu lepas sahur dengan mak abah. Paling-paling pun semuanya dah siap (sahur). Tapi tahun ini kena bangun siapkan sahur dan kejut laki (suami),” kata seorang pengguna TikTok.",
"“Betul. Malas betul nak bangun masak sahur. Nasib baik suami tak makan berat waktu sahur. Cukup kurma lima hingga tujuh biji dan air masak sahaja,” kata seorang lagi netizen.",
"Reen mendirikan rumah tangga bersama Hazim dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember tahun lalu. "
] |
https://www.rotikaya.com/keluarga-sambut-hari-lahir-sumayyah-netizen-tanya-mana-syamsul/ |
Keluarga Sambut Hari Lahir Sumayyah, Netizen Tanya Mana Syamsul?
| [
"Perkongsian pelakon Puteri Sarah menjadi perhatian apabila memuat naik gambar sambutan hari lahir anak keduanya, Sumayyah yang keempat dalam suasana sederhana.",
"Menerusi gambar dikongsikan, majlis yang diadakan di restoran milik bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam itu turut dihadiri oleh kedua ibu bapa Puteri Sarah.",
"BACA: “Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat” – Ibu Syamsul",
"Turut mejadi perhatian, kelihatan Yusof Haslam berjabat tangan bersama bapa Sarah, Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin sekaligus menunjukkan hubungan baik mereka sebagai besan.",
"Perkongsian Puteri Sarah itu juga turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan kelibat Syamsul Yusof di majlis hari lahir anaknya itu.",
"Malah, ada netizen turut bertanyakan kembali kepada Syamsul yang mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mahu berdamai dengan isteri pertamanya itu namun pengarah itu tidak kelihatan dalam majlis berkenaan."
] |
https://www.rotikaya.com/kazar-kurangkan-tengok-instagram-hormati-bulan-ramadan/ |
Kazar Kurangkan Tengok Instagram, Hormati Bulan Ramadan
| [
"Nama pelakon veteran, Kazar Saisi menjadi bualan ramai selepas anaknya, Ira Kazar mendirikan rumah tangga dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.",
"Sempat ditemu bual mStar Online, Kazar berkata Ramadan tahun ini mengajarnya menjadi seorang yang lebih penyabar.",
"Menurut Kazar lagi, Ramadan tahun ini juga dia menggelakkan dari daripada menggunakan media sosial serta cuba untuk memperbaiki diri.",
"“Bulan Ramadan kurang tengok Instagram sebab hormati Ramadan, cuba perbaiki diri setiap tahun. Ramadan ini saya banyak bersabar. Akhir-akhir ni banyak bersabar dan terbukti sabar banyak ganjarannya,” katanya.",
"Dalam pada itu, Kazar tutur berkongsikan dia turut terkenangkan serta merindukan pengarah terkenal, Allahyarham Mamat Khalid pada Ramadan tahun ini.",
"“Yang paling saya rindu pada bulan Ramadhan ini sewaktu bekerja dengan arwah Mamat Khalid sebab dia banyak hasilkan karya yang sukar untuk dilupakan oleh semua orang seperti Kampung Pisang, 16 Puasa, 17 Puasa,” katanya."
] |
https://www.rotikaya.com/fattah-amin-lancar-5-lagu-zikir-sempena-ramadan/ |
Fattah Amin Lancar 5 Lagu Zikir Sempena Ramadan
| [
"Sempena bulan Ramadan ini, pelakon dan penyanyi Fattah Amin melancarkan lima lagu zikir eksklusif yang boleh didapati menerusi aplikasi Mukmin Pro.",
"Memetik Astro Awani, Fattah berkata ia merupakan satu penghormatan buat dirinya dapat melagukan zikir menerusi aplikasi berkenaan.",
"Menurut Fattah lagi, dia berharap alunan zikir-zikir berkenaan dapat memberikan ketenangan buat mereka yang mendengarnya.",
"“Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro, dan saya berharap ia membawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengarnya semasa bulan Ramadan yang diberkati ini,” katanya.",
"Antara lima zikir yang dialunkan itu iaitu Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wala Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah.",
"Difahamkan, lagu-lagu zikir ini boleh dihayati melalui Spotify, Apple Music dan Youtube mulai minggu pertama Ramadan ini."
] |
https://www.rotikaya.com/kalau-kata-saya-curang-lepaskanlah-saya-puteri-sarah/ |
“Kalau Kata Saya Curang, Lepaskanlah Saya” – Puteri Sarah
| [
"Pelakon Puteri Sarah meminta suaminya, Syamsul Yusof mengemukakan bukti dan tidak hanya bercakap kosong sahaja selepas mendakwa dirinya berlaku curang.",
"Memetik Utusan Online, Puteri Sarah berkata dia juga tidak gentar selepas suaminya itu memfailkan permohonan nusyuz terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, 21 Mac lalu.",
"BACA: “Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat” – Ibu Syamsul",
"“Saya tak nak dia hanya bercakap kosong sahaja, kita tengoklah apa dia boleh buat di mahkamah nanti. Dakwaan isu curang biarlah perkara itu diputuskan di mahkamah. Bagi saya jika dia hendak bercakap, perlu sertakan bukti,” katanya.",
"Menurut Puteri Sarah lagi, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail sanggup menjadi saksi kes tersebut dan meminta suaminya melepaskannya jika benar dakwaan dirinya curang.",
"“Selepas keluar rumah pada 2020, saya bukan tinggal sendiri sebaliknya saya memang tinggal dengan ibu bapanya. Sebab itu, ibu mentua saya sanggup jadi saksi kes kami.",
"“Saya sedikit pun tidak goyah dengan tuduhan nusyuz, saya dalam fasa cakaplah apa nak cakap, kalau kata saya curang lepaskanlah saya,” katanya.",
" Sebelum ini, Puteri Sarah berkata dia tidak mahu berdamai seperti diminta suaminya serta meminta agar segera diceraikan."
] |
Subsets and Splits