url
stringlengths 38
41
| headline
stringlengths 4
150
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22495 | Varian ‘Eek’ dikesan | [
"TOKYO: Kira-kira 70 peratus pesakit koronavirus yang diuji di Hospital Tokyo bulan lalu membawa mutasi yang dapat mengurangkan perlindungan vaksin.",
"Perkara itu disahkan penyiar televisyen awam Jepun NHK, pada Ahad.",
"Mutasi E484k atau dikenali dengan nama “Eek” oleh beberapa saintis dikesan dalam 10 daripada 14 individu yang diuji positif virus itu.",
"Kesemua pesakit itu berada di sebuah hospital di Tokyo pada bulan Mac.",
"Selama dua bulan hingga Mac, 12 daripada 36 pesakit COVID-19 membawa mutasi itu.",
"Dilaporkan tiada seorang pun daripada mereka melakukan perjalanan ke luar negara atau mempunyai hubungan dengan individu yang pernah melakukannya.",
"Jepun berdepan gelombang jangkitan baharu, menjelang temasya Olimpik Julai depan.",
"Pada Jumaat, 446 jangkitan baharu dilaporkan di Tokyo, walaupun masih di bawah puncak lebih dari 2,500 pada bulan Januari.",
"Pakar kesihatan ketika ini bimbang dengan ancaman varian berasal dari UK yang kini berada di beberapa wilayah Jepun.-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42002 | Anak dipenjara lapan bulan cederakan bapa kandung | [
"KUCHING: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan penjara lapan bulan dari tarikh tangkapan 28 November 2022 terhadap seorang lelaki akibat mencederakan bapa kandungnya sendiri.",
"Tertuduh Ramzy Selamat, 38, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.",
"Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.",
"Mengikut fakta kes, lebih kurang jam 11.00 malam pada 28 November 2022 semasa ayah tertuduh, Selamat Latip, 61, (pengadu) berada di rumahnya di alamat Rumah No 947, Lorong 2A6, Bandar Baru Semariang Fasa 1, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching melihat tertuduh iaitu anak kandungnya sedang mengamuk di rumah.",
"Pengadu telah menegur tertuduh agar tidak berbuat bising namun tertuduh telah bertindak membaling telefon bimbit yang dirampas di tangannya ke arah pengadu dan telefon bimbit tersebut telah mengenai kepala pengadu.",
"Akibat kejadian tersebut, pengadu mendapat kecederaan di kening kanan dan pengadu tampil membuat aduan di Balai Polis Gita.",
"Telefon bimbit jenama Samsung bewara hitam turut dirampas dan merupakan alat yang digunakan oleh tertuduh untuk mencederakan pengadu.",
"Laporan perubatan oleh Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) mengesahkan pengadu mengalami kecederaan ringan di kening.",
"Pendakwaan kes dikendalikan oleh Inspektor Merylene manakala tertuduh tidak diwakili peguam.",
"Oleh NICKELYSON LAKUN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38635 | Sarawak bakal penentu masa depan negara | [
"SARATOK: Menjelang pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) esok, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak bakal menjadi penentu masa depan negara.",
"Berdasarkan hakikat ini, beliau mahu rakyat Sarawak terus memainkan peranan ke arah itu dengan memberi kemenangan mutlak kepada semua 31 calon Gabungan Parti Sarawak (GPS).",
"“Maka perjuangan PRU-15 ini amat penting. Pastikan calon yang dipilih itu mampu berjuang untuk anak bangsa dan negeri Sarawak.",
"“Rakyat Sarawak buatlah pilihan yang terbaik serta bijak dalam menentukan calon yang bakal menjadi wakil rakyat pada PRU-15 esok,”katanya pada majlis Sarawakku Sayang di pentas utama Sri Kalaka, dekat sini, hari ini.",
"Pengerusi GPS itu berkata, kerajaan GPS adalah kerajaan yang stabil dan mempunyai kepemimpinan yang berjuang untuk Sarawak dari segenap aspek, dan sentiasa berjuang untuk mempertahankan kedaulatan Sarawak.",
"Dalam hal lain, katanya, Sarawak boleh bekerjasama dengan parti-parti yang berpangkalan di Semenanjung untuk kebaikan Malaysia. ",
"“Tetapi tidak bermakna untuk mereka membina pangkalan mereka dan membawa budaya politik mereka yang kucar-kacir ke negeri ini.",
"“Cara politik dan juga kehidupan Sarawak berbeza dengan Semenanjung Malaysia. Parti UMNO dan Malaya, jangan datang ke sini. Sejak awal lagi, kita sudah mendesak supaya tiada parti Malaya yang akan berpangkalan dan menjejakkan kaki ke Sarawak. ",
"“Malah tiada keperluan untuk mereka (UMNO) ke sini. Semua perkara mereka di Malaya dijadikan isu. Sarawak ada budaya sendiri dan kami tahu mengurus Sarawak sendiri. ",
"“Budaya kami berbeza dengan Tanah Melayu. Orang kami, sama ada Iban, Melayu, Orang Ulu, Cina dan Bidayuh, tidak ada masalah untuk hidup sebagai sebuah keluarga.",
"“Kita mahu dan mesti mempertahankan budaya kita yang tersendiri. Kita mesti menjaga budaya unik, keharmonian sosial dan perpaduan, dan pengurusan ala Sarawak di Sarawak. ",
"“Kepemimpinan, budaya politik dan sosial seperti ini telah diturunkan daripada Tun (Abdul) Taib Mahmud kepada arwah Tok Nan lagi,”katanya.",
"Oleh AZREEN KERIA",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=26280 | Tamat pemerintahan Jepun di Sarawak | [
"MINGGU lepas saya telah membicarakan bagaimana tentera Australia berjaya membentuk operasi bersama dengan penduduk tempatan untuk melawan Jepun. Kejayaan mengumpul dan menyerang Jepun oleh Operasi Semut ini amat menakjubkan.",
"Tentera Jepun dilihat gagal mengambil kesempatan dalam perancangan mereka untuk menawan hati penduduk Sarawak yang akhirnya membawa musibah kepada mereka. Hal ini dapat dilihat dengan kejayaan Operasi Semut.",
"Kejayaan Operasi Semut",
"Antara kejayaan yang diperolehi oleh operasi ini termasuklah menawan Sibu. Leftenan Noda terkejut dengan kekuatan operasi ini apabila mereka mampu mengalahkan tentera beliau yang lengkap dengan senjata. Tambahan lagi, tentera Operasi Semut ini juga tidaklah sempurna dalam kelengkapan persenjataan mereka. ",
"Walaupun mereka dibekalkan dengan senjata oleh tentera Australia, tetapi kebanyakan senjata digunakan adalah senjata tradisional sahaja untuk berdepan dengan tentera Jepun. ",
"Manakala di Kapit pula, Operasi Semut 3 ini mendapat sokongan daripada Temenggung Koh, Penghulu Jugah dan Tedong. Pemimpin Iban ini bersetuju membantu tentera Australia untuk membebaskan tahanan di Kapit. Pada malam 26 Jun 1945, usaha menawan dan membebaskan tahanan di Kapit dimulakan dengan mengumpul kekuatan tentera yang berpusat di Nanga Baleh. Operasi mereka berjaya menawan Kapit dan membebaskan tahanan yang dipenjarakan oleh tentera Jepun.",
"Kejayaan ini memberi semangat kepada penduduk di Bahagian Ketiga untuk terus menyokong Operasi Semut. Penduduk di Bahagian Ketiga yang semakin yakin akan usaha tentera Australia melawan Jepun telah memberi sokongan lebih padu. Malahan, mereka semakin berani untuk memberi pertolongan kepada tentera Australia. Mereka juga menyebarkan berita tentang kemaraan pihak tentera Berikat di Sarawak.",
"Kemaraan Tentera Berikat",
"Tentera Berikat ialah tentera yang melawan tentera Paksi yang terdiri daripada Jerman, Jepun dan Itali. Manakala tentera Berikat pula terdiri daripada Amerika Syarikat, British, Soviet Union, China dan beberapa buah negara Eropah yang lain. Tentera Australia juga sebahagian daripada tentera Berikat ini.",
"Jelas ketika itu memang tentera Berikat telah menunjukkan kejayaan besar melawan tentera Paksi. Hal ini jelas berlaku di Eropah apabila satu persatu wilayah taklukan Jerman dan Itali diambil semula oleh tentera Berikat. Keadaan ini bermula seawal tahun 1943 dengan jatuhnya pemimpin fasis Itali, iaitu Benito Mussolini. Sebelum itu, Jerman menemui kekalahan di Stanligrad di tangan tentera Soviet Union. Paris pula dibebaskan oleh tentera Berikat pada 1944.",
"Akhirnya Jerman menyerah kalah pada 7 May 1945 tanpa syarat. Kekalahan Jerman ini tidak membawa kepada kekalahan Jepun kerana perang di Pasifik masih berterusan. Perang di Pasifik menyaksikan kekalahan Jepun dalam Perang Midway pada tahun 1942. Peristiwa hitam dalam sejarah Jepun semasa perang ini adalah bandar Hiroshima dan Nagasaki digugurkan bom atom pada awal Ogos 1945. Jepun semakin tersepit apabila tentera Soviet Union menyertai tentera Berikat untuk menyerang tentera Jepun.",
"Akibatnya, Maharaja Jepun, Hirohito mengumumkan bahawa Jepun menyerah kalah menerusi corong radio di Jepun pada 15 Ogos 1945. Proses penyerahan Jepun secara rasmi hanya berlaku pada 2 September 1945 aas Kapal Perang Missouri.",
"Kekalahan Jepun di Tokyo itu tidak bersifat secara automatik menyebabkan penyerahan kalah tentera Jepun di wilayah yang mereka jajah. Di Sarawak misalnya, tentera Jepun masih berkuasa walaupun Maharaja Jepun menyatakan mereka telah menyerah kalah.",
"Serangan Tentera Berikat",
"Operasi Semut memudahkan tentera Berikat untuk menundukkan tentera Jepun di Sarawak. Selain membantu serangan ke atas tentera Jepun, mereka juga memberi maklumat berguna kepada tentera Berikat untuk menyerang kedudukan tentera Jepun di Sarawak.",
"Ketika itu juga, tentera Jepun di Sarawak dalam keadaan yang paling lemah setelah kekalahan mereka oleh tentera Berikat di beberapa tempat di Pasifik.",
"Serangan pertama di bandar Kuching adalah pada 25 Mac 1945. Serangan tentera Berikat menerusi udara itu menyasarkan landasan terbang Jepun di Kuching.",
"Kejayaan terbesar tentera Berikat di utara Borneo ini adalah melumpuhkan kekuatan Jepun di Labuan. Serangan ke atas Labuan dibuat oleh tentera Australia yang bertolak dari Morotai pada 4 Jun 1945. Serangan ke atas Labuan dibuat pada 10 Jun 1945. Tentera Jepun tidak memandang mudah serangan ini dan cuba mempertahankan pulau tersebut yang mengakibatkan ramai tentera Berikat dan Jepun terkorban.",
"Sementara itu, di Sarawak, satu-persatu bandar dan pekan di Sarawak berjaya ditawan semula oleh pihak Berikat pimpinan tentera Australia. Pada 16 Jun 1945, Marudi telah berjaya ditawan oleh tentera Berikat. Kemudiannya beberapa bandar lain seperti Limbang pula jatuh pada 18 Jun 1945. Lutong pula mula goyah dalam genggaman tentera Jepun dan berjaya ditawan pada 20 Jun 1946. Tiga hari selepas itu, Miri pula berjaya ditawan oleh tentera Berikat. ",
"Tentera Jepun menggunakan taktik memusnahkan lapangan minyak di Miri sebelum berundur ke Sungai Bakong. Serangan dan kejayaan tentera Berikat ini lebih tertumpu di utara Sarawak, manakala di selatan Sarawak pula masih lagi dikuasai oleh tentera Jepun.",
"Kuching ,selepas serangan udara pertama, mengalami kekerapan serangan udara daripada tentera Berikat. Walaupun serangan udara cuba menyasarkan kepentinagan tentera Jepun, tetapi penduduk tempatan masih tidak selamat. Hal ini kerana beberapa rumah kediaman penduduk tempatan juga terkena bom yang dijatuhkan sehingga membawa kepada korban nyawa.",
"Kekalahan",
"Sementara itu, berita pengumuman Maharaja Jepun tentang kekalahan mereka mula disebar menerusi risalah-risalah yang dibuang dari udara oleh Tentera Udara Australia. Tentera Jepun di Sabah dan Miri mula menyerah kalah pada 9 September 1945. ",
"Pada 27 Ogos 1945 di Kuching, Tentera Udara Australia juga menguggurkan surat kepada Komandan tentera Jepun, Major-General Hiryoe Yamamura untuk berhubung dengan wakil Australia di Muara Sungai Sarawak. Komunikasi ini membolehkan tentera Berikat menguggurkan bekalan pakaian, ubat-ubatan dan makanan kepada tahanan perang di Kem Batu Lintang.",
"Manakala tentera Australia yang diwakili oleh Major-Jeneral A.G. Wilson mendarat di Sungai Sarawak pada 5 September 1945 untuk berbincang dengan Yamamura tentang proses menyerah kalah tentera Jepun di Sarawak. Selepas itu, rundingan itu disertai oleh Bridagier Thomas Charles Eastick. Upacara rasmi penyerahan Jepun bermula pada petang 11 September 1945, atas Kapal Perang HMAS Kapunda yang berlabuh di Pending. Yamamura telah menandatangani surat menyerah kalah tersebut. Selepas itu diikuti pula dengan penyerahan pedang samurai Yamamura kepada Eastick sebagai simbol menyerah kalah.",
"Namun demikian, tidak semua tentera Jepun mahu mengakuri perisytiharaan menyerah kalah tentera Jepun. Sekumpulan tentera Jepun di utara Sarawak pimpinan Leftenan Fujino enggan mengaku kalah. Mereka meneruskan usaha untuk mengekalkan kuasa di Sarawak. Usaha mereka digagalkan oleh tentera gerila pimpinan Tom Harrisson. Mereka menyerah kalah pada 28 Oktober 1945. Kejayaan menundukkan tentera pimpinan Leftenan Fujino menamatkan operasi ketenteraan di Sarawak.",
"Dr. Suffian Mansor ialah Pengerusi Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23116 | 3,500 usahawan disasar peroleh manfaat peruntukan RM3.11 juta | [
"KUALA LUMPUR: Seramai 3,500 usahawan disasar memperoleh manfaat peruntukan berjumlah RM3.11 juta daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Platform Digital Warongku.",
"Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, daripada jumlah tersebut seramai 2,000 penjaja dan peniaga kecil telah menyertai platform Warongku sebagai ‘e-merchant’ manakala baki 1,500 lagi sedang dilaksanakan.",
"Warongku adalah Program Pembangunan Penjaja dan Peniaga Melalui Smart Digital Terminal anjuran MEDAC menerusi agensinya SME Corp Malaysia. Ia merupakan kesinambungan kepada projek ‘e-runner’ iaitu ‘Warong Rider’.",
"Wan Junaidi berkata, Warongku adalah salah satu inisiatif pendigitalan seiring dengan hasrat kerajaan dalam menggalakkan perniagaan secara dalam talian (e-dagang) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan peruntukan dana berjumlah RM700 juta.",
"“Di bawah program Warongku, MEDAC menerusi SME Corp Malaysia berusaha untuk membantu golongan penjaja, peniaga kecil dan usahawan dari sektor tidak formal untuk mengadaptasi teknologi digital, seterusnya memasarkan produk secara dalam talian.",
"“Justeru, Warongku dengan kerjasama platform pesanan dan penghantaran makanan secara dalam talian yang dibangunkan Idea Creative Technology Sdn Bhd (ICTSB) dilihat mampu merealisasikan hasrat kementerian ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran platfrom tersebut di sini, semalam.",
"Menurutnya, platform Warongku turut mendapat sokongan penuh dan kerjasama daripada Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) sebagai rakan strategik program tersebut selain penglibatan beberapa rakan strategik lain iaitu Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS), Celcom Axiata Bhd, Pos Malaysia Bhd, Kiple Pay Sdn Bhd dan TNG Digital Sdn Bhd (Touch ‘N’ Go).",
"Program Warongku direka dengan objektif untuk meningkat dan melonjakkan pendapatan usahawan mikro dan usahawan informal serta penjaja dan peniaga kecil melalui jualan dalam talian dan memberi kesedaran serta menggalakkan penggunaan aplikasi digital dalam kalangan mereka untuk pemasaran yang lebih luas dan transaksi yang lebih bersistematik.",
"Selain itu, katanya, Warongku turut menawarkan latihan atau kursus kepada usahawan yang kurang pendedahan teknikal dan literasi pemasaran secara digital.",
"Sehingga kini, seramai 70 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah dipilih untuk menyertai latihan di bawah program tersebut dengan tujuan memberi pendedahan penggunaan platform Warongku yang berlangsung pada 25 dan 26 Mac di Kuching, Sarawak.",
"Wan Junaidi berharap agar semua penjaja dan peniaga kecil di seluruh Malaysia dapat mengambil peluang mendaftarkan perniagaan mereka masing-masing secara digital dalam platform Warongku ini melalui pautan www.warongku.my– Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3755 | Agong iktiraf pengorbanan petugas barisan hadapan | [
"KUALA LUMPUR: Jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi wabak COVID-19 di Malaysia, semalam mendapat pengiktirafan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan semua Ahli Parlimen serta Senator.",
"Penghargaan negara itu diberikan Seri Paduka, yang mengajak Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, semua Ahli Parlimen, Senator dan tetamu jemputan yang menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, bangun berdiri dan memberi tepukan gemuruh, simbolik penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan.",
"Menyifatkan istiadat pembukaan persidangan Parlimen kali ini berbeza daripada norma dan kelazimannya berikutan wabak COVID-19 serta amat bermakna kerana berlangsung dalam bulan suci Ramadan, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa syukur kerana rakyat jelata bersatu padu sebagai Bangsa Malaysia yang kuat, cekal dan berdisiplin menghadapi ancaman wabak yang membawa maut itu.",
"Dalam saat getir yang dihadapi ini, Seri Paduka bertitah petugas barisan hadapan negara terutamanya yang berada dalam perkhidmatan kesihatan; tentera, polis, bomba, imigresen, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan lain-lain agensi terlibat telah tampil dengan penuh dedikasi.",
"“Pengorbanan mereka tidak pernah mengenal erti penat mahupun takut hinggakan nyawa dan keselamatan diri sendiri menjadi taruhan demi menjaga kemaslahatan dan kepentingan orang ramai.",
"“Justeru, sebagai tanda penghargaan negara; marilah bersama-sama dengan Beta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua wira dan wirawati petugas barisan hadapan negara,” titah Al-Sultan Abdullah.",
"Sejurus itu, semua Ahli Parlimen dan Senator bangun berdiri seketika memberi tepukan gemuruh sebagai penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan negara.",
"Seri Paduka bertitah, Malaysia ketika ini masih lagi dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19 yang mula dikesan menjangkiti rakyat Malaysia pada awal Februari lepas.",
"Setakat Ahad lepas, Malaysia mencatatkan 6,894 kes positif COVID-19 dengan sejumlah 5,571 orang telah dibenarkan keluar wad. Sebanyak 113 kes kematian direkodkan di negara ini.",
"“Kepada rakyat jelata sekalian, teruskan menjaga kesihatan diri dan keluarga serta persekitaran setempat. Hindari daripada berhimpun secara ramai dan teruskan mengamalkan penjarakan sosial.",
"“Mudah-mudahan Malaysia akan berjaya menangani pandemik COVID-19 ini dengan jayanya,” titah Al-Sultan Abdullah. — Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27049 | Tekstil Batik Linut produk inovatif terbaharu Sarawak | [
"MIRI : Tekstil Batik Linut yang dihasilkan menggunakan tepung sago sebagai bahan utama akan dilancarkan pada 24 November ini, di sini.",
"Ia dijangka disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bertempat di Miri Marriot Resort & Spa pada 3.00 petang.",
"Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata, produk tersebut dikenali sebagai tekstil linut dalam komuniti antarabangsa merupakan produk inovatif terbaharu khususnya di Sarawak dan amnya di Malaysia.",
"“Produk tekstil linut ini akan dilancarkan melalui platform “Proudly Sarawak”, sebuah acara tahunan baharu.",
"“Turut dipamerkan juga nanti ialah produk-produk utama keluaran Sarawak dan yang dihasilkan oleh bakat-bakat tempatan, hasil seni dan kraftangan oleh pelbagai suku kaum,” katanya pada sidang media, semalam.",
"Tekstil Batik Linut dipelopori oleh pasukan Lamin Dana di Tellian Mukah di bawah bimbingan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (MHDC) Cawangan Sarawak.",
"Oleh LIONG CHAI LING",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28472 | Bayern mahu tambah duka Wolfsburg | [
"PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski boleh mencatat satu lagi rekod gol pada Sabtu dalam perlawanan terakhir kelabnya untuk 2021 ketika pendahulu Bundesliga Jerman itu mahu melanjutkan rekod kekalahan teruk enam perlawanan berturut-turut Wolfsburg.",
"“Kami mempunyai satu perlawanan sebelum Krismas untuk cuba mengutip tiga lagi mata,” kata jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann, yang pasukannya memulakan hujung minggu terakhir sebelum rehat musim sejuk selama dua minggu dengan kelebihan enam mata.",
"Bayern teruja dengan memenangi enam perlawanan terakhir dalam semua pertandingan, termasuk menewaskan pesaing Bundesliga di tempat kedua, Dortmund, kemudian Barcelona untuk melakar enam kemenangan sempurna daripada enam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA.",
"Gergasi Bavaria itu turut membelasah Stuttgart 5-0 pada Rabu dengan Serge Gnabry meraih hatrik kedua Bundesliga dalam kariernya.",
"Sebaliknya, Wolfsburg telah merosot ke tangga ke-11 selepas tewas empat empat perlawanan terakhir mereka.",
"Ketua jurulatih mereka Florian Kohfeldt, yang mengambil alih tugas apabila Mark van Bommel dipecat pada penghujung Oktober, memenangi tiga perlawanan pertamanya, tetapi kini mendapati dirinya di bawah tekanan selepas kekalahan terbaharu Rabu lalu, kekalahan 3-2 di tempat sendiri kepada Cologne.",
"Untuk menambah masalah Wolfsburg, penjaring terbanyak bersama Lukas Nmecha diketepikan kerana kecederaan buku lali.",
"Sebaliknya, Lewandowski boleh menuntut rekod baru untuk gol terbanyak dalam kalender satu tahun bola sepak liga Jerman.",
"Dia menjaringkan dua gol ketika menewaskan Stuttgart pada Rabu untuk menyamakan kedudukan dengan Gerd Mueller, yang menjaringkan rekod 42 gol dalam tempoh 12 bulan pada 1972.",
"Lewandowski gemar menjaringkan gol menentang Wolfsburg, menjaringkan 23 gol dalam 15 perlawanan menentang Wolves, jumlah terbanyak yang pernah dia buat ketika menentang mana-mana kelab dalam liga utama Jerman.",
"Jumlah itu termasuk lima gol Lewandowski dalam tempoh sembilan minit yang mengejutkan apabila dia masuk sebagai pemian gantian untuk mengemudi Bayern menang 5-1 dan merangkul pelbagai rekod pada September 2015.",
"Bayern akan beraksi tanpa pemain sayap Kingsley Coman, yang mengalami kecederaan otot paha ketika menang ke atas Stuttgart. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=36372 | Belia main peranan penting dalam pentadbiran kampung | [
"KOTA SAMARAHAN: Golongan belia tidak kurang pentingnya dalam pentadbiran di peringkat kampung masing-masing.",
"Pengerusi Lembaga Kraftangan Malaysia, yang juga mantan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, belia sememangnya berupaya melancarkan lagi perihal pentadbiran termasuk dalam urusan pembangunan dan ekonomi.",
"“Situasi ini akan memastikan kepimpinan kampung melaksanakan fungsi dan peranan mereka sebagai ejen pembangunan di peringkat akar umbi,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan program ‘Quality in Unity Berambeh’ di Dewan Serbaguna Kampung Baru, Kota Samarahan kelmarin.",
"Antara aktiviti yang diadakan bersempena program anjuran bersama One Stop Community (OSC) Daerah Samarahan dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Samarahan itu adalah pertandingan futsal ‘Unity Cup’ yang disertai 19 pasukan, Gunting Rambut Percuma ‘Unity Hair Cut’ untuk pelajar sekolah, pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Samarahan serta Ceramah Agama dan persembahan Qasidah Buskers.",
"Datuk Rubiah memberitahu, program tersebut bertujuan meningkatkan penglibatan masyarakat, khususnya golongan belia dalam aktiviti yang bermanfaat serta memberi peluang kepada mereka untuk mengetengahkan bakat dan potensi diri.",
"“Ia juga dapat mencorakkan minda positif, menyuntik semangat perpaduan dan memupuk kesedaran di samping mencetus semangat serta motivasi untuk anak muda bergiat aktif dalam aktiviti sihat, sekali gus menghindarkan mereka daripada terjebak dalam gejala sosial,” tegasnya.",
"Tambahnya, program seumpamanya juga membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap keperluan anak muda selain berusaha melahirkan modal insan berkualiti tinggi.",
"Program berkenaan diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada Usahawan Gunting Rambut dan Pemenang Pertandingan Futsal bagi kategori lelaki dan juga wanita.",
"Hadir sama ialah Pegawai Daerah Samarahan, Anuar Da’an.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25146 | 12 maut akibat wabak kolera | [
"NIAMEY: Wabak kolera di selatan Niger mengakibatkan 12 orang maut dan menjangkiti 201 yang lain di tiga wilayah.",
"Menteri Kesihatan, Idi Illiassou Mainassara berkata, hujan lebat di kawasan itu juga memburukkan lagi penyebaran penyakit tersebut.",
"Dilaporkan, Nigeria juga mengalami wabak kolera sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 653 penduduk di 22 daripada 36 wilayah sejak Mac lalu.",
"Pihak berkuasa kesihatan di Niger percaya wabak di kedua-dua negara itu mempunyai kaitan.",
"“Sebahagian besar kes berkaitan dengan wabak selama beberapa bulan di kawasan yang mana terdapat campuran populasi rentas sempadan yang ketara,” kata Mainassara dalam kenyataan.",
"Jelasnya, wabak kolera sebelum ini di Niger berlaku di wilayah yang sama pada tahun 2018.",
"Sempadan Niger dengan Nigeria merupakan lokasi panas bagi wabak kolera yang mana penduduknya sering bergerak bebas antara kedua-dua negara dengan sekatan yang minimum. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=29300 | Komited janji manifesto ditunaikan | [
"KOMITED…Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memastikan semua janji manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN-12) ke-12 ditunaikan.",
"KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) komited memastikan semua janji manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) tahun lalu ditunaikan.",
"Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya akan terus bekerja keras supaya yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.",
"“GPS tidak memberi janji kosong sebaliknya akan berusaha menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada rakyat.",
"“Kita sebagai Wanita PBB perlu memainkan peranan penting agar semua 34 janji dalam manifesto GPS dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya pada majlis Makan Malam Apresiasi Majlis Tertinggi Wanita (MTW) PBB bersama 82 Ketua Wanita Cawangan (KWC) di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.",
"Menurut beliau, GPS adalah parti yang bertanggungjawab dan sentiasa berpegang teguh kepada janji-janji mereka.",
"Dalam pada itu, beliau menyaran Wanita PBB untuk terus berjuang dan bekerja dengan lebih gigih dalam menyumbang kepada kemajuan Sarawak.",
"“Kita mahu Wanita PBB sinonim dengan perkataan rajin bekerja. Apabila menyebut rajin bekerja, orang ramai akan secara automatik mengingati kerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.",
"“Dan pada masa sama, kita mahu melihat lebih banyak penglibatan wanita serta memastikan elemen keterangkuman dan sosial inklusiviti dalam pergerakan PBB demi kebaikan bersama pada masa hadapan,” katanya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46606 | 12 penyewa Bazar MARA terima pengiktirafan BeSS | [
"SARIKEI: Seramai 12 penyewa di Bazar Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerima Sijil Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS), malam tadi.",
"Pengarah MARA Sarawak, A.Razu Abdul Razak berkata, MARA ialah agensi kerajaan memfokuskan pembangunan sosioekonomi usahawan Bumiputera terutama di Sarawak.",
"Katanya, majlis penyerahan Sijil Pengiktirafan BeSS anjuran bersama pihaknya dengan Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sarikei bertujuan menyerahkan sijil pengiktirafan BeSS kepada penyewa di Bazar MARA. ",
" “Ia bertujuan untuk memastikan bahawa penyewa-penyewa mengekalkan kualiti makanan dengan lebih baik dan sebagainya,” katanya. ",
"Beliau berkata demikian ketika ditemu bual para pemberita selepas selesai Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan BeSS bertempat di Bazar MARA, malam tadi. ",
"Katanya, matlamat pihaknya jelas untuk membantu pembangunan usahawan di negeri ini. ",
"“Selain daripada premis MARA yang kita ada, gerai-gerai, kilang-kilang, bazar Mara dan sebagainya, kita membantu usahawan dari segi pembiayaan perniagaan kepada usahawan-usahawan yang layak. ",
"“Kita ada pelbagai jenis skim pembiayaan sama ada perniagaan itu dari segi kontrak, atau gerai makanan, selagi mana mencukupi syarat-syarat boleh memohon kemudahan pembiayaan MARA. ",
"“Kita juga ada geran-geran tertentu yang kita boleh berikan kepada usahawan, contohnya skim Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK),” katanya. ",
"Ujarnya, pada masa sama, pihaknya turut menyediakan bantuan latihan keusahawanan kepada usahawan-usahawan yang memerlukan dari segi ‘soft skill’ dan ‘hard skill’ terutama kepada usahawan di negeri ini. ",
"“Sambutan para usahawan Sarawak amat menggalakkan terutama melibatkan permohonan pembiayaan perniagaan. ",
"“Pengisian di premis kita juga agak lebih tinggi, melebihi 95 peratus yang menyewa di premis bangunan MARA.",
"“Walau bagaimanapun, kita akan sentiasa melipatgandakan usaha untuk memastikan bahawa kesemua usahawan MARA di Sarawak jelas tentang wujudnya MARA ini bagi membantu sama ada dari segi pembangunan keusahawanannya, pembiayaan perniagaan, premis perniagaan dan sebagainya,” katanya lagi. ",
"Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Awam (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Mohamad Jefri Crossley dan Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei Dr. Johny Kelak. ",
"Oleh EARL ANEK ",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11519 | Rambau Besurungka Tinchin Tunang | [
"TUSUN KETIGA",
"NYA baru kitai gaga ria, rami rindu ",
"Nyereta antu’ bala pengabang.",
"Kami ke datai tu ari gelenggang Batang Kemidan Gegayak,",
"Deka ngerumpang genturan papan lantak,",
"Alai sida Apai Pandak Seregatak ngurung indu burung merak.",
"Nya alai, ke tu, enda tau enda terumpang genturan papan lantak",
"Enda tau enda ayan indai sengayan burung merak",
"Ke benyawa pekak-pekak, nampak berak-berak;",
"Laban kami ukai datai sengapa, sangkai saja.",
"Kami endang meruan mai kunchi",
"Ulih meli di mengeri Pontianak.",
"Tang anang mega kita tak lalu besak.",
"Laban ke serak tu,",
"Enda kami lalu ngenggam iya enggau pesingan tangan tunjuk anak.",
"Kami semina deka nanchang kaki iya enggau gemiri benang burak",
"Ka ngelapung patung iya enggau upung marik pirak.",
"Dudi ila, lebuh lambu kami datai ditu",
"Baru kitai berami, umba pengeragak-ragak",
"Nantai bebendai, mai ketawak, nempap dumbak raban gendang.",
"Kami ke datai ari batang gelenggang Kemidan Nyapan, tu",
"Deka ngerumpang ladang simbang papan dibalan,",
"Alai sida Aki Engkarung Ridan ngurung indai burung sengayan.",
"Nya alai ke tu, enda tau enda terumpang dih simbang papan dibalan,",
"Enda tau enda nampak sida indai merak, burung sengayan,",
"Laban kami ukai datai pia, sangkai saja.",
"Kami meruan mai kunchi ulih kami meli ari mengeri Pantai Labuan.",
"Tang anang mega kita, guai teguran.",
"Ke serak tu, apin kami mai lalu ngerinan,",
"Mina kami deka ngungki kaki iya enggau gemiri benang redam",
"Ngungkung rekung iya enggau upung marik merejan.",
"Dudi ila nyereta antu’ bala iban,",
"Baru kami mai iya pulai ngagai penyurai rumah nyeruran, enggi kami.",
"Datai din, diimbai kami enggau rawai, tajau Sandakan",
"Nyendi pelawan menaga bujang.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30899 | 30 tahun imbang objek untuk tujuan amal | [
"EVANS ketika melakukan aksi mengimbangi kereta Mini Cooper di atas kepalanya untuk rancangan TV di Amerika Syarikat. • Foto AFP",
"LONDON: Seorang warga emas yang menghabiskan 30 tahun dalam kehidupannya dengan mengimbangi pelbagai objek berat di atas kepala mengaku tidak bercadang untuk berhenti melakukannya meskipun dibelenggu masalah kesihatan.",
"Menurut laporan AFP, John Evans, 74, yang menghidap penyakit lelah, angina, diabetes serta mempunyai hanya sebelah mata yang berfungsi nekad meneruskan aktiviti tersebut untuk mengumpul derma bagi golongan memerlukan.",
"Sehingga kini, dia berjaya mengumpul sebanyak £250,000 (RM1.38 juta) untuk pelbagai badan kebajikan hasil aksi imbangannya.",
"Setakat ini, antara rekod imbangan yang dipegang oleh Evans adalah mesin basuh, sebuah kereta Mini Cooper dan 429 gelas berisi bir.",
"“Sejak 30 tahun yang lalu, saya telah mengimbangi hampir semua objek yang anda boleh fikirkan.",
"“Saya harap saya boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut sama melakukan sesuatu serta mengumpul dana yang banyak dalam proses itu,” katanya.",
"Tambah Evans, dia tidak mempunyai niat untuk berhenti melakukan aksi imbangan selagi terdaya meskipun keadaan kesihatannya tidak sebaik ketika zaman mudanya. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=22984 | Kukuhkan pembangunan tenaga kerja | [
"KUALA LUMPUR: Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bekerjasama dengan SG Akademi Sdn Bhd (SGA) untuk mengukuhkan pembangunan tenaga kerja dalam industri dron melalui Centre of 9 Pillars (Co9P).",
"Kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini untuk bekerjasama dalam bidang pembinaan kapasiti, latihan, pembangunan teknologi dan aktiviti khusus lain seperti menyediakan perkhidmatan teknologi berkaitan dengan Industri 4.0 (I4.0), dengan kepakaran dalam teknologi dron dan Internet of Things (IoT).",
"Co9P menempatkan rakan kongsi I4.0 dan syarikat ekosistem yang relevan serta memudahkan rangkaian untuk sama-sama membangunkan teknologi, perkhidmatan dan penyelesaian I4.0 tempatan.",
"Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata kerjasama itu akan menyaksikan kedua-dua pihak akan mengenal pasti lebih ramai peserta untuk latihan, bengkel dan seminar.",
"“Kerjasama itu turut menggariskan komitmen MTDC sebagai pengubah strategik untuk I4.0 berikutan pusat itu menyasarkan untuk membangunkan pengendali dron mahir dan diperakui generasi akan datang dengan memanfaatkan kepakaran kedua-dua organisasi dalam menangani keperluan industri yang cepat berubah,” katanya.",
"Pada acara menandatangani MoU itu, SGA menyampaikan tajaan sebanyak RM100,000 untuk mengukuhkan pembangunan tenaga kerja dalam industri dron.",
"Mengenai penyediaan latihan dan penyelesaian dalam teknologi dron untuk Co9P, tajaan itu akan memberi manfaat kepada 20 pelajar dari Institut Kemahiran Baitulmal yang akan menjalani kursus latihan dron selama 14 hari di Co9P Drone dan pusat IoT.",
"Pada masa sama, penubuhan pusat itu membolehkan MTDC untuk terus membantu perniagaan Malaysia dalam mengenal pasti tenaga kerja tempatan untuk keperluan dron mereka yang disesuaikan serta dalam penciptaan dan pembangunan usahawan teknologi dron. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17201 | Sentiasa berikan sokongan kepada kerajaan | [
"JULAU: Penduduk setempat diseru supaya sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).",
"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, ia adalah untuk memastikan kesinambungan pembangunan yang telah dirancang demi kesejahteraan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan.",
"“Sebagai anak tempatan disini, saya sedar dan perihatin tentang keperluan rakyat dan sedaya upaya meneruskan usaha untuk membawa pembangunan infrastruktur ke kawasan N48 Meluan untuk meningkatkan sosio ekonomi mereka,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Tapak Naik Taraf Jalan Rumah Achi, Lasi Julau, Jumaat lalu.",
"Dalam pada itu, berkenaan dengan naik taraf Jalan Rumah Achi, beliau berharap dengan siapnya naiktaraf jalan ini nanti ia akan menambah baik jaringan perhubungan jalan dari Rumah Achi dengan jalan utama Lasi.",
"Projek naik taraf jalan Rumah Achi tersebut akan dilaksanakan dengan peruntukan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM200,000.",
"Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Brian Fung Kok Shiun yang turut berucap di majlis tersebut juga memaklumkan bahawa pelaksanaan RTP Kerajaan Sarawak dan projek kerajaan yang dilaksanakan melalui jabatan dan agensi pelaksana mesti mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.",
"Beliau berharap penduduk setempat untuk bersabar sebab semua projek yang telah diluluskan tetap akan dilaksanakan seperti yang dijadualkan.",
"Turut hadir, wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei, wakil syarikat kontraktor, Edwin Yap dan ketua masyarakat serta penduduk tempatan.",
"Oleh Earl Anek",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17046 | Di Maria digantung empat perlawanan | [
"PEMAIN sayap Paris Saint-Germain, Angel Di Maria, dikenakan hukuman gantung empat perlawanan atas insiden meludah semasa perlawanan menentang Marseille yang agak tegang bulan ini menyaksikan lima pemain dilayangkan kad merah dengan Neymar diherdik dengan kata-kata berbaur perkauman.",
"Penggantungan Di Maria yang dilaksanakan oleh suruhanjaya tatatertib Ligue 1 adalah kerana meludah pemain pertahanan Marseille, Alvaro Gonzalez.",
" Perhantunagn itu berkuatkuasa bermula 29 September dan bernakna dia boleh bermain menentang Reims pada Isnin ini sebelum kembali pada 8 November.",
"Neymar mendakwa Gonzalez mengherdiknya mengunakan kata-kata berbaur perkauman dan insiden itu akan disiasat pada 30 september ini kata suruhanjaya itu.",
"Neymar di buang padang kerana menampar Gonzalez di belakang kepala, menuduh pemain kelahiran Sepanyol itu memanggilnya “monyet” namum Gonzalez menafikan tuduhan itu.",
"Pemain termahal di dunia dijatuhkan hukuman gantung dua perlawanan atas insiden yang berlaku pada 13 September di Parc des Princes.",
"Pemain pertahanan PSG, Layvin Kurzawa juga dikenakan hukuman gantung enam perlawanan minggu lalu kerana menendang pertahanan kiri Marseille, Jordan Amavi, yang yang turut digantung tiga perlawanan setelah dia juga diperintahkan untuk keluar padang.",
"Leandro Paredes digantung untuk dua perlawanan setelah dia diusir dari padang selepas bertengkar dengan Dario Benedetto, yang juga turut dilayangkan kad merah.",
"Suruhanjaya Displin Liga Perancis juga sedang menyiasat tuduhan bahawa Neymar membuat kernyataan beunsur rasis terhadap Pertahanan kanan Marseille, Hiroki Sakai dan menghina Gonzalez.",
"Suruhanjaya itu menegaskan mana-mana pemain yang didapati bersalah melakukan tindakan berbaur perkauman atau diskriminasi boleh dikenakan penggantungan sehingga 10 perlawanan. -AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14011 | Ketua Pegawai Eksekutif TikTok letak jawatan | [
"LOS ANGELES: Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Kevin Mayer meletakkan jawatan pada Rabu disebabkan tekanan berterusan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas aplikasi perkongsian video popular itu.",
"Dalam surat kepada pekerja, Mayer berkata beliau membuat keputusan itu berikutan perubahan dramatik dalam persekitaran politik, lapor agensi berita Xinhua.",
"Syarikat rangkaian sosial perkongsian video itu pada Isnin mengemukakan tuntutan saman terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump di atas perintah eksekutif yang melarang sebarang transaksi AS dengan syarikat induknya ByteDance. ",
"Sejak tahun lalu, pihak berkuasa AS berulang kali menuduh TikTok berpotensi memberi ancaman terhadap keselamatan negara.",
"Pegawai AS mendakwa syarikat itu, dimiliki ByteDance yang berpangkalan di Beijing, boleh menyampaikan data yang dikumpulkannya daripada penstriman video oleh penduduk AS ke kerajaan China, satu dakwaan dinafikan TikTok, dengan menyatakan pihaknya tidak pernah diminta berbuat demikian.",
"“Disebabkan itu, dan seperti yang kami jangka untuk mencapai penyelesaiannya tidak lama lagi, dengan berat hati saya ingin maklumkan kepada semua saya memutuskan untuk meninggalkan syarikat ini,” tulisnya dalam surat berkenaan.",
"Mayer, bekas eksekutif Disney, menyertai TikTok pada Mei.- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=6976 | Bomba bersihkan tumpahan minyak diesel | [
"BINTULU: Khidmat khas daripada pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia Bintulu telah digegaskan ke lokasi kejadian untuk membersihkan tumpahan minyak diesel di KM29, Jalan Bintulu-Miri, sekitar jam 6:43 petang kelmarin.",
"Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Christus Buson berkata, pihaknya telah melakukan pembersihan bagi memastikan jalan berkenaan tidak licin dan selamat untuk semua pengguna.",
"“Setibanya di tempat kejadian di dapati benar berlaku tumpahan minyak diesel di atas lebuhraya Pan Borneo KM29, Jalan Bintulu-Miri,” katanya.",
"Beliau memaklumkan perkara itu kepada pihak media di sini semalam.",
"Menurutnya, keadaan tumpahan minyak diesel itu lebih kurang 15 meter sepanjang jalan.",
"“Pasukan bomba terus bertindak menggunakan saluran dari tangki jentera untuk kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak sehingga selesai,” katanya.",
"Bagaimanapun katanya, semasa tumpahan tersebut tiada kejadian yang tiada diingini berlaku.",
"Oleh Ellie Edward",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=1284 | Kes Covid-19 menurun kepada dua angka | [
"KUALA LUMPUR: Selepas hampir sebulan mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas, usaha yang dilakukan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 mula menampakkan hasil positif.",
"Semalam, “Jeneral Perang” – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kes positif harian mula menurun kepada dua angka, iaitu 85 kes semalam berbanding tiga angka pada hari sebelumnya.",
"Ia merupakan satu tanda menunjukkan strategi yang disusun atur untuk menggempur virus itu dengan melakukan PKP sebelum ini adalah tepat.",
"Malah, jumlah kes pulih harian adalah 169 kes Rabu lepas, dua kali ganda lebih tinggi berbanding kes baharu yang direkodkan Selasa lepas.",
"Namun, masih terlalu awal untuk rakyat Malaysia menarik nafas lega dengan fakta-fakta itu kerana selagi lengkung penyebaran virus belum dapat diratakan, selagi masih ada kes kematian direkodkan dan selagi negara masih belum bebas sepenuhnya dari Covid-19, kemenangan belum dicapai dalam pertempuran menentang virus pembunuh itu.",
"Memetik kata-kata Dr Noor Hisham, tempoh PKP fasa tiga yang masuk hari kedua semalam merupakan tempoh kritikal dalam menentukan kejayaan menghapuskan wabak Covid-19.",
"Hasilnya bukan hanya ditentukan dengan jumlah pakar dan kemudahan kesihatan yang ada di negara ini, malah ditentukan juga dengan tahap kepatuhan masyarakat terhadap PKP.",
"Ketidakpatuhan terhadap arahan itu hanya menyebabkan usaha keras yang dilakukan selama ini oleh petugas barisan hadapan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memerangi wabak itu hanya menjadi sia-sia.",
"PDRM melaporkan sepanjang PKP fasa satu dan dua dilaksanakan sehingga Selasa lepas, sebanyak 14,922 individu ditahan kerana ingkar dengan arahan itu.",
"Lantaran sikap segelintir mereka yang ingkar ini juga menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain mengenakan tindakan tegas dengan mendakwa mereka ke mahkamah setelah tindakan kompaun sebanyak RM1,000 sebelum ini dipandang enteng golongan yang degil ini.",
"Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menyatakan ada tempat khas menanti pesalah ini apabila kerajaan akan mewartakan 13 akademi penjara sebagai pusat tahanan mereka.",
"Walaupun tempat tahanan itu akademi, tiada makanan mewah yang akan disediakan, peraturan dan undang-undangnya adalah sama dengan penjara biasa, bersedialah untuk menghadapinya jika terus ingkar untuk patuh kepada PKP. – BERNAMA",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=24145 | RM4.5 juta naik taraf ICU Hospital Kapit | [
"KAPIT: Sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kapit yang projeknya kini sedang dilaksanakan.",
"Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, selain menaik taraf ICU, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000 lagi bagi menaik taraf rumah mayat Hospital Kapit.",
"“Berita gembira kepada penduduk di Bahagian Kapit, kita akan memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi menaik taraf ICU Hospital Kapit yang projeknya kini sedang dilaksanakan,” ujar beliau pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin di Kapit di sini, semalam.",
"Malah, beliau turut mengumumkan bahawa Bahagian Kapit akan menerima sebanyak 16,680 dos vaksin Covid-19 setiap minggu dalam masa terdekat ini.",
"Abang Johari menegaskan, dos berkenaan akan disalurkan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV), sebelum 8,160 dos disalurkan kepada Daerah Kapit, diikuti Belaga (4,840) dan Song (3,680).",
"“Setakat ini, dianggarkan sebanyak 10 peratus atau 8,662 orang yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera telah menerima suntikan vaksin.",
"“Selain membuka PPV, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Kapit juga menubuhkan Unit Bergerak PPV melalui darat, sungai dan udara bergantung kepada lokasi dan keadaan cuaca.",
"“Usaha JPBB Kapit dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini turut dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia,” tambah beliau lagi.",
"Ketua Menteri turut memberitahu, sebanyak 16 pasukan Unit Bergerak pemberian vaksin ditubuhkan di Kapit, Bukit Mabong (20), Song (2), dan Belaga (2).",
"“Selain itu, sebanyak 32 sekolah di bahagian ini dibuka untuk dijadikan sebagai PPV. Jika tindakan ini berjalan lancar, dianggarkan seramai 16,000 hingga 17,000 penduduk di Bahagian Kapit akan menerima suntik vaksin setiap minggu.",
"“Proses ini dijangka dapat diselesaikan menjelang pada Ogos depan,” ujarnya.",
"Sebelum itu, beliau hadir pada sesi Taklimat Khas Pelan Tindakan Program Imunisasi Covid-19 Bahagian Kapit dan Kesiapsiagaan JPBB Kapit menangani pandemik Covid-19.",
"Ketua Menteri turut merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang di Dataran Kapit dan mengagihkan bantuan makanan kepada petugas barisan hadapan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kapit-Song.",
"Turut hadir, tiga timbalan ketua menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.",
"Oleh AKUN GIMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=40384 | Kota Samarahan tetap diberi perhatian, kata timbalan menteri baharu | [
"KUCHING: Masih banyak perkara dan perhatian khusus yang perlu diberikan di Kota Samarahan pada masa ini. ",
"Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata Kota Samarahan tetap menjadi keutamaan dan kawasan berkenaan tidak akan pernah dilupakannya.",
"“Projek yang sedang dilaksanakan seperti pemasangan lampu jalan, sistem perparitan, projek rancangan tebatan banjir dan projek lain diharap dapat diteruskan dengan sebaiknya tanpa sebarang masalah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.",
"Sementara itu, Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berharap masyarakat Kota Samarahan sentiasa menjaga kesihatan, lebih-lebih lagi dengan kewujudan kes melioidosis (jangkitan bakteria). ",
"“Sehubungan itu, saya berharap kes melioidosis ini dapat dikawal dengan sebaiknya dan saya mendoakan agar penduduk di Kota Samarahan sentiasa sihat serta dilindungi daripada sebarang ancaman,” katanya. ",
"Berhubung pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah menyatakan penghargaan kepada warga Kota Samarahan yang memberi sokongan kepadanya.",
"“Saya merupakan antara 27 timbalan menteri yang menyertai barisan pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang julung kali dilaksanakan di negara ini,” katanya. ",
"Oleh NICKELYSON LAKUN ",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=33566 | Malaysia bida kerusi dalam ITU | [
"SIDANG MEDIA… Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika sidang mediaselepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Yayasan EkonomiPadang Besar (YEPB) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), semalam. • Foto BERNAMA",
"KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat membida kerusi dalam Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) untuk Wilayah E – Asia dan Australasia, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.",
"Beliau berkata, Malaysia menggambarkan ITU peka terhadap keperluan pembangunan anggotanya serta responsif dalam menghasilkan strategi dan pelan tindakan yang sesuai dengan tujuan.",
"“Kami akan menjadi inovatif dalam menawarkan penyelesaian bagi menangani cabaran masa depan dihadapi oleh keahlian dalam sektor dinamik dan cepat berubah ini. Justeru, kami perlukan sokongan anda,” katanya semasa ucaptama menerusi telesidang sempena Forum Dasar dan Kawal Selia Telekomuniti Asia Pasifik (PRF) berlangsung di Bangkok Thailand, semalam.",
"Di samping itu, beliau berkata, Malaysia merancang mengguna pakai strategi digital sejak lahir dan perkomputeran awan untuk mempercepatkan transformasi digital sektor awam. ",
"Zahidi berkata, usaha itu dijangka meningkatkan 80 peratus penggunaan storan awan dalam kerajaan yang akan membolehkan penggunaan Big Data, kecerdasan buatan (AI), internet pelbagai benda (IoT), dan teknologi baharu muncul lain.",
" “Malaysia juga akan menambah baik infrastruktur ekosistem kesalinghubungan dan tulang belakang negara untuk menarik penubuhan pusat data, pusat pertukaran internet dan perniagaan sambungan antarabangsa ke negara ini,” katanya.",
"Zahidi berkata, Malaysia sedang meninjau untuk meningkatkan kualiti pengalaman liputan internet yang akan terus mengurangkan dan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.",
"Beliau berkata, inovasi dan transformasi digital adalah lebih daripada melancarkan infrastruktur digital kerana sebahagian besar membolehkan inisiatif termasuk melengkapkan rakyat dengan kemahiran masa depan, menutup jurang antara bakat dan permintaan serta memastikan sumber manusia pada masa depan.",
"“Selaras dengan ini, Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Digital Malaysia (MD) sebagai inisiatif strategik nasional baharu untuk memeprcepatkan pertumbuhan ekonomi digital negara yang dipacu oleh tiga prinsip utama iaitu fleksibiliti, ketangkasan dan kerelevanan.",
"“Inisiatif ini membayangkan untuk memacu penggunaan digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan orang ramai; mengembangkan syarikat teknologi tempatan untuk menjadi juara Malaysia, berkembang maju di peringkat global; dan menarik pelaburan digital bernilai tinggi,” kata Zahidi.",
"Zahidi berkata, MD juga menyasarkan untuk memacu penggunaan digital dan peluang dalam ekonomi digital melalui Program Pemangkin Digital Malaysia (PEMANGKIN) dan tawaran kompetitif lain.",
"Beliau optimis dengan inisiatif digital, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka mencapai 25.5 peratus menjelang 2025 kerana pada masa ini ekonomi digital sudah menyumbang 22.6 peratus kepada KDNK. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18131 | UTeM laksana sesi pengajaran, pembelajaraan dalam talian | [
"ALOR GAJAH: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya secara dalam talian bagi sesi 2020/2021, kata Naib Canselornya Prof Datuk Dr. Raha Abdul Rahim.",
"Beliau berkata, inisiatif itu selaras dengan amalan norma baharu bagi mengekang penularan Covid-19 sekali gus memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran dapat diteruskan dengan lancar.",
"Katanya, pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama berjumlah kira-kira 13,600 orang turut dijalankan secara dalam talian.",
"“Semua pensyarah di UTeM telah bersedia untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dan persediaan ini sebenarnya telah bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan pada Mac lepas lagi.",
"Pendekatan ini selaras dengan saranan kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan ia akan diteruskan sehingga pengumuman baharu dilakukan bergantung kepada situasi semasa Covid-19 di negara ini,” katanya, pada sidang akhbar di sini, semalam.",
"Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini terdapat kira-kira 100 pelajar termasuk lima pelajar baharu telah berada di UTeM dan pihak pengurusan menerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM akan memastikan kebajikan dan keselamatan mereka diberi keutamaan.",
"Katanya, kemudahan asas kampus akan dibuka untuk kegunaan, kemudahan dan keselesaan pelajar antaranya asrama, kafetaria, kemudahan jalur lebar (wifi) dan pusat kesihatan.",
"Dalam perkembangan sama, Raha berkata, universiti berkenaan akan membantu dari aspek logistik pelajar yang berada di kampus untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.",
"Beliau berkata, bantuan secara sekali beri sebanyak RM100 seorang akan diberikan kepada kira-kira 65 peratus pelajar UTeM yang terdiri daripada golongan B40 bagi meringankan beban mereka dan akan diserahkan berdasarkan keperluan semasa.",
"Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM, Aiman Shafiq Azizan, 24, berkata,beliau dan barisan Exco MPP UTeM telah berada di kampus sejak lebih seminggu lepas dan beberapa strategi serta inisiatif sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan perjalanan sesi semester baharu lancar termasuk pendaftaran kemasukan pelajar dalam talian.",
"Pelajar tahun empat program ijazah Fakulti Kejuruteraan Pembuatan berkata, pihaknya mengumpul data pelajar khususnya mereka yang telah berada di dalam kampus atau yang tinggal di luar dan menghadapi masalah seperti akses internet atau tiada peranti pintar untuk mengikuti sesi pembelajaran dan pembelajaran atas talian.",
"“Data ini akan diserahkan kepada pihak pengurusan UTeM agar tindakan atau bantuan sewajarnya dapat disalurkan bagi memudahkan mereka,” katanya.- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28463 | Warga Kanada digesa tidak melancong ke luar negara | [
"OTTAWA: Kerajaan Kanada pada Rabu lalu menggesa rakyatnya untuk mengelakkan perjalanan asing semasa cuti Krismas dengan mengatakan bahaya varian Omicron termasuk jumlah jangkitan yang meningkat.",
"Arahan sekatan perjalanan akan dinilai semula dalam empat minggu, tetapi sekatan kesihatan awam boleh dikenakan buat sementara waktu jika keadaan wabak bertambah buruk.",
"“Kerajaan kami secara rasmi menasihati rakyat Kanada untuk mengelakkan perjalanan yang tidak penting di luar Kanada.",
"“Mereka yang merancang untuk melancong, saya katakan dengan jelas: Sekarang bukan masanya untuk melancong. Penularan pantas varian Omicron Covid-19 pada skala global membuatkan kita ketakutan.",
"“Rakyat Kanada yang melancong boleh dijangkiti virus atau terkandas di luar negara,” kata Menteri Kesihatan Jean-Yves Duclos pada sidang akhbar.",
"Jelas sumber, pada mesyuarat tergempar Selasa lalu, Perdana Menteri Justin Trudeau mencadangkan penutupan sempadan, tetapi langkah itu ditolak bulat-bulat oleh pemimpin wilayah.",
"Duclos berkata, ujian Covid-19 ke atas pelancong di lapangan terbang Kanada akan ditingkatkan dan langkah kesihatan awam lain akan dilaksanakan dalam beberapa hari mendatang.",
"“Sudah tentu akan ada langkah kesihatan awam lain (akan datang), kerana keadaan akan terus berkembang.",
"“Situasi epidemiologi berubah dengan cepat. Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan kebangkitan semula jangkitan yang ketara, walaupun tanpa mengambil kira varian Omicron baharu,” katanya.",
"Terdahulu, Trudeau memberitahu pemberita bahawa rakyat Kanada harus mengambil keputusan berhati-hati berhubung perayaan Krismas.",
"Tahun lepas sekitar masa ini, semua pelancong yang tiba ke Kanada dikehendaki kuarantin selama 14 hari.",
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada Selasa lalu bahawa kes varian Omicron meningkat pada kelajuan yang sangat pantas dan menggesa tindakan pantas oleh negara untuk cuba memperlahankan penyebarannya.",
"Sehingga Rabu lalu, terdapat 40,000 kes Covid-19 aktif di Kanada dan sekitar 4,500 jangkitan baharu dilaporkan oleh pihak berkuasa kesihatan awam. -AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14388 | Santubong dibangunkan sebagai pekan arkeologi | [
"KUCHING: Tapak Projek di Santubong Archaeological Park, Sungai Jaong, Bongkissam atau Bukit Maras dan Wallace Centre di sini diharapkan siap seiring dengan Kampus Muzium Sarawak iaitu pada suku pertama tahun hadapan.",
"Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Kerajaan Sarawak, kementeriannya, pihak muzium, wakil rakyat di sini dan orang kampung akan membangunkan pekan Santubong menjadi satu pekan arkeologi ataupun pekan yang bersejarah sejajar dengan siapnya tapak tersebut.",
"“Sejurus kemudahan itu sudah dibangunkan, saya percaya ini akan menjadi salah satu tempat yang mesti dikunjungi,” katanya kepada pemberita semasa melawat ke tapak projek di Santubong Archaeological Park, Sungai Jaong, Bongkissam atau Bukit Maras dan Wallace Centre, di sini, semalam.",
"“Apabila melawat Muzium Sarawak di Kuching dan kalau pelancong datang, mereka akan berkunjung ke Santubong untuk melihat khazanah seperti ini kerana mengandungi cerita dan sejarah tersendiri yang cukup menarik.",
"“Selain itu, saya percaya ia akan dapat memberi kebaikan imbuhan kepada penduduk kampung dari segi industri makanan dan industri penginapan kerana tempat ini di tepi laut dan juga industri yang berkaitan dengan pelancongan kraf,” katanya.",
"Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, kos keseluruhan termasuk kos pengambilan tanah lebih kurang RM30 juta dan projek itu dijangka siap pada Februari tahun hadapan.",
"“Pada masa ini, ia masih lagi dalam pembinaan dan sedikit lambat ekoran daripada Perintah Kawlaan Pergerakan (PKP).",
"“Saya berharap ia dapat siap mengikut jadual kerana Kampus Muzium Sarawak akan siap pada April tahun hadapan. Sekiranya tempat ini dapat siap dalam jangka masa yang sama, pelancong boleh berkunjung ke banyak tempat di Kuching,” katanya.",
"Jika dapat siap serentak, katanya, lagi elok tetapi kadang-kadang susah dalam mengaturkan pembinaan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sampai Disember dan berharap tiada kluster baharu Covid-19 wujud di Sarawak.",
"Dalam pada itu, Abdul Karim memberitahu, Sarawak semenjak 1 September membenarkan pesawat untuk masuk ke negeri ini mengikut normal baharu.",
"“Untuk pelancong antarabangsa, mereka perlu dikuarantin dan perlu melalui ‘swapping’,” tegas beliau.",
"“Kalau yang datang dari Sabah atau Semenanjung Malaysia walaupun mereka pelancong luar, mereka tidak perlu melalui perkara itu kerana ramai yang jadi duta dan sebagainya tinggal di Semenanjung.",
"“Kita berharap mereka dapat datang ke Sarawak untuk melancong dan untuk pelancong antarabangsa mereka boleh datang tetapi mesti kena kuarantin selama dua minggu,” katanya.",
"Oleh Cheryl Law",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4325 | Sarawak masih berpeluang | [
"FAIZAL BUJANG",
"NAIB Presiden III Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Paruwadi Musa akur dengan keputusan badan induk yang tidak membenar menghantar pasukan untuk bersaing dalam Liga Sepak Takraw (STL) 2020 yang dijadual berlangsung pada bulan Ogos nanti.",
"Ia berikutan kebimbangan terhadap tahap keselamatan pemain terlibat ekoran penularan virus Covid-19 yang melanda negara dan dunia ketika ini.",
"“Saya memang ada mengemukakan cadangan dengan badan induk (PSS) untuk menghantar pasukan bersaing dalam STL 2020 nanti.",
"“Malangnya tidak mendapat restu kerana bimbang dengan keselamatan pemain gara-gara penularan virus Covid-19,” ujar Datuk Paruwadi ketika ditemui dikediamannya.",
"Menurut Datuk Paruwadi, beliau yang sebelum ini bertindak sebagai pengurus pasukan musim lalu menerimanya secara rasa terbuka selain akur dengan keputusan yang dibuat.",
"“Apa yang pasti, saya melihat masih ada masa untuk menyaksikan kelibat pemain Sarawak bersaing dalam kejohanan berprestij itu.",
"“Ini kerana Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail ada menghubungi saya dan memberi jaminan untuk membuka pendaftaran kepada Sarawak,” tambah beliau.",
"Sambil mengharap mungkin jaminan itu boleh memberi kredibiliti kepada badan induk (PSS) untuk mempertimbangkan perkara itu.",
"Datuk Paruwadi percaya, andaikata musibah penularan virus Covid-19 berjaya pulih sepenuhnya nescaya pihak PSS akan memberi ‘green light’ bagi tujuan tersebut.",
"“Ia bergantung kepada barisan Exco PSS sama ada sedia mempertimbangkan semula cadangan itu atau kekal dengan keputusan untuk tidak menghantar pasukan.",
"“Akan tetapi badan induk tertinggi (PSM) telah memberi jaminan sedia membuka kembali penyertaan kepada Sarawak untuk turut serta,” jelas beliau yang turut mengucap jutaan terima kasih kepada pihak PSM atas keperitahinan terhadap perkara itu.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=15770 | Oneworld komited capai neutral karbon | [
"KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan anggota Oneworld komited kepada pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, menjadi pakatan syarikat penerbangan global yang pertama bersatu di sebalik sasaran bersama untuk mencapai neutral karbon.",
"Pakatan itu berkata 13 anggotanya, yang termasuk Malaysia Airlines, akan membangunkan pendekatan individu untuk mencapai sasaran melalui inisiatif seperti langkah kecekapan, pelaburan dalam bahan api penerbangan mampan dan pesawat yang lebih cekap bahan api, pengurangan sisa dan plastik sekali guna serta pengimbangan karbon.",
"Pengerusi Oneworld Alan Joyce, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qantas berkata komitmen syarikat ini membuktikan kepentingan yang diberikan oleh pakatan itu untuk menjadi industri yang lebih mampan.",
"“Walaupun menghadapi cabaran berikutan pandemik Covid-19, kami tidak melupakan tanggungjawab untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam jangka panjang dan pengumuman hari ini (semalam) mencerminkan kekuatan komitmen itu,” katanya. ",
"Inisiatif yang telah dijalankan di kebanyakan syarikat penerbangan anggota termasuklah penggunaan bahan yang lebih mampan, pelaburan dalam pesawat yang lebih cekap bahan api dan pembangunan bahan api penerbangan yang mampan.",
"International Airlines Group (IAG), syarikat induk kepada syarikat penerbangan anggota British Airways dan Iberia, merupakan kumpulan syarikat penerbangan pertama di dunia yang komited kepada pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, menurut Oneworld.",
"Japan Airlines dan Qantas turut mengambil langkah sama, manakala syarikat penerbangan anggota lain, Finnair, menyasarkan untuk mencapai neutral karbon menjelang 2045.",
"Syarikat penerbangan anggota Oneworld merancang untuk mencapai sasaran neutral karbon dalam rangka kerja alam sekitar sedia ada yang telah dipersetujui oleh kerajaan, termasuk melalui Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.",
"Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd Kapten Izham Ismail berkata Malaysia Airlines berbangga untuk menyokong ‘inisiatif yang baik’ ini bersama dengan syarikat penerbangan anggota yang lain dalam memacu kemampanan industri penerbangan untuk jangka panjang.",
"“Kami berusaha untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam membina legasi untuk generasi akan datang dan meningkatkan sumbangan syarikat penerbangan kami sendiri untuk usaha kemampanan global,” katanya.-Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3398 | Petinju diberi cuti Aidilfitri, Gawai | [
"FAIZAL BUJANG",
"SKUAD Petinju Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak diberi perlepasan untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Gawai bersama keluarga masing-masing.",
"Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Dato Rahman Lariwoo memberitahu, pihaknya percaya para petinju pasti mahu menyambut kedua-dua perayaan itu bersama ahli keluarga tersayang.",
"Oleh yang demikian katanya, pihaknya bersetuju memberi cuti untuk tempoh beberapa hari kepada petinju berkenaan.",
"“Mereka akan pulang dalam tempoh terdekat ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak bersama keluarga tersayang,” jelasnya.",
"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan pada 18 Mac lalu, barisan petinju menginap bersama penolong jurulatih, Wilbur Buag Andogan di Bandaraya Kuching.",
"Untuk rekod skuad tinju pada temasya SUKMA Perak 2018 berjaya meraih tiga pingat iaitu satu emas dan dua gangsa.",
"Pingat emas disumbangkan oleh Dealoniel Mcdelon Bong (60kg). Manakala, dua pingat gangsa masing-masing diperolehi oleh Christyuden Ripoh (69kg) dan Wilson Berayin Sumbang (56kg).",
"Sementara itu, badan induk berkenaan (SABA) sudah memuktamadkan senarai penuh petinju yang akan mewakili Sarawak pada Sukma XX Johor 2020 yang akan berlangsung dari 6 hingga 14 Mac 2021.",
"Tiga petinju yang juga penyumbang pingat pada temasya lalu turut termasuk dalam senarai berkenaan.",
"Enam lagi pentinju ialah Jackson Chambai Anak Ikeh (49kg), Muhammad Syawal Mohammad Isham (52kg), Mohd. Jamani Abdullah (64kg), Abdul Hakim Abdullah (75kg), Rais Arsyad Sulam (81kg) dan Hellary Hendry (91kg).",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=30169 | Norrie ‘budak baharu’ bagi Nadal | [
"NADAL julang trofi keempat Terbuka Mexico di Acapulco.",
"JUARA Terbuka Australia, Rafael Nadal menjulang trofi keempat Terbuka Mexico di Acapulco selepas menang mudah 6-4, 6-4 ke atas Cameron Norrie dalam aksi final kejohanan bertaraf 500 ATP itu.",
"Nadal beraksi di Acapulco tanpa tewas dalam sebarang set untuk merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut pada tahun ini, selepas merangkul trofi Terbuka Australia dan Summer Set Melbourne bulan lalu.",
"Pemain kelahiran Sepanyol yang menduduki ranking nombor lima dunia itu memenangi 15 perlawanan berturut-turut sejak sembuh dari kecederaan kaki sehingga terpaksa berehat selama enam bulan tahun lalu.",
"Dia berada pada tahap terbaik apabila berjaya mengetepikan Norrie dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 54 minit.",
"“Ia hari yang sangat panas dan dalam keadaan sukar. Cameron adalah pemain yang bagus, mempunyai banyak muslihat membuatkan anda kurang selesa.",
"“Saya berdepan beberapa keadaan sukar dalam aksi ini namun masih mampu untuk terselamat dan mengambil kesempatan di atas peluang yang ada,” katanya. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21032 | PATI, ejen diburu | [
"KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) membuat keputusan untuk melaksanakan operasi penguatkuasan, pembanterasan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bergejala positif Covid-19 termasuk pihak yang melindungi serta memberi pekerjaan kepada warga asing di negeri ini.",
"Timbalan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Dato Mohamad Morshidi Mustapha berkata, Operasi Jala itu dilaksanakan bagi mengurangkan permintaan, menghadkan pergerakan dan mengusir PATI.",
"“Operasi Jala yang dilancarkan oleh Kerajaan Sarawak adalah ekoran daripada penularan wabak pademik Covid-19 yang berpunca daripada pendatang tanpa izin (PATI) daripada negara jiran yang menyeludup masuk termasuk yang sudah sedia ada di dalam Sarawak.",
"“Dipercayai wujud ejen-ejen yang bertanggungjawab dan menguruskan kemasukan PATI ke negeri Sarawak untuk dihantar ke majikan tempatan,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada Sidang Media berkenaan dengan penangkapan PATI di Bilik Mesyuarat Tingkat 6, Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya, Kuching, semalam.",
"Dato Mohamad Morshidi Mustapha yang juga merangkap Timbalan Ketua Sekretariat JPBN berkata, terdapat 22 tapak pembinaan dan 14 buah premis telah diperiksa di sekitar Kuching.",
"“Jumlah keseluruhan kawasan yang telah diperiksa adalah sehingga kini adalah 36 premis, manakala seramai 668 orang tempatan dan 625 orang warganegara asing termasuk Indonesia, Pakistan, India, Filipina, China dan Myanmar telah diperiksa.",
"“Daripada jumlah tersebut, seramai 58 PATI telah ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan ditahan di pusat kuarantin sementara.",
"Apabila ditanya lanjut mengenai pelaksanaan Op Jala berkenaan, Dato Mohamad Morshidi Mustapha bahawa pusat penahanan sementara akan dibina di Sarawak untuk menempatkan PATI yang ditahan di bawah Op Jala.",
"“Setakat ini terdapat tiga pusat penahan sementara iaitu yang terletak di Kuching, Sibu dan Miri dan akan dikendalikan oleh JPBN.",
"“Op Jala yang telah dijalankan pada 20 Januari lalu adalah usaha yang berterusan untuk mengekang penularan wabak pademik Covid-29 daripada pendatang asing tanpa izin ke negeri ini,” katanya.",
"Oleh JEAKQLEYN YACHO",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=42444 | ”Aku, Dia dan Sang Kerbau” – Sebuah Kolaj Memori | [
"MUTAKHIR ini, karya-karya autobiografi dan autofiksyen menguasai ranah kesusasteraan antarabangsa. The Years tulisan Annie Ernaux, pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun 2022 sarat catatan mengenai memori ibarat kolaj imej-imej yang melekat pada ingatan pembaca. Enam volum My Struggle tulisan Karl Ove Knausgaard yang merupakan catatan kehidupan peribadi pengarang begitu rinci dan kontroversi tetapi merupakan judul laku keras di negara Scandinavia itu sekali gus heboh diperkatakan dalam kalangan penggiat sastera di seluruh dunia. Suatu perkara penting yang disajikan dalam karya-karya begini ialah kejujuran pengarangnya tika menelanjangkan setiap inci kehidupannya dalam penulisan. Tanpa tapisan, pengarang itu mewujudkan ancaman dalam bentuk kecaman ke atas ketidaksempurnaannya selaku manusia. Namun itulah keseronokan dalam dunia autofiksyen.",
"Ditulis dengan sudut pandang pertama, cerpen “Aku, Dia dan Sang Kerbau” yang tersiar dalam ruangan Wadah Bahasa dan Sastera pada hari Khamis yang lalu menggunakan ketidaksempurnaan manusia selaku penggerak konflik. Watak utamanya merupakan seorang isteri yang tidak begitu akrab dengan budaya dan tradisi tanah kelahiran suaminya. Bahkan terdapat prejudis yang menyeluruhi bandar kelahiran suaminya itu sehingga menjurus terhadap rasa tidak selesa tika menaiki penerbangan ke destinasi yang dituju itu. Adunan prejudis, emosi dan persepsi yang berbaur ini merupakan suatu kelebihan pengarang. Ia suatu isyarat pengarang mempunyai jiwa sensitif yang peka mencerap isi hatinya ke dalam penulisan. Dalam erti kata lain, empati sudah sedia ada menumbuh dalam kepengarangan yang tersusun mentah.",
"Menerusi garapan cerpen tersebut, bolehlah dikatakan bahawa cerpen ini ditulis berpandukan Pesta Babulang yang menjadikan kerbau selaku kerangka temasya. Ia cerpen yang mengangkat kearifan tempatan bandar Limbang dalam penceritaannya. Namun, ia juga sebuah cerpen yang kontang falsafah dan pemikiran. Maka haruslah ditebak falsafah kepengarangannya meliputi pengarang dan karya yang digarap. Lalu persoalan yang boleh dibicarakan di sini adalah mengapa cerpen ini ditulis?",
"Menggunakan renungan Barthes dalam ungkapan tersohor beliau, “The death of the author”, maka dapatlah suatu spekulasi rinci terhadap penghasilan karya ini dibentangkan. Dalam erti kata lain, semestinya Nadzirah Maripat selaku pengarang punya alasan ataupun cerita di sebalik tabir yang mendorong kepada penghasilan karya ini tetapi saya cuba melihat bagaimana cerminan kehidupan mendorong pengarang menulis.",
"Secara umum, selaku rakyat Malaysia, kita seharusnya tahu bahawa Limbang dan Miri dipisahkan oleh negara Brunei. Pemisahan ini membataskan pergerakan antara dua buah daerah dalam negeri Sarawak tersebut. Saya melihat keterbatasan ini sebagai suatu elemen penting yang membentuk tujuan cerpen ini dikarang. Sikap prejudis watak utama terhadap Limbang dan juga kecetekan pengetahuan amnya mengenai bandar tersebut, meskipun suaminya berasal dari Limbang, menampakkan bukti keterbatasan ini. Kita juga boleh menaakul tentang kecetekan pengetahuan seorang warga Miri terhadap bandar jirannya, Limbang itu menonjolkan lagi sisi yang tidak disebut dalam cerpen ini, iaitu pengasingan budaya yang nyata antara dua bandar yang dipisahkan oleh sebuah negara di tengah-tengahnya.",
"Hal ini merupakan suatu contoh untuk membahaskan tujuan cerpen ini ditulis tanpa perlu menanyakan pengarangnya. Saya enggan untuk membicarakan konteks di luaran cerpen lebih lanjut kerana terdapat beberapa sudut pembaikan yang saya lihat wajar diangkat pengarang dalam karya-karya seterusnya kelak.",
"Pertama sekali, pengarang kelihatannya mahir bermain metafora dan perumpamaan yang segar dibaca. “Burung gergasi” untuk menggambarkan kapal terbang. “Daerah ini seperti pusat penjara negara, dihimpit oleh tanah bukan hak milik.”- suatu ungkapan menggambarkan keterbatasan daerah Limbang yang dihimpit persempadanan dua negara, yakni Malaysia dan Brunei. Ungkapan “hati seluas awan” kedengaran sangat segar apabila diselit ke dalam cerpen.",
"Malangnya, kemahiran bermain metafora dan perumpamaan ini tidak begitu menyeluruh penggunaannya dalam cerpen. Kebanyakan waktu, terutamanya dalam hal-hal melibatkan peletakan informasi mengenai budaya tempatan, pengarang memilih untuk menaratifkannya secara kejung dan menjemukan. Bahkan, tidak kurang juga terdapat isu lambakan informasi yang tidak begitu membantu penceritaan.",
"“Lapangan terbang ini tidaklah sebesar mana. Jadual penerbangan pun tidak banyak. Tidak ramai pengunjung yang tiba.”",
"Ayat-ayat di atas menampakkan pengarang kebuntuan dalam mengungkapkan suasana di Lapangan Terbang Limbang yang barangkali turut menjemukan pengarang secara separa bawah sedar. Kalimat “tidaklah sebesar mana” misalnya boleh digantikan dengan suatu perbandingan yang konkrit supaya pembaca boleh menggambarkan seluas manakah Lapangan Terbang Limbang yang kelihatannya sangat menjemukan dalam naratif pengarang ini. Kalimat “Tidak ramai pengunjung yang tiba” pula menuntut suatu penjelasan seramai manakah pengunjung yang berada di lapangan terbang? Andai kata lapangan terbang itu menjemukan, saya menyarankan agar kejemuan itu diungkapkan secara kreatif. Sebagai contoh, teks itu bolehlah ditulis kembali seperti berikut:-",
"“Lapangan terbang itu ibarat padang bola sepak yang dipagar separuh oleh kejiranan tak peka batu sempadan. Jadual penerbangan ibarat hidup segan mati tak mahu. Bilangan pengunjung bolehlah dikatakan seramai jumlah jari aku dan suami.”",
"Poin yang saya cuba ungkapkan di sini ialah pengarang harus berwaspada dalam menggambarkan suatu landskap. Ada beza antara penulisan yang hambar dengan naratif yang menggambarkan sesuatu yang hambar. Pengarang harus mengenalpasti perbezaan itu supaya teksnya tidak dibaca sekali lalu tanpa meninggalkan kesan pembacaan yang melekat di minda pembaca.",
"“Hotel yang kami tempah terletak di tengah-tengah bandar. Perjalanan dari lapangan terbang ke bandar tidak sampai sepuluh minit. Setibanya di sebuah laluan pusing keliling jalan menuju ke bandar, ternampak tugu seekor kerbau yang menjadi lambang kebanggaan bandar ini.”",
"Jika direnung kembali, cara pengarang menggambarkan ciri-ciri fizikal suaminya agak bersahaja, santai dan dibumbui rencah lelucon:",
"“Kalau hendak dibandingkan dengan pelakon Korea memang jauh panggang dari api.”",
"“Kulitnya kasar seperti orang gasar lagaknya.”",
"Membandingkan cara pengarang menggambarkan bandar Limbang dengan cara pengarang menceritakan ciri-ciri fizikal watak suami menampakkan masalah konsistensi penceritaan. Pengarang memerlukan latihan khusus dalam kaedah pengungkapan landskap demi menjadikan cerpennya lebih bertenaga dan tidak lesu. Kemahiran pengarang dalam menggunakan metafora dan perumpamaan tampak terbatas kepada gambaran perwatakan manusia.",
"Ketidakmahiran pengarang mengungkapkan landskap, objek dan subjek bukan manusia dijejaskan lagi dengan lambakan informasi yang dikhuatiri melewahkan teks.",
"Sebagai contoh:-",
"“Antara aktiviti wajib sewaktu pergi melancong seperti ini ialah memburu makanan yang enak dan jarang ditemui. Salah satu makanan yang sering disebut-sebut orang di sini ialah ikan tahai. Ikan tahai ini sebenarnya ikan tamban yang telah disalai selepas disiang. Rasanya sama seperti ikan salai yang lain tetapi lebih rangup dan rasa salai yang lebih asli. Ikan ini boleh digunakan sebagai bahan perisa dan sup dalam sebuah masakan tertentu.”",
"Perihal ikan tahai ini tidak dihubungkaitkan dengan plot utama penceritaan, yakni Pesta Babulang. Dalam erti kata lain, ia teks lewah yang boleh digugurkan demi memadatkan teks.",
"“Orang tua kata, jika pertama kali seseorang itu datang ke tempat yang baharu, mereka hendaklah mencalit sedikit tanah di dahi.”",
"Tiada huraian selanjutnya ataupun perlakuan watak ke atas informasi ini di dalam cerpen sedangkan ia boleh dijadikan suatu elemen kejutan penting dalam penceritaan sekiranya pengarang pintar menghubungkaitkan budaya eksotik sebegini pada tingkah laku watak. Tanpa pembinaan naratif yang menghubungkannya dengan teks-teks lain, informasi ini jadi suatu unsur lewah yang tidak membantu penceritaan.",
"Selain itu, pembacaan selanjutnya menemukan saya dengan teks-teks yang mendatar pembacaannya. Meskipun pembaca kelihatannya mahir menyusun perkataan supaya beritma dan enak dibaca, ia masih bermasalah dari segi pemilihan subjek yang hendak diberi rincian. Elemen “show don’t tell” harus disemarakkan dalam penulisan ini supaya ia lebih mendatangkan kesan pembacaan multidimensi.",
"“Sampainya di hotel kami mendaftar masuk. Usai mendaftar masuk di hotel, dia mengajakku ke rumah keluarga Pak Udak untuk makan tengah hari. Pak Udak merupakan bapa saudara suamiku. Hanya keluarga mereka yang tinggal di daerah ini. Kebanyakannya sudah berhijrah. Aku berkenalan dengan saudara-maranya yang sangat ramah. Pada ketika ini aku cuba sembunyikan rasa tidak selesa jauh dari pandangan mereka.”",
"Saya membayangkan suatu dialog sarat perlambangan bahasa tubuh boleh menggantikan perenggan ini. Usaha penyembunyian rasa tidak selesa itu boleh dilakukan dengan gambaran bahasa tubuh dan pemilihan kata-kata dalam bicara. Pengarang juga boleh menunjukkan keramahan saudara-mara suaminya itu melalui perbualan dan perbuatan. Di samping itu, elemen nostalgia dan sayu barangkali boleh diselitkan memandangkan ramai ahli keluarga yang sudah berhijrah.",
"Lalu bagaimana elemen nostalgia nan sayu ini boleh dipupuk dalam penceritaan? Tanpa meninggalkan tunjang utama penceritaan, yakni “Sang Kerbau”, pengarang mungkin boleh menunjukkan babak-babak di rumah Pak Udak, latar tempat objek-objek memori silam dipertontonkan dan dibualkan. Ia boleh diselang-selikan dengan jeda dalam bentuk ungkapan naratif yang sarat elemen suram demi menghasilkan impak nostalgia dan kesayuan itu. Topik perbualan yang hendak diangkat boleh dihadkan ke atas penceritaan pengalaman masing-masing mendepani “Sang Kerbau” sekali gus menjadikan kerbau selaku subjek tengah dalam mengangkat usaha pemulihan hubungan kekeluargaan yang cuba ditonjolkan pengarang dalam cerpen ini.",
"“Sepanjang perjalanan melawat ke gerai pesta, suamiku tidak henti-henti menceritakan kenangan mereka sekeluarga tinggal di daerah ini. Betapa gembiranya dia berkongsi cerita kepadaku. Aku pula, semakin tertarik dengan gayanya dan kadang-kadang mencelah dan bertanya untuk mendapatkan kepastian ceritanya. Di satu sisi yang lain, aku cuba membuka hati untuk membenarkan kegembiraan singgah sejenak untuk merasai percutian dan kembara yang indah ini.”",
"Kenangan yang bagaimana? Gembira dalam bentuk apa? Tertarik dengan gaya apa? Di sinilah unsur “show don’t tell” sangat penting demi menjadikan cerpen ini lebih berkesan. Kenangan si suami itu pula haruslah ditulis secara berpada-pada demi mengelakkan elemen lewah. Maka pengarang harus memilih kenangan yang hendak diceritakan dengan matlamat untuk mendatangkan rasa gembira yang tulen sekali gus mengungkapkan sisi tak terlihat sebelumnya si suami yang disukai watak utama cerita.",
"Baiklah, selain daripada kelemahan-kelemahan yang disenaraikan itu, tetaplah tidak menenggelamkan potensi pengarang dalam memperkembangkan bakat kepengarangannya. Kemahiran mengungkapkan perasaan watak dan ciri fizikal dengan metafora tepat dan berkesan tidak syak lagi merupakan kekuatan pengarang. Hal ini juga sinonim dengan pengarang wanita yang diketahui umum mempunyai sensitiviti lebih baik berbanding pengarang lelaki. Bahkan tampak kemahiran pengarang dalam menyusun kata-kata padat dan berkesan seperti berikut:",
"“Aku seorang yang cuai, dia pula jenis yang teliti. Aku tidak pandai memujuk malah suka merajuk. Dia pula arif bila memujuk dan sering mengalah. Salah faham memang ada. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Klise inilah yang sering kedengaran tentang kisah suami isteri.”",
"Pengarang ini harus menjaga konsistensi penceritaan melalui pemerhatian terhadap kelemahan-kelemahan yang ditunjukkan itu. Justeru, saya melihat keperluan pengarang memperluaskan spektrum pembacaan yang melibatkan gambaran landskap secara kreatif sepertimana Italo Calvino dengan naskhah Invisible Cities yang menggambarkan Venice seolah-olah kota sarat keajaiban dengan pelbagai perspektif. Di samping itu, pengarang juga harus menekuni pembinaan watak yang kelihatannya berkisar pada naratif tunjang tanpa mempedulikan pembinaan watak-watak sampingan yang satu dimensi sifatnya.",
"Tidak mustahil, pengarang berpotensi untuk membentuk sebuah karya-karya berbaur autobiografi yang merupakan kolaj-kolaj memori pengarang sendiri. Kemahiran pengarang menggambarkan ketidaksempurnaan seorang manusia melalui pergerakan persepsi dan pemikiran wajar dilanjutkan dalam karya-karya selanjutnya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17482 | 15 maut van penumpang terbakar | [
"KARACHI: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh ketika sebuah van penumpang yang bergerak di selatan Pakistan kemalangan dan terbakar, kata pegawai semalam.",
"Van itu membawa penumpang dari Karachi ke bandar Hyderabad apabila melanggar objek dan terbabas lewat semalam.",
"“Angka kematian dalam kemalangan itu telah mencapai 15 orang,” kata Owais Shah, menteri pengangkutan wilayah Sindh, kepada AFP.",
"Lima yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal, katanya.",
"Sebilangan besar mayat hangus sehingga tidak dapat dikenali, kata Faisal Edhi, ketua Yayasan Edhi yang bukan berasaskan keuntungan, yang menguruskan bilik mayat di mana mangsa dibawa.",
"Penyiasat ingin meneliti sama ada silinder gas asli di dalam bas telah menyumbang kepada insiden itu. Kejadian seperti itu sering berlaku di jalan Pakistan, di mana kenderaan yang laju, uzur serta jalan yang tidak dijaga dengan baik menyumbang kepada kadar kemalangan. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=10560 | Gracia jurulatih baharu Valencia | [
"VALENCIA telah melantik bekas bos Watford dan Malaga, Javi Gracia sebagai jurulatih baru mereka dalam perjanjian dua tahun, umum kelab La Liga Sepanyol itu semalam.",
"Jurulatih berusia 50 tahun itu menjadi bos sepenuh masa ketiga Valencia sejak awal musim La Liga yang baru berakhir, selepas pemecatan Marcelino pada September 2019 dan Albert Celades bulan lalu.",
"“Valencia CF telah mencapai kesepakatan dengan Javi Gracia, yang telah dilantik sebagai jurulatih pasukan utama pada hari Isnin, dalam perjanjian dua tahun hingga 30 Jun 2022,” kata kelab itu dalam satu kenyataan ringkas.",
"Gracia disingkirkan oleh Watford, yang diturunkan daripada Liga Perdana Inggeris pada hari Ahad, September lalu setelah permulaan kempen yang buruk, hanya empat bulan setelah membawa Hornets ke final Piala FA kedua dalam sejarah mereka, di mana mereka kalah 6- 0 kepada Manchester City.",
"Senarai bekas pasukannya juga termasuk pasukan dari Rusia, Rubin Kazan dan kelab dari Sepanyol, Malaga, Osasuna dan Almeria.",
"Valencia menduduki tempat kesembilan dalam La Liga musim ini, terlepas kelayakan ke pertandingan peingkat Eropah, dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara UEFA di pusingan keua kepada kelab Itali, Atalanta. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=10969 | MATRADE tawar ganti rugi | [
"KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menawarkan ganti rugi kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat penangguhan atau pembatalan acara promosi perdagangan akibat pandemik Covid-19.",
"Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata, bantuan itu disediakan menerusi Geran Pembangunan Pasaran (MDG) yang membenarkan PKS menuntut pembayaran balik bagi perbelanjaan tertentu yang dikeluarkan seperti yuran penyertaan yang tidak boleh dipulangkan, tambang penerbangan dan penginapan, tertakluk kepada jumlah ketiga-tiga komponen perbelanjaan yang tidak melebihi RM25,000 bagi setiap acara.",
"“Pembatalan atau penangguhan acara perdagangan antarabangsa secara tiba-tiba telah menyebabkan banyak PKS terutamanya sektor eksport berdepan ketidaktentuan kewangan selepas membayar yuran penyertaan mereka lebih awal.",
"“Kami berharap bantuan sementara itu akan membantu PKS mengurangkan impak cabaran ekonomi akibat pandemik itu,” katanya dalam kenyataan semalam.",
"Wan Latiff berkata, ganti rugi itu diberikan berikutan aktiviti promosi perdagangan yang terganggu tanpa dijangka, melibatkan acara-acara yang dibatalkan atau ditangguhkan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020.",
"Katanya, pembayaran balik bantuan sementara itu akan dibiayai menerusi potongan langsung daripada jumlah maksimum MDG sebanyak RM300,000 yang diperuntukkan bagi setiap syarikat.",
"Beliau berkata PKS dan penerima MDG yang terjejas akibat Covid-19 boleh mula memohon pelepasan sementara itu bermula 1 Ogos 2020. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=7214 | Jalan Datuk Mohd Musa dinaik taraf | [
"KOTA SAMARAHAN: Dalam jangka masa tiga tahun, penduduk serta pengguna jalan raya di sepanjang laluan Jalan Datuk Mohd Musa bakal menikmati infrakstruktur jalan yang lebih selesa dan selamat.",
"Menteri Kanan Infrastruktur (Kerja Raya) Dato Sri Fadillah Yusof berkata projek menaik taraf jalan sepanjang 11.6 kilometer itu bakal disiapkan dalam masa 36 bulan dengan kos bernilai RM 229 juta.",
"“Jalan Datuk Mohd Musa Laluan 8101 ini merupakan arteri penghubung terpenting di antara Kota Samarahan dengan Kota Sentosa dan Kota Padawan yang sedang mengalami pembangunan yang pesat.",
"“Lebih kurang 43 sekolah, lima klinik kesihatan dan penduduk yang menggunakan laluan ini ada sekitar 70,000 orang setiap hari.",
"“Keadaan ini sudah tentu menjadi satu kesesakan dan bebanan kerana jalan hanya mempunyai dua lorong sahaja,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Laluan 8101 Jalan Datuk Mohd Musa di sini, semalam.",
"Beliau berkata kerajaan pusat telah meluluskan projek bagi penambahbaikan jalan kepada jalan empat lorong dua hala.",
"“Surat Setuju Terima (SST) projek telahpun dikeluarkan pada 17 Mac 2020 kepada pihak kontraktor berdasarkan perolehan secara tender terbuka.",
"“Namun kerja-kerja fizikal pembinaan telah mengalami sedikit kelewatan berbanding perancangan asal disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.",
"Beliau turut mengharapkan kerjasama daripada penduduk sekitar untuk mematuhi arahan laluan trafik seperti apabila projek bermula tidak lama lagi.",
"“Projek naik taraf ini akan menyebabkan sedikit ketidakselesaan namun ia hanyalah sementara.",
"“Jika ada masalah, janganlah diviralkan di media sosial, tetapi terus rujuk dengan Jabatan Kerja Raya ( JKR) Sarawak dan kita akan cuba untuk mengurangkan ketidakselesaan itu,” ujar Fadillah.",
"Skop projek ini adalah menaik taraf jalan 2 lorong 2 hala sedia ada (R5, JKR Standard) kepada jalan 4 lorong 2 hala, dengan piawaian U5, JKR Standard sepanjang 11.6km, menaik taraf jambatan sedia ada kepada 4 lorong merentasi Sungai Sarawak (Jambatan Sg. Semengo, Jambatan Sg. Keranji, Jambatan Sg. Kuap).",
"Selain itu, termasuk di dalam skop adalah penjajaran bermula dari Batu 8 1/2 Jalan Kuching – Serian (main trunk road), melalui Jalan Datuk Mohd Musa sehingga ke bulatan Jalan Datuk Mohd Musa / Kuching Outer Ring Road dan menambahbaik infrastruktur di kawasan sekitar Jalan Datuk Mohd Musa yang kini sedang mengalami pembangunan pesat seperti pembangunan kawasan perumahan, institusi pendidikan tinggi, pusat komersial dan pusat pentadbiran kerajaan.",
"Oleh Alexandra Lorna",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31671 | Jangan jual daging lembu melebihi harga ditetapkan | [
"EXCO Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem (kanan) ketika menyempurnakan gimik perasmian Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2022 peringkat negeri di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini semalam. • Foto BERNAMA",
"MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengingatkan penjual daging lembu supaya tidak mengambil kesempatan menjual melebihi harga ditetapkan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2022.",
"Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata KPDNHEP tidak berkompromi dengan mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan dan akan terus dikompaun.",
"“Kebiasaanya dua atau sehari sebelum sambutan Aidilfitri juga terdapat peniaga-peniaga yang menjual daging tempatan semasa musim perayaan sahaja namun mereka juga diingatkan tidak menaikkan harga sesuka hati dan menjual dengan harga ditetapkan iaitu RM39 sekilogram.",
"“Walaupun setakat ini tiada aduan diterima namun pemantauan penguatkuasaan akan dilaksanakan di pasar-pasar juga melibatkan gerai jualan di tepi jalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan SHMMP peringkat negeri di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini semalam.",
"Mengulas lanjut Ngwe berkata sebanyak 19 jenis barangan ditetapkan harga maksimum semasa pelaksanaan skim tersebut melibatkan hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging.",
"Beliau berkata, penentuan harga barangan itu dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan mengambil kira faktor perubahan harga khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi oleh harga daripada negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak.",
"Katanya, sekiranya didapati ada peniaga tidak mematuhi undang-undang ditetapkan dengan skim itu, pengguna boleh menyalurkan aduan melalui saluran seperti portal [email protected], aplikasi Ez ADU, atau hadir ke pejabat KPDNHEP Melaka dan sebagainya.",
"Dalam pada itu, Ngwe berkata pengguna di negeri itu tidak perlu bimbang dengan bekalan ayam dan telur di Melaka yang didapati mencukupi untuk kegunaan orang ramai ketika sambutan Aidilfitri selain pihaknya masih belum menerima aduan mengenai kekurangan bekalan barangan tersebut.",
"Beliau berkata, sebanyak 70 penguat kuasa juga akan bertugas di lapangan untuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan harga barangan di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23710 | Elak peningkatan pengangguran | [
"KUALA LUMPUR: Pendekatan Malaysia untuk tidak menutup ekonomi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 and 3.0 bagi menangani gelombang terbaharu pandemik Covid-19 dapat mengelakkan pelbagai kesan buruk ke atas ekonomi serta membendung pengangguran dalam kalangan rakyat. ",
"Dianggarkan bahawa dengan penutupan penuh kegiatan ekonomi seperti PKP 1.0, bilangan rakyat yang menganggur dijangka mencecah satu juta orang selain memberi kesan negatif terhadap pendapatan 2.8 juta pekerja sektor informal yang pada masa ini berada dalam keadaan yang mudah terjejas.⠀",
"Mengambil pengajaran daripada gelombang pertama Covid-19, yang mana tidak ada negara lain di dunia yang menutup sepenuhnya ekonomi mereka dalam menghadapi gelombang kedua dan ketiga pandemik tersebut, sebaliknya hanya mengetatkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta menghadkan aktiviti sosial sahaja, maka inilah juga pendekatan Malaysia.",
"Melalui hantaran di laman sosial Facebook beliau, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) berkata: “Bak kata pepatah, marahkan nyamuk, kelambu dibakar”.",
"“Dalam kesungguhan kita mencegah penularan Covid-19, kita tidak seharusnya mengorbankan pertumbuhan ekonomi dan juga nasib golongan rentan. ",
"“Secara amnya, kedua-dua PKP telah berjaya mengurangkan kes Covid-19 dengan ketara tetapi PKP 2.0 mencapai sasarannya tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.⠀",
"Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata pendekatan PKP 2.0 yang lebih bersasar berserta langkah-langkah proaktif kerajaan telah meletakkan Malaysia ke arah pemulihan ekonomi dengan suku pertama 2021 mencatatkan penguncupan yang lebih kecil — Januari 2021: -3.5 peratus; Februari 2021: -3.6 peratus dan pertumbuhan positif pada Mac 2021 iaitu pada 6 peratus.",
"Penguncupan keluaran dalam negara kasar (KDNK) -0.5 peratus pada suku pertama 2021 juga merupakan satu peningkatan berbanding penguncupan -3.4 peratus pada suku keempat 2020, sekali gus meletakkan Malaysia pada landasan pemulihan pada 2021, dengan andaian sektor ekonomi utama akan dapat terus beroperasi.",
"Menurutnya, sekiranya tindakan penutupan ekonomi secara menyeluruh seperti PKP 1.0 diambil, ia akan mengakibatkan negara tergelincir daripada landasan pemulihan ekonomi dan menggugat kemungkinan Malaysia untuk mencapai pertumbuhan 6.0-7.5 peratus bagi tahun 2021 seperti yang diunjurkan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).⠀",
"Tengku Zafrul berkata PKP 2.0 juga tidak menyebabkan peningkatan kadar pengangguran yang ketara — Dis 2020: 4.8 peratus; Jan 2021: 4.9 peratus; Feb 2021: 4.8 peratus dan semakin pulih pada bulan Mac 2021: 4.7 peratus atau 753,200 yang menganggur.",
"Beliau mengakui bahawa PKP 1.0 telah berjaya mengurangkan dengan ketara kes Covid-19 namun ia telah memberi impak yang mendalam terhadap ekonomi dan mengakibatkan kehilangan pekerjaan dengan anggaran kesan kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari kepada ekonomi negara.",
"Susulan pelaksanaan PKP 1.0 dari 18 Mac hingga 3 Mei 2020, ekonomi negara telah menguncup — Mac 2020: -5.9 peratus ; April 2020: -28.8 peratus; Mei 2020: -19.7 peratus.",
"“Sekali gus, Malaysia telah merekodkan penguncupan KDNK paling besar dalam sejarah negara dan prestasi paling buruk di rantau ASEAN pada suku kedua 2020, mencatatkan -17.1 peratus.",
" “PKP 1.0 juga telah mengakibatkan pengangguran meningkat daripada 3.2 peratus atau 511,700 penganggur pada Januari 2020 dan mencapai tahap 5.3 peratus atau 826,100 penganggur pada Mei 2020 (pengangguran tertinggi sejak krisis komoditi pada akhir 1980-an),” katanya.",
"Ini berbeza berbanding dengan pengurangan kes di bawah PKP 2.0 yang telah dicapai dengan impak kerugian yang lebih rendah terhadap ekonomi iaitu sebanyak RM300 juta sehari, ujarnya.",
"Hari ini, Kementerian Kesihatan mengumumkan terdapat sejumlah 4,865 kes baharu dilaporkan sehingga 12 tengah hari pada Selasa sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 479,421 kes dengan jumlah kematian seramai 1,947 orang. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25964 | Kedudukan belum selesa | [
"PENGENDALI Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim menganggap kemenangan bermakna ketika menentang Sarawak United FC 1-0 itu belum lagi meletakkan mereka di kedudukan selesa untuk meraih slot ke Piala Malaysia meskipun masih mempunyai baki empat perlawanan.",
"Kuching City ketika ini berada di tangga kelapan Liga Premier dengan 21 mata dan perlu untuk menang atau sekurang-kurangnya seri dengan Kelantan United FC bagi layak ke kejohanan berprestij itu pada musim ini.",
"“Alhamdulillah ini adalah kemenangan manis untuk pasukan kami walaupun saya tidak dapat menurunkan beberapa tonggak utama dalam perlawanan ini.",
"“Cuma peluang untuk layak ke Piala Malaysia masih belum selamat lagi, kita kena menang dengan Kelantan United atau seri dan sekarang kita dapat rehat lebih lama sikit untuk bersedia pada Sabtu ini (esok),” katanya.",
"Pada aksi menentang pendahulu Liga Premier itu, Irfan berkata beliau tidak dapat menurunkan tiga pemain utamanya, tetapi pemain muda kelahiran Sarawak telah menunjukkan semangat dan kehendak mahu mengisi kekosongan tersebut.",
"“Walaupun saya tidak dapat menurunkan tiga pemain utama, namun saya dapat menurunkan anak-anak jati Sarawak. Itu yang penting,” ujarnya.",
"Irfan turut membuat perbandingan dari segi pemainnya dengan Sarawak United yang mana beliau menerangkan bahawa hampir separuh pemain pasukannya yang diturunkan ketika menentang Sarawak United terdiri daripada anak jati Bumi Kenyalang.",
"“Ini berbeza dengan Sarawak United yang hanya menurunkan dua pemain anak jati Sarawak dengan pasukan tersebut memulakan perlawanan dengan hanya seorang.",
"“Kami pula memasukkan semua anak Sarawak sebagai pemain gantian,” jelasnya lagi.",
"Dengan kekalahan itu menyebabkan Sarawak United menempah laluan yang berisiko untuk kejuaraan Liga Premier apabila bakal berdepan dengan pencabar kejuaraan, Negeri Sembilan FC dalam aksi seterusnya hari ini di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.",
"Dengan berbaki dua perlawanan bagi musim ini, Sarawak United FC menduduki tempat teratas carta dengan 37 mata selepas 18 perlawanan setakat ini, kelebihan dua mata berbanding Negeri Sembilan (35 mata).",
"Sementara itu, Kuching City yang baharu melengkapkan 16 perlawanan setakat ini, menduduki tempat kelapan dengan 21 mata.",
"Oleh ADI SAFARMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=44788 | Musim Panas: 23 titik panas dikesan di Sarawak – JPBN | [
"KUCHING: Sebanyak 23 titik panas (hotspot) telah dikesan di seluruh negeri ini setakat ini.",
"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata secara amnya, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri ini juga masih pada tahap sederhana.",
"Menurutnya, JPBN serta agensi kerajaan yang berkaitan telah bersiap sedia menghadapi musim panas di Sarawak termasuk dari segi anggota, aset dan peralatan diperlukan.",
"Selain itu, antara langkah yang telah diambil bagi mencegah pembakaran terbuka adalah mengeluarkan kompaun serta notis amaran kepada pihak terlibat dan memastikan peralatan mencegah kebakaran terbuka dalam keadaan baik.",
"“Orang awam diminta membantu agensi-agensi kerajaan dalam menghadapi musim panas ini dengan tidak membuat sebarang pembakaran secara terbuka terutamanya di kawasan perumahan dan tanah gambut,” menurut JPBN dalam kenyataan di sini, hari ini.",
"Selain itu, JPBN turut menasihatkan orang awam untuk menjaga kesihatan mereka termasuk mengurangkan aktiviti di luar. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=35910 | NOVEL: ENSERA WAT BUJANG SUGI | [
"Tusun Ke-19",
"NGAYAU RAJA RIBAI",
"NYAU ketujuh hari, bala pungka laki sida di Batang Buluh Balau, Ke Belai Lega Langkang, di Batang Keranji Padi Ke Bebuah Rumbau Jadi Bintih Kesuwie Kunchau Benang udah betugung baka lempaung ngambungka batang. Sida udah besedia enggau senyata enggau ngepan chukup macham nadai ketimpang. Semua pengaruh udah dibai magang laban sida deka nyerang sida Raja Ribai diau di tasik Besai Ledung Lelinang nitihka Sugi laki Sedinang. Sida lalu nurun bebatak, nunda unak jelayan ngerang. Tak nurun mih sida nunda daun ke besebun belayar midang.",
"“Au dih Saum. Uji nuan ngeluanka berangai panjai semilan enggi aku tu kau Saum. Kaki nuan ke bediri anggu luan, nuan matak kayuh kitai nyerumba menuh pasang malam, ke nyeruran anang timpang laban nuan ganggam lengan ngunjamka taman turus penyakang,” ku Wat Bujang Sugi bejaku enggau Bujang Paku Lawang.",
"Udah sida iya semua nepan, dia sida iya lalu ngejangka pengkalan tanah landai enggau jelatung tampung tigai. Dia sida iya nyau kayuh kesai ngelimpas ari unai kajang sebidang. Lebuh sida iya ngejangka pengkalan sida iya lalu kayuh tumbak umpan, pegari sebayan di dalam tanah lang. Sida nyau kayuh tumbak ubi, pegari ati tanah nunggang. Dia tanjung nyurung abis dipuntang, tebing ninding abis diparang. Tak laju perau Sugi ari peluru leka senapang. Lasit perau Sugi ari sumpit laja pematang. Nya alai tak enda berasai alai sida datai di Lubuk Nanga Ulak Jawa ke beai beranti tiga puluh nanga ke tak sebaka sama seledentang. Nya nanga ai Panggau Libau orang ke Lebat Bebiau Takang Isang. Nya menua orang Berawa Lama Munyi Ke Berimba Bung Nebang. Dia sida iya lalu ngetu tengeju lelak tulang.",
"Sugi niki ke tebing lalu bejaku munyi Sebaru dulu ujung, berandau munyi Melanau nimbau bangkung. Iya mesanka selatan ribut nyabung, bua ke bepangka surung dayung, ujan ke nelian labuh ngerunung, hari kudi bebali kelam sabung lindung. Dia ribut tak balat bepuput beanjung-anjung lalu mangkaka menua Bunsu Antu, mangka menua sida Apai Enchulik ke berumah di Batu Ngelentik Neladan Urik Perabung Kajang, mangkaka menua sida Apai Migu, orang ke berumah di Munggu Duju Bukang. Ribut biau balai nya mangkaka menua Jali Jantau, menua Batu Mipau Senayau Tampak Terang, mangkaka menua sida Burung Amung, menua Kerupuk Nyumbuk Tau Ke Sangkar Manuk Menang, mangkaka menua sida di Gelung Batu Nakung Nyingit Nyingung Nyandar Nerabang lalu mangkaka menua Panggau Libau Ke Lendat Dibiau Takang Isang, rumah sida Sempurai peretang rumah panjai, ke sehari tajai terebai ngindang terebang.",
"Nya alai tak nyau gutak-gutak peretang rumah pandak sida Panggau Libau ke seketak nyilup remang. Dia Sempurai lalu bejalai ke punggai puting setak pemayam punggang.",
"NESAU ORANG PANGAU LIBAU",
"“Sapa dih kitai ditu ke tuyu ibu kaban mentua? Sapa kitai ditu ke dekaka aya tangkai berada ke ngudika ai ngachau dunya?” kemah ku jaku Sempurai.",
"Laban iya ke chakah balat gila, ke kering keredanding tulang dada, dia iya lalu ngenyakka sida ke nembiak ke nyau beketepak nyabak tingkil pending lalu nenchang sida ke bujang enggau simbang banting. Nya baru Indai Abang, laban iya ke tau tilit di burit kendi aji, tau meda di tapa dada jari lalu nilik ari kelawah besai mua, ari keretum indu benda. Dia dih iya meda Sugi ke bejaku kelulu nyampau dikenang, ngasuh selulut ribut kenchang bepadah nganyau mulau mansang nyerang. Dia Indai Abang lalu ngumbai Apai Aji Ke Berani Ati Tau Tampal, Apai Abang, manang ke tukang landik nejal.",
"“Au dih Orang Tuai, tu ukai ribut ngapa, ribut pia. Tu ga ribut dipesanka Sugi laki Sedinang mai kitai nganyau mulau mansang nyerang ke gilik tasik matang,” ku Indai Abang.",
"Angkat dih Apai Aji pansut ke ruai, lalu nerajang bedilang enggau api-api. Tak tumpu iya lesung ke tak bepeling apus hari. Begau dih orang kia nanyaka nama main aki nya baka nya. Dia dih iya lalu nyaut enggau singkut dabung jarang.",
"“Au, kitai mayuh, kitai banyak, semua kaban bujang. Ribut ke bepuput surung dayung, angin ke bepusin balat kenchang tu ribut pesan diasuh Sugi laki Sedinang mai kitai nganyau mansang nyerang.",
"Dia orang mayuh lalu besikap magang-magang; mantaika terabai rampai disimbang, mai bujak santuk pirak ulu tulang, mai isau lansau penampuk rian kijang, nangkin nyabur chudur pengundur darah lega langkang. Orang lalu nepan perau indu langkan, berangai panjai semilan. Orang lalu betekan bekayuh naka tulang. Dia tak enda berasai alai sida iya datai di Nanga Ulak Jawa ke benanga tujuh bepampang. Dia sida Sempurai tak nyau meda Sugi laki Sedinang.",
"“Au dih kau aka wai. Kumbai kami udah lesi nuan tu dih aka nengali hari. Kumbai kami udah danjan nuan nengali bulan. Kumbai kami udah terang nuan tu ngelama tu aka ke nengali bintang,” ku orang mayuh, orang banyak.",
"BETACHAH NGELABAN RAJA RIBAI",
"Dia mih sida Sempurai ninggalka perau sida laban sida lalu sama nepan perau Sugi. Dia sida sama bekayuh penaka tulang datai ke sida nyau rembus di gilik tasik langkang. Nya alai dia sida lalu nuntung di pengkalan besai enggi Ribai. Sida nanchangka berangai bangkung jungkang. Sida pan lalu betiki ari jalai ai ke begamal manah agi bepantika rangki sepenampang bujang.",
"Nya alai dia tak begau bala Ribai meda sida ke datai nuntung nyerang. Dia sida iya tak lalu betumbuk munyi nutuk tengah tegalan, lalu bepantap sida Sempurai tak munyi ke nesap tubu asam. Sugi duduk dugau-dugau ngemataka sida iya bepantap berandang rasau, ngemataka sida ke betumbuk munyi ngentung papan timbau. Sebarang perut ke buntas, lempai ke bau. Sebarang pala ke pechah, simpai enggau lelabu. Sebarang betis ke patah gembar enggau alu. Nya alai munsuh pan nyau jarang-jarang baka lantai para nyalai leka rian. Nyau jarang-jarang bala Ribai baka padi nawang belayan. Alah mih bala Ribai.",
"Dia sida iya pan lalu ngambi pala ke tak naka iya pemanah undan perau. Pala nya kelalu mayuh. Nya alai tak enda abis dibai sida Sugi. Enggi tudah Bujang Paku Lawang, ke endang manuk sabung orang di menua sida Sentukan Buban tak nadai dengah laban ke udah diajihka Sugi. Dia iya diberi Sugi pala anak mit ke baru memekit agi ganjang.",
"Nya alai bala sida Sugi pan nyau pulai. Lebuh sida nyau datai di Nanga Ulak Jawa ke benanga tujuh bepampang, semua bala sida Sempurai enggau sida bukai ke nulung Sugi pan pulai ngagai menua sida empu di baruh perambu rumah nyementang. Sida Sugi pan pulai ga ngagai menua sida Sedinang. Nyau bekayuh berumpak sida ke lelak ikak tulang. Tak nyau enda berasai alai sida datai ba penyangkai tempat betanchang. Dia Sugi manjung sigi kaung-kaung munyi burung tebali lelang. Tak manjung iya rangau-rangau munyi ngebuska senulau langit ngeruang.",
"Dia tak begau dih orang di rumah panjai munyi ke begawai ngidangka pengabang. Orang tak lalu ngadingka kemping piring letup penangkup bunga lepang, ngadu piring penganan baka bulan rerak rumpang. Dia sida ke indu begempuru magang-magang nyandik punggang ampang belantan ke bebuah manah macham, ngambi gambar anak Kayan Ulu Baram ngajat di luan bung jungkang. Nya alai tak angkat ga orang mai seliuk manuk labang, ngadingka kemping piring asi kuning ke perenching mandang lumpang. Nya alai Sedinang Dara Kering mantaika anak belulai kumbu iling. Iya ka nyambut pala ulih Sugi, orang ke pemadu kering bemata kuring beati kempang.",
"Udah orang indu nyambut antu pala, sida ke lelaki lalu ngaga ringka sega seluang. Udah nya, sida ke indu pan lalu naku antu pala niti sentali rumah panjang. Hari pan nyau terunji sabung petang. Orang semalam-malam bepakaika ganjai nyamai ngauk di bentai tajau bujang. Orang bepakaika tuak ngisi awak tandan lempuang. Hari nyau teberingkas tawas siang, bala orang mayuh, orang banyak pan sama ngetu magang-magang.",
"Oleh JANTAN UMBAT",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38702 | Calon GPS Puncak Borneo panik, IC tak jumpa | [
"PADAWAN: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin cemas seketika apabila tidak menjumpai kad pengenalannya (IC) ketika tiba di pusat mengundi pagi ini.",
"Setelah beberapa minit mencari, akhirnya beliau menjumpai kad pengenalannya itu.",
"“Pada hari penamaan calon tempoh hari, saya menyimpan IC ini bersama kertas-kertas di dalam beg. ",
"“Ia tersembunyi. Saya agak panik sebentar tadi,” katanya ketika ditemui selepas mengundi bersama isterinya di pusat mengundi, Sekolah Rendah Bantuan(SRB) Chung Hua Batu 15, di sini.",
"Pada mulanya susana agak tenang, tetapi Willie kelihatan gelabah mencari kad pengenalan tapi akhirnya dijumpai.",
"Beliau dan isteri tiba jam 8.25 pagi.",
"Pusat mengundi itu dibuka pada 7.30 pagi hingga 4.00 petang ini.",
"Difahamkan seramai 1,595 pemilih akan mengundi di situ dan terdapat dua saluran mengundi disediakan.",
"Parlimen Puncak Borneo menyaksikan jumlah pengundi pada kali ini 79,969 iaitu peningkatan 33, 669 berbanding jumlah pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) (46,300) iaitu naik 73 peratus.",
"Pengundi Bumiputera merangkumi",
"74 peratus dari jumlah keseluruhan pengundi Parlimen Puncak Borneo manakala 26 peratus lagi bukan Bumiputera. ",
"Parlimen Puncak Borneo menyaksikan saingan tiga penjuru dalam PRU-15 melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Willie Mongin, calon Pakatan Harapan (PH) Diog Dios dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Iana Akam.",
"Oleh SHAHRUL QAIZAT dan NEENATUL AIZAL",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12732 | OKU berdikari dengan bertani | [
"Meskipun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) namun kekurangan itu tidak menjadi penghalang kepada Chin Phin Kian untuk memerah keringat mencari rezeki dengan menanam sayur-sayuran.",
"Chin, 57, mula menanam sayur di tanah kosong di hadapan rumahnya setelah dia hilang punca pendapatan kira-kira 17 tahun lalu selepas kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.",
"“Kedua-dua kaki saya terpaksa dipotong setelah disahkan menghidap vaskular yang menyebabkan jangkitan virus,” kata Chin.",
"Dalam tempoh dua tahun selepas pembedahan, dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana belum sembuh sepenuhnya.",
"Kata Chin, dia memang merasa tertekan lebih-lebih lagiketika itu lima orang anaknya masih sekolah. Anak yang sulung masih belajar di tingkatan lima dan yang bongsu masih tadika.",
"Sebelum ini, Chin bekerja sebagai pemandu bas sekolah, manakala isterinya, Lee Chu Fong, 56, bekerja sebagai pembersih rumah.",
"“Selepas sembuh sepenuhnya, saya mula menanam sayur-sayuran untuk menyara keluarga dan kebetulan di hadapan rumah ada tanah kosong yang belum diusahakan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Taman Delight 1B di sini.",
"Cili, ubi keledek, sawi dan kucai antara sayur yang ditanam oleh Chin.Menurut Chin, hasil tanamannya akan dibeli secara borong oleh pembeli yang datang ke rumah.",
"“Dulu saya mampu meraih kira-kira RM500 sebulan tetapi kini hanya sekitar RM300 selepas sebahagian kawasan tanah itu dibangunkan sebagai laluan riadah,” katanya.",
"“Apa-apa pun , saya bersyukur kerana pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) meluluskan permohonan saya untuk membenarkan saya menanam sayur di tanah sekarang ini yang sepatutnya dijadikan tempat untuk riadah,” katanya.",
"Sementara itu, kelima-lima anaknya yang berusia antara 22 hingga 33 tahun kini sudah menamatkan pengajian di institusi pengajian.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=18369 | PPKS, pusat pengembangan bakat | [
"KUCHING: Salah satu keputusan penting dari Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-25 Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) baru-baru ini adalah pentingnya mendapat sokongan berterusan pihak berkepentingan utama Kemahiran Sarawak, iaitu kerajaan dan industri untuk memfasilitasi pusat serantau untuk pengembangan bakat.",
"AGM diadakan pada 6 Oktober di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).",
"Dalam ucapan perasmiannya, Pengerusi PPKS, Tan Sri Datuk Amar Dr. Abdul Aziz Dato Husain mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan, anggota Majlis PPKS dan kakitangannya kerana berdiri teguh dalam usaha menghasilkan tenaga kerja yang bersedia untuk industri. ",
"Sesungguhnya, sumbangan besar mereka memudahkan transformasi landskap sosioekonomi di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan.",
"Antara sorotan AGM adalah penyampaian sijil Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) kepada kakitangan Senari Synergy Sdn. Bhd. dan Biomedix Solutions Sdn. Bhd, Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kemahiran Sarawak dan pelbagai organisasi, dan pemilihan anggota Majlis Pengurusan Kemahiran Sarawak untuk penggal 2020 – 2023.",
"Tujuh kakitangan dari Senari Synergy Sdn. Bhd melengkapkan Sijil (Tahap 2) dalam Pentadbiran Pejabat atau Sijil (Tahap 3) dalam Penyeliaan Pentadbiran Pejabat manakala, untuk Biomedix Solutions Sdn. Bhd, 10 kakitangan menyelesaikan Diploma (Tahap 4) dalam Pembangunan Produk Elektronik.",
"Di PPKS , program RPEL membolehkan anggota tenaga kerja memperoleh sijil yang berkaitan dengan industri berdasarkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang pekerjaan atau kerjaya mereka.",
"Ini penting untuk mendapatkan kelayakan yang akan memudahkan kemajuan kerjaya dan matlamat hidup.",
"Berikutan penyampaian sijil RPEL, berlaku MoU antara PPKS dan tiga organisasi, iaitu Senari Synergy Sdn. Bhd., One Medicare Sdn. Bhd. dan Hemisphere Corporation Sdn. Bhd sekali gus ketiga-tiga MoU dilakukan lebih awal, sebelum bermulanya AGM. ",
"Untuk pertukaran MoU, wakil dari pelbagai organisasi adalah Jefri Ahmad Tambi (Pengarah Urusan Kumpulan, Senari Synergy Sdn. Bhd.), Sazali Tuah Neli (Ketua Pegawai Eksekutif, One Medicare Sdn. Bhd.), Dr. (HC) Yuslan Yusoff (Ketua Pegawai Operasi, Hemisphere Corporation Sdn. Bhd.) dan Hallman Sabri (Pengarah Eksekutif, PPKS) dan disaksikan Abdul Aziz.",
"Mengulas mengenai MoU, Hallman menekankan, “MoU ini membuka jalan bagi semua pihak untuk berkolaborasi dalam bidang Pembangunan Modal Insan Strategik.",
"“Sebagai contoh, melalui hubungan yang saling menguntungkan ini, anggota organisasi ini akan mendapat akses ke pelbagai kursus dan program pendidikan dan latihan yang berorientasikan industri dan masa depan di PPKS, termasuk sejumlah kemahiran, kemahiran dan kemahiran program.”",
"Tambahnya, “Sebagai pemangku kepentingan dalam transformasi landskap ekonomi dan digital Sarawak, PPKS juga akan bekerjasama erat dengan organisasi-organisasi ini mengenai penyatuan teknologi Revolusi Industri 4.0 ke dalam peralatan yang ada di tempat mereka.",
"“Ini penting untuk meningkatkan produktiviti dan menguruskan kos.",
"“Hubungan kuat kami dengan organisasi ini juga akan memastikan bahawa kurikulum kami dapat diperbaharui secara berkala dan sesuai dengan keperluan industri,” jelasnya.",
"Hallman juga menekankan bahawa dengan formalisasi MoU, pelajar dari Kumpulan Institusi Kemahiran Sarawak akan dapat menjalani latihan di tempat kerja atau mengambil bahagian di institusi tersebut.",
"Sesungguhnya, program RPEL dan pertukaran MoU merupakan contoh hubungan erat PPKS dengan industri untuk pembangunan modal insan dan mengubah ekosistem Sarawak dan Malaysia.",
"Semasa pemilihan anggota Majlis Pengurusan PPKS untuk penggal 2020 – 2023, Abdul Aziz dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan PPKS.",
"Majlis Pengurusan dan anggota PPKS, yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan lebih daripada 65 organisasi dari spektrum industri yang luas, memainkan peranan penting dalam merangka jalan bagi kumpulan institusi dan syarikat PPKS.",
"Oleh Nur Ain Otsman",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8738 | KPDNHEP pastikan harga ayam turun | [
"MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan harga runcit ayam di seluruh negara berada di bawah paras RM9 sekilogram (kg) menjelang Ogos ini.",
"Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rosol Wahid berkata jaminan itu diberikan oleh pengusaha industri dalam rundingan dengan KPDNHEP baru-baru ini susulan kenaikan mendadak harga ayam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).",
"Bagaimanapun, pemantauan KPDNHEP setakat awal bulan ini mendapati ada peniaga yang menjual sekitar RM8.20 dan RM8.60 setiap kg, katanya kepada pemberita selepas Program Walkabout Pemantauan Harga Barang di Pasar Awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, di sini semalam.",
"Sebelum ini, tular mengenai kenaikan harga ayam sehingga RM10.50 sekilogram di Terengganu.",
"KPDNHEP pula dilapor mengesahkan berlaku kenaikan harga runcit ayam antara 10 sen dan RM1.50 setiap kg dalam tempoh 4 hingga 19 Jun lalu.",
"Mengulas lanjut, Rosol berkata KPDNHEP akan terus melakukan pemantauan terhadap harga barangan keperluan, khususnya menjelang sambutan Aidiladha pada penghujung bulan ini.",
"Berhubung harga durian yang sebelum ini didakwa naik terlalu tinggi, Rosol berkata pihak kementerian sedang mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu itu termasuk mendapatkan pandangan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.",
"“Pihak kita akan berbincang bagaimana mahu mengawal harga kerana durian mempunyai pelbagai varieti seperti D24, Udang Merah, Beserah, Musang King, IOI dan sebagainya,” katanya. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=35884 | PRU-15: Calon BN perlu jalani tapisan termasuk dengan jabatan agama | [
"KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu menjalani tapisan termasuk dengan jabatan agama sebelum dibenarkan bertanding, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"Beliau berkata, saringan dengan jabatan agama yang julung kali diadakan itu bagi memastikan pemilihan calon BN lebih teliti dan mereka tidak terlibat dengan pelbagai isu syariah termasuk pemberian nafkah.",
"Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pemilihan calon masih dalam proses dan pembentangan “pusingan pertama” telah dibuat oleh pengerusi perhubungan negeri sebelum dibuat kali kedua dalam perjumpaan sekali lagi.",
"“Kita juga akan ada saringan. Kena buat pemeriksaan antara nama-nama yang dicadangkan itu.",
"“Kita akan menyemak dengan polis, SPRM (Suruhanyaja Pencegahan Rasuah Malaysia), Jabatan Insolvensi, mungkin kali ini dengan pejabat agama, pejabat kadi pun kita kena semak juga kot ada yang kahwin kat Siam ke.",
"“Ada yang nafkah anak tak bayar ke, ada penghakiman di Mahkamah Syariah ke, kalau dulu kita tak pernah periksa, kali ini kita lebih terperinci,” kata beliau kepada media selepas menghadiri taklimat khas sempena PRU-15 dan Monsun Timur Laut 2022 di Bukit Aman di sini, hari ini.",
"Ditanya mengenai cadangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya calon Perdana Menteri berdebat secara terbuka sempena PRU-15, Ismail Sabri berkata, ia bukan budaya di negara ini.",
"“Bukan budaya kita berdebat, tak pernah buat sebelum ini dan ia tak mendatangkan apa-apa hasil. Kalau bagi berdebat, dia akan sebut janji manifesto dia, bulan dan bintang pun dia akan sebut.",
"“Jadi tak perlu debat sebab selama ini pun kita tak berdebat sebelum pilihan raya umum dan kita bentuk kerajaan berdasarkan kepercayaan rakyat dan kita juga sibuk di kawasan masing-masing untuk berkempen,” kata beliau.",
"Anwar sebelum ini dilaporkan mencadangkan tiga calon Perdana Menteri daripada PH, Perikatan Nasional (PN) dan BN mengadakan debat terbuka sempena PRU-15 dan perbahasan tersebut perlu menumpukan kepada soal dasar serta perancangan dan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan.",
"Mengenai permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menjadi komponen BN, Ismail Sabri berkata, perkara itu masih dalam pertimbangan.",
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU-15 pada 19 November, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12146 | Utamakan proses pembangunan lebih pesat | [
"SIMANGGANG: Kepesatan proses pembangunan di sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diambil kira oleh rakyat, kata Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis.",
"Kepesatan proses pembangunan itu secara tidak langsung menggambarkan usaha gigih dan kerajinan seseorang wakil rakyat, katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang pada majlis perjumpaan Bersama Rakyat di Rumah Igai Janting, Jalan Paip di sini semalam.",
"“Adalah tidak munasabah untuk kita menyingkir seseorang wakil rakyat yang rajin dan menyumbang kepada kepesatan pembangunan di kawasan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 akan datang disebabkan mahu menukar pemimpin.",
"“Atas sebab itu saya menasihati rakyat supaya memikir sedalam-dalamnya tindakan mereka itu pada pilihan raya nanti kerana ia boleh menentukan hala tuju pembangunan kawasan mereka untuk tempoh lima tahun akan datang,” kata beliau.",
"Selain itu beliau juga menggesa tuai rumah atau ketua kampung supaya terus mencurah kesetiaan mereka kepada Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).",
"“Kerajaan Sarawak membayar gaji kepada semua ketua kaum untuk memudahkan mereka berkhidmat kepada rakyat.",
"“Justeru saya berharap agar ketua kaum di sini rajin bekerja untuk rakyat di samping melapor kepada kita jika terdapat masalah pembangunan di penempatan mereka,” kata beliau.",
"Oleh Valentine Ngumbang",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11547 | Covid-19 angka korban dunia cecah 703,000 | [
"AMERIKA SYARIKAT: Angka kematian global pandemik Covid-19 meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.Statistik Johns Hopkins University mendedahkan jumlah kumulatif kematian global akibat virus itu kini hampir mencecah 703,000 kes.Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 157,000 kes.Ini diikuti Brazil dengan lebih 95,000 kematian manakala Mexico dan United Kingdom (UK) masing-masing merekodkan 48,000 dan 46,000 kes korban.",
"Sementara itu, di India, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan 39,000, 35,000 dan 30,000 korban Covid-19.",
"Dua negara terakhir melepasi angka kematian 20,000 ialah Sepanyol dan Peru dengan masing-masing mencatatkan 28,000 dan 20,000 kes.Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23666 | Cherpan: Pemati Adat | [
"Tusun Ketiga",
"“DI bilik din mih iya. Agi bekemaska utai. Balat puang rumah nih Yak?” ku Jang.",
"“Kati ku enda dih. Nyau nadai berani mindah bala ditu. Semina ke enda bekurung baka beberapa buah rumah semak pasar din. Balat endar ditu. Nya alai nangi amat. Asai ke diau di baruh punggu,” ku Yak.",
"“Nya mih kami dua tu ukai apa alai berani mindah. Irauka bilik ke jamah ai ke ku seduai adi,” ku Jang.",
"“Nya mih.”",
"Baru deka becherita Yak alai pintu tesilak. Bini Jang udah dedegi ba mua pintu sida lalu laki Yak pan pansut mega ari bilik sida lalu duduk jauh.",
"“Kati ku kitai tu, tau agi beserumpu makai? Udah sedia dia. Enti ulih aram merarau. Di serantu jalai tadi nadai ngetu. Nangi ngetu,” ku bini Jang ke endang sikar amat. Pejalai seduai ari Kuching mansa mayuh endur tang nadai ulih ngetu laban ke udah ditangkan polis. Sida merarau udah jauh lempus tengah hari.",
"“Kitai nadai ngawa dih,” ku laki Yak jampat nyaut.",
"“Ni nemu. Tak nadai penyadi kitai tu. Diri sebilik enda ga ulih begulai makai,” ku bini Jang laban ingatka atur ke selalu digerah orang ba radio.",
"Sida sebuat lalu bereta tama udah nya terenah makai. Sida makai sambil berandau, mayuh utai dikenang. Tembu amat asai lelengau. Lebih empat bulan tu udah enda serumpu makai. Suba ulih pulai abis nadai sebulan sekali. Kadang-kadang dua kali dalam sebulan lebuh ke bisi baum. Badu merarau, sida sebuat bela mulaika diri ngagai bilik diri belelak.",
"DUNYA UDAH BERUBAH",
"Lemai nya bisi ga orang bemunyi kesetak-kesetak tang lebuh Jang pansut ke ruai, semina sida empat aja ke duduk di ruai. Orang ngepai-ngepai ari jauh udah nya lalu baka ikan tama ngagai ungkap lalu lesap. Sida tama ke bilik lalu diau ba bilik diri empu. Semina anak mit ke mayuh bekerit belanda tauka beasurka perengka main sida. Sekeda ngayuhka basikal anak mit ba ruai ke nadai agi begelegar tang nyau tail magang-magang.",
"“Dunya udah berubah. Pendiau nitihka pengidup baru. Tu ngumba ditambahka pekara bekaul enggau Prosedur Operasi Standard (S0P) dikena nagang pengekai penyakit Covid-16 mensia nyau nadai rapat enggau pangan diri,” ku gut ati Jang.",
"Amat bendar munyi ku jaku tundi orang kemaya hari tu, “dulu lain, sekarang lain,”. Kelia lain, diatu lain. Jang lalu ingatka maya menya. Mayuh utai udah berubah. Pendiau pan berubah laban tukuh rumah udah berubah. Baka ba rumah sida dia, rumah udah melasar tanah, nya alai nadai agi baruh rumah. Rumah sida nyau nadai tanju agi tang diganti enggau alai ngengkah kerita. Nadai mih nembiak baru tu nemu tanju enggau guna tanju. Enti kelia tanju mayuh guna. Kelimpah ari alai bejembuika utai baka padi, tanju alai orang ngatur mayuh pengawa rami baka begawai. Keba bisi begawai ke tanju tauka sandau hari. Diatu sebarang utai dijembui, ngare ba semin beantapka kain kanvas tauka tikai senggang.",
"Jang berasai sinu ati berundingka mayuh chara idup menya nyau nadai agi. Tukuh rumah berubah, pengidup pan berubah. Mayuh pengawa lama udah dilengka, nya alai chara idup pan nyau bebida.",
"BETAMPUNG…",
"Oleh JANTAN UMBAT",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=44255 | Apresiasi Media HASiL: 80 pengamal media diraikan sempena majlis berbuka puasa | [
"KUCHING: Penulisan kreatif dan publisiti meluas oleh pihak media pastinya akan membantu menyumbang kepada peningkatan keyakinan rakyat, sekali gus memberikan impak positif kepada sesebuah organisasi.",
"Khususnya terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), akan dilihat lebih profesional, berintegriti dan berwibawa dalam membina imej yang unggul di peringkat nasional dan antarabangsa.",
"Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata, peranan media massa menerusi disiplin kehidupan, sememangnya diakui, tidak dapat dinafikan kepentingannya baik media cetak, elektronik dan paling popular masa kini, media sosial, mengemudikan tahap pengetahuan masyarakat ke arah lebih meluas.",
"“Di HASiL, kewujudan media sangat diakui kepentingannya dalam membantu organisasi ini menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada rakyat berhubung ekosistem percukaian negara dan kepentingan cukai dalam pembangunan negara.",
"Beliau berkata sedemikian pada majlis penghargaan media Sarawak 2023 di salah sebuah hotel di Kuching, malam tadi.",
"Seramai 80 pengamal media di Sarawak diraikan pada majlis itu.",
"Mengulas lanjut, katanya lagi, sejak 2022, HASiL aktif menganjurkan sesi libat urus dengan pemain-pemain industri, badan bukan kerajaan (NGO) dan pembayar cukai dalam usaha meningkatkan kesedaran, pendidikan dan memberi perkhidmatan percukaian melalui konsep AES atau ‘Awareness, Education and Services’.",
"“HASiL menerima maklum balas positif berhubung sesi-sesi libat urus ini kerana mereka lebih selesa berbincang dengan HASiL dalam konteks ‘nasihat’ berbanding ‘musuh.’",
"“HASiL berusaha ke arah memastikan pematuhan cukai menjadi lebih mudah. Kami di sini untuk memudahkan bukan untuk merumitkan. Begitulah jika dapat diterjemahkan fokus utama HASiL pada masa kini iaitu untuk meningkatkan pematuhan cukai dan bukan semata-mata tertumpu kepada penguatkuasaan,” katanya lagi.",
"Hari ini, HASiL ingin dikenali sebagai pemudah cara yang mesra, yang sedia memberikan perkhidmatan membantu rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab percukaian mereka.",
"“Justeru, di sinilah peri pentingnya hubungan akrab antara pihak media dan HASiL serta mewujudkan nilai kepercayaan yang mendalam antara satu sama lain dalam membantu memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap HASiL yang telah sekian lama tertanam sebagai agensi menakutkan,” katanya.",
"Oleh NUR AIN OTSMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=43578 | Pusat Dialisis PBSM mula beroperasi | [
"MIRI: Pusat Dialisis Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri baharu yang terletak di Permyjaya di sini, kini mula beroperasi semalam.",
"Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pusat tersebut telah menyediakan kira-kira 40 mesin dialisis. Katanya, pusat dialisis terbabit akan memberi manfaat kepada pesakit yang tinggal di bahagian utara bandar raya ini iaitu Kuala Baram, Tudan, Senadin, Permyjaya dan Pujut.“Hari ini (semalam),kami memindahkan 66 pesakit dari pusat lama di pusat bandar ke bangunan baharu ini,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke pusat berkenaan di sini, semalam.",
"Setakat ini, pusat tersebut mempunyai sejumlah 12 mesin hemodialisis.Dalam pada itu, Kim Shin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan pertubuhan korporat lain seperti Petronas, Shell, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu atas sumbangan dalam pembinaan pusat itu.Untuk rekod, pembinaan pusat itu telah dimulakan pada 2019 dan siap pada Mac 2021 dengan anggaran kos keseluruhan RM5.43 juta.Pusat dialisis baharu ini di bina di atas tanah seluas tiga ekar yang disumbangkan oleh Kerajaan Sarawak.",
"Oleh Liong Chai Ling",
"",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=17839 | Sheikh Nawaf angkat sumpah | [
"KUWAIT CITY: Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mengangkat sumpah di hadapan Majlis Nasional pada Rabu sebagai Emir Kuwait ke-16, lapor agensi berita Xinhua.",
"Perlembagaan menjamin peralihan kepemimpinan yang lancer untuk me- mastikan kestabilan dan kemakmuran, kata Sheikh Nawaf.Beliau juga berikrar akan melaksana- kan tanggungjawabnya sebaik mungkin serta mengulangi komitmen ter-hadap perlembagaan dan demokrasi.",
"Sheikh Nawaf ditabalkan sebagai Emir Kuwait baharu berikutan kematian Syeikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, diumumkan kerajaan Kuwait pada Selasa petang setelah satu mesyuarat khas. Sheikh Nawaf dilahirkan pada 25 Jun 1937, pernah berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dari 1978 hingga 1988 dan kemudian dilantik sebagai menteri pertahanan.",
"Pada 16 Oktober 2003, dekri diraja dikeluarkan menamakan Sheikh Nawaf sebagai timbalan perdana menteri I dan menteri dalam negeri.",
"Pada 7 Februari 2006, beliau dinobatkan sebagai putera mahkota.Allahyarham Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah me- ninggal dunia pada usia 91 pada Selasa. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32964 | Kemboja raikan Hari Antidadah Antarabangsa | [
"HAPUS…Timbunan dadah haram yang dirampas terbakar semasa upacara pemusnahan bagi simbolik ‘Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu”. • Foto AFP",
"PHNOM PENH: Kemboja membakar lebih enam tan metrik dadah dan bahan terlarang pada Ahad sempena Hari Antidadah Antarabangsa, kata pegawai.",
"Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Sar Kheng membakar bahan terlarang yang dirampas itu pada satu majlis yang diadakan di Pulau Berlian di ibu negara Phnom Penh, lapor Xinhua.",
"“Acara itu jelas menggambarkan kesediaan dan komitmen teguh kerajaan Kemboja untuk mencegah dan menyekat semua bentuk dadah terlarang,” katanya.",
"Kheng menambah bahawa pihak berkuasa akan memperhebat tindakan keras terhadap semua jenis jenayah dadah dan pengubahan wang haram.",
"Pendakwaraya Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Chrreng Khmao berkata, kira-kira 6.25 tan metrik dadah dan bahan terlarang meliputi heroin, kokain, methamphetamine, ekstasi, cathinone, ketamin dan nimetazepam telah dimusnahkan.",
"Negara Asia Tenggara itu tidak mengenakan hukuman mati bagi pengedar dadah. Di bawah undang-undangnya, mereka yang disabitkan bersalah mengedar lebih 80 gram dadah boleh dipenjara seumur hidup.",
"Menurut Jabatan Polis Antidadah (ADP) negara, sepanjang tempoh Januari-Mei 2022, pihak berkuasa telah menahan 6,168 suspek termasuk 80 warga asing serta merampas 1.58 tan metrik dadah haram.-Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=44207 | LHDN anjur program bantu tangani kemelut pembayar cukai | [
"KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, Cawangan Sarawak bakal anjur program pendedahan sukarela khas bermula 1 Jun ini hingga 31 Mei 2024.",
"Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata, program ini bertujuan membantu pembayar cukai berdepan penalti sifar peratus dan membolehkan mereka mengisytiharkan cukai pendapatan secara sukarela, yang sebelum ini kemungkinan tersasar atau tidak dilaporkan.",
" “Program ini memberi peluang kepada mana-mana pembayar cukai yang terlepas melaporkan pendapatan mereka atau kurang melaporkannya, atau sama ada terdapat kesilapan dan sebagainya, untuk datang secara sukarela dalam tempoh setahun ini dan melaporkan cukai untuk beberapa tahun kebelakangan ini.",
" “LHDN akan menerima apa yang dilaporkan dan tahun-tahun mereka melaporkan secara sukarela tidak akan diaudit lagi. Kami akan menganggap pengisytiharan cukai sebagai muktamad atau ditutup,” katanya kepada media selepas Majlis Penghargaan Media Sarawak 2023 bersama LHDN di salah sebuah hotel di Kuching, malam tadi.",
"Katanya lagi, mereka yang ingin mengisytiharkan cukai pendapatan secara sukarela boleh menghubungi atau tampil ke mana-mana pejabat cawangan LHDN.",
"Menurutnya, dalam pembentangan Belanjawan 2023 lalu, Kerajaan telah memperkenalkan Program Pengakuan Sukarela sebagai usaha murni kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat.",
"Sehubungan itu, beliau berharap media akan berterusan menyokong HASiL dengan memberikan liputan dan publisiti meluas berhubung program ini sejajar dengan usaha HASiL menyokong inisiatif kerajaan untuk mensejahterakan rakyat dan meningkatkan kadar pematuhan cukai secara sukarela.",
"Ujarnya, tanpa sokongan dan publisiti berterusan rakan-rakan media, sudah tentu maklumat-maklumat penting ini tidak akan sampai ke pengetahuan masyarakat umum.",
"Katanya lagi, tidak dinafikan bahawa hubungan yang sihat dan mesra di antara HASiL dan media membawa kepada situasi menang-menang dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.",
"Oleh NUR AIN OTSMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=29424 | Liverpool mudah ke pusingan kelima | [
"PEMAIN tengah Liverpool dari Colombia, Luis Diaz (tengah) bertarung untuk mendapatkan bola semasa perlawanan pusingan keempat Piala FA Inggeris menentang Cardiff City di Anfield di Liverpool. • Foto AFP",
"LIVERPOOL mara ke pusingan kelima Piala FA Inggeris dengan kemenangan 3-1 menentang Cardiff di Anfield di Liverpool kelmarin.",
"Jurgen Klopp melabelkan kepulangan menjaringkan gol Harvey Elliott dalam kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Cardiff sebagai “dongeng” selepas lima bulan berehat kerana kecederaan buku lali yang serius.",
"Elliott diperkenalkan dari bangku pemain simpanan bersama pemain baharu Luis Diaz selepas tandukan Diogo Jota membuka jaringan pada awal separuh masa kedua.",
"Diaz membuat impak segera dengan menambah Takumi Minamino untuk menggandakan kelebihan Liverpool di Anfield.",
"Tetapi sorakan terbesar dikhaskan untuk Elliott apabila dia melepaskan tendangan voli menepati sasaran 14 minit sebelum tamat.",
"Terdapat kebimbangan Elliott mungkin tidak dapat bermain sekurang-kurangnya sepanjang musim ini apabila dia mengalami kecederaan buku lali ketika menentang Leeds dalam aksi Liga perdana Inggeris.",
"“Kembalinya beliau adalah satu langkah ke belakang yang hebat tetapi menjaringkan gol ini adalah kisah dongeng yang tepat,” kata Klopp.",
"“Harvey tidak bernasib baik dengan kecederaan itu tetapi bernasib baik dengan keseluruhan proses selepas itu.",
"“Semuanya berjalan dengan baik. Dia melakukan kerja yang luar biasa, jabatan perubatan melakukan kerja yang luar biasa. Dia seorang budak yang berani dan pemain bola sepak yang hebat.”",
"Rubin Colwill membalas satu gol untuk Bluebirds, tetapi Liverpool akan menerima kunjungan Norwich dalam pusingan 16 pasukan terakhir. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27874 | Karim berdepan PKR, PSB, PBK | [
"ASAJAYA: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sah berdepan saingan empat penjuru dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya.",
"Selain Mahmud Epah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), dua calon lain yang akan bertanding adalah Ts Ishak Buji daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Mohamad Mahdeen Saharuddin daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK). ",
"Semua calon telah tiba di pekarangan Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Utama SMK Asajaya 2 di sini bermula jam 8.20 pagi semalam dengan calon pertama yang tiba daripada parti PKR, diiringi calon PSB, PKR dan GPS.",
"Karim yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi, diiringi Ishak menyerahkan borang pada jam 9.13 pagi,Mohamad Mahdeen (9.15 pagi) manakala Mahmud (9.18 pagi).",
"Suasana di pekarangan PPC tenang tanpa kehadiran penyokong calon meskipun keadaan cuaca hujan renyai membasahi bumi, proses penamaan calon berjalan lancar sehingga pencalonan ditutup pada jam 10 pagi.",
"Sementara itu, senarai muktamad calon yang layak bertanding telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Asajaya, Rais Ahmad pada kira-kira jam 10 pagi di PPC di sini.",
"“Sehingga selesai tempoh penghantaran borang pencalonan, hanya tiga calon menghantar borang mereka. Saya berpuas hati dan tiada borang yang ditolak,” katanya ketika mengumumkan pengesahan pencalonan bagi DUN itu.",
"Untuk rekod, Abdul Karim telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya untuk empat penggal sejak 2001 dan pada PRN-11 yang lalu, beliau mengalahkan calon PKR, Abang Junaidi Abang Gom dengan majoriti 4,078 undi.",
"Oleh SYAMIMI HUSNA",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=11013 | Isu KMKK akan dibincang lanjut | [
"SEBAUH: Isu mengenai Sijil Lantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) termasuk dibawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena akan dikemukakan dan dibincangkan dengan lebih lanjut.",
"Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa memberikan perhatian kepada setiap permasalahan yang dihadapi KMKK berhubung perkara itu.",
"“Pemasalahan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dan merangkumi usaha mempertingkatkan lagi peranan dan tanggungjawab KMKK secara keseluruhannya,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Persatuan Penduduk Sebungan, Sarau dan Sengkabang di sini, semalam.",
"Penubuhan persatuan ini telah diluluskan pendaftaran pada 15 Mei 2020 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang bertujuan mmebangunkan rumah panjang tersebut.",
"Dr. Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena akan akan membawa isu terbabit untuk diselesaikan dengan segera.",
"“Mengenai masalah sijil tuai rumah, khususnya di kawasan DUN Kemena, beberapa tuai rumah yang layak akan menerima sijil lantikan semula dan bagi tuai rumah yang tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan, kini sedang dalam perbincangan bagi pengeluaran sijil,” katanya.",
"Pada majlsi tersebut, beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM51,000 untuk menaik taraf Rumah Selamat, RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang dan RM10,000 kepada Biro Wanita Rumah Selamat serta RM30,000 kepada Persatuan Penduduk Sebungan, Saraw dan Sengkabang.",
"Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Jenny Bangga, Pembantu Tadbir Sarawak Dennis Gasing anak Ingu, Penghulu Micheal Lanya Anak Ruma dan Penghulu Lee Lei Seng.",
"Oleh Ellie Edward",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=24097 | Liga tempatan ditangguhkan | [
"SEMUA ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) di seluruh bahagian diminta untuk menangguhkan dahulu semua penganjuran saingan liga tempatan di kawasan masing-masing sehingga diberitahu.",
"Menurut Presiden FAS, Datuk Posa Majais ia disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan dan situasi masa sekarang masih belum selamat sepenuhnya.",
"Jelas Posa, pihaknya terpaksa melakukan tindakan tersebut mengambil kira kepentingan kesihatan serta keselamatan semua pihak.",
"“Ia juga termasuk di kawasan yang kurang terjejas akibat pandemik Covid-19. Ia bukan sahaja bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat, tetapi demi keselamatan dan kesihatan semua pihak.",
"“Buat masa ini, saya sarankan kepada semua ahli gabungan di seluruh bahagian negeri ini untuk menangguhkan dahulu penganjuran liga sekiranya situasi masih belum selamat sepenuhnya.",
"“Keselamatan serta keutamaan kesihatan semua pihak antara yang dititikberatkan dalam keadaan situasi yang melanda negara dan seluruh dunia ketika ini,” ujar beliau.",
"Beliau berkata, hanya senaman individu seperti joging dibenarkan dan tidak membuat latihan secara berpasukan terutamanya penggunaan padang bola sepak.",
"“Kita amat mengambil serius perkara tersebut. Kita tidak tahu sampai bila liga akan ditangguhkan, segalanya bergantung kepada keadaan dan situasi semasa Covid-19,” ujarnya.",
"Beliau turut mengharapkan semua ahli gabungan memahami keadaan pada masa sekarang, dan menasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.",
"Sementara itu, Kejohanan Liga Bola Sepak SSC/FAS yang telahpun menamatkan saingan bagi pusingan pertama pada April lalu turut ditangguhkan ke suatu tarikh lain sehingga diberitahu.",
"Pertandingan tersebut turut melibatkan semua pasukan bahagian kecuali Limbang dan Betong yang telah menarik diri, dan turut disertai oleh pasukan Sarawak United FC II dan Kuching City FC Junior.",
"",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25194 | Jerman tamatkan ujian calitan Covid-19 percuma | [
"BERLIN: Jerman akan menamatkan ujian calitan Covid-19 percuma pada Oktober nanti selepas para pemimpin wilayah dan kerajaan persekutuan setuju pada Selasa lalu sebagai desakan untuk memberi insentif kepada lebih banyak orang untuk mendapatkan vaksin.",
"Ujian Covid-19 atau bukti vaksinasi atau pemulihan diperlukan untuk mengakses kemudahan termasuk restoran, pawagam dan gimnasium, di kawasan yang mana kadar jangkitan meningkat di atas paras tertentu.",
"Mulai Oktober nanti, mereka yang enggan mendapat suntikan perlu membayar untuk membuktikan mereka bebas jangkitan, atau berisiko atau tidak dibenarkan masuk.",
"Bukti ujian atau vaksinasi akan diperlukan sebaik sahaja kadar jangkitan di wilayah mencapai 35 per 100,000 orang dalam tempoh tujuh hari.",
"Bagaimanapun, kanak-kanak dan individu dengan faktor kesihatan tidak dapat diberi vaksin akan tetap dapat diuji secara percuma.",
"Angka kekerapan jangkitan Jerman pada Selasa lalu ialah 23.5, tetapi beberapa wilayah termasuk Berlin dan Hamburg sudah melepasi angka 35.0.",
"Setelah memberikan lebih daripada sejuta suntikan sehari pada puncaknya, Jerman dengan penduduk paling ramai di Eropah menyaksikan pengambilan vaksinasi terhadap Covid-19 perlahan secara mendadak.",
"Sehingga Selasa lalu, 52 juta orang di Jerman atau 62.5 peratus penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, tetapi Canselor Jerman Angela Merkel, mengatakan dia berharap 15 hingga 20 peratus lagi akan mendapat suntikan.",
"“Adalah tanggungjawab semua orang… untuk mempromosikan vaksinasi secepat mungkin,” kata Merkel sambil menggesa individu yang telah diberi vaksin untuk mempromosikan vaksinasi dalam kalangan rakan dan keluarga mereka dan kelab sukan.",
"Merkel telah berulang kali mengatakan bahawa suntikan bukan kewajipan.",
"Tetapi, pengkritik menuduh pemerintahnya menggunakan ujian sebagai alat untuk memberi tekanan kepada penduduk untuk mendapatkan suntikan.",
"Alice Weidel, pemimpin AfD sayap kanan yang dirinya tidak diberi vaksin mengatakan langkah itu adalah “vaksinasi wajib tidak langsung melalui sekatan, larangan dan beban tambahan”.",
"Merkel membantah bahawa orang yang diberi vaksin tidak boleh diminta untuk terus dikenakan sekatan kerana sebahagian penduduk memilih untuk tidak divaksinasi.",
"“Kita juga harus memikirkan mereka yang bekerja di hospital dan sistem kesihatan yang berlebihan harus diambil kira,” tambahnya.",
"Langkah terbaharu Jerman serupa dengan syarat baharu di Perancis untuk mendapatkan kad kesihatan bagi memasuki pawagam, kafe atau kereta api.",
"Dorongan oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk mendapatkan bukti kesihatan yang menjadi bukti sama ada vaksinasi, ujian negatif baru-baru ini atau pemulihan daripada Covid-19 telah mencetuskan protes marah di seluruh Perancis.",
"Di Jerman, protes berkala juga dilakukan terhadap sekatan Covid-19 dan juga vaksinasi. -AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=794 | Empat PBT dalam zon merah Sarawak | [
"ALEXANDRA LORNA",
"KUCHING: Kawasan zon merah di Sarawak iaitu di dua daerah Kuching dan Kota\nSamarahan dikemaskini oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)\nsebagai empat kawasan majlis perbandaran.",
"Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman\nHamzah berkata bagi kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), 65 kes\npositif Covid-19 telah dikenalpasti di 26 lokasi.",
"“Bagi kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), 47 kes positif\ntelah direkodkan di 32 lokasi dan kawasan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) pula\nmempunyai 16 kes di 12 lokasi,” katanya di sidang media Covid-19 Sarawak\ndi Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.",
"Beliau menambah di bawah kawasan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS),\nsejumlah 25 kes positif direkodkan di 14 lokasi.",
"“Kadar jangkitan di Kota Samarahan yang semakin bertambah setiap hari\nmemerlukan pemantauan dan kawalan lebih rapi bagi mengawal pertambahan kadar\njangkitan di Bahagian Samarahan,” kata Karim.",
"Beliau memberitahu sejak pagi semalam, ramai telah tampil melakukan\nsaringan kesihatan di Dewan Suarah Kota Samarahan setelah disarankan oleh\nPejabat Kesihatan Kota Samarahan.",
"“Mereka yang datang ini adalah daripada empat majlis atau kategori\nyang telah dikenalpasti oleh pihak Kesihatan untuk melakukan saringan kerana\nterdapat kes positif Covid-19 dari empat \nmajlis atau kategori tersebut.",
"“Harapan kita dengan cara ini, wabak ini dapat dikawal dengan lebih\nteratur di Kota Samarahan. ",
"“Sama juga untuk lain, seperti yang hadir untuk ziarah yang meninggal\nsebelum ini, saya berharap mereka akan membuat saringan walaupun tidak nampak\nsebarang simptom kerana wabak ini boleh kekal dalam badan tanpa nampak\nsimptom,” ujarnya.",
"Semalam, Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan membuat satu pengumuman\npenting kepada peserta Majlis Jerayawara Wawasan Ummah Gemilang Majlis Islam\nSarawak (MIS) pada 10 Mac 2020 di Dewan Suarah Kota Samarahan, staf dan pelajar\nSMK Kota Samarahan, Kluster Good News Fellowship, dan Individu yang terdedah\ndengan pesakit Covid-19. ",
"“Sekiranya anda pernah ada simptom seperti batuk, demam, sakit tekak\natau susah bernafas dan kontak rapat kepada pesakit yang positif Covid-19, anda\ndimohon untuk datang membuat saringan segera pada ketetapan berikut di Dewan\nSuarah Kota Samarahan pada 8:30 pagi sehingga 11:00 pagi dan kemudiannya pada\n1:00 petang sehingga 3:00 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat termasuk\nSabtu dan Ahad,” katanya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38170 | GPS yakin menang 28 kerusi | [
"KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) diyakini mampu memenangi sekurang-kurangnya 28 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) 19 November nanti.",
"Pengerusi Publisiti dan Media GPS, Dato Idris Buang berkata bagaimanapun, tidak mustahil untuk GPS ‘membolot’ semua 31 kerusi Parlimen berdasarkan momentum menjelang seminggu lagi hari mengundi.",
"“Pada pandangan saya, GPS mempunyai peluang untuk memenangi tidak kurang daripada 28 kerusi, namun tidak mustahil untuk memenangi semua 31 kerusi yang dipertandingkan,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sesi sembang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.",
"Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi Parlimen Lawas, Baru Bian untuk Sarawak.",
"Katannya, mereka b erdua adalah sebahagian kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang membatalkan pembinaan projek jambatan di negeri ini semasa memegang tampuk pemerintahan.",
"“Apakah yang mereka lakukan ketika pelbagai peruntukan untuk Sarawak ditarik balik dan apabila projek jambatan itu dibatalkan?",
"“Adakah mereka peduli dengan perasaan dan keperluan rakyat Sarawak? Berapa banyak yang telah mereka lakukan selama 22 bulan sewaktu menguasai Putrajaya?” soalnya.",
"Beliau berkata demikian ketika diminta memberi komen mengenai kemungkinan calon GPS bagi kerusi Parlimen Stampin, Lo Khere Chiang berjaya merampas kerusi itu daripada DAP.",
"Menurut Idris, Lo disifatkan sebagai seorang yang mempunyai kelayakan yang baik, masih bertenaga dan mampu melobi banyak projek pembangunan untuk kawasan itu.",
"Untuk rekod, pada PRU-14 lalu kerusi Parlimen Stampin dimenangi Chong dari DAP dengan jumlah undi 33,060 sekali gus menewaskan Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang bertanding atas tiket Barisan Nasional pada ketika itu.",
"Oleh RYNNA SHA’ERRA",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=5696 | Jualan runcit dalam talian melonjak 28.9 peratus | [
"KUALA LUMPUR: Jualan runcit dalam talian Malaysia melonjak 28.9 peratus pada April 2020, walaupun jumlah nilai jualan perdagangan borong dan runcit merosot 36.6 peratus berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya.",
"Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata peningkatan jualan runcit dalam talian menunjukkan pengembangan dalam aktiviti e-dagang di negara ini.",
"Mengenai kemerosotan nilai jualan perdagangan borong dan runcit pada April 2020, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kejatuhan terbesar dicatatkan oleh segmen kenderaan bermotor yang merudum -93.2 peratus disebabkan jualan kenderaan bermotor yang merosot -93.7 peratus.",
"“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020, pusat jualan dan bilik pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi yang telah menjejaskan jualan kenderaan kepada pengguna,” katanya.",
"Mohd Uzir berkata industri lain dalam subsektor ini juga jatuh dengan signifikan iaitu Jualan Komponen & Aksesori sebanyak -91.4 peratus, Pembaikan & Penyelenggaraan (-93.6 peratus) dan Jualan, Pembaikan & Jualan Komponen & Aksesori Motosikal (-94.9 peratus).",
"Mengenai perdagangan runcit bagi April 2020, katanya jualan susut 32.4 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun berikutan pelaksanaan PKP menyebabkan kebanyakan industri dalam perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan negatif.",
"Beliau berkata perdagangan borong turut merosot -26.3 peratus dalam tempoh sama, menerima impak daripada gangguan dalam rangkaian penawaran dan permintaan di peringkat domestik dan global berikutan COVID-19.",
"“Bagaimanapun, industri berkaitan makanan iaitu jualan borong makanan, minuman dan tembakau serta jualan borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup, masih mencatatkan pertumbuhan positif yang marginal,” katanya.",
"Bagi prestasi perdagangan borong dan runcit berbanding bulan lepas, katanya nilai jualan susut -35.2 peratus. Dari segi indeks volum, beliau berkata perdagangan borong dan runcit merosot -38.6 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=38178 | Sarawak punyai sistem pentadbiran lebih baik | [
"BETONG: Sarawak sebuah negeri yang unik kerana mempunyai sistem pentadbiran lebih baik berbanding Semenanjung, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.",
"“Sarawak mempunyai sistem pentadbiran akar umbi yang kuat. Banyak yang ada di Sarawak tidak ada di Semenanjung,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Seminar Pemerkasaan Institusi Pentadbiran Peringkat Akar Umbi 2022 Bahagian Betong di sini, hari ini.",
"Katanya, Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat pentadbiran iaitu Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan.",
"“Kerajaan Sarawak mempunyai cara mentadbir yang tersendiri. Kalau di Semenanjung tidak ada residen, temenggung, pemanca dan tuai rumah. Di Sarawak, pimpinan akar umbinya terbahagi kepada beberapa bahagian yang tidak ada di Semenanjung. Ini menjadikan sistem pentadbiran kita kuat dan unik.",
"“Sebab itu, apabila kita membangunkan Sarawak dengan dasar yang dibuat oleh kerajaan, kita sudah ada proses untuk mentadbir termasuk pemimpin akar umbi. Oleh itu, pemimpin di peringkat akar umbi penting dan mereka adalah orang yang dihormati,” katanya.",
"Dalam pada itu, Abang Johari turut menzahirkan ucapan tahniah kepada jawatankuasa yang menganjurkan seminar ini yang mana ia telah memberi maklumat mengenai pentadbiran dan proses pembangunan yang dimainkan oleh mereka sebagai pemimpin akar umbi.",
"Pada 7 Februari lalu, Abang Johari telah melancarkan Pelan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030). PCDS 2030 merupakan usaha untuk menyusun semula dasar pembangunan Sarawak supaya terus berada pada landasan yang betul ke arah menjadi negeri maju menjelang 2030.",
"“ Bagi memastikan kelancaran dalam mencapai objektif pelan tersebut, penglibatan semua pihak terutama sekali pemimpin peringkat akar umbi iaitu dalam kalangan Ketua Masyarakat, Ketua Kaum, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kaunselor amatlah diperlukan.",
"“ Di samping menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat, mereka juga merupakan penghubung bagi menerangkan dasar kerajaan kepada penduduk tempatan,” katanya.",
"Selaras dengan itu, penganjuran seminar ini sangat tepat bagi memperkasakan kesiapsiagaan pemimpin peringkat akar umbi agar dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan seiring dengan strategi pembangunan Kerajaan Negeri di bawah PCDS 2030.",
"Antara objektif seminar ini ialah menyampaikan maklumat berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab Ketua Masyarakat, Ketua Kaum, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kaunselor selaku pemimpin peringkat akar umbi dalam mencapai objektif strategik PCDS 2030 di samping mendedahkan peranan pemimpin peringkat akar umbi berkaitan perancangan pembangunan oleh kerajaan.",
"Seramai 747 peserta seminar terdiri daripada 50 Ketua Masyarakat, 633 Ketua Kaum dan 64 Kaunselor menyertai Seminar Pemerkasaan Institusi Pentadbiran Peringkat Akar Umbi 2022 Bahagian Betong yang diadakan di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong petang ini.",
"Oleh NUR AIN OTSMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31323 | MNIG akan dibentuk suku ketiga 2022 | [
"SESI LIBAT URUS…. Datuk Seri Adham Baba ketika mempengerusikan Sesi Libat Urus Industri Nano Tempatandi kementeriannya semalam. • Foto BERNAMA",
"PUTRAJAYA: Malaysian Nanotechnology Industrial Group (MNIG) akan ditubuhkan pada suku ketiga 2022 bagi menghimpunkan peserta industri nano di Malaysia serta menjadi suara industri nano tempatan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba.",
"Beliau berkata, MNIG akan berperanan sebagai platform kerjasama antara syarikat nanoteknologi dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta membantu penyelarasan antara syarikat dalam rantaian bekalan produk nanoteknologi.",
"Penubuhan MNIG mengambil kira cadangan dan keperluan industri termasuk mendapatkan pandangan daripada persatuan, selain disebabkan ketiadaan persatuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) nanoteknologi yang dipandu oleh industri pada masa ini, katanya.",
"“Ia (MNIG) diharapkan menjadi platform terbaik ke arah penglibatan lebih banyak industri dalam bidang nanoteknologi seterusnya mampu menembusi pasaran antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi libat urus secara hibrid bersama lebih 30 wakil syarikat nanoteknologi di sini, pada Selasa.",
"Beliau berkata sesi libat urus itu bertujuan berkongsi dasar, pelan dan aktiviti industri nanoteknologi negara di samping mendapatkan pandangan dan maklum balas pihak industri berkenaan cabaran dan masalah yang dihadapi dalam ekosistem nanoteknologi.",
"Dr Adham berkata sumbangan PKS dalam industri nanoteknologi memberi banyak faedah sosioekonomi kepada Keluarga Malaysia termasuk mewujudkan 33,391 peluang pekerjaan selain menyumbang RM151.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.",
"Beliau berkata produk nano di pasaran Malaysia berjumlah lebih 900 produk yang bernilai RM381.8 juta sehingga 2020.",
"Ketika ditanya mengenai masalah dan cabaran yang disuarakan peserta industri nanoteknologi dalam sesi libat urus itu, beliau berkata dua perkara dibangkitkan iaitu kekurangan kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap produk dan teknologi nano, serta kekurangan bahan mentah.",
"“Kebanyakan produk nano yang dibangunkan di negara kita adalah dieksport.",
"“Jadi, kita akan mula membuat gerakan untuk beri kesedaran kepada masyarakat mengenai betapa pentingnya produk-produk nano,” katanya.",
"Beliau berkata antara produk nano yang popular di Malaysia ialah teknologi ‘graphene’ yang digunakan untuk sektor kenderaan elektrik (bateri) dan juga bahan tambahan kepada minyak pelincir. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13036 | PBB gesa hormati perlembagaan | [
"KUCHING: Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak yang sengaja mengeksploitasi bahasa Cina boleh mencetuskan ketegangan dan dianggap bermotif menghasut.",
"Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman berkata ini kerana kerana sesuatu kaum akan pantas bangkit jika bahasa, budaya dan agama kaum itu digunakan sebagai ‘senjata’.",
"“Di bawah Akta Hasutan 1948, sesiapa yang dianggap cuba menghasut dengan membangkitkan isu berkenaan sehingga mencetuskan suasana tegang, konflik dan menggugat keselamatan, boleh dikenakan tindakan sewajarnya.",
"“Pemuda PBB percaya semua rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama, sayang akan bahasa dan budaya masing-masing.",
"“Namun pada masa sama, semua kita harus menghormati perlembagaan dan bahasa kebangsaan dan bersikap realistik dalam perkara ini untuk terus mempertahankan keharmonian kaum yang kita nikmati selama ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.",
"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu berkata pihaknya kesal dengan tindakan DAP yang tidak menghormati undang-undang dengan melakukan vandalisme secara terang-terangan terhadap papan tanda jalan di sekitar Kuching.",
"“Malah mereka mendabik dada dengan perbuatan itu apabila menularkan sendiri perbuatan itu di media sosial.",
"” Tindakan meletakkan tulisan bahasa Mandarin atau tulisan Cina ke atas beberapa nama jalan di sekitar Kuching, tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan juga jelas melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1953/1967, yang menetapkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk pada papan tanda nama jalan,” jelasnya.",
"Menurutnya, DAP ketandusan modal selepas mereka gagal menunaikan segala janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila diberi peluang memerintah negara.",
"“DAP jelas amat terdesak menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) sehingga sanggup mempolitikkan isu bahasa Cina hanya untuk kepentingan peribadi dan parti semata-mata.",
"“Budaya politik negatif sebegini sememangnya tidak diterima di Sarawak yang amat menghargai perpaduan.",
"“Justeru pihak berkuasa tempatan harus mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat sebelum ia mencetuskan suasana kurang senang di kalangan masyarakat, sekaligus menguggat keharmonian kaum di negeri ini,” tegasnya.",
"Semalam tular di media sosial apabila DAP Sarawak meletakkan tulisan bahasa Mandarin atau tulisan Cina ke atas beberapa nama jalan di sekitar Kuching.",
"Oleh Zarina Abdullah",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=2450 | Trump gelar penunjuk perasaan orang baik-baik | [
"WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan kumpulan bersenjata yang menyerbu bangunan capitol di Lansing, Michigan pada Khamis lalu sebagai orang baik-baik.",
"Trump turut menggesa supaya Gabenor Gretchen Whitmer bersemuka dan berunding dengan kumpulan tersebut yang berhimpun buat kali kedua bagi memprotes pelaksanaan perintah lockdown bertujuan mengekang penularan koronavirus (Covid-19) di negeri berkenaan.",
"“Gabenor Michigan beri mereka peluang. Mereka ini orang baik-baik tetapi mereka amat marah.",
"“Mereka hanya mahu kehidupan kembali normal. Jadi, jumpa dan bercakap dengan mereka. Buat perjanjian,” kata Trump di Twitter.",
"Terdahulu, keputusan Whitmer melanjutkan tempoh lockdown sehingga 28 Mei ini menimbulkan kemarahan penduduk terutamanya penyokong tegar Trump kerana mendakwa gabenor dari parti Demokrat itu melanggar hak konstitusi mereka.",
"Pada Khamis lalu, protes anti lockdown di Michigan bertukar tegang apabila penunjuk perasaan yang sebahagian besarnya membawa rifle menyerbu bangunan capitol dan cuba masuk ke ruang utama bangunan untuk bersemuka dengan Whitmer.",
"Polis terpaksa dipanggil bagi menghalang kumpulan berhaluan kanan itu yang jelas mengabaikan penjarakan sosial dan tidak memakai topeng muka.",
"Difahamkan, tunjuk perasaan itu yang digelar ‘American Patriot Rally’ dianjurkan oleh kumpulan militia Michigan United for Liberty yang dianggotai hampir 9,000 ahli.",
"Apa pun, kenyataan Trump seolah-olah merestui tindakan kumpulan terbabit yang jelas membahayakan nyawa orang lain.",
"Pada 2017, Trump berdiam diri berhubung keganasan di Charlottesville, Virginia selepas tunjuk perasaan pelampau kulit putih dan neo-nazi bertukar ganas.",
"Beliau sebaliknya menggelar kumpulan nasionalis kulit putih itu sebagai ‘orang yang sangat baik’ dan menyalahkan media kerana memberi gambaran yang salah berhubung protes berkenaan. – AFP ",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21763 | Covid-19: Dunia belum bebas | [
"GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa tidak realistik untuk berfikir dunia akan bebas pandemik Covid-19 akhir tahun ini.",
"Pengarah Darurat WHO, Michael Ryan, bagaimanapun menyatakan berkemungkinan kadar kemasukan ke hospital dan kematian dapat dikurangkan.",
"“Tetapi virus itu tetap ada, terutamanya ketika jumlah kes baharu global meningkat minggu lalu selepas menunjukkan penurunan selama enam minggu berturut-turut.",
"“Masih terlalu awal dan saya rasa tidak realistik untuk berfikir bahawa kita akan membendung virus ini pada akhir tahun ini. Tetapi, saya rasa apa yang dapat kita lakukan jika kita pintar, adalah kurangkan kemasukan ke hospital, kematian dan tragedi yang berkaitan dengan wabak ini,” katanya kepada wartawan.",
"Ryan berkata, program imunisasi pekerja penjagaan kesihatan barisan hadapan dan mereka yang paling terdedah terhadap penyakit kronik boleh menepis kebimbangan terhadap wabak itu.",
"Bagaimanapun, beliau berkata, perkembangan terbaru tidak boleh dianggap mudah kerana virus berkenaan semakin kuat.",
"Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jumlah kes baharu meningkat minggu lalu di Eropah, Amerika, Asia Tenggara dan Mediterranean Timur.",
"“Ini mengecewakan, namun tidak mengejutkan. Sebahagiannya disebabkan oleh pelonggaran langkah kesihatan awam, peredaran varian yang berlanjutan dan individu yang mengabaikan aspek penjagaan dan langkah kesihatan.",
"“Vaksin akan membantu menyelamatkan nyawa, tetapi jika negara hanya bergantung kepada vaksin, ia adalah salah… langkah asas kesihatan awam tetap menjadi asas untuk melawan virus itu,” katanya.",
"Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove menyambut baik suntikan pertama vaksin yang diberikan melalui kemudahan perkongsian vaksin Covax global, yang diberikan di Ghana dan Ivory Coast.",
"“Sangat menggembirakan untuk melihat pekerja kesihatan di negara berpendapatan rendah mula menerima suntikan, tetapi sangat menyedihkan kerana ia berlaku hampir tiga bulan selepas beberapa negara kaya memulakan suntikan.",
"“Paling dikesalkan, beberapa negara terus mengutamakan suntikan kepada orang dewasa lebih muda dan sihat dengan risiko penyakit lebih rendah dalam kalangan populasi mereka, berbanding pekerja kesihatan dan orang tua di tempat lain,” katanya tanpa menamakan negara terbabit.",
"Sebanyak 11 juta dos vaksin akan dihantar ke negara peserta minggu ini melalui program Covax dengan 237 juta dos akan diperuntukkan kepada 142 negara sehingga akhir Mei ini.",
"Sementara itu, Australia akan melanjutkan penutupan sempadan sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga bulan sehingga pertengahan Jun tahun ini.Ia bagi meneruskan pelaksanaan pengasingan kendiri negara kanggaru itu bagi mengekang penularan virus Covid-19.",
"Menteri Kesihatan, Greg Hunt, berkata pegawai kesihatan menasihatkan kerajaan susulan situasi terkini di seluruh dunia terus menimbulkan risiko kesihatan awam, termasuk kemunculan varian baharu yang lebih mudah menjangkiti.",
"“Kawalan pintu sempadan yang lebih ketat akan diteruskan sehingga 17 Jun ini,” kata Hunt semalam.",
"Australia menutup sempadan antarabangsanya pada awal kemunculan pandemik, bagi menghalang kemasukan warga asing kecuali mereka yang mempunyai alasan penting untuk urusan di negara itu.",
"Langkah mengehadkan jumlah warganegara itu yang dibenarkan pulang setiap minggu menyebabkan puluhan ribu rakyat Australia terkandas di luar negara.-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=25362 | Warga emas tetap semangat kibarkan Jalur Gemilang | [
"PASIR MAS: Meskipun dalam suasana pandemik Covid-19 namun ia tidak mematahkan semangat sekumpulan 15 warga emas dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pasir Mas, di sini untuk terus menyemarakkan semangat menyambut Hari Kebangsaan Ke-64.",
"Pengerusi PAWE Pasir Mas Datuk Dr. Wan Mansor Hamzah berkata pihaknya mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang di sekitar PAWE Pasir Mas bagi membangkitkan semangat kecintaan kepada negara.",
"“Kita lihat ramai dalam kalangan anak muda, remaja yang bersemangat untuk menyemarakkan hari merdeka. Jadi kita sebagai warga emas juga tidak mahu ketinggalan memainkan peranan untuk sama-sama meraikan bulan yang bersejarah ini.",
"“Malah, dengan adanya inisiatif ini sekurang-kurangnya ia dapat memberi teladan kepada orang ramai betapa pentingnya untuk kita memperingati sejarah kemerdekaan sekali gus sebagai menghargai keamanan yang telah dikecapi negara sehingga ke hari ini,” katanya, ketika ditemui pemberita di PAWE Pasir Mas, di sini semalam.",
"Dr. Wan Mansor berkata, beliau mengakui sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini agak suram di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan selain negara juga sedang dilanda pandemik Covid-19, namun baginya ia tidak sepatutnya menjadi penghalang.",
" “Sambutan tahun ini agak suram, jadi kita sebagai warga emas berasa tanggungjawab untuk terus menaikkan semangat ini. Kita mungkin sudah tidak berupaya untuk bergerak ke hadapan, namun sekurang-kurangnya dengan memasang Jalur Gemilang ini ia dapat menonjolkan semangat patriotisme yang ada.",
"“Saya juga yakin sekiranya setiap rumah memasang satu bendera, suasana akan lebih meriah dan ia membuktikan kita sama-sama bangga menjadi warga negara Malaysia,” katanya.",
"Mengulas lanjut, Dr. Wan Mansor berkata, bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan pihaknya juga akan melaksanakan program deklamasi sajak bersempena kemerdekaan secara Google Meet pada malam 31 Ogos nanti.",
"— Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=41806 | Cabaran Berbasikal Samarahan 2023 diadakan 14 Mei depan | [
"KUCHING: Cabaran Berbasikal Samarahan 2023 akan diadakan pada 14 Mei depan, yang bakal disertai 300 peserta dari dalam dan luar negara.",
"Acara yang memasuki edisi ketujuh itu akan bermula dan berakhir di hadapan Summer Mall dan sepanjang Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan. ",
"Ia dianjurkan bersama Pejabat Daerah Samarahan dan Kumpulan Petugas Pelancongan Bahagian Samarahan (DTTG) dengan bantuan Persatuan Berbasikal Sarawak serta mendapat sokongan padu Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. ",
"Semalam, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menerima kunjungan hormat daripada jawatankuasa induk penganjuran Cabaran Berbasikal Samarahan 2023 di pejabatnya, Bangunan Baitulmakmur di sini.",
"Acara tersebut akan mempertandingkan tujuh kategori iaitu Elite Lelaki Kriterium (42km), Master A (35-44 Tahun Ke atas), Master B (45 Tahun Keatas), Sarawak Close Kriterium (42km), Junior Lelaki Kriterium (30km), Wanita Kriterium (30km) dan acara baru iaitu Folding/Minivelo. ",
"Dalam pada itu, ia turut terbuka kepada semua warganegara Malaysia di samping menggalakkan penyertaan dari luar negara. ",
"Oleh NUR AIN OTSMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28735 | Kerajaan cadang bina empat mahkamah baharu | [
"KUCHING: Kerajaan bercadang untuk membina empat mahkamah baharu di Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pembinaan mahkamah baharu itu melibatkan kawasan Limbang, Sri Aman, Mukah dan Kapit.",
"Katanya, cadangan projek mahkamah baharu itu kini sedang dipertimbangkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.",
"“Cadangan sudah dibuat kepada kerajaan dan dengan adanya Perdana Menteri yang ada sekarang, beliau sangat peka dalam perkara ini.",
"“Soal tanah, kerajaan boleh bincang dengan kerajaan negeri atau agensi kerajaan lain manakala dari segi peruntukan ia tidaklah begitu banyak,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja ke Kompleks Mahkamah Kuching semalam.",
"Wan Junaidi berkata, selain itu kerajaan bercadang untuk membina rumah kediaman rasmi untuk Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kuching.",
"“Kemudahan ini adalah untuk keselesaan dan keselamatan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak tetapi juga untuk menjaga imej kehakiman itu sendiri.",
"“Ia juga selaras dengan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Akta Saraan Hakim 1972,” jelasnya.",
"Mengenai lawatan semalam, Wan Juanidi berkata di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), kerajaan memperuntukan sebanyak 14 projek untuk menaik taraf, mengubah suai dan pemuliharaan bangunan mahkamah-mahkamah negeri Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM9.2 juta lebih.",
"“Projek ini dilaksanakan untuk selaras dengan fokus utama RMK-12 iaitu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam,” katanya.",
"Oleh JEAKQLEYN YACHO",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=26439 | PBB desak Lubnan atasi krisis ekonomi | [
"BEIRUT: Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada Lubnan mengenai krisis ekonomi negara itu yang semakin teruk.",
"Malah, agensi antarabangsa itu juga mendesak kepemimpinan Lubnan untuk segera melaksanakan pembaharuan ekonomi dan dasar di negara tersebut.",
"Lapor AFP, gesaan itu dibuat ketika kemiskinan melampau dan kebuluran semakin meningkat dalam kalangan ribuan penduduk di Lubnan.",
"“Situasi ini kekal menjadi mimpi buruk kepada penduduk biasa dan menyebabkan penderitaan yang tidak dapat diungkapkan bagi golongan kurang bernasib baik,” kata Koordinator Bantuan Kemanusiaan PBB untuk Lubnan, Najat Rochdi.",
"PBB menganggarkan sebanyak 78 peratus atau kira-kira tiga juta penduduk Lubnan hidup di bawah garis kemiskinan, dengan 36 peratus orang dalam kategori miskin yang melampau.",
"Jelas PBB, hampir satu per empat populasi gagal mendapat makanan yang diperlukan pada akhir tahun lalu.",
"“Kebuluran menjadi realiti yang semakin meningkat bagi ribuan orang.",
"“Kami menganggarkan lebih sejuta penduduk Lubnan memerlukan bantuan untuk menampung keperluan asas mereka termasuk makanan,” katanya.",
"Komuniti antarabangsa sebelum ini berulang kali mendesak Lubnan melaksanakan pembaharuan ekonomi terutamanya dengan menamatkan rasuah dan perbelanjaan yang boros serta menstruktur semula sektor tenaganya.",
"Sementara itu, Rochdi turut menggambarkan krisis perubatan yang berlaku di Lubnan sebagai `hukuman mati’.",
"Sebelum ini, Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati berjanji untuk melaksanakan pembaharuan segera, mengadakan semula perbincangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk program bailout dan membuka jalan untuk pemulihan ekonomi negara. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27584 | Kerjasama ASEAN, China kembang rantaian bekalan | [
"KUALA LUMPUR: Malaysia berpandangan bahawa Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan China harus bekerjasama dalam bidang ekonomi, transformasi, infrastruktur dan kesalinghubungan bagi memastikan rantaian bekalan kekal lancar tanpa halangan selain terus berkembang dari segi pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19.",
"Ketika berkongsi pandangan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan perjanjian perdagangan bebas ASEAN-China yang menyeluruh juga mampu menyumbang kepada usaha mempercepat pemulihan serta daya tahan serantau.",
"“Malaysia juga menggalakkan ASEAN dan China supaya bekerjasama dalam bidang kesihatan awam dan keupayaan farmaseutikal melalui perkongsian teknologi, kepakaran dan harta intelek,” katanya pada sidang media mengenai hasil Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China bagi memperingati ulang tahun ke-30 Dialog ASEAN-China, secara maya semalam.",
"Kenyataan perdana menteri itu disampaikan menerusi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.",
"Sidang kemuncak tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden China Xi Jinping.",
"Sementara itu, mengulas pendirian terkini Malaysia mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative-BRI) dengan China, Saifuddin berkata negara ini masih berpendirian sama walaupun di bawah kerajaan berbeza.",
"“(Namun) mungkin dengan penekanan berbeza bagi projek tertentu. Bagaimanapun, Malaysia secara keseluruhannya sentiasa menyokong BRI sama ada di bawah (pentadbiran) kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan kerajaan sekarang,” katanya.",
"Dalam pada itu, menerusi kenyataan bersama Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China itu, pihak terbabit menegaskan komitmen terhadap sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka, bebas, inklusif, telus dan tiada diskriminasi dari segi peraturan berdasarkan teras Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).",
"Pada masa sama, ia turut menyatakan kesediaan dalam menjadikan ekonomi global lebih terbuka, inklusif, seimbang dan memberi manfaat untuk semua.",
"ASEAN-China juga mengalu-alukan pelaksanaan Perjanjian RCEP pada 1 Jan, 2022 dan memberi komitmen untuk saling bekerjasama demi manfaat untuk perniagaan dan rakyat di rantau berkenaan.",
"“Usaha akan diambil bagi melaksanakan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) dan elemen selebihnya dalam Program Kerja Masa Depan di bawah Protokol Peningkatan ACFTA selain turut menjalankan kajian kebolehlaksanaan bersama untuk meninjau bidang lain yang boleh dimasukkan dalam memperkukuh ACFTA,” katanya.",
"Ini termasuk mewujudkan lebih banyak peluang perdagangan dalam ekonomi digital serta menerapkan sumber-sumber pertumbuhan baharu bagi kerjasama dan usaha ke arah Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China yang lebih inklusif, moden, komprehensif serta saling menguntungkan, kata kenyataan itu. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=2464 | PKPB: Penggiat e-dagang patuhi SOP | [
"KUALA LUMPUR: Kalangan penggiat e-dagang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan meneruskan langkah-langkah pencegahan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), demi keselamatan kesihatan pekerja dan pembeli.",
"Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata keadaan masih terlalu awal untuk mengulas perkembangan yang bermula hari ini kerana syarikat terbabit juga perlu meneliti pengumuman kerajaan Persekutuan mahu pun kerajaan negeri.",
"“Pendirian kami jelas — mematuhi garis panduan dan beroperasi mengikut ketetapan undang-undang dan pada masa sama melaksanakan semua langkah pencegahan demi pekerja dan pembeli,” katanya kepada Bernama semalam.",
"Menurutnya, langkah itu termasuk proses pembasmian kuman di peringkat gudang dan hab yang mana kemudahan di Malaysia dinyahkuman setiap hari sebelum bermulanya syif kerja dan pemeriksaan suhu harian pekerja dan penghantar Shopee Express sebelum memasuki gudang dan/atau sebelum memulakan rutin penghantaran mereka.",
"Shopee turut mewajibkan mereka menggunakan penutup hidung dan mulut sepanjang masa selain penggunaan cecair pembasmi kuman pada tangan sebelum mengendalikan sebarang bungkusan.",
"“Semua bungkusan dinyahkuman sebelum dikeluarkan daripada gudang dan/atau hab untuk tujuan penghantaran. Malah, melangkaui garis panduan standard, semua bungkusan akan dinyahkuman sekali lagi sebelum dihantar kepada pelanggan,” katanya.",
"Pada masa sama, Shopee turut mengamalkan penghantaran tanpa sebarang sentuhan atau berurusan langsung dengan pelanggan.",
"“Bungkusan itu akan diletakkan di depan pintu, peti surat atau lobi bangunan bagi mengelak sebarang pertembungan dalam proses itu. ",
"Bagi penghantaran lain, penghantar akan mengamalkan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter dengan pembeli. Tiada sebarang tanda tangan diperlukan bagi pengesahan penerimaan bungkusan,” katanya.",
"Sementara itu, Lazada Malaysia berkata ia berusaha untuk meneruskan operasi seperti biasa dan mengekalkan kelancaran perkhidmatan logistik bagi memenuhi keperluan komuniti.",
"Menurutnya, adalah menjadi tanggung jawab peneraju platform e-dagang itu untuk berkhidmat kepada negara ini menerusi usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi ketika tempoh sukar dengan memperkasa perusahaan kecil dan sederhana seperti pelan rangsangan Lazada Pakej Kedai Pintar.",
"“Perniagaan luar talian terutamanya mereka yang terjejas akibat penutupan bazar tahun ini, dapat mendigitalkan perniagaan dan berniaga secara dalam talian dengan memanfaatkan kemudahan logistik menyeluruh Lazada.",
"“Bagi Ramadan ini misalnya, terdapat lebih daripada 15 pengusaha makanan telah dipilih untuk menawarkan makanan sedia dimakan untuk kemudahan berbuka puasa pelanggan ketika kempen Salam Mubarak Lazada selama sebulan,” kata jurucakap Lazada Malaysia ketika dihubungi, semalam. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=1782 | Golonan asnaf Parlimen Igan terima bantuan | [
"MATU: Pusat Khidmat Parlimen Igan melaksanakan penghantaran bantuan bakul\nmakanan kepada golongan asnaf seluruh Daerah Matu dan Daerah Kecil Igan bermula\nsemalam.",
"Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi turun padang untuk menyerahkan\nbantuan tersebut kepada para penerima di kawasan terbabit.",
"Katanya, penghantaran bantuan untuk kira-kira 750 penerima itu bermula pagi\nsemalam dan akan diteruskan sehingga selesai esok.",
"“Pusat Khidmat Parlimen Igan juga akan memberi bantuan tersebut kepada\nsesiapa yang merasakan masih memerlukan di Daerah Matu dan Daerah Kecil Igan,”\njelasnya.",
"Bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri Daro, katanya, beliau bersama Ahli Dewan\nUndangan Negeri Daro, Safiee Ahmad akan memberikan bantuan makanan yang serupa\nkepada sesiapa yang masih memerlukannya.",
"“Sehubungan itu, saya memohon agar mereka yang berkenaan memberikan nama\nkepada Ketua Kaum, Kapitan atau Penghulu di kampung masing-masing untuk\ntindakan selanjutnya,” ujar beliau.",
"Beliau berharap bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu\nmeringankan beban mereka yang memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan\n(PKP) yang dilanjutkan sehingga 12 Mei depan.",
"“Saya memohon agar bersama-samalah kita menghulurkan bantuan khususnya pada\nbulan Ramadan yang mulia ini. Semoga kita akan mendapat ganjaran yang setimpal\ndaripada Allah SWT,” ujarnya.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=16274 | Penduduk ‘berang’ tempur polis | [
"SRINAGAR: Ratusan penduduk yang berang bertempur dengan pasukan keselamatan kerajaan di bandar Kashmir yang ditadbir India semalam, selepas insiden berbalas tembakan menyebabkan tiga individu disyaki pemberontak dan seorang wanita maut, kata polis dan saksi kejadian.",
"Polis antirusuhan dan pasukan separa tentera persekutuan mengepung kejiranan Batamaloo di Srinagar tengah malam semalam, selepas menerima maklumat militan bersenjata bersembunyi di dalam sebuah kediaman di situ, menyebabkan tembak-menembak berlaku.",
"Tiga individu disyaki pemberontak dipercayai penduduk tempatan, terbunuh dalam insiden berbalas tembakan itu yang berlarutan selama beberapa jam, kata polis menerusi Twitter.",
"“Seorang wanita muda turut terbunuh dalam kejadian itu,” kata seorang pegawai polis kepada AFP.",
"“Wanita itu terperangkap dalam tembak-menembak berkenaan. Kematiannya adalah dikesali,” kata ketua pengarah polis, Dilbagh Singh kepada wartawan, selain memaklumkan seorang anggota pasukan separa tentera turut tercedera dalam insiden berkenaan.",
"Berita kematian menyebabkan ratusan penduduk turun ke jalan raya dan melontar batu ke arah pasukan keselamatan kerajaan yang membalas dengan tembakan gas pemedih mata dan peluru besi.",
"Penunjuk perasaan turut melaungkan beberapa slogan, antaranya ‘Hidup Pakistan’ dan ‘Kami mahukan kebebasan’, kata seorang jurugambar AFP yang berada di lokasi.",
"Tiada kecederaan dilaporkan daripada insiden susulan itu buat masa ini.",
"Pertempuran bersenjata antara pemberontak dan pasukan keselamatan kerajaan kerap berlaku di wilayah itu, namun agak jarang di pusat bandar berkenaan. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13206 | Singapura catat 68 kes baharu | [
"SINGAPURA: Sebanyak 68 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Singapura dalam tempoh 24 jam dengan dua daripadanya kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 56,099.Menurut data ringkas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura hari ini, dua kes import berkenaan telah dikenakan Notis Tinggal Di Rumah sebaik tiba di Singapura.Berdasarkan siasatan setakat ini, kementerian berkenaan berkata tiada kes dalam komuniti.Sementara itu, sebahagian besar kes pula melibatkan pemegang permit kerja yang kini menjalani kuarantin.Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat Rabu, kementerian itu berkata terdapat 16,800 pekerja yang masih menjalani tempoh kuarantin.Sehingga tengah hari semalam, republik itu mengklasifikasikan 820 kes import, 2,209 kes dalam komuniti dan 53,002 kes melibatkan penghuni asrama.Sejumlah 52,810 pesakit atau kira-kira 94 peratus daripada jumlah kes keseluruhan telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti. Sementara itu, 87 kes yang disahkan masih berada di hospital, namun tiada yang dimasukkan ke unit rawatan rapi. Sejumlah 3,107 pesakit yang mengalami simptom ringan, atau sihat secara klinikal tetapi disahkan positif Covid-19, telah diasingkan dan dijaga di kemudahan komuniti.Sehingga kini, 27 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di republik itu.Sehingga Rabu tiada kluster baharu dikesan manakala tiga kluster telah ditutup.- BERNAMA",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=45128 | 38 pengeluar makanan, minuman tempatan sertai FHA- Food & Beverage 2023 | [
"KUCHING: Sebanyak 38 pengeluar makanan dan minuman dari Sarawak terlibat dalam pameran FHA-Food & Beverage 2023 di Singapura yang bermula dari 25 hingga 28 April ini.",
"Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berkata, acara antarabangsa itu adalah acara yang sangat baik kepada anak Sarawak untuk membawa produk mereka ke pasaran dunia.",
"“Saya berharap lebih banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sarawak akan bekerjasama dengan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) untuk mempamerkan produk baharu dalam acara FHA yang akan datang,”katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.",
"Pelancaran Pavilion Sarawak di acara berkenaan disempurnakan oleh Datuk Dr Malcolm Mussen. ",
"Antara produk tempatan Sarawak yang dipamerkan adalah Lada aromatik Sarawak, Pes Laksa Sarawak, Sarang Burung eksotik, Teh Susu 3 Lapisan, Minuman Sedia Dihidang, Gula Apong, Dabai, Kek Lapis, Makanan Ringan, Mee Kampua Segera dan Ikan Sungai.",
"Turut hadir, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Lester Mathew, Pengarah Sarawak Trade & Tourism Co. Pte Ltd Datu Laura Lee Ngien Nion, Ketua Bahagian Pembangunan Perdagangan & Pelaburan untuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Raymond Lee Hock Sung, dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Trade & Tourism Co. Pte Ltd Chew Chang Guan. ",
"Untuk makluman, FHA – Food & Beverage Asia mengumpulkan pempamer dari industri Makanan dan Minuman (F&B) dari seluruh dunia.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=7632 | Hanya satu kes baharu dicatatkan | [
"PUTRAJAYA: Tiada kes yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara iaitu penularan tempatan, sama ada dalam kalangan warganegara Malaysia mahupun bukan warganegara.",
"Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu buat pertama kalinya, Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 yang terendah semalam iaitu dengan hanya satu kes baharu sepanjang gelombang kedua pandemik itu dengan jumlah keseluruhan 8,640 kes.",
"“Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan dalam negara yang dilaporkan semalam.",
"“Ingin dimaklumkan satu kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu Turki. Syabas kepada semua pihak terutama masyarakat Malaysia atas pencapaian ini,” katanya pada sidang media semalam.",
"Dr Noor Hisham berkata, terdapat 21 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj semalam menjadikan jumlah kes kumulatif pulih 8,375 kes.",
"Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan sejak 15 Jun menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara akibat pandemik itu kekal 121 kes.",
"Sementara itu, beliau berkata empat kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.",
"Memperincikan perkembangan Covid-19, Dr Noor Hisham berkata kes harian dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu yang mendapat jangkitan di dalam negara didapati sejajar dengan unjuran kes harian dalam pemodelan dan ramalan pada 21 Mei 2020 oleh Institut Kesihatan Negara Kementerian Kesihatan (KKM).",
"Katanya, pencapaian itu sememangnya hasil kerjasama setiap peringkat dan lapisan masyarakat dalam memainkan peranan masing-masing termasuk mengamalkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.",
"Jelas Dr Noor Hisham, penurunan kes harian juga menggambarkan kesedaran masyarakat terhadap kawalan kendiri dan tanggungjawab sosial.",
"“Adalah diharapkan agar setiap lapisan dan kumpulan masyarakat dapat mengamalkan jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain, kebersihan kendiri yang tinggi, mengelakkan kawasan yang sempit dan sesak serta mengelak bertutur dengan jarak yang dekat.",
"“Ini semua adalah normal baharu yang diamalkan secara meluas dan berterusan bagi memastikan kita terus berjaya dalam memerangi wabak Covid-19,” katanya.",
"Dr Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai bahawa pandemik itu masih lagi berterusan di seluruh dunia dan penularan semula jangkitan Covid-19 di Malaysia masih boleh berlaku sekiranya rakyat leka dan mengambil mudah dengan saranan, arahan serta amaran kerajaan.",
"Menurut beliau, ibu bapa dan penjaga diminta agar terus mendidik anak mengenai amalan dan kelaziman baharu kerana ia amat penting untuk menjaga keselamatan dan kesihatan mereka memandangkan sesi persekolahan bakal dibuka semula, dan nasihat kesihatan juga perlu diterapkan bermula dari rumah.– BERNAMA",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31381 | 200 rumah hangus akibat ‘McBride Fire’ | [
"SEBUAH keluarga meninggalkan rumah mereka bersama di Ruidoso, New Mexico. • Foto AFP",
"SANTA FE: Lebih 200 kediaman hangus dijilat api sejak kebakaran hutan yang dinamakan McBride Fire melanda kawasan berhampiran perkampungan Ruidoso di New Mexico Khamis lalu.",
"Kawasan perkampungan itu merupakan destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia dan lokasi perlumbaan kuda setiap kali tibanya musim panas.",
"Sehingga semalam, kebakaran sudah dapat dikawal dan kira-kira 2,306 hektar kawasan musnah.",
"Kebakaran itu turut meragut dua nyawa pasangan warga emas dan mayat mereka dalam keadaan rentung ditemukan di rumah mereka.",
"Polis memaklumkan, pasangan itu cuba menyelamatkan diri ketika api menghampiri rumah mereka, namun gagal berikutan api marak dan sesak nafas akibat asap tebal.",
"Menurut pemantauan pihak berkuasa, keadaan cuaca kering dan panas menyebabkan kebakaran hutan itu sukar dipadamkan sebelum ini.",
"Selain itu, pihak berkuasa juga membenarkan hampir 5,000 penduduk pulang semula ke rumah masing-masing untuk menilai kerosakan dan kerugian yang dialami akibat kebakaran tersebut.",
"Sebelum itu, ribuan penduduk diarahkan berpindah segera susulan kebakaran hutan yang sukar dikawal.",
"“Namun, mereka masih perlu berhati-hati dan tidak menyentuh sebarang objek yang masih terbakar.",
" “Hal ini kerana masih ada kawasan yang luarnya dilihat tiada api, namun kebakaran masih berlaku di bahagian dalam,” kata jurucakap pihak berkuasa, Wilson Guinn.",
"Dalam pada itu, pasukan bomba akan terus memantau keadaan sekitar, terutamanya tapak kebakaran yang belum padam sepenuhnya bagi mengelakkan situasi merebak.",
"Kebakaran hutan itu turut menyebabkan 18,000 penduduk terputus bekalan elektrik sebelum mula disambung secara berperingkat.",
"Sementara itu, beberapa kawasan lain di seluruh Amerika Syarikat turut terkesan akibat kebakaran hutan, termasuk Texas, Oklahoma dan Colorado. – AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=19207 | Persidangan Dewan Rakyat separuh hari hingga Khamis | [
"KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung separuh hari bermula semalam hingga Khamis apabila ditangguh pada 1.00 tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak Covid-19 di negara ini.",
"Usul penangguhan itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan menurut Peraturan Mesyuarat 12(1) sebelum sesi soal jawab dan disokong oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.",
"Usul itu kemudiannya mendapat reaksi daripada beberapa Ahli Parlimen yang meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menjelaskan mengenai status beberapa petugas di Parlimen yang dilapor positif Covid-19.",
"Pada sesi semalam, Azhar turut menjelaskan bahawa petugas Dewan Negara dan anggota polis bantuan yang didapati positif Covid-19 tidak berada di bangunan Parlimen selepas menjalani ujian Covid-19 pada Rabu (28 Oktober).",
"Beliau berkata, laporan media berhubung polis bantuan itu adalah tidak benar dan individu terbabit sebenarnya bertugas di tempat lain.",
"“Laporan semalam yang mengatakan polis bantuan kita (di Parlimen) yang mendapat Covid-19 sebenarnya tidak benar, bukan polis bantuan kita sebenarnya, polis bantuan yang bertugas di tempat lain.",
"“Jadi perkara itu satu kesilapan. Dia bukan bertugas di sini, saya difahamkan dia bertugas di tempat lain… di bawah JPM (Jabatan Perdana Menteri) boleh jadi, tetapi bukan bertugas di pejabat PM, dia bertugas di tempat lain,” katanya.",
"Mengenai laporan empat petugas Dewan Negara positif Covid-19, Azhar berkata mereka bukanlah kakitangan Dewan Negara, sebaliknya petugas kepada seorang Ahli Dewan Negara yang hadir ke Parlimen membuat ujian Covid-19 pada Rabu lepas.",
"“Mungkin Senator itu dan staffnya hendak menghadiri Belanjawan 2021 Jumaat ini. Mereka hadir membuat ujian saringan dan didapati positif, tetapi mereka tidak datang hari-hari dan berlegar di Parlimen, jadi itu bukan kesnya,” kata beliau.",
"Azhar menjelaskan perkara itu apabila Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) membangkitkan isu itu dan melahirkan kebimbangan berikutan berita yang dilaporkan itu yang menyebut bahawa polis bantuan yang bertugas di Parlimen serta empat kakitangan Dewan Negara dijangkiti wabak itu.",
"Mahfuz berkata, beliau bimbang kesemua petugas yang didapati positif Covid-19 itu berlegar di kawasan Parlimen berikutan mereka menjalani ujian saringan pada 28 Oktober.",
"“Mereka berlegar di sini… jadi saya agak bimbang dalam suasana dan keadaan begini, pertama apakah benar empat orang staff Dewan Negara itu positif dan polis bantuan itu positif?” soal Mahfuz.",
"Sementara itu, Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) yang berkongsi pejabat dengan Senator berkenaan ingin tahu bilakah kali terakhir pegawai Senator itu hadir ke pejabat dan sama ada kawasan itu telah disanitasi.",
"Yang Dipertua Dewan Rakyat kemudiannya memberitahu pihaknya akan mengeluarkan penjelasan berhubung perkara itu dan meminta semua Ahli Parlimen bertenang.",
"“Saya minta semua Ahli Parlimen bertenang dan jaga keselamatan masing-masing. Ikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan. Kita semua di sini negatif Covid-19… jadi, bawa bertenang,” katanya.",
"Berikutan persidangan Dewan Rakyat berlangsung separuh hari sehingga Khamis ini, persidangan Kamar Khas turut diawalkan kepada 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari atau setelah selesai urusan dalam aturan urusan mesyuarat Kamar Khas, bermula hari ini hingga Khamis.",
"Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat harian biasa, persidangan Kamar Khas dijalankan pada 2.30 petang. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=32952 | Subsidi 2022 hampiri RM80 bilion | [
"MENTERI Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz",
"KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan subsidi dijangka menghampiri RM80 bilion bagi 2022 yang merupakan jumlah subsidi terbesar dalam sejarah, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.",
"Dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-100 yang dikeluarkan semalam, beliau berkata bagi mengurangkan tekanan inflasi terhadap rakyat, kerajaan telah memberi pelbagai subsidi kepenggunaan meliputi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, tepung dan elektrik.",
"“Secara keseluruhan, unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan bagi 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.",
"“Apabila ditambah dengan bantuan-bantuan lain seperti bantuan kebajikan masyarakat, bantuan pertanian, nelayan dan sebagainya, jumlah keseluruhan subsidi dijangka menghampiri RM80 bilion bagi 2022 yang merupakan jumlah subsidi terbesar dalam sejarah,” katanya.",
"Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata kerajaan tetap melaksanakan dasar yang secara amnya bertujuan untuk membendung inflasi bagi mengelakkan kenaikan harga yang terlalu mendadak, dan pada masa yang sama membantu golongan yang perlu dari segi bantuan langsung.",
"Dasar itu dilihat telah menghasilkan satu situasi yang dikira terkawal, terutamanya apabila dibandingkan dengan negara-negara lain, katanya.",
"“Kajian penamatan subsidi menyeluruh dan penyaluran semula penjimatan tersebut kepada golongan yang benar-benar memerlukan adalah sebahagian daripada strategi kerajaan untuk memastikan kemampanan fiskal negara dalam jangka sederhana dan panjang,” kata beliau.",
"Menteri Kewangan berkata sejumlah besar dana kerajaan telah dibelanjakan bagi menangani impak pandemik, termasuk menyelamatkan nyawa rakyat melalui program vaksinasi kebangsaan, serta mengekalkan pekerjaan dan kapasiti perniagaan melalui Program Subsidi Upah (PSU).",
"Katanya, dalam usaha membina semula dana dan daya tahan fiskal negara, penamatan subsidi menyeluruh mencerminkan sikap adil dan bertanggungjawab kerajaan dalam memastikan nasib golongan B40 terbela.",
"Pada masa yang sama, beliau berkata Kementerian Kewangan juga sedang mengkaji semula sumber-sumber fiskal negara yang perlu dimantapkan bagi membina semula daya tahan sosioekonomi Malaysia, terutamanya bagi golongan B40 dan M40.",
"“Pandangan jauh kerajaan ini juga bertujuan mengurangkan beban keberhutangan anak-anak dan cucu-cucu kita di masa hadapan,” tambahnya.",
"Sementara itu, menurut laporan itu, sebanyak 92 syarikat telah memohon Skim Jaminan Prihatin DanaJamin (DPGS) setakat 10 Jun dengan jumlah jaminan yang telah diluluskan sebanyak RM2.080 bilion untuk 61 syarikat.",
"Melalui PSU pula, kerajaan secara keseluruhannya telah menyalurkan lebih RM20 bilion kepada lebih 350,000 maiikan bagi mengekalkan penggajian hampir tiga juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.",
"Di bawah PSU 4.0, sebanyak RM2.555 bilion telah disalurkan kepada 163,431 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 1,916,733 pekerja setakat 10 Jun.",
"Sebanyak RM183.123 juta telah disalurkan kepada 7,385 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 105,300 pekerja dibawah PSU 5.0 bagi tempoh yang sama. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14408 | Semarakkan semangat patriotisme | [
"SARATOK: Program Merdeka Ride #Saratok2020 bersempena sambutan Hari Kebangsaan menjadi medan terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.",
"Menurut wakil Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Kalaka, Fadli Othman berkata program tersebut bertujuan menanam semangat kekitaan dan cintakan negara serta menghargai jasa-jasa pejuang dahulu yang sanggup berkorban apa sahaja demi kemerdekaan negara.",
"Menurutnya, generasi hari ini perlu diingatkan erti kemerdekaan kerana mereka tidak melalui zaman susah payah dan derita menuntut kemerdekaan.",
"“Program Merdeka Ride #Saratok2020 yang diadakan kali ini sekurang-kurangnya dapat menanam semangat cinta dan sayang kepada negara dalam kalangan masyarakat di daerah ini.",
"“Penglibatan masyarakat Saratok dan golongan belia yang turut sama dalam kayuhan dapat menjalin hubungan silaturahim dan semangat kekitaan di samping aktiviti sihat dan bermanfaat,” katanya ketika berucap Program Berbasikal (Merdeka Ride) Sempena Hari Kebangsaan 2020 bertempat di Arena Bola Tampar Saratok semalam.",
"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz telah menyempurnakan upacara pelepasan seramai 123 orang peserta Program Merdeka Ride #Saratok2020 tersebut.",
"Program yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Kalaka itu telah mendapat kerjasama daripada Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Melango Lama Hilir dan Kampung Pagan, Grup Berbasikal Saratok serta Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Saratok.",
"Fadli berkata inisiatif melalui program ini adalah bagi menyemarakkan lagi suasana bulan kemerdekaan di daerah Saratok dengan mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang lapan kilometer (KM) kayuhan yang bermula dari Arena Bola Tampar Saratok, kampung sehingga ke Simpang Udang dan berakhir di Dataran Jam Saratok.",
"“Aktiviti sebegini diyakini mampu mengeratkan hubungan masyarakat dan dapat mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan anak muda serta penglibatan ibu bapa, selain melahirkan warga Saratok yang sihat dan cergas.",
"“Acara berbasikal juga aktiviti yang kerap diadakan setiap penganjuran aktiviti dan program di daerah ini kerana ia menjadi gaya hidup masyarakat masa kini untuk melakukan aktiviti riadah khususnya bersama keluarga,” ujarnya.",
"Sepanjang kayuhan kata Fadli, peserta mengibarkan Jalur Gemilang sekali gus menyerlahkan matlamat utama mereka dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara.",
"“Kita wajar berasa bangga mengibarkan Jalur Gemilang di mana-mana saja bagi membuktikan semangat cintakan negara dengan ikhlas.",
"“Ini yang cuba kami tekankan dalam kalangan peserta muda supaya golongan yang lahir selepas merdeka tidak alpa dengan arus kemodenan negara hingga terlupa pengorbanan pejuang negara mempertahankan tanah air,” tegasnya.",
"Hadir sama Pegawai Daerah Saratok, Mohd Ikhmal Abdullah dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Mohamad Duri.",
"Oleh Adi Safarman",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13094 | Covid-19: Angka kematian seluruh dunia cecah 783,333 | [
"AMERIKA SYARIKAT: Angka kematian akibat pandemik Covid-19 meningkat lebih tujuh ribu kes dalam tempoh 24 jam.Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat wabak itu kini sebanyak 783,333 kes.Amerika Syarikat terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 172,945 kes, diikuti Brazil dengan 109,088 kes korban dan Mexico dengan 57,774 kematian.India dan United Kingdom masing-masing merekodkan 52,889 kes dan 41,483 korban Covid-19.",
"Sementara itu, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 35,412 kes dan 30,434 kes.Dua negara terakhir yang melepasi angka kematian 20,000 adalah Sepanyol dengan 28,797 dan Peru dengan 26,658 kes.",
"Negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23971 | Gawai Nyebang, tradisi unik rai Gawai | [
"PENDUDUK di Kampung Gumbang, sebuah penempatan di kawasan sempadan berhampiran Serikin, kira-kira 50km barat daya dari sini, mempunyai cara unik untuk meraikan perayaan Gawai, yang sambutannya terjejas lagi pada tahun ini berikutan pandemik Covid-19.",
"Menggelarkan diri mereka B igumbang Bidayuh, mereka adalah satu-satunya komuniti yang meraikan ‘Gawai Nyebang’ atau sambutan tradisi selepas musim menuai dengan menganjurkan upacara ritual untuk menenangkan Kamang, semangat suci mereka.",
"Sambutan ini juga dinamakan ‘Gawai Baruk’, kata ketua kampung Atok Derop, 60, yang upacara Gawai itu akan diadakan di ‘baruk’ atau rumah istiadat Bidayuh yang pada masa dahulu digunakan sebagai tempat untuk menyimpan tengkorak milik musuh semasa era memburu kepala tetapi sekarang ia berfungsi sebagai tempat komuniti berkumpul.",
"Sebagai sebuah penempatan yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia,menjadi tradisi bagi mereka semasa perayaan ini untukmenerima atau melawat penduduk di perkampungan jiran di Kalimantan Barat, Indonesia setiap tahun, tetapi amalan itu terpaksa dilupakan sejak dua tahun lalu.",
"“Sebenarnya kami merancang untuk menjemput kumpulan kebudayaan Bidayuh dari Desa Umbo di Bengkawan, Kalimantan Barat untuk mengunjungi kami sempena perayaan Gawai tetapi (rancangan itu) terpaksa dibatalkan berikutan pandemik,” katanya ketika dihubungi Bernama.",
"Atok berkata dalam ingatannya, penduduk Kampung Gumbang pernah melawat penempatan Desa Senebe pada 2013 dan Desa Tangguh pada 2015,yang terletak di Kalimantan Barat dan kunjungan sempadan terakhir sempena perayaan Gawai dilakukan pada 2019 manakala rakan mereka membalas lawatan itu secara berselang tahun.",
"Memandangkan rentas sempadan telah dilarang sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19, lawatan itu telah dihentikan tetapi ia sama sekali tidak melemahkan semangat penduduk Kampung Gumbang untuk meraikan Gawai Nyebang.",
"Untuk terus menunaikan kewajipan tradisi mereka untuk perayaan itu sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP, hanya Atok dan ketua upacara kampung Anyan Jikan, bersama beberapa ahli jawatankuasa terlibat dalam upacara tersebut. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=31882 | Inkubator SAGO lengkapi usahawan makanan | [
"LIONEL Ho dan Arif Abdul Rahman bekerjasama dalam membangunkan ‘Inkubator Gastronomi Sarawak’ (Inkubator SAGO), program inkubasi usahawan makanan pertama di Sarawak.",
"KUCHING: The Hills Kuching, WAT Sarawak dan Retrospective Discovery LLP bekerjasama dalam membangunkan ‘Inkubator Gastronomi Sarawak’ (Inkubator SAGO), program inkubasi usahawan makanan pertama di Sarawak dan inovasi teknologi baharu seperti platform penghantaran makanan dan e-dagang.",
"“Perniagaan makanan memainkan peranan penting dalam ekonomi dan budaya bandar kita. Sekatan wabak mendorong usahawan mengubah cara mereka menjalankan perniagaan,” kata Ketua Pegawai Operasi The Hills, Lionel Ho.",
"Majlis pelancaran Inkubator SAGO telah diadakan di The Grounds Premium Coworking Space di The Hills, semalam.",
"Inkubator SAGO ialah program 11 minggu untuk melengkapkan usahawan makanan dengan kemahiran inovasi makanan, kepintaran perniagaan dan kemahiran pembangunan pasaran untuk mengembangkan perniagaan makanan mereka dan berjaya dalam ekonomi digital. ",
"Program ini direka khusus untuk melahirkan generasi baharu usahawan makanan yang inventif, kreatif dan mempunyai kepintaran perniagaan untuk meletakkan gastronomi Sarawak di peta di pasaran antarabangsa.",
"Usahawan makanan yang dipilih untuk program ini akan mempunyai akses kepada dapur komersil, bengkel, kelas induk, klinik dan bimbingan daripada usahawan makanan yang berpengalaman dan berjaya, pakar industri, dan pemain ekosistem utama.",
"Beberapa mentor termasuk Chef Achang Libat, Datin Dona Drury-Wee dari Cultural Heritage and Arts Society Sarawak, Cliff Chong dari Big Coconut Western, Amin Azninzan dari Kedey Kamek, Jasbir Kaur dari Masterchef Asia, Lee Swee Lin dari PichaEats, Alan Soo dari Alfresco Kuching dan Marichelle Livan Lah dari Restoran Lepau.",
" “Sebagai salah satu tambahan terbaharu kepada bandar raya Gastronomi Kreatif Unesco, F&B Sarawak berpotensi untuk menjadi penyumbang utama kepada ekonomi tempatan kita dan menyediakan lebih banyak peluang kepada usahawan makanan tempatan kita,” kata Rakan Urusan Retrospective Discovery LLC, Arif Abdul Rahman.",
"“Dengan negeri ini menerima pakai ekonomi digital dengan pantas, kita juga perlu memastikan industri seperti perkhidmatan F&B dapat bersaing dalam ekonomi digital dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat Sarawak,” tambah Arif.",
"Program Inkubator SAGO ini akan berlangsung dari akhir Mei hingga awal Ogos.",
"Permohonan masih dibuka dan akan ditutup pada pada 16 Mei 2022. Hanya 10 usahawan makanan yang dicari.",
"",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=46615 | Anugerah PSIEA perangsang usahawan, organisasi melangkah cemerlang | [
"KUCHING: Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak (PSIEA) 2023 merupakan penganugerahan dalam menyemarakkan kecemerlangan organisasi di Sarawak.",
"Simbolik perasmian majlis tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh di sini, esok.",
"Dengan tema “Prosperity, Inclusivity, Sustainability: Advancing Sarawak Toward 2030”, merupakan penganjuran bersama Sarawak Business Federation (SBF), Jabatan Premier Sarawak dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).",
"Menerusi kenyataan media MPC, Presiden SBF Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg berkata, pemenang akan dinilai menggunakan penilaian Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) iaitu kriteria yang sama digunakan bagi Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI).",
"“Organisasi yang menyertai anugerah ini diberikan skor dan setiap kategori akan dipilih bagi menerima anugerah Emas, Perak dan Gangsa. ",
"“Anugerah ini akan dapat mengenalpasti amalan terbaik organisasi di Sarawak yang telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. ",
"“Organisasi yang cemerlang ini diharap akan menjadi model rujukan dan penyuntik semangat serta persaingan sihat di kalangan industri di Sarawak khasnya,”katanya. ",
"Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah MPC Zahid Ismail menggesa semua usahawan dan organisasi di Sarawak untuk memulakan langkah kecemerlangan perniagaan untuk mewujudkan lebih banyak organisasi yang cemerlang dan berdaya saing dengan menggunapakai MBEF. ",
"“Selari dengan rangka kerja daya saing yang mengukur kecekapan perniagaan melalui ketangkasan organisasi melalui tujuh kriteria utama iaitu kepimpinan, perancangan, maklumat, pelanggan, sumber manusia, proses dan hasil. ",
"“Saya yakin, anugerah ini akan menjadi pemangkin untuk menyebar luas konsep Business Excellence (BE) kepada organisasi-organisasi di Sarawak dan seterusnya menjadi sebahagian dari komuniti Business Excellence,” katanya. ",
"Turut dijangka hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Ahli Lembaga Pengarah MPC Jefri Ahmad Tambi dan Pengarah MPC Sarawak Dr. Mazlina Shafi’i.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=3731 | Tambah baik proses pelaburan dalam negara | [
"KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah proses kelulusan pelaburan terutamanya projek berimpak tinggi hendaklah ditambah baik agar lebih cekap dan pantas. ",
" Seri Paduka bertitah penambahbaikan tersebut penting bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke dalam negara.",
"“Menyedari pentingnya suntikan pelaburan bagi merancakkan ekonomi negara, kerajaan beta akan terus mempermudahkan urusan perniagaan bagi meningkatkan aktiviti pelaburan. ",
"“Hal ini termasuk keperluan mengemas kini undang-undang, proses kelulusan dan insentif sedia ada,” titah Seri Paduka semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, di sini, semalam. ",
" Dalam Titah Diraja, Seri Paduka menyatakan kerajaan akan terus merancang, memperkenal serta melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bagi merancakkan aktiviti ekonomi untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan rakyat. ",
" Ke arah itu, Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 akan menjadi pencetus kepada hala tuju pembangunan negara, titah baginda. ",
"“Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang akan dibentangkan merupakan fasa pertama Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. ",
"“Beta yakin dasar dan strategi rancangan tersebut yang di rangka melalui penglibatan pelbagai pihak akan dapat meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara yang akhirnya akan dinikmati oleh rakyat jelata keseluruhannya,” titah Al-Sultan Abdullah. ",
" WKB 2030 bermatlamat supaya segenap lapisan rakyat dapat mengecap taraf hidup yang wajar dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama serta inklusif. Selain itu, jurang ekonomi dan pembangunan antara kelas pendapatan, wilayah, etnik dan rantaian bekalan akan dapat dirapatkan. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=44065 | Harga runcit minyak masak sawit tulen kekal sehingga 7 Mei – Salahuddin | [
"KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pihak industri bersetuju untuk mengekalkan harga runcit minyak masak tulen untuk tempoh 8 April hingga 7 Mei ini bagi memastikan pengguna tidak terjejas dengan kenaikan harga runcit minyak masak sawit tulen menjelang sambutan Aidilfitri. ",
"Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, harga runcit maksimum bagi minyak masak kelapa sawit tulen (botol) adalah RM 6.90 bagi kuantiti 1 kilogram (kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM 30.90 bagi 5kg. ",
"“Pengekalan harga runcit minyak masak sawit kemasan botol ini melibatkan pembayaran subsidi kepada pengilang-pengilang penapis secara tuntutan bayaran balik berdasarkan nilai tuntutan sebenar.",
"“Pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti iaitu individu boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.",
"Selain itu, Salahuddin berkata, KPDN akan meneruskan pemantauan di samping menggalakkan pengguna agar menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN.",
"“Maklumat boleh disalurkan secara rasmi melalui saluran portal eaduan.kpdn.gov.my, aplikasi Whatsapp menerusi talian 019-2794317 dan Ez ADU KPDN,” katanya.",
"Terdahulu, beliau memaklumkan terdapat kenaikan harga minyak sawit mentah untuk Mac berbanding bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000 per tan matrik.",
"Beliau berkata, purata harga minyak sawit mentah untuk Mac 2023 adalah sebanyak RM4,139 per tan matrik berbanding RM3,908 per tan matrik pada Februari 2023 sekali gus menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen kemasan botol berdasarkan harga siling bergerak. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14674 | LAPAN MAUT 14 CEDERA dalam insiden tembakan | [
"BANDAR MEXICO: Lapan terbunuh manakala 14 yang lain cedera dalam kejadian tembakan di Cuernavaca, bandar percutian hujung minggu yang popular Mexico City, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai tempatan pada Rabu.",
"Menurut saksi kejadian penyerang tiba dengan menaiki kenderaan di sebuah rumah di kejiranan Antonio Barona dan melepaskan tembakan ke arah mereka yang sedang berkabung berikutan kematian seorang pemuda akibat nahas jalan raya.",
"Pejabat Peguam Negara Morelos dan polis negeri berkata dalam satu kenyataan, dua remaja, berusia 15 dan 16 tahun antara yang maut dalam serangan berlaku kira-kira 10.40 malam waktu tempatan pada Selasa.Empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala yang lain ketika dalam perjalanan ke hospital.",
"Tiga wanita dan 11 lelaki yang cedera, termasuk dua kanak-kanak turut dirawat di hospital.",
"Pihak berkuasa mengatakan siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada jenayah terancang.",
"Bandar Cuernavaca, sejak kebelakangan ini menyaksikan peningkatan jenayah berkaitan dadah kerana terletak di laluan perdagangan antara selatan Mexico dan sempadan utara dengan Amerika Syarikat.- Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=28362 | RM4.803 bilion untuk pembangunan luar bandar | [
"SEJUMLAH RM4.803 bilion atau 64 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan akan diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai projek infrastruktur berasaskan desa dan program berfokus pada rakyat. ",
"Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, usaha tersebut dilakukan bagi mengatasi ketidakseimbangan bandar dan luar bandar di samping mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan peluang perniagaan kepada rakyat.",
"Katanya, sejumlah RM1.18 bilion akan diperuntukkan pada Belanjawan 2022 bagi memperhebatkan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan, pelabuhan, serta infrastruktur sungai di seluruh Sarawak.",
"Di samping itu jelasnya, pembinaan projek infrastruktur utama seperti jaringan jalan raya, lapangan terbang dan pengangkutan bandar juga akan terus dilaksanakan tahun depan. ",
"“Pelaksanaan projek-projek ini akan memberikan akses, hubungan yang lebih besar dan akan membuka lebih banyak kawasan luar bandar untuk pertanian dan pembangunan sosioekonomi yang lain,” katanya pada sidang media setelah mempengerusikan Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).",
"Selain itu Abang Johari turut mengatakan Kerajaan Sarawak komited untuk terus meningkatkan kemudahan dan infrastruktur taman perindustrian di negeri ini.",
"Katanya, Belanjawan 2022 akan memperuntukkan sejumlah RM124 juta untuk program perindustrian di Sarawak seperti Kawasan Perindustrian Sibu, Taman Perindustrian Demak Laut dan Kawasan Perindustrian Sematan.",
"Abang Johari menambah, penekanan yang lebih besar akan diberikan untuk mendapatkan pelaburan yang lebih berkualiti seperti pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) bagi meletakkan Sarawak sebagai destinasi peringkat teratas untuk pelaburan, pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan.",
"“Justeru itu, InvestSarawak akan digabungkan pada tahun 2022 sebagai platform untuk mewujudkan inisiatif ini. Sementara dalam usaha menghidupkan kembali sektor pelancongan, sejumlah RM131 juta akan disediakan pada Belanjawan 2022 untuk pengembangan, promosi, dan warisan budaya pelancongan di Sarawak,” ujarnya.",
"Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengumumkan penubuhan Dana Warisan, Kesenian dan Budaya pada tahun 2022, yang mana sejumlah RM10 juta akan diperuntukkan kepada dana berkenaan.",
"Bantuan khas ini katanya, akan membantu organisasi dan persatuan warisan, seni, dan budaya untuk mengatur aktiviti dan meningkatkan keupayaan organisasi bagi meningkatkan industri tersebut di negeri dan juga negara ini.",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=24446 | Hungary dilanda gelombang panas | [
"BUDAPEST: Pihak berkuasa Hungary mengeluarkan amaran gelombang panas tahap kedua pada hari Sabtu, ketika musim panas pertama melanda negara Eropah tengah.",
"Amaran ini berkuatkuasa mulai hari Sabtu hingga tengah malam hari Selasa, kata ketua pegawai perubatan, Cecilia Muller.",
"“Suhu tinggi memberi tekanan walaupun pada tubuh yang sihat.",
"“Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kurang tumpuan yang berbeza,” kata Perkhidmatan Meteorologi Nasional (OMSZ) dalam satu kenyataan.",
"Menurutnya, kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit kardiovaskular sangat berisiko.",
"Menurut OMSZ, suhu di sebahagian besar negara diramal melebihi 25 darjah Celsius pada hari Sabtu, kecuali tiga daerah yang terletak di pergunungan timur laut.",
"Suhu diramalkan panas hingga 31-35 darjah Celsius pada siang hari pada hari Sabtu.",
"Di sebahagian besar negara, sinaran UV-B juga dijangka sangat kuat.",
"Pejabat Datuk Bandar Budapest berkata, “pulau penyejuk” akan didirikan di bandar raya ini pada musim panas ini, menyediakan air sejuk dan tempat teduhan. –Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=14122 | 20 TERKORBAN DALAM BANJIR | [
"KARACHI: Lebih 20 orang disahkan terkorban dalam kejadian banjir susulan hujan yang melanda ibu kota Pakistan, Karachi.",
"Ketika ini operasi memindahkan mangsa ke kawasan lebih selamat sedang giat dijalankan.",
"Kejadian banjir itu turut mengakibatkan ramai mangsa yang terperangkap dan ada yang terpaksa bermalam di pejabat kerana terkandas.",
"Situasi itu turut menyebabkan berlakunya gangguan elektrik, sekali gus menambah penderitaan bagi penduduk di bandar berpopulasi 15 juta orang itu.",
"Setiap tahun, kebanyakan bandar di Pakistan dilanda banjir sehingga mengundang kritikan mengenai perancangan yang teruk.",
"Musim tengkujuh berlangsung dari bulan Julai hingga September.-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=44472 | Jual RON95 kepada warga asing, pengusaha stesen minyak dikenakan tindakan | [
"BINTULU: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Bintulu mengambil tindakan ke atas sebuah stesen minyak di sini, disyaki menjual minyak petrol bersubsidi RON95 kepada warga asing. ",
"Menurut Ketua Cawangan Pejabat KPDN Bintulu Al Redzamani Abdul Razak, stesen minyak terbabit dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).",
"“Tindakan tersebut diambil atas aduan tular di salah satu halaman media sosial tempatan menunjukkan salah sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran negara jiran sedang mengisi minyak petrol bersubsidi ke dalam tangki kenderaan. ",
"“Ini juga mengulas dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab apabila mendakwa pihak KPDN gagal mengambil tindakan ke atas pengusaha minyak yang menjual minyak petrol RON95 dan diesel kepada kenderaan asing,” katanya dalam satu kenyataan.",
"Tegas beliau, pengusaha stesen minyak dilarang menjual minyak bersubsidi itu kepada semua pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran asing. ",
"“Pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan bekalan bahan bakar itu tidak dijual sewenangnya kepada pemilik kenderaan asing selepas pembukaan penuh sektor ekonomi dan pintu sempadan negara sejak April tahun lalu. ",
"Jelasnya, bagi memastikan tiada ketirisan penjualan minyak petrol RON95 dan diesel, pihak KPDN sedang mempergiat penguatkuasaan untuk memastikan semua pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran asing termasuk motosikal tidak dibenarkan untuk mengisi bahan bakar itu.",
"Bagaimanapun, kata beliau, pemilik kenderaan asing dibenarkan untuk mengisi minyak RON97 di semua stesen minyak di seluruh negara.",
"“Pengusaha stesen minyak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta manakala RM3 juta jika melakukan kesalahan berikutnya. ",
"“Orang perseorangan yang didapati bersalah menjual minyak petrol RON95 dan diesel kepada kenderaan asing boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. ",
"“Syarikat yang didapati bersalah menjual kedua-dua bahan bakar itu pula boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala RM5 juta jika melakukan kesalahan kedua,” jelasnya.",
"Ujar beliau, pihak KPDN Bintulu tidak akan berkompromi dan menegaskan kepada semua pihak terutama pengusaha stesen minyak agar sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan yang tegas. ",
"“Selain memantau melalui kamera litar tertutup (CCTV), orang ramai juga diminta memberi kerjasama dengan membuat laporan kepada pihak KPDN,” katanya lagi.",
"Oleh Carolyne Utih",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=12258 | 7,500 penduduk terima bekalan air terawat | [
"SRI AMAN: Seramai 7,500 penduduk dalam kawasan Agropolitan Seduku dan Stumbin, Bijat kini sudah mula menikmati bekalan air terawat menerusi Projek Bekalan Air Grid Sarawak kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri.",
"Menurut beliau, penduduk dari kedua-dua kawasan berkenaan mula menikmati hasil Projek Bekalan Air Grid Sarawak berkenaan setelah ia dilaksana sepenuhnya pada penghujung tahun lepas dengan kos sebanyak RM1.4 juta.",
"“Projek yang dilaksana oleh pihak Kementerian Utiliti melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak selaku agensi perlaksananya itu bertujuan untuk mengatasi masalah isu gangguan bekalan air di kawasan-kawasan berkenaan selama ini.",
"“Skop projek ini telah melibatkan pemasangan saluran paip jenis HDPE 400mm sepanjang dua kilometer di jajaran alternatif untuk menggantikan paip sedia ada di kawasan berlakunya hakisan tanah di tebingan Sungai Batang Lupar serta Jalan Skait-Gran Ring,” kata beliau.",
"Simoi turut memberitahu projek ini telah menunjukkan Kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) sememangnya mengutamakan hak penduduk Bumi Kenyalang di samping prihatin terhadap kehendak serta keperluan mereka selama ini.",
"“Lagipun, Kerajaan Sarawak juga akan terus bertindak memastikan proses pembangunan penduduk dalam kawasan luar bandar dalam negeri ini diteruskan dari masa ke semasa termasuk di DUN Lingga.",
"“Ia termasuklah penyediaan keperluan asas seperti bekalan air di kawasan Agropolitan Seduku dan Stumbin Bijat yang kini sudah pun menikmati bekalan air terawat dari Loji Rawatan Air Agropolitan Seduku serta Loji Rawatan Air Stumbin Bijat,” tambah beliau.",
"Simoi merakamkan penghargaannya tidak terhingga kepada Menteri Utiliti dan pihak JBALB Sarawak yang telah bertindak memastikan Projek Bekalan Air Grid Sarawak di Agropolitan Seduku dan Stumbin Bijat siap dilaksana sebelum ini.",
"“Terima kasih saya ucapkan kepada Dato Sri Stephen Rundi Utom (Menteri Ulitili), Setiausaha Tetapnya, Dato Ir. Alice Jawan, Pengarah JBALB, Ir. Chang Kuet Shian dan mereka yang terlibat secara langsung dalam Projek Bekalan Air Grid Sarawak di sini,”katanya.",
"Simoi turut menambah Loji Rawatan Air Agropolitan Pulau Seduku dan Stumbin Bijat telah pun menerima bekalan air tambahan dari Loji Rawatan Air Bayai di Bandar Simanggang untuk memastikan penduduk setempat mendapat bekalan air yang berkualiti dari masa ke semasa.",
"Oleh Valentine Ngumbang",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=21072 | Pembelian minyak masak dihadkan di Kapit | [
"KAPIT: Sesetengah peniaga mengehadkan penjualan minyak masak paket bagi mengekang pembelian panik susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).",
"Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kapit, Al-Redzamani Abdul Razak berkata, terdapat peniaga membenarkan pelanggan membeli produk itu dalam jumlah tertentu.",
"Menurutnya, ia susulan arahan yang dikeluarkan pada 19 Januari lalu berkenaan had pembelian minyak masak paket maksimum hanya 3 paket untuk seorang pelanggan.",
"“Ada antara peniaga dan pengusaha pasar raya hanya membenarkan pembelian tiga kilogram minyak masak paket bagi setiap pelanggan dan ia tidak menyalahi peraturan,” jelasnya dalam satu kenyataan, semalam.",
"Beliau menjelaskan, tiada isu kekurangan bekalan barang keperluan asas termasuk minyak masak paket dan minyak masak berbotol di sekitar Kapit sejak kerajaan mengumumkan PKPB, berkuat kuasa 18 Januari lalu lalu.",
"Berkenaan kekurangan minyak masak paket, pihak penguat kuasa KPDNHEP akan berhubung terus dengan 10 peruncit terpilih yang dilantik sebagai Dedicated District Retailer (DDR) sekitar Bahagian Kapit termasuk Daerah Song dan Daerah Belaga jika terdapat masalah daripada punca bekalan yang rata-ratanya daripada pembekal atau pemborong-pemborong di Sibu.",
"Tambah beliau, Bahagian Kapit tidak mempunyai syarikat-syarikat pembungkus minyak masak dan pemborong menyebabkan peniaga-peniaga di Kapit bergantung kepada bekalan daripada Sibu, bukan sahaja minyak masak paket tetapi termasuk barang keperluan asas lain seperti tepung gandum, gula pasir dan beras.",
"“Bagaimanapun, Bandar Kapit sendiri terdapat beberapa kedai runcit yang dilantik menjadi Point of Sales dibawah Program Penyeragaman Harga Barangan Keperluan bagi memastikan keberadaan bekalan minyak masak paket di pasaran.",
"“Minyak masak paket 1kg dijual pada harga RM2.50 sen yang ditetapkan dalam Program Skim Rasionalisasi Subsidi Harga Minyak (COSS),” katanya.",
"Sementara itu, tinjauan pemantauan pematuhan harga barangan bersama pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNHEP di beberapa premis di sini, mendapati harga barangan masih tidak melebihi harga ditetapkan kerajaan terutama di beberapa Point of Sales yang termasuk dalam Program Penyeragaman Harga Barangan Keperluan Asas.",
"Untuk kestabilan bekalan, pihak peniaga dinasihatkan mencetak dan mempamerkan notis had jualan minyak masak paket yang jelas kepada pengguna.",
"“Setakat hari ini, KPDNHEP Kapit belum lagi menerima sebarang aduan berkenaan kekurangan bekalan keperluan asas, kenaikan harga dan pembelian panik sejak 1 Januari lalu” ujarnya lagi.",
"Katanya, peniaga diberi amaran agar jangan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga yang melampau semasa PKPB dan diharapkan semua peniaga dapat mematuhi peraturan perniagaan yang telah ditetapkan.",
"Menurutnya lagi, sebarang aduan atau pertanyaan boleh disalurkan kepada Kementerian ini melalui pusat panggilan di talian 1800 886 800 atau aplikasi telefon pintar Ez ADU dan juga WhatsApp ke 019-279 4317.",
"“Bilik gerakan ‘Enforcement Command Centre’ KPDNHEP cawangan Kapit dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja dan boleh dihubungi di talian 084-799678 untuk menyalurkan apa-apa aduan,” ujarnya.",
"Oleh AKUN GIMAN",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=8126 | Selipar jepun, air kosong jadi mas kahwin | [
"LOMBOK: Sepasang suami isteri dari Lombok Tengah, Indonesia, dapat perhatian ramai di media sosial gara-gara mas kahwin hanya sepasang selipar jepun dan sebekas air kosong.",
"Mereka ialah Yudi Anggata, 24, iaitu pengantin lelaki dari kampung Braim dan Helmi, 20, pengantin perempuan dari kampung Desa Jurit, Lombok Tengah, lapor AFP.",
"Menerusi rakaman video yang tular di Facebook, pengantin lelaki menjadi tumpuan di media sosial kerana mas kahwinnya sangat sederhana.Helmi seorang model yang cantik mengahwini Yudi pada 3 Julai lalu.Dalam video tersebut, Yudi mengulangi ijab kabul beberapa kali kerana gugup.",
"Menurut Helmi, mas kahwin itu atas permintaannya kerana tidak mahu membebankan pihak lelaki.",
"“Benar, saya tak mahu menyusahkan suami dan keluarga. Jadi hanya meminta selipar jepun dan sebekas air kosong.",
"“Sebaik majlis akad nikah selesai, saya minum air tersebut dan selipar itu akan disimpan. Saya juga akan tunjukkan kepada anak nanti,” katanya.",
"Helmi juga menolak dakwaan sesetengah pihak mengenai selipar dikatakan mempunyai nilai sentimental buat mereka sebaliknya dia memberitahu, tiada sebarang maksud tetapi sekadar untuk dikenang.-AFP",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=4721 | Kanak-kanak seawal 8 tahun mula merokok | [
"GEORGE TOWN: Mungkin fakta ini agak mengejutkan, namun ia benar berlaku apabila kanak-kanak di Malaysia sedari usia lapan tahun sudah pandai menghisap rokok.",
"Menurut Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V Subbarow, fakta tersebut merupakan hasil dapatan daripada tinjauan yang dibuat oleh CAP berkenaan penggunaan rokok dalam kalangan belia.",
"Beliau berkata, hasil tinjauan juga mendapati kanak-kanak seawal umur lima hingga tujuh tahun sudah mula terdedah dengan rokok apabila mereka disuruh untuk membeli rokok oleh bapa mereka di kedai runcit.",
"“Selain itu, akses untuk mendapatkan rokok ini pun mudah kerana ada peniaga kedai yang menjual sebatang rokok…tak perlu beli sekotak rokok pun. Jadi, dari sini kanak-kanak ini mula belajar dengan membeli sebatang rokok dan cuba menghisapnya,” katanya kepada Bernama.",
"Justeru, sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia esok dengan tema ‘Belia’ beliau menyeru kerajaan agar lebih tegas dalam melindungi golongan belia termasuk kanak-kanak daripada terus dimanipulasi oleh industri tembakau dengan melarang penggunaan rokok dalam kalangan mereka.",
"Subbarow berkata, pihak Jabatan Belia dan Sukan juga harus agresif dalam memberikan penerangan dan pendedahan kepada golongan belia akan impak besar dan risiko yang bakal diperoleh hasil daripada merokok.",
"“Kita lihat Jabatan Belia dan Sukan ini lebih menumpukan pada aspek mencungkil bakat belia dalam bidang sukan seperti bola sepak, namun dari sudut penggunaan bahaya merokok ini amat kurang. Sepatutnya perkara ini perlu lebih diberi perhatian kerana ia mengancam nyawa apatah lagi golongan belia merupakan harapan negara,” katanya dan menambah penekanan kepada penguatkuasaan juga harus diberi keutamaan selain didikan ibu bapa yang bermula dari rumah.",
"Sementara itu, Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata terdapat kira-kira lima juta perokok di Malaysia dan 10 peratus daripada jumlah itu berusia di bawah 19 tahun. ",
"“Ketika CAP membuat tinjauan pada 2019, CAP terkejut mendapati kanak-kanak sekolah menghisap vape malah terlibat dalam menjual isian semula e-cecair bagi alat e-rokok. Pada penghujung 2019, terdapat kira-kira 7,000 perasa e-rokok di pasaran. Kepelbagaian perasa yang tersedia itu adalah untuk memikat pembeli dan menjadikannya satu tabiat atau ketagih kepada nikotina,” katanya.",
"Memetik laporan khas Philip Morris pada 1981, beliau berkata laporan itu menyebut majoriti perokok mula merokok ketika usia belasan tahun dan belia hari ini bakal menjadi pelanggan tetap rokok pada masa depan dengan mula membuat pilihan jenama pada usia remaja.",
"Sehubungan itu Mohideen berkata, pihaknya mendesak kerajaan supaya memperkenalkan Akta Kawalan Tembakau bagi menggantikan Peraturan Kawalan Produk Tembakau (CTPR) 1993 yang tertakluk di bawah Akta Makanan 1983. ",
"Beliau berkata, tanpa pengekangan dalam industri, adalah mustahil untuk mengurangkan RM7.4 bilion yang diperlukan oleh kerajaan untuk merawat penyakit utama yang dikaitkan dengan tabiat merokok menjelang 2025.",
"Selain itu, katanya Kementerian Pendidikan juga boleh mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan isu kawalan tembakau sebagai sebahagian daripada silibus pendidikan. – BERNAMA",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=13599 | Jentera PBB bersedia pertahan Sebuyau | [
"SEBUYAU: Jentera pilihan raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sebuyau bersiap sedia untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau.",
"Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi berkata, usaha itu adalah demi meneruskan agenda pembangunan yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.",
"“Kita di Sebuyau yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri dan percaya agenda pembangunan secara menyeluruh yang dibawa oleh kerajaan GPS,” tegasnya.",
"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata demikian dalam amanatnya pada Mesyuarat Cawangan PBB Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau, baru-baru ini.",
"Mesyuarat dipengerusikan Julaihi Narawi yang juga Naib Yang DiPertua PBB Negeri Sarawak dan Ketua PBB Cawangam Sebuyau.",
"Beliau turut menambah perpaduan kaum, agama dan kepelbagaian latar belakang rakyat Sarawak hari ini merupakan kunci utama kepada kelestarian pembangunan Sarawak.",
"“Sehubungan itu saya menyeru ahli-ahli GPS supaya menolak pihak luar yang kerap memainkan isu yang boleh mencetuskan ketengangan sesama kita.",
"“Saya turut yakin rakyat di Sebuyau akan terus menyokong kerajaan GPS untuk masa hadapan yang lebih baik,” katanya.",
"Oleh Zarina Abdullah",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=23920 | Harimau Malaya perlu ‘belajar’ | [
"SEJAK kali terakhir beraksi pada November 2019, pasukan bola sepak negara seperti dijangka memerlukan masa dalam mencapai semula keserasian selepas tewas 1-4 kepada Kuwait pada aksi persahabatan antarabangsa tertutup di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) lewat malam semalam.",
"Selain menjadi medan menilai keupayaan setiap pemain, perlawanan di Stadium The Seven itu memberi peluang kepada Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe menentukan kombinasi terbaik menjelang cabaran sebenar, bulan depan.",
"Skuad Harimau Malaya akan menentang UAE pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam saingan pusingan kedua Kumpulan G kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.",
"Bagi penulis, kekalahan itu menyerlahkan kekurangan skuad kebangsaan, selain menunjukkan kelemahan perlu segera diperbaiki dan ia sesuatu apa yang diinginkan Cheng Hoe dalam menyediakan skuad terbaik.",
"Pengendali berusia 52 tahun itu turut melakukan sembilan pertukaran pada separuh masa kedua perlawanan untuk memberi peluang kepada pemain mendapatkan semula rentak permainan selepas 18 bulan tidak beraksi sebagai sebuah pasukan.",
"Terdahulu, beliau menurunkan pemain sayap Muhammad Akhyar Abdul Rashid dalam kesebelasan utama pasukan untuk memberi peluang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menutup kritikan berhubung pemilihannya bersama pasukan negara.",
"Selain itu, Cheng Hoe turut menguji kekuatan benteng pertahanan negara yang kehilangan khidmat pemain JDT Mohd Shahrul Mohd Saad dengan menggandingkan kapten pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak bersama pertahanan Kuala Lumpur City FC Muhammad Irfan Zakaria.",
"Aksi tersebut turut menyaksikan ketiga-tiga penjaga gol – Mohd Farizal Marlias, Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid dan Samuel Jacob Somerville diberi minit permainan bagi membuktikan keupayaan sebagai benteng terakhir pasukan.",
"Dengan limpahan pemain berbakat, ditambah kehadiran beberapa tonggak baharu antaranya dua pemain naturalisasi Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula yang meledak gol tunggal pasukan negara semalam, sememangnya Cheng Hoe memerlukan masa melakukan penyesuaian pasukan.",
"Bagi penulis, kelemahan dan kekurangan yang terserlah dalam perlawanan menentang Kuwait itu akan dijadikan panduan dalam membina sebuah pasukan mantap untuk diuji sekali lagi pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Bahrain di Manama, Jumaat ini.",
"Berkongsi pandangan sama adalah bekas pemain tengah skuad kebangsaan Hairuddin Omar yang mengakui perlawanan persahabatan sentiasa dinantikan setiap ketua jurulatih bagi menguji taktikal dan strategi pasukan sebelum menghadapi cabaran sebenar.",
"“Walaupun keputusan perlawanan memainkan peranan, aksi malam tadi tidak boleh jadi ukuran untuk kita cepat menilai prestasi sebenar,” katanya yang juga bekas penolong ketua jurulatih skuad Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan kepada Bernama, hari ini.",
"Dari aspek individu, Hairuddin berkata peluang diturunkan pada aksi pemanas badan perlu digunakan sebaiknya setiap pemain bagi membina semula persefahaman dalam pasukan, terutama selepas tidak beraksi sebagai sebuah pasukan dalam tempoh yang lama.",
"“Kita kena faham, 18 bulan satu tempoh yang lama, pemain memerlukan masa untuk menemui rentak. Saya harap mereka bangkit mempamerkan kualiti dalam aksi menentang Bahrain,” kata beliau.",
"Ketika ini, skuad Harimau Malaya memerlukan sokongan padu ‘ekor’ nya dalam merealisasikan misi ke Piala Asia 2023 dan sebagai penyokong, mainkan peranan dengan bertanggungjawab bagi mengangkat moral pasukan negara untuk mencipta kejayaan bersejarah.",
"Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas Piala Asia adalah ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007, namun sudah lebih 40 tahun Malaysia gagal meraih slot automatik Piala Asia sejak edisi 1980 di Kuwait.",
"Jika layak ke Piala Asia 2023 secara automatik menyaksikan Malaysia turut mara buat julung kalinya ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia sekali gus menghidupkan peluang untuk mengintai slot ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar. – Bernama",
"\nSee author's posts\n"
] |
https://www.utusansarawak.com.my/?p=27399 | Rohani berkarya di dinding bangunan | [
"Ruang dinding yang kosong, nampak bosan dan suram serta tiada elemen yang mampu menceriakan suasana mencetuskan idea bagi seorang wanita untuk menghasilkan lukisan mural.Menurut Rohani Sulaiman,39, lukisan mural merupakan seni yang sangat indah jika corak dan hiasan rekaannya itu dilukis pada sesuatu dinding.Katanya, lukisan mural bukan sahaja mampu merubah suasana malah mampu menceriakan sesuatu ruang.“Sesuatu ruang atau dinding tidak seharusnya dibiarkan kosong sahaja. Ia akan nampak lebih menarik jika dihias dengan lukisan mural,” katanya.Beliau yang bertugas di salah sebuah sekolah rendah di sini berkata, untuk menghasilkan lukisan mural bukanlah sesuatu yang mudah.Katanya, melukis mural pada dinding tidak semudah melukis di atas sekeping kertas lukisan.“Ini kerana ruang yang digunakan untuk melukis mural jauh lebih besar dan luas berbanding dengan kertas lukisan.“Ia juga memerlukan ketelitian yang tinggi serta teknik yang betul supaya hasilnya nanti dapat dilihat dengan jelas dari jauh mahupun dekat,” ujarnya.Bercerita mengenai konsep atau tema lukisan mural yang dihasilkan, wanita yang memiliki ‘tangan ajaib’ ini berkata, kebiasaannya tidak ada sesuatu konsep specifik yang dilukisnya.“Tema diambil mengikut kesesuaian sesuatu ruang atau dinding.“Kebiasaannya, saya lebih suka melukis gambar kartun, pemandangan air terjun, hidupan laut, ruang angkasa, kartun, watak adiwira, mural lantai, mural tiga dimensi (3D) dan beberapa yang lain.“Gambar-gambar sebegini dipercayai mampu menceriakan sesuatu ruang dan dilihat bersesuaian bagi kawasan sekolah,” jelasnya.Apabila ditanya mengenai cabaran utama sepanjang melukis mural, Rohani memberitahu, faktor cuaca merupakan salah satu rintangan yang tidak dapat dielakkan.Katanya, apabila berlakunya hujan, kerja-kerja untuk menghasilkan mural terpaksa ditangguhkan.“Ini disebabkan keadaan permukaan dinding yang basah.“Selain itu, cabaran paling besar juga adalah menghasilkan karya bermutu dan menguruskannya selepas dihasilkan,” katanya.Menurut Rohani, sesuatu lukisan mural mampu disiapkan dalam tempoh dua hingga ke tujuh hari.Katanya, ia bergantung dengan corak atau lukisan yang bakal dihasilkan termasuklah keluasan serta struktur sesuatu dinding yang digunakan.“Jika ruang kecil, dalam dua hari pun boleh siap. Namun, jika ruang besar dan konsep yang ingin dihasilkan lebih rumit, kadang-kadang ia memakan masa hampir seminggu,” jelasnya.Selain meminati bidang lukisan mural, Rohani turut memiliki bakat terpendam dalam menghasilkan pelbagai jenis kraftangan.Pelbagai barangan seperti bekas pen, tabung duit syiling dan tempat letak bunga dihasilkan dari bahan-bahan buangan.“Saya menggunakan bahan buangan seperti botol plastik, bekas syampu, bekas sabun pencuci dan sebagainya.“Penggunaan bahan kitar semula ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos malah mampu membantu dalam mengurangkan sampah sarap,” ujarnya.",
"Oleh NURZILLA MOHAMAD",
"\nSee author's posts\n"
] |
Subsets and Splits