url
stringlengths
33
217
headline
stringlengths
5
198
content
sequence
https://ering.com.my/2018/01/samsung-galaxy-j2-pro-dilancarkan-dengan-paparan-5-dan-kamera-8mp/
Samsung Galaxy J2 Pro Dilancarkan Dengan Paparan 5” Dan Kamera 8MP
[ "Sebelum ini eRing pernah kongsikan rekaan Samsung Galaxy J2 Pro yang tertiris dan selepas beberapa minggu kami kongsikan pula sarung pelindung yang tertiris di laman rasmi Samsung sendiri. Bagaimanapun pada masa itu ia belum diumumkan tetapi pada hari ini ia dilancarkan secara rasmi. Telefon pintar ini didatangkan dengan spesifikasi permulaan dan dipasarkan di negara Vietnam.", "Kini Galaxy J2 Pro hadir dengan paparan 5-inci Super AMOLED beresolusi 540 x 960p bersama kerangka belakang yang boleh dibuka sekaligus bateri sebesar 2,600mAh boleh ditanggalkan untuk memasukkan dwi SIM micro. Dikuasakan oleh pemproses empat-teras, ia disokong kapasiti RAM 1.5GB berkelajuan 1.4Ghz.", "Diberikan kuasa penggambaran 8 Megapiksel dan bantuan LED flash di belakang, ia juga menempatkan kamera swafoto 5 Megapiksel di bahagian depan. Didatangkan bersama ciri NFC, Bluetooth 4.2, WiFi 802/11ac, dan pengimbas cap jari, peranti ini dioperasikan menerusi sistem Android 7.0 Nougat.", "Samsung Galaxy J2 Pro ditawarkan dengan pilihan warna Hitam, Biru, dan Emas mula dijual pada tanda harga VND3,290,000 atau kira-kira RM580 selepas tukaran mata wang semasa. Setakat ini, tiada info peranti ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia." ]
https://ering.com.my/2017/04/iphone-8-dijangka-lebih-mahal-daripada-samsung-galaxy-s8/
iPhone 8 Dijangka Lebih Mahal Daripada Samsung Galaxy S8
[ "Penganalisis dari UBS, Steven Milunovich menyatakan iPhone 8 lebih mahal berbanding Samsung Galaxy S8 walaupun produk Samsung itu menjadi telefon pintar paling canggih di dunia sekarang ini. Walaupun harga untuk model permulaan memori dalaman 64GB iPhone sekitar USD850-900 (kira-kira RM3,546 – RM3,989), ia masih lagi lebih mahal berbanding Samsung Galaxy S8+.", "Mulinovich yang menyokong kenyataan UBS Asia Hardware Arthur Hsieh yang menjangkakan kos pengeluaran iPhone 8 lebih mahal USD70-90 (kira-kira RM310 – RM399) berbanding iPhone 7 Plus atas sebab penggunaan panel OLED yang pertama kali tetapi kenyataan ini tidak dinyatakan oleh kakitangan Apple sendiri.", "Adakah betul kenyataan ini? Kita tunggu saja pelancaran kedua-dua peranti ini di pasaran tempatan nanti." ]
https://ering.com.my/2019/07/pokemon-masters-menerima-pra-pendaftaran-bakal-dilancarkan-29-ogos/
Pokémon Masters Menerima Pra-Daftar Mulai Sekarang! Bakal Dilancarkan 29 Ogos!
[ "Syarikat Pokémon dan DeNA telah bekerjasama melancarkan permainan baharu “Pokémon Masters”, di mana anda boleh mengembara ke pulau baru Pasio bersama pasukan anda!", "Terdapat pertandingan Liga Masters Pokémon yang berbentuk 3v3 diadakan di Pasio, anda haruslah merebut menjadi juara dalam pertarungan dengan pelatih terkenal melalui kerjasama pasukan sendiri.", "Pokémon Masters kini telah membuka sesi pra-daftar untuk peminat mereka di Google Play Store dan Apps Store. Permainan ini akan diperkenalkan secara rasmi pada 29 Ogos 2019." ]
https://ering.com.my/2019/04/acer-perkenal-acer-chromebook-714-dan-chromebook-715-dengan-rekaan-yang-nipis-dan-eksklusif/
Acer Perkenal Acer Chromebook 714 dan Chromebook 715, Dengan Rekaan Yang Nipis Dan Eksklusif
[ "Ekoran daripada sambutan yang luar biasa bagi model Chromebook, Acer telah memperkenalkan 2 lagi peranti baharu di bawah model ini iaitu Acer Chromebook 714 dan Chromebook 715.", "Menariknya, kedua-dua peranti ini tampil dengan CPU Intel Core generasi ke-8 dan disertakan dengan memori DDR4 sehingga 16GB dan storan eMMC sebanyak 64GB dan 128GB.", "Dari aspek paparan, Chromebook 14 disertakan dengan saiz paparan 14 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel. Manakala Chromebook 715 pula disertakan dengan saiz paparan 15 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel.", "Dihadirkan dengan rekaan yang sangat nipis dan mampu bertahan lama sehingga 12 jam pastinya sangat membantu pelajar mahupun individu yang sudah bekerja.", "Kedua-dua model ini bakal tiba di pasaran dunia yang mana Acer Cromebook 714 bakal dijual pada harga bermula dari $499 (kira-kira RM2059). Manakala bagi Chromebook 715 pula bakal dijual pada harga $599 (kira-kira RM2472). Jadi sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini." ]
https://ering.com.my/2019/07/tertiris-asus-rog-phone-2-dijangka-sokong-pengecasan-pantas-30w/
[TERTIRIS] : ASUS ROG Phone 2 Dijangka Sokong Pengecasan Pantas 30W
[ "ASUS ROG Phone 2 sudah menjadi bualan ramai sejak beberapa bulan lalu. Berita ketirisan mengenainya juga kini kerap kali berlegar di media sosial sehinggakan timbul tanda tanya – apakah kejutan yang sedang dirancang oleh syarikat gergasi teknologi dari Taiwan itu?", "Terkini, muncul pula maklumat tertiris mendedahkan Asus ROG Phone 2 didakwa bakal menampilkan sokongan pengecasan pantas 30W – memetik pensijilan 3C. Untuk makluman, penarafan kuasa ini adalah sama seperti model pertama, ROG Phone.", "Muncul dengan nombor model “I001D”, ASUS ROG Phone 2 dijangka hadir dalam dua versi iaitu I001DA dan I001DB – serasi dengan pengisian maksimum 30W dan satu lagi pada 18W. Pun begitu, penyenaraian tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai peranti ini.", "Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum dapat dipastikan kesahihannya. Sama-sama kita tunggu kemunculan rasmi dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!" ]
https://ering.com.my/2016/01/watchos-2-2-beta-menawarkan-fungsi-baru-untuk-aplikasi-apple-maps/
watchOS 2.2 Beta Menawarkan Fungsi Baru Untuk Aplikasi Apple Maps
[ "Apple nampaknya telah melepaskan ketersediaan kemas kini watchOS 2.2 Beta untuk pembangun, dan ini jelas dapat dilihat bahawa Apple kini sedang berusaha untuk memperbaiki aplikasi Apple Maps pada peranti boleh pakai pertama keluarannya itu. Dengan kemas kini terbaru  ini, aplikasi Apple Maps pada Apple Watch telah ditambahkan dengan akses navigasi pantas ke rumah atau tempat kerja daripada lokasi semasa anda. Selain itu, ia juga turut menawarkan fungsi Nearby yang sebelum ini telah diperkenalkan dalam aplikasi Apple Maps pada iOS 9. Ini bermakna pemilik Apple Watch boleh mencari tempat, restoran, stesen minyak, hospital dan banyak lagi dengan lebih mudah. Sebaik sahaja anda memilih kategori yang spesifik, senarai penuh nama perniagaan, jarak dari tempat anda berada, reviu, masa operasi dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, fungsi Nearby ini hanya tersedia untuk enam buah negara sahaja iaitu Australia, China, Kanada, Jerman, Perancis dan juga USA.", "Screenshots fungsi ‘Nearby’ pada watchOS 2.2 :" ]
https://ering.com.my/2018/01/ces-2018-lenovo-lancarkan-tiga-model-siri-thinkpad-x1/
CES 2018 : Lenovo Lancarkan Tiga Model Siri ThinkPad X1
[ "Secara umumnya Lenovo yang digelar ‘otai’ dalam menghasilkan barangan komputer pada kali ini mengumumkan sejumlah produk terbaru. Antara yang diperkenalkan pada CES 2018 ini ialah siri ThinkPad X1. Ia adalah komputer riba yang direka elegan khusus untuk golongan profesional yang mahukan pengalaman komputer yang lebih menyeluruh. Antara yang diperkenalkan ialah ThinkPad X1 Carbon, ThinkPad X1 Yoga, ThinkPad X1 Tablet, dan satu monitor ThinkVision X1.", "Komputer riba ini adalah yang Pertama Di Dunia menyokong Dolby Vision HDR dan mampu memberikan keterangan skrin sehingga 500 nits. Sokongan komunikasi mikrofon pula menggunakan teknologi 360º Far-field bersama ciri Amazon Alexa. Kamera depan ThinkShutter dikatakan boleh ditutup melalui selak kecil yang disediakan malahan integrasi kamera IR mengukuhkan lagi sistem keselamatan komputer.", "X1 Carbon merupakan komputer riba paling ringan di dunia memiliki paparan skrin 14-inci dengan casis yang diperbuat daripada karbon fiber. Manakala X1 Yoga adalah komputer riba yang menawarkan integrasi pen dan kebolehan sambungan LTE.", "Selain itu ASUS juga mengumumkan ThinkPad X1 Tablet yang dijana pemproses Intel Core Generasi ke-8 di samping paparan 13-inci HDR Ready dan Lenovo Pen Pro. ThinkPad X1 Tablet turut menyediakan pengimbas cap jari ditambah ciri sokongan tahan lasak gred tentera (Mil-Spec). Bateri Quick Charging membolekan tablet beroperasi selama 30 hari. Kini sambungan rangkaian boleh digunakan dengan adanya slot kad Nano-SIM.", "Untuk monitor pula, ThinkVision X1 didatangkan dengan skrin 27-inci UHD setebal 4.7 mm, monitor ini turut membawakan ciri satu-kabel dinamakan Thunderbolt 3. Ia juga boleh digunakan bersama aksesori lain bermula daripada pilihan dok sehingga ke penapis privasi pada skrin. Kamera web yang terletak diatas kerangka boleh digerakkan secara automatik yang dipanggil Motor-Camera.", "ThinkPad X1 Carbon, X1 Yoga, dan X1 Tablet dijual pada harga $1,709 (RM6,854), $1,899 (RM7,616), dan $1,599 (RM6,413) seunit bermula bulan ini. Namun, untuk harga monitor ThinkVision X1 ia masih belum diumumkan." ]
https://ering.com.my/2020/02/enapter-perkenal-alat-elektrolisis-baharu-el-2-1/
Enapter Perkenal Alat Elektrolisis Baharu EL 2.1
[ "Reka bentuk baharu, saiz dikurangkan, kecekapan tenaga ditingkatkan ", "TOKYO, 26 Februari 2020 /PRNewswire/ — Hari ini, Enapter memperkenalkan model baharu alat elektrolisis AEM berpaten – EL 2.1 – di Ekspo Hidrogen dan Sel Bahan Api Antarabangsa 2020 di Tokyo. Setahun selepas Enapter memperkenalkan alat elektrolisis pertamanya, penjana hidrogen generasi baharu ini menambah baik reka bentuk pendahulunya dengan ketara. EL 2.1 menggunakan 8 peratus kurang tenaga dan jauh lebih kecil, yang ditunjukkan kepada pengurangan keperluan ruang sebanyak 20 peratus.", "Pendekatan unik Enapter terhadap penjanaan hidrogen adalah untuk mengeluarkan alat elektrolisis yang seragam, boleh diskala dan fleksibel.", "“Kami sangat hampir dengan matlamat kecekapan METI untuk tahun 2030 – 10 tahun akan datang: kami menghasilkan satu kilogram hidrogen dengan 4.4 kW/Nm3.”, umum Sebastian-Justus Schmidt, Pengerusi Enapter, lalu menyambung: “Dengan peningkatan permintaan dari 200 kepada 4000 tan hidrogen pada tahun 2020, hingga 300,000 tan pada tahun 2030, sistem terpencar tanpa kos pengangkutan hidrogen akan mewujudkan satu perbezaan yang besar.”", "EL 2.1 yang lebih kompak membolehkan penyepadu sistem untuk menggunakan alat elektrolisis modular dalam semua jenis aplikasi termasuk simpanan tenaga, Power-to-X, pengisian semula bahan api atau kegunaan industri yang lain. Lantaran penggunaan kuasa pengendalian dan tunggu sedia yang lebih rendah, kecekapan tenaga serta keberkesanan kos penyelesaian keseluruhan pelanggan bertambah baik.", "Enapter turut mengeluarkan versi terkini Sistem Pengurusan Tenaga (EMS) tentuan perisiannya yang memudahkan dan mempercepatkan lagi penyepaduan modul. EL 2.1 ialah sistem pertama yang secara natifnya menggunakan EMS, mendayakan alat elektrolisis ini dalam sebarang jenis persediaan sistem. Perisian ini menjadikan sistem tenaga lebih cekap, andal dan mampan melalui kemajuan dalam ketersambungan, analitik data dan pengurusan aliran menggunakan sekuriti gred-industri melalui Enapter Cloud. Schmidt yakin, “hidrogen dan konsep Masyarakat 5.0 Jepun tergolong dalam kelompok yang sama. Autonomi yang berasaskan Data Raya, AI dan IoT akan memacu infrastruktur tenaga hidrogen. Alat elektrolisis modular kami dan pendekatan perisian akan memainkan peranan dalam aspek tersebut,” tambah beliau. ", "Enapter mempamerkan EL 2.1 mulai hari Rabu, 26 Februari hingga Jumaat, 28 Februari di Ekspo FC di reruai W20-78, Dewan Barat 4F.", "Latar Belakang EnapterEnapter ialah sebuah syarikat yang memenangi anugerah. Ia mengeluarkan penjana hidrogen modular yang amat cekap menggunakan elektrolisis Membran Pertukaran Anion (AEM). Teknologi terasnya mempunyai rekod prestasi terbukti selama 10 tahun. Ia merupakan asas kepada alat elektrolisis unik yang kompak dan berkos rendah. Ia digunakan di peringkat antarabangsa dalam industri-industri seperti tenaga, mobiliti, telekomunikasi, haba dan banyak lagi. Enapter mempunyai pejabat-pejabat di Itali, Jerman, Thailand dan Rusia. Enapter merancang untuk membuka pejabatnya di Jepun pada pertengahan tahun 2020.  https://www.enapter.com/  ", "Vaitea CowanKetua Bahagian Komunikasi [email protected] +49-30-3394-1380 ", " Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities " ]
https://ering.com.my/2016/07/honor-8-kini-didedahkan-secara-rasmi-dengan-sokongan-kirin-950/
Honor 8 Kini Didedahkan Secara Rasmi Dengan Sokongan Kirin 950
[ "Setelah pelbagai maklumat awal dan juga ketirisan berkaitan Honor 8 di laman sesawang, akhirnya segala teka-teki telah terjawab apabila Honor telah mengadakan pendedahan rasmi model itu yang bertempat di China.", "Panel depan Honor 8 mempersembahkan paparan skrin jenis 2.5D sebesar 5.2 inci beresolusi 1280 x 1920 piksel dan juga kamera selfie beresolusi 8 Megapiksel. Manakala panel belakangnya tampil lebih menarik kerana dilengkapi dengan dua buah lensa kamera beresolusi 12 Megapiksel yang dibantu oleh auto fokus jenis Laser dan juga Aperture f/2.2, sama seperti yang dapat dilihat pada model Honor V8 sebelum ini.", "Dari segi sokongan spesifikasi lain pula, Honor 8 tidak mengecewakan kerana ia telah dikuasakan dengan pemproses Octa Core dari HiSilicon Kirin 950 dan juga cip pemproses grafik Mali-T880 MP4. Berdasarkan pendedahan yang telah dibuat, Honor 8 telah diperkenalkan dalam tiga varian berbeza iaitu 32GB/3GB RAM, 32GB/4GB RAM dan juga 64GB/4GB RAM. Selain itu ia juga turut disediakan dengan slot kad hibrid yang boleh menyokong kad microSD mencecah sehingga 128GB.", "Honor 8 akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Julai ini dan buat masa ini Vmall China sudahpun menerima pendaftaran pra-tempahan dengan harga jualan USD299 (kira-kira RM1,195) untuk model 32GB/3GB RAM, USD343 (kira-kira RM1,370) untuk model 32GB/4GB RAM, dan USD374 (kira-kira RM1,495) untuk model 64GB/4GB RAM.", "Terdapat lima pilihan warna diperkenalkan iaitu Pearl White, Sunrise Gold, Midnight Black, Sakura Pink dan juga Sapphire Blue." ]
https://ering.com.my/2020/03/zte-jalin-kerjasama-dengan-kddi-perkenal-telefon-pintar-5g-baharu-di-jepun/
ZTE jalin kerjasama dengan KDDI perkenal telefon pintar 5G baharu di Jepun
[ "SHENZHEN, China, 25 Mac 2020  /PRNewswire/ — ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan siri produk baharu ZTE a1 di Jepun, dengan kerjasama pengendali tempatan yang terkemuka KDDI pada tahun 2020. Telefon pintar 5G baharu ini akan serasi dengan kedua-dua mod SA dan NSA, menampilkan paparan 6.5-inci, sistem rakaman kuad AI dan kamera swafoto 32MP.", "Dalam era 5G, kedua-dua pihak akan berganding bahu bagi membangunkan telefon pintar 5G bertumpu pengguna dalam usaha untuk memenuhi tuntutan peribadi yang baru muncul daripada kalangan pengguna tempatan di samping penggunaan rangkaian 5G di Jepun. Pada tahun 2020, ZTE akan melancarkan hampir 10 telefon pintar 5G di seluruh dunia dan sejumlah lebih 15 peranti terminal 5G.", "Selain daripada KDDI, ZTE turut bekerjasama dengan SoftBank di Jepun untuk melancarkan ZTE Axon 10 Pro 5G pada bulan Mac 2020. ZTE Axon 10 Pro 5G telah disediakan di lebih 10 buah negara pada skala global dan diiktiraf sebagai telefon pintar 5G pertama yang disediakan secara komersial di Eropah Utara, Timur Tengah dan juga China.", "“ZTE komited untuk memenuhi pelbagai keperluan pengendali, pengguna perusahaan dan pengguna dalam berbilang senario perkhidmatan serta memperkasa beratus-ratus industri menerusi portfolio peranti terminal 5G yang lengkap,” kata Xu Feng, Naib Presiden Kanan ZTE Corporation dan Presiden Bahagian Peranti Mudah Alih. “Kami menjalin kerjasama yang erat bersama pengendali-pengendali yang terkemuka di seluruh dunia, termasuk KDDI dan SoftBank bagi mengetahui dan memenuhi keperluan sebenar pengguna dalam pasaran tempatan.”", "Susulan pelancaran telefon pintar 5G baharu ZTE Axon 11 5G di China pada 23 Mac, ZTE telah memperluaskan lagi portfolio produknya serta kehadiran globalnya dalam segmen peranti terminal 5G. Setakat ini, ZTE telah menjalin kerjasama dengan lebih 30 pengendali global dalam bidang terminal 5G.", "ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu untuk menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 buah negara.", "Setakat ini, ZTE memperoleh 46 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama, seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE memperuntukkan 10 peratus pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan serta mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa.", "Margaret Ma ZTE Corporation Tel: +86 755 26775189 Emel: [email protected]", " Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services " ]
https://ering.com.my/2018/01/honor-7x-akan-menyokong-ciri-face-unlock-tidak-lama-lagi/
Honor 7X Akan Menyokong Ciri Face Unlock Tidak Lama Lagi
[ "Honor 7X yang dilancarkan di Malaysia pada akhir tahun lalu telah mendapat sambutan yang memberansangkan. Peranti yang dijual pada harga RM1,099 ini menawarkan paparan hampir penuh dengan cip Kirin 659. Dengan memori RAM 4GB dan storan 64GB, ia juga menyediakan dwi kamera utama dan 8 Megapiksel untuk kamera depan.", "Kini, honor mengumumkan peranti ini akan menerima kemas kini terbaru menawarkan ciri pengecaman wajah Face Unlock. Ini sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk mengakses peranti selain menggunakan pengimbas cap jari di bahagian belakang.", "Bagi yang sudah teruja untuk memiliki ciri ini, honor memberitahu kemas kini ini akan mula tersedia untuk peranti anda dalam beberapa minggu lagi. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman rasmi honor Malaysia.", "1. Reviu Eksklusif (Bah. 1): honor 7X, Model Pertama honor Tampil Dengan Paparan 18:9", "2. Reviu Eksklusif (Bah 2): honor 7X, Prestasi Kamera & Benchmark" ]
https://ering.com.my/2018/02/mwc-2018-kereta-tanpa-pemandu-pertama-menggunakan-teknologi-ai-artificial-intelligence/
MWC 2018 : Kereta Tanpa Pemandu Pertama Menggunakan Teknologi AI (Artificial Intelligence)
[ "Huawei telah menjadi pengeluar peranti mudah alih pertama di dunia yang menggunakan telefon pintar berkuasa AI untuk memandu sebuah kereta.", "Tidak seperti kereta tanpa pemandu yang lain yang hanya mengesan halangan, Huawei telah mengubah sebuah Porsche Panamera menjadi kenderaan tanpa pemandu yang tidak hanya melihat, tetapi apa yang paling penting adalah memahami persekitarannya. Di bawah projek ‘RoadReader’, Huawei menggunakan Mate 10 Pro untuk membezakan antara ribuan objek termasuk anjing, kucing, bola, basikal dan ‘belajar mengambil tindakan yang paling sesuai’.", "Keupayaan teknologi AI yang tersedia dalam Mate 10 Pro pada asalnya untuk meningkatkan fotografi, tetapi Huawei mengatakan teknologi ini boleh digunakan semula bergantung kepada cip pemproses yang dibangunkan khas oleh pihak ketiga.", "Walau bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada misi untuk menjadikan yang mustahil, Huawei telah menggunakan teknologi yang sedia ada pada telefon pintarnya pada sebuah kereta tanpa pemandu." ]
https://ering.com.my/2017/01/siri-peranti-audio-extra-bass-dari-sony-untuk-tahun-2017/
Siri Peranti Audio Extra Bass Dari Sony Untuk Tahun 2017
[ "Pada acara CES 2017, Sony Electronics mengumumkan bahawa mereka akan memperkembangkan siri EXTRA BASS bagi memberikan generasi terkini satu siri peranti audio khas untuk menikmati muzik masa sekarang. Mari kita lihat model terbaru bagi siri Extra Bass untuk awal tahun 2017.", "Berdimensi 4 x 11 inci, SRS-XB40 dan SRS-XB30 mempunyai fungsi kesan pencahayaan LED yang akan memeriahkan muzik anda. Efek cahaya yang boleh membentuk pelbagai variasai corak warna ini diselaraskan dengan irama dan rentak lagu. Garis-cahaya mencipta corak warna-warni, dari putih tulen untuk pelangi. bagi model SRS-XB20 pula, ia hanya mempunyai efek pencahayaan warna tunggal.", "SRS-XB40, SRS-XB30 &  SRS-XB20 boleh disambungkan antara satu sama lain sehingga 10 unit di dalam satu rangkaian untuk membolehkan anda menikmati audio yang lebih luas dan lantang. Mod stereo ini mencipta kesan bunyi yang boleh didengar dari pelbagai arah, sama dengan pendengaran semula jadi.", "Dengan ketiga-tiga model ini anda boleh menggunakan aplikasi SongPal pada telefon pintar Android atau iOS untuk memain muzik, menghidupkan dan mematikan lampu pembesar suara, menambah pembesar suara dan banyak lagi. Manakala aplikasi Fiestable hanya ada pada SRS-XB40 (Android & iOS) pula membolehkan kawalan ala-ala DJ untuk lampu dan warna.", "Bagi mereka yang sentiasa bergerak, SRS-XB10 adalah peranti yang cukup sesuai dengan anda, ia menawarkan bunyi EXTRA BASS yang jelas dan padu di dalam badan kecil. Dengan jangka hayat bateri yang panjang, kira-kira 16 jam, anda boleh terus bergembira sepanjang hari tanpa perlu risau.", "Saiz super-kompak dan mudah alih serta kebolehan menikmati muzik di mana-mana adalah ciri utama model ini bagi mengoptimumkan pengalaman pengguna. Dalam mod menegak, bunyi omnidirectional boleh dinikmati di dalam kumpulan. Dalam mod mendatar, muzik itu ditujukan terus ke arah pendengar. XB10 ini juga boleh disambungkan dengan XB10 lain untuk menyediakan mod stereo untuk mewujudkan ruang bunyi yang lebih luas dan kesan mendengar muzik dari pelbagai arah.", "MDR-XB950N1 dan MDR-XB950B1 adalah fon kepala tanpa wayar dengan kualiti bunyi bass terbaik. Bagi model MDR-XB950N1, ia dilengkapi dengan teknologi noise cancelling. Kedua-dua model ini menyokong Bluetooth live audio dan sambungan mudah dengan Near Field Communications (NFC). Untuk pengalaman audio yang hebat, sokongan codec aptX® & AAC juga dilengkapkan bagi memastikan kualiti isyarat audio yang maksimum.", "Tetapan audio pada MDR-XB950N1 dan MDR-XB950B1 boleh dikawal melalui aplikasi Sony | Headphones Connect. Dari dalam aplikasi ini, anda boleh mengaktifkan pelbagai mod dan efek audio seperti pengalaman bunyi Arena, Club, Concert Hall dan Outdoor Stage. Anda juga boleh menetapkan bunyi bass mengikut selera anda.", "Fon kepala MDR-XB950N1 mempunyai jangka hayat bateri sehingga 22 jam yang membolehkan anda memainkan secara berterusan muzik anda. XB950B1 pula mampu bertahan sehingga 18 jam bagi satu kitaran cas penuh. Apabila bateri anda habis, mod pasif dengan sambungan kabel yang telah dibekalkan boleh digunakan untuk anda terus menikmati muzik. MDR-XB950N1 dan MDR-XB950B1 menyokong panggilan telefon dengan mikrofon dan butang senang akses pada bahagian cup telinga.", "MDR-XB550AP adalah headphones berwayar yang amat sesuai untuk pengguna umum. Pemacu audio 30mm berupaya menyampaikan bunyi yang seimbang dan jelas. MDR-XB550AP boleh didapati dalam lima warna iaitu hitam, merah, biru, hijau dan putih.\n ", " In-ear headphones MDR-XB510AS pula direka khas bagi mereka yang menjalani gaya hidup aktif. Ia amat mudah dipakai dan dibawa ke mana-mana ketika melakukan aktiviti kerana dikelaskan sebagai kalis air IPX5, bermakna ia boleh dipakai ketika berjalan di dalam hujan atau melakukan aktiviti di sekitar kolam renang. Peranti ini juga tidak akan terjejas dengan peluh." ]
https://ering.com.my/2021/03/platform-kecairan-kripto-black-ocean-membuka-senarai-putih-pelanggan/
Platform Kecairan Kripto, Black Ocean Membuka Senarai Putih Pelanggan
[ "ZUG, Switzerland, 23 Mac 2021 /PRNewswire/ — Projek Black Ocean telah membuka senarai putih bakal pelanggannya dan calon yang disahkan akan dimaklumkan secara peribadi tentang cara ia akan dijalankan. Sebagai peringatan, pelancaran rasmi bursa Black Ocean dirancang pada Suku Kedua tahun 2021.", "Pelanggan pertama akan dapat menjalankan semua sistem dan mencuba kelebihan bursa Black Ocean. Projek ini menyediakan kedua-dua perkhidmatan ‘liquidity pool’ serta ‘dark pool’ kepada para pelanggan institusi berserta pembuat pasaran supaya semua keperluan pengguna akan dipenuhi.", "Black Ocean juga mempunyai program insentif untuk pelanggan yang disenarai putih:", "Black Ocean direka bentuk untuk menyediakan kecairan dan pelaksanaan bursa dan tanpa bursa (OTC). Oleh itu pelanggan boleh dihubungkan dengan ‘liquidity pool’ Black Ocean dan menghalakan aliran pesanannya (daripada pelanggannya) ke lokasi dagangan syarikat. Pembuat pasaran Black Ocean akan melaksanakan pesanan ini dan Black Ocean membayar aliran pesanan ini kepada pelanggan.", "Bahagian kedua Black Ocean ialah ‘dark pool’. Projek ini boleh memenuhi permintaan pelanggan untuk berdagang melebihi $300k bagi setiap urus niaga pada model permintaan sebut harga (RFQ). Black Ocean mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan bursa biasa dan OTC:", "Projek Black Ocean bermatlamat untuk membina hubungan yang erat dengan para pelanggannya supaya semua pengguna boleh mendapatkan maklumat terperinci serta berita terkini melalui saluran rasmi. Sila layari laman web rasmi bo.market dan langgani media sosial Black Ocean untuk kekal berhubung.", "Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain" ]
https://ering.com.my/2019/03/pembeli-serang-kedai-directd-gadget-mega-gara-gara-vivo-v15/
Pembeli Serang Kedai DirectD Gadget Mega Gara-Gara Vivo V15
[ "Orang ramai telah berkumpul di kedai DirectD Gadget Mega seawal 3 petang bagi menjadi individu terawal memiliki Vivo V15.", "20 pembeli pertama pada hari tersebut menerima goodies yang terdiri daripada baucer petrol, luggage bags dan kemeja-T Vivo edisi terhad.", "Seorang pembeli terawal juga mendapat baucer penginapan hotel 3 hari 2 malam di Malaysia, Indonesia atau Thailand, Tripod profesional dan full HD action camera.", "Pembeli bertuah juga berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah yang akan menerima telefon pintar tambahan Vivo V15.", "Vivo V15 disertakan dengan AI tri-kamera yang menawarkan front elevating camera yang pertama disertakan dengan 32MP.", "Vivo telah melakukan V15 Superday Sale pada 23 Mac 2019 di Highstreet, New Wing, pusat beli belah One Utama.", "Untuk makluman peranti ini telah mula dijual secara ke seluruh negara pada 23 Mac 2019." ]
https://ering.com.my/2021/05/jom-menangi-hadiah-raya-menerusi-realme-108mp-virtual-museum/
Jom Menangi Hadiah Raya Menerusi realme 108MP Virtual Museum!! – Hadiah Bernilai Sehingga RM100 Ribu!!!
[ "Berikutan dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini, realme Malaysia melaksanakanperaduan ‘Reconnecting Talian Raya’ Mini Game menerusi virtual 108MP museum.", "MEnariknya, peserta boleh memenangi sehingga RM100000 dari pelbagai produk termasuklah telefon pintar, Smart TV, peranti AIOT dan banyak lagi. Anda hanya perlu klik pada pautan ini bagi mengakses mini game pada telefon pintar atau komputer.", "Pemain perlu mengumpul 10 coin yang tersorok ketika melawat muzium ini. realme memberikan hint bahawa coin tersebut boleh ditemui di dalam gambar virtual tersebut.", "1000 orang pemenang layak untuk memiliki hadiah seperti berikut:" ]
https://ering.com.my/2020/09/xiaomi-mi-10t-bakal-diperkenal-pada-30-september-ini-cuba-teka-harga/
Xiaomi Mi 10T Bakal Diperkenal Pada 30 September Ini!!!!- Cuba Teka Harga?!!
[ "Xiaomi bakal memperkenalkan satu lagi model terbaharu telefon pintarnya yang dikenali sebagai Xiaomi Mi 10T yang mana ia bakal diperkenalkan pada 30 September ini!", "Menurut desas-desus, perlancaran ini bakal memperlihatkan 2 model yang akan diperkenalkan iaitu Mi 10T Pro dan mi 10T.", "Masih belum diketahui lagi spesifikasi sebenar peranti ini. Jadi, sama-sama kita nantikan!!!" ]
https://ering.com.my/2019/06/xiaomi-cc9-bakal-diperkenal-pada-2-julai-2019-sokong-kamera-selfie-32mp-kamera-utama-48mp/
Xiaomi CC9 Bakal Diperkenal Pada 2 Julai 2019 – Sokong Kamera Selfie 32MP + Kamera Utama 48MP?
[ "Media sosial kini dihebohkan dengan berita mengenai kemunculan pendatang baru Xiaomi iaitu Xiaomi CC9. Difahamkan Xiaomi CC membawakan makna kepada Colorful & Creative – berfokuskan pada kalangan remaja.", "Menjelang pelancaran, beberapa spesifikasi utama peranti telah mula terdedah dan muncul di media sosial. Memetik maklumat tersebar, Xiaomi CC9 dijangka menyertakan takuk kecil pada paparan hadapan dan menggunakan pemproses Snapdragon 712 sebagai tunjang utama.", "Untuk keupayaan kamera, Xiaomi CC9 dijangka membawakan kamera utama dengan resolusi 48MP (penggunaan lensa masih belum dikenal pasti) dan kamera selfie sebesar 32MP. Selain itu, peranti ini juga dijangka menyertakan bateri sebesar 4,000 mAh di dalamnya.", "Pada masa sama, imej kotak bungkusan dan sample gambar selfie juga telah bocor di media sosial. Memetik imej tersebar, kotak bungkusan Xiaomi CC9 dihiasi kemasan lebih bewarna dan terdapat tulisan memperlihatkan penjenamaan peranti – Xiaomi CC9 pada hadapan kotak.", "Bercakap tentang mengenai hasil gambar selfie, berikut kami kongsikan beberapa contoh foto yang diambil daripada peranti tersebut :", "Xiaomi CC9 bakal diperkenalkan secara rasmi kepada umum pada 2 Julai 2019 dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung di Beijing, China. Xiaomidijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model iaitu Xiaomi CC9 dan Xiaomi CC9 edisi Meitu. Sama-sama kita tunggu!" ]
https://ering.com.my/2016/07/quik/
Quik
[ "Quik adalah cara yang paling cepat, mudah untuk membuat video hebat, semuanya secara automatik. Dalam hanya beberapa saat, ia menganalisis foto dan klip video untuk mencari saat-saat terbaik, menambah efek peralihan dan kesan grafik lain. Ia juga cukup bijak untuk menyesuaikan cerita anda dengan muzik, filter dan banyak lagi. Ia menjadikan video editing lebih mudah dan hasil yang lebih cantik untuk anda kongsikan bersama rakan dan keluarga.", "Terdapat 24 stail video percuma disediakan khas buat anda, apa yang anda perlu lakukan adalah pilih font, filter dan efek untuk dimuatkan ke dalam video. Selepas video siap di edit, anda masih boleh melakukan editing secara manual dengan memotong dan menyunting video tersebut. Selepas itu kongsikan video tersebut ke laman sosial seperti Instagram dan Facebook." ]
https://ering.com.my/2017/08/samsung-galaxy-note-8-dilancarkan-dwi-kamera-12mp-skrin-6-3-infinity-display/
Samsung Galaxy Note 8 Dilancarkan – Dwi Kamera 12MP, Skrin 6.3” Infinity Display
[ "Samsung akhirnya menebus kesalahan mereka pada tahun lepas dengan melancarkan sebuah phablet terbaru iaitu Galaxy Note 8. Peranti yang menggunakan teknologi paparan Infinity Display kini hadir dengan saiz skrin berukuran 6.3 inci bersama fungsi S-Pen. Ciri ini masih dikekalkan malah melalui skrin hampir penuh, watak Note kini lebih menonjol.", "Samsung telah menambahbaik fungsi penggambaran pada peranti induk mereka. Apa yang menariknya, Galaxy Note 8 kini menyediakan sistem dwi kamera 12+12 Megapiksel di kedua-dua bahagian. Salah satunya mampu merakam gambar dalam keadaan gelap menggunakan aperture f/1.7 dan satu lagi hadir dengan aperture f/2.4 bersama zoom optikal. Kedua-dua sensor ini dilengkapi fungsi penstabilan imej (OIS) yang menawarkan ciri Live Focus membolehkan anda melaras latar belakang untuk dikaburkan. Sementara untuk kamera depan, satu unit kamera 8 Megapiksel telah disertakan.", "Galaxy Note 8 dilengkapi dengan cip 10nm Exynos 8895, memori RAM setinggi 6GB, dan storan seluas 256GB. Android 7.1.1 Nougat telah dilantik menjadi sistem operasi untuk peranti ini dengan ciri sokongan kecerdasan buatan Bixby, Gear VR, DeX station, dan yang terbaru Live Message.", "Pengalaman muzik kini ditingkatkan melalui talaan audio daripada AKG yang sama digunakan pada Samsung Galaxy S8. Sambungan tanpa wayar pula lebih pantas dengan LTE Cat16 dan Wi-Fi 802.11ac MIMO. Peranti ini dibekalkan slot kad hibrid microSD bersama bateri berkapasiti 3,300mAh Quick Charge 2.0 serta sambungan kabel USB Type-C.", "Samsung Galaxy Note 8 hadir dengan warna Midnight Black, Orchid Grey, Maple Gold, dan Deepsea Blue. Bagi yang berminat, sila tunggu sehingga 5 September ini untuk sesi pra tempah. Walaubagaimanapun, harga jualannya masih lagi dirahsiakan." ]
https://ering.com.my/2019/02/huawei-mate-x-dilancarkan-peranti-5g-boleh-lipat-terpantas-di-dunia/
MWC 2019: HUAWEI Mate X Dilancarkan, Peranti 5G Boleh Lipat Terpantas Di Dunia
[ "Jenama telefon pintar terkemuka dunia, HUAWEI telah melancarkan satu lagi telefon pintar keluaran mereka di Mobile World Congress (MWC) 2019. Peranti tersebut yang dikenali sebagai HUAWEI Mate X ini disifatkan sebagai telefon pintar 5G boleh lipat terpantas di dunia.", "Peranti ini disertakan dengan Falcon Wing Mechanical Hinge, 7nm multi-mode modem chipset Balong 5000, kapasiti bateri sebanyak 4500mAh yang mana ia menyokong 55W yang merupakan pengecasan pantas terpantas di dunia. Dalam masa 30 minit, ia mampu mengecas sehingga 85%. Ia juga didatangkan dengan warna baharu iaitu Interstellar blue.", "Apabila ia dilipat, ia mempunyai paparan skrin 6.6 inci dan apabila dibuka ia akan bertukar kepada tablet yang sangat nipis dengan skrin bersaiz 8 inci. Apa yang menarik ialah, peranti ini mempunyai fleksibiliti panel OLED yang sangat tinggi dan falcon wing mechanical hinge.", "Paparan telefon ini tidak mengecewakan apabila disertakan dengan FullView display. Apa yang pasti, dengan paparan yang fleksibel ini, pastinya mencapai kepuasan paparan dan memudahkan proses menjalankan kerja menerusi peranti ini.", "Kamera pada telefon ini juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan kamera Leica. Rekaan boleh lipat peranti ini membolehkan kameranya memainkan peranan sebagai kamera hadapan dan belakang. Apabila peranti ini dilipat, ia akan memaparkan view finder pada kedua-dua bahagian. Menerusi gambar yang diperlihat, ia menyertakan dengan 3 kamera bagi rakaman gambar. Untuk memgambil swafoto, ia menggunakan skrin belakang.", "Ia juga didatangkan butang kuasa cap jari bersepadu yang membolehkan pengguna menguasakan peranti dengan sekali tap.", "Dalam pada itu, ia dikuasakan dengan modem 5G cipset generasi baharu yang dilengkapi dengan 7nm 5G multi-mode modem chipset Balong 5000 pertama di dunia. Dengan kepantasan muat turun 5G pada 4.6Gps pada Sub-6GHz band (secara teori). Ia juga dijana oleh cip pemprosesan terbaru daripada HUAWEI, iaitu Kirin 980.", "Ia juga turut menyokong rekaan SA dan NSA. Hal ini bermakna pengguna tidak perlu menaik taraf peranti untuk terus menikmati sambungan 5G. Apa yang pasti, peranti ini turut dilengkapi dengan dwi sim yang menyokong 4G dan 5G.", "Peranti ini bakal tampil dengan 8GB RAM dan 512GB, dan harga yang bakal ditawarkan ialah 2299 Euro, iaitu sekitar RM10,625. Dikhabarkan ia bakal dipasarkan pada pertengahan tahun 2019." ]
https://ering.com.my/2019/07/tertiris-gambaran-reka-bentuk-samsung-galaxy-watch-active-2-muncul-di-media-sosial/
[TERTIRIS] : Gambaran Reka Bentuk Samsung Galaxy Watch Active 2 Muncul Di Media Sosial?
[ "Kemunculan Samsung Galaxy Watch sebelum ini ternyata menarik perhatian sekaligus ramai yang tidak melepaskan peluang untuk memiliki jam pintar tersebut. Ekoran sambutan menggalakkan itu, kini muncul pula berita ketirisan mengenai Samsung Galaxy Watch Active 2.", "Lebih mengejutkan, reka bentuk jam pintar tersebut kini dikatakan telah muncul di arena web. Memetik sumber, Samsung Galaxy Watch Active 2 didakwa disertakan dengan rekaan yang lebih kemas dan menarik. Ia juga didakwa ditawarkan dalam dua saiz berbeza iaitu 40mm dan 44mm. Selain itu, terlihat gelang berwarna merah pada butang kuasa sekaligus menjadinya sedikit berbeza berbanding model sedia ada.", "Pun begitu, maklumat tertiris hanyalah ‘rumors’ dan masih tidak diketahui mengenai kesahihannya. Siapa tahu mungkin kita bakal melihat kemunculan jam pintar ini ketika pelancaran Samsung Galaxy Note 10 yang dijadualkan pada Ogos kelak? Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!" ]
https://ering.com.my/2020/07/ces-2021-beralih-ke-pengalaman-digital-sepenuhnya/
CES 2021 Beralih ke Pengalaman Digital-Sepenuhnya
[ "ARLINGTON, Virginia, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ — Hari ini Consumer Technology Association (CTA)® mengumumkan CES® 2021 –6-9 Januari 2021 – akan menjadi pengalaman digital-sepenuhnya yang menghubungkan pempamer, pelanggan, pemimpin pemikiran dan rakan media dari seluruh dunia. Format baharu ini akan membolehkan peserta mendengar daripada penginovasi teknologi, melihat teknologi yang canggih dan pelancaran produk yang terkini serta berhubung bersama jenama global dan syarikat baharu dari seluruh dunia.", "“Di tengah-tengah pandemik dan kebimbangan kesihatan global yang semakin meningkat mengenai penularan COVID-19 ini, bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan untuk menghimpunkan puluhan ribu orang dengan selamat di Las Vegas pada awal Januari 2021 untuk bertemu dan berurus niaga secara peribadi,” kata Gary Shapiro, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, CTA. “Teknologi membantu kita semua bekerja, belajar dan berhubung semasa pandemik – dan inovasi berkenaan juga akan membantu kami memperbaharui semula CES 2021 dan menghimpunkan komuniti teknologi dengan cara yang bermakna. Dengan beralih kepada platform digital-sepenuhnya pada tahun 2021, kami dapat membawa pengalaman unik yang dapat membantu pempamer kami berhubung dengan audiens sedia ada dan baharu.”", "CES 2021 akan menjadi pengalaman imersif yang baharu, yang mana hadirin akan berada dalam jarak yang dekat untuk menerokai dan melihat teknologi yang terkini. Pengalaman yang amat diperibadikan ini akan membawa acara global dengan keselesaan dan keselamatan di rumah atau pejabat anda.", "Selama lebih 50 tahun, CES telah menjadi pentas global untuk inovasi. Matlamat CTA untuk CES 2021 adalah untuk menyediakan platform yang menarik untuk syarikat-syarikat bersaiz besar dan kecil bagi melancarkan produk, membina jenama dan menjalin perkongsian dan dalam masa yang sama mengutamakan kesihatan serta keselamatan. Anggota-anggota dalam komuniti teknologi berkembang maju dengan berhimpun bersama-sama, berkongsi idea dan memperkenalkan produk yang akan membentuk masa depan kita.", "Catatkan pada kalendar anda dalam minggu pertama pada bulan Januari dan nantikan berita yang lebih menarik mengenai CES 2021. Kami merancang untuk kembali ke Las Vegas bagi CES 2022, menggabungkan elemen terbaik dalam acara fizikal dan digital.", "Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Sila pastikan diri anda kekal sihat dan selamat.", "Latar Belakang CES: CES® ialah acara teknologi yang paling berpengaruh di dunia – tempat percubaan untuk teknologi perintis dan penginovasi global. Di sinilah jenama-jenama yang terbesar di dunia berurus niaga serta bertemu rakan kongsi baharu manakala penginovasi yang paling pintar muncul di pentas. Dimiliki dan diterbitkan oleh Consumer Technology Association (CTA)®, CES menampilkan setiap aspek dalam sektor teknologi. Ketahui lebih lanjut di CES.tech dan ikuti CES di sosial.", "Latar Belakang Consumer Technology Association: Sebagai persatuan perdagangan teknologi yang terbesar di Amerika Utara, CTA® ialah sektor teknologi. Anggota-anggota kami merupakan penginovasi yang terkemuka di dunia – bermula daripada syarikat baharu hinggalah jenama global – membantu menyokong lebih daripada 18 juta pekerjaan Amerika. CTA memiliki dan menerbitkan CES® – acara teknologi yang paling berpengaruh di dunia. Cari kami di CTA.tech. Ikuti kami @CTAtech.", "Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Broadcast feed announcements Trade show news Future Events" ]
https://ering.com.my/2017/03/reviu-eksklusif-joi-12-sesuai-untuk-golongan-profesional/
Reviu Eksklusif: JOI 12, Sesuai Untuk Golongan Profesional
[ "JOI, jenama yang tidak asing lagi di pasaran tempatan di dalam penghasilan peranti 2 dalam 1 (tablet + komputer riba). Selepas kejayaan terhadap beberapa model keluarannya, kini mereka kembali dengan model baru yang dikenali sebagai JOI 12. Tidak seperti JOI 10 Flip yang menawarkan harga mampu milik, JOI 12 ditawarkan dalam kelas tinggi dengan harga RM2,399. Ingin mengetahui apakah kelebihan yang dimiliki oleh peranti ini? Teruskan membaca…", "JOI 12 menawarkan pakej pembelian yang menarik, berbaloi dengan harganya. Lebih istimewa, setiap pembelian akan disertakan sekali dengan papan kekunci magnetik & trackpad, serta percuma Microsoft Office 365 selama setahun.", "Fizikal merupakan salah satu aspek utama yang akan dititikberatkan oleh pengguna di dalam pembelian tablet mahupun komputer riba. Selain menawarkan rekaan yang kompak, ia juga menawarkan fungsi menarik, sesuai dengan harga yang ditawarkan. Malah kehadiran papan kekunci bersama trackpad pula membolehkan anda menggunakan JOI 12 seperti komputer riba biasa.", "▲ Sokong paparan skrin berukuran 12.2 inci dengan resolusi HD IPS.", "▲ Papan Kekunci dan trackpad yang diperbuat daripada baldu.", "▲ Disediakan dengan sebuah stand yang boleh dilaraskan.", "▲ Port yang terdiri daripada 3.5mm audio jack, USB Type-C, pengecas, ruangan untuk memori tambahan dan USB 3.0 serta dua buah speaker.", "▲ Turut tersedia butang Power dan butang laras Volume.", "▲ Bahagian bawah tersedia dengan port untuk disambungkan dengan papan kekunci.", "▲ Panel belakang menempatkan kamera beresolusi 5 Megapiksel.", "Sesuai dengan namanya sebagai peranti 2 dalam 1, istimewanya JOI 12 ini, ia boleh digunakan sebagai tablet mahupun sebuah komputer riba pada satu-satu masa. Walaupun menawarkan paparan skrin berukuran 12.2 inci, penggunaan sebagai tablet masih sesuai ditambah pula dengan kehadiran Mod Tablet yang memudahkan anda untuk mengawal peranti ini.", "Salah satu ciri menarik yang ada pada komputer 2 dalam 1 ini adalah disediakan dengan aplikasi Microsoft Office yang diberikan secara percuma selama sebulan. Kini, anda boleh membuat pelbagai kerja pejabat di rumah hanya menggunakan JOI 12 sahaja. Sokongan pelbagai dokumen pejabat seperti Word Mobile, Excel Mobile, PowerPoint Mobile dan OneNote juga memudahkan urusan kerja anda.", "Jarang kita lihat komputer riba dilengkapi dengan mod Baterry Saver bukan? Walaupun telah dibekalkan dengan kapasiti bateri sebesar 10,000mAh, tetapi ia masih tidak mencukupi? Tetapi dengan JOI 12, anda tidak perlu risau kerana ia telah menyediakan mod Battery Saver yang akan menjimatkan bateri dengan menutup aplikasi yang tidak digunakan.", "Sepertimana tablet / komputer riba yang ada di pasaran, JOI 12 telah dibekalkan dengan penggambaran utama 5 Megapiksel bersama kamera depan 2 Megapiksel. Walaupun resolusinya rendah, hasil gambar yang diambil masih memuaskan. Malah fungsi mengedit gambar juga terasa lebih mudah dengan adanya pelbagai filters dan juga effects menarik untuk anda mencubanya!", "JOI 12 telah dioperasikan oleh Windows 10, yang mana hadir dengan paparan antaramuka yang lebih ringkas dan mesra pengguna. Selain itu, kehadiran fungsi Cortana pula memudahkan anda untuk mencari maklumat, panggilan, menghantar mesej dan beberapa lagi dengan menggunakan arahan suara sahaja, sama seperti Siri dan Google Now.", "Kami juga telah menjalankan ujian kelajuan proses data bagi stor dalaman JOI 12. Dengan menggunakan perisian CrystalDiskMark untuk mendapatkan data kelajuan pemproses read dan write peranti 2 dalam 1 ini. Gambar yang disertakan menunjukkan ujian, data yang penting dalam ujian ini adalah keputusan ujian Seq dan juga 4K." ]
https://ering.com.my/2021/05/zte-keluarkan-laporan-kelestarian-2020/
ZTE Keluarkan Laporan Kelestarian 2020
[ "SHENZHEN, China, 21 Mei 2021 /PRNewswire/ — ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan Laporan Kelestarian 2020nya.", "Laporan ini menunjukkan bahawa ZTE, susulan kedudukan strategiknya sebagai “pemacu ekonomi digital”, memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya secara proaktif pada tahun 2020. Semasa memanfaatkan teknologi untuk memerangi pandemik Covid-19, ZTE berusaha sedaya upaya untuk menggalakkan pembangunan ekonomi digital dan meneruskan pertumbuhan mesra alam. Sementara itu, syarikat ini menyumbang kepada masyarakat global dan terus meningkatkan amalan tadbir urus korporatnya serta merancang untuk masa depan.", "ZTE mengeluarkan laporan kelestariannya setiap tahun selama 13 tahun berturut-turut.", "Memanfaatkan 5G untuk memerangi pandemik Covid-19 dengan cara yang menyeluruh", "Pada awal tahun 2020, dalam menghadapi wabak Covid-19 yang berlaku secara tiba-tiba, ZTE mengaktifkan segera mekanisme tindak balas kecemasan bagi pencegahan dan kawalan pandemik. Semasa melaksanakan langkah-langkah pencegahan pandemik dengan ketat bagi melindungi kesihatan dan keselamatan kakitangan, ZTE menggalas tanggungjawab sosial korporat dan mengambil tindakan untuk memerangi Covid-19 melalui penggunaan pelbagai teknologi.", "Semasa peringkat awal pandemik Covid-19 pada tahun 2020, ZTE menyelaraskan sumber dengan pantas di seluruh dunia, meliputi pengeluaran dan pengedaran, pembinaan rangkaian, komunikasi terjamin, perkhidmatan di lapangan, aplikasi perkhidmatan dan banyak lagi. Ia membina rangkaian 4G/5G dengan operator untuk lebih 210 hospital di 82 bandar dalam 26 wilayah di tempat asalnya, merapatkan jurang komunikasi yang diperlukan untuk sokongan kehidupan. Ketika pandemik ini menjadi semakin buruk, ZTE berganding bahu bersama rakan-rakan kongsi industri bagi membangunkan aplikasi yang inovatif termasuk teleperubatan berasaskan 5G, logistik pintar, kelas berasaskan awan 5G dan keselamatan tiga dimensi, seterusnya memanfaatkan teknologi untuk menewaskan Covid-19.", "Di samping itu, berdepan dengan cabaran pandemik global, ZTE menubuhkan 12 cawangan sukarelawan di Wuhan, Chengdu, Chongqing dan bandar-bandar lain di China serta di Myanmar, India dan negara-negara lain. Kesemua sukarelawan ini memberi sokongan padu untuk memulihkan pandemik dan kecemasan lain. Dalam masa yang sama, ZTE Foundation menyumbang bahan-bahan pencegahan pandemik termasuk pelitup muka, gogal, pakaian pelindung dan ventilator kepada barisan hadapan pandemik di China dan lebih 50 negara serta wilayah di serata dunia.", "Mengejar kecekapan teras yang lebih tinggi dan mencapai kejayaan bersama dalam ekonomi digital ", "Ekonomi digital mempercepatkan integrasi ke dalam industri-industri lain dan telah menjadi pemacu pembangunan ekonomi global yang baharu. Berlatarbelakangkan hal ini, ZTE komited untuk menjadi pemacu ekonomi digital dengan mencipta dan berkongsi peluang pembangunan bersama pihak-pihak yang berkaitan untuk bersama-sama menggalakkan pembangunan ekonomi digital yang sihat.", "Presiden ZTE Corporation, Xu Ziyang mengulas, “Pada tahun 2020, pandemik benar-benar mengubah cara orang ramai menjalani kehidupan dan bekerja, menjadikan perkhidmatan ICT sebagai satu keperluan sama seperti udara, air dan kuasa elektrik. Seterusnya, perusahaan perlu mempercepatkan transformasi digital dan pintar, bukan sahaja untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan, tetapi untuk menjadi lebih tangkas dan pintar, lantas dapat menangani ketidaktentuan dengan lebih baik dalam persekitaran luaran, pasaran dan teknologi.”", "Laporan ini menyatakan bahawa ZTE, untuk menjadi “pemacu ekonomi digital”, menganggap inovasi teknologi sebagai daya pemacu utama pembangunan korporat. Kekal berada di landasan untuk mengejar kecekapan teras yang lebih tinggi, syarikat ini terus berinovasi dalam cip, algoritma, seni bina, pangkalan data dan sistem operasi, antara lain, yang meletakkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan yang lebih mantap. ZTE telah melabur sebanyak lebih daripada RMB 10 bilion setiap tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan menjelang penghujung Mac 2021, telah memfailkan 80,000 permohonan paten global, dengan lebih daripada 38,000 diluluskan. Menurut laporan “Who is leading the 5G patent race?” (“Siapa yang menerajui perlumbaan paten 5G”) yang diterbitkan pada bulan Februari oleh IPlytics yang berpangkalan di Berlin, ZTE telah dimasukkan ke dalam senarai 3 teratas global untuk kepimpinan lestarinya dalam Paten Penting-Standard (SEP) yang diisytihar 5G kepada ETSI.", "Dalam masa yang sama, mendukung objektif “Memperkasa industri-industri melalui inovasi dan mencapai kejayaan bersama dalam ekonomi digital”, ZTE berazam untuk merapatkan jurang digital antara senario perniagaan tradisional dan aplikasi teknologi digital, menyediakan industri-industri dengan penyelesaian berasaskan senario yang benar-benar mencipta nilai dan menjadi peneraju dalam transformasi digital industri-industri. Pada tahun 2020, dengan bergantung pada rangkaian terbaiknya, “penyelesaian awan dan rangkaian yang jitu” serta platform pemungkin, ZTE, berserta lebih 500 rakan kongsi dalam bidang perindustrian, industri pengangkutan, tenaga, kerajaan, kewangan, kebudayaan dan pelancongan antara lain, menjalankan aplikasi inovatif dan amalan perniagaan 5G serta mencipta kira-kira 100 senario untuk aplikasi 5G yang inovatif. Ia memenuhi tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh sebagai peneraju industri dengan kekuatan inovatif yang mantap.", "Sebagai contoh, dalam bidang perindustrian, projek kilang pintar, yang bersama-sama disempurnakan oleh ZTE dan Yunnan Sunho Aluminum, menggalakkan transformasi dan penaiktarafan Sunho dengan “pembuatan pintar” dan membolehkan perusahaan industri tradisional itu menjimatkan kos kendalian, mengurangkan tenaga kerja dan meningkatkan kecekapan. Dari segi rawatan kesihatan, ZTE menawarkan penyelesaian rawatan kesihatan pintar 5G yang menggabungkan aplikasi inovatif sedemikian seperti demonstrasi operasi, perundingan jarak jauh, pusingan wad secara jarak jauh serta diagnosis terbantu-AI dan mudah alih bagi melindungi setiap nyawa manusia.", "Dari segi pendidikan pula, syarikat ini menyediakan pelbagai senario dan aplikasi yang inovatif untuk pendidikan seperti bilik darjah jarak jauh 5G + 4K, pendidikan XR berasaskan awan 5G, pengajaran 5G + AR dan bilik darjah holografik 5G+, bagi mencetuskan sifat ingin tahu dalam diri kanak-kanak dan memasang impian mengenai masa depan.", "Dalam bidang kewangan, pangkalan data teragih yang dibangunkan sendiri oleh ZTE, GoldenDB, bertindak sebagai asas yang selamat dan andal untuk sistem perkhidmatan perbankan, melindungi setiap transaksi untuk lebih 300 juta pelanggan. Di samping itu, dengan menggunakan teknologi inovatif kepada telefon pintar serta terminal maklumat peribadi dan di rumah, ZTE menjadikan gaya hidup pintar 5G semua-senario suatu kenyataan dengan pelbagai terminal pintar 5G yang beraneka demi kejayaan bersama dalam ekonomi digital.", "Melaksanakan konsep pembangunan mesra alam bagi mencapai matlamat “keneutralan karbon” ", "Dengan “keneutralan karbon” mencapai kata sepakat dalam ekonomi-ekonomi utama di seluruh dunia, ZTE mengambil bahagian dengan aktif dalam penyahkarbonan ekonomi global dan menggalakkan lagi pengkomersialan 5G mesra alam dalam beberapa bidang bagi membantu semua industri memasuki saluran pembangunan mesra alam dengan pantas.", "“Kami benar-benar percaya bahawa perairan yang jernih dan gunung ganang yang menghijau merupakan aset yang tidak ternilai harganya dan berusaha mengurangkan impak ke atas alam sekitar kita daripada sumber tersebut. Kami menggunakan bahan-bahan mentah yang lebih mesra alam dan meningkatkan teknik pengeluaran,” tegas Xie Junshi, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi ZTE dalam laporan tersebut. “Kami menggunakan teknologi yang lebih canggih bagi menggalakkan prestasi produk. Kami komited terhadap kecekapan spektrum yang terbaik, kecekapan tenaga yang terbaik dan kecekapan operasi rangkaian yang terbaik bagi memudahkan pembangunan lestari.” ", "Dengan kedatangan era 5G, penggunaan tenaga daripada stesen utama dan terminal 5G dianggap sebagai isu utama untuk pembangunan industri yang lestari. ZTE meneroka cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga daripada stesen utama dengan aktif dan mengatur lebih daripada 500 paten inovasi 5G mesra alam. Syarikat ini menumpukan perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan penggunaan melalui cip prestasi tinggi yang dibangunkan sendiri, operasi berkecekapan tinggi, reka bentuk struktur utama dan kekuatan teknologi. Selain itu, ZTE telah membantu lebih daripada 20 operator bagi membina lebih 500,000 tapak mesra alam berkecekapan tinggi di negara-negara dan wilayah-wilayah seperti China, Itali, Vietnam, Myanmar, Pakistan, Afrika Selatan dan Etiopia. Pada tahun 2020, ZTE melancarkan PowerPilot – penyelesaian cekap-tenaga rangkaian 4G dan 5G. Tenaga yang dijimatkan oleh penyelesaian PowerPilot ialah dua kali ganda lebih banyak daripada penyelesaian penjimatan tenaga berasaskan AI konvensional dan ia dapat menjimatkan tenaga sehingga 20% dalam rangkaian berbilang mod, lantas mengurangkan perbelanjaan operasi dengan berkesan. Ketika ini, penyelesaian ini berjaya dikomersialkan di lebih daripada 700,000 tapak di lebih 20 rangkaian seluruh dunia.", "Di samping itu, ZTE mengambil bahagian dengan aktif dalam penyelesaian subjek yang berkaitan dengan standard penjimatan tenaga. Pada tahun 2020, bersama-sama GSMA Intelligence, peneraju dalam penyelidikan telekomunikasi, media dan teknologi (TMT) global dan sebahagian daripada GSMA yang lebih luas, ZTE mengeluarkan kertas putih “5G Energy Efficiencies, Green is the New Black”. Kertas putih tersebut menganalisis latar belakang dan prinsip pembinaan dan peningkatan kecekapan tenaga rangkaian telekomunikasi dalam era 5G daripada aspek pengurangan kos, pengoptimuman prestasi rangkaian, keselamatan tenaga dan sumbangan kepada pengurangan emisi karbon global. Ia juga menyimpulkan mengenai kebolehlaksanaan penjimatan tenaga dan pengurangan penggunaan melalui inovasi. ", "Sebagai pengamal pembangunan mesra alam yang aktif, ZTE Corporation turut menggalakkan pengurusan perlindungan alam sekitar secara komprehensif dalam operasi pejabat dan pengeluaran harian syarikat. Syarikat ini berorientasikan sasaran pengurusan dari segi penjimatan tenaga serta emisi ekzos dan ia mengukuhkan lagi teknologi pengeluaran dan peningkatan peralatan bagi mengurangkan penggunaan sumber semula jadi dan impak ke atas alam sekitar.", "Berkembang bersama kakitangan dan rakan kongsinya serta menyumbang kepada masyarakat global ", "Pada tahun 2020, ZTE meningkatkan lagi transformasi digital dalamannya dan mencipta “Ultimate Cloud Company” awan-sepenuhnya, pintar dan ringan dalam bidang R&D, operasi, pejabat dan pengeluaran. Di samping dapat mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan dan meningkatkan kualiti, syarikat ini menghadapi ketidaktentuan masa depan dengan fleksibel. Semasa berlakunya pandemik ini, perkhidmatan awan ZTE membolehkan lebih daripada 70,000 kakitangan di seluruh dunia bekerja dari rumah. Lebih penting lagi, kecekapan kerja jarak jauh lebih 30,000 kakitangan R&D mencapai lebih daripada 95%.", "Dari segi tadbir urus korporat, ZTE mengukuhkan lagi tarikan dan insentif bakat utama, meningkatkan sistem pengurusan pematuhan, meningkatkan sistem pengurusan kawalan dalaman korporat dan mencapai pertumbuhan yang berkualiti tinggi sepanjang laluan tiga fasa iaitu “pemulihan, pertumbuhan dan pengembangan”.", "Berhubung aspek-aspek sumbangan terhadap masyarakat global, ZTE Foundation sentiasa kekal komited terhadap misinya iaitu untuk “menyokong semangat kebajikan awam, memenuhi tanggungjawab korporat dan menggalakkan pembangunan kebajikan awam.” Sepanjang tahun lalu, syarikat ini memfokuskan pada tiga bidang utama: rawatan perubatan, bantuan pendidikan dan bantuan untuk kumpulan kurang bernasib baik serta menganjurkan aktiviti kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan dengan aktif.", "Pada tahun 2020, ZTE Foundation melabur sebanyak lebih daripada 14 juta yuan dalam kebajikan awam, melaksanakan 37 projek kebajikan awam dan menjalankan 73 aktiviti kebajikan awam secara sukarela. Indeks Ketelusan Yayasan China 2020 (FTI) Yayasan tersebut, memperoleh markah penuh dalam tiga tahun berturut-turut dan memenangi “Anugerah Inovasi Amal Tahunan” dan “Anugerah Projek Amal Tahunan” di Festival Amal China ke-10.", "Melangkah ke hadapan, ZTE akan kekal komited sepenuhnya terhadap pembangunan lestari di seluruh dunia dan sebagai “pemacu ekonomi digital”, melaksanakan tanggungjawab sosialnya. Syarikat ini akan terus berkembang bersama-sama kakitangan dan rakan kongsinya, mengharapkan untuk merealisasikan pembangunan bersama antara perusahaan, individu, rakan kongsi dan persekitaran bagi mendayakan komunikasi dan kepercayaan di mana-mana sahaja.", "Klik di sini untuk melihat dan memuat turun seluruh laporan:https://res-www.zte.com.cn/mediares/zte/Files/PDF/white_book/202105191132EN.pdf", "Hubungan Media:Margaret Ma ZTE CorporationTel: +86 755 26775189 Emel: [email protected] ", " Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Corporate Social Responsibility " ]
https://ering.com.my/2020/10/kerjasama-digi-cisco-tawar-penyelesaian-keselamatan-siber-berasaskan-cloud-yang-pertama-dalam-industri-kepada-perusahaan-kecil-sederhana-pks/
Kerjasama Digi & Cisco Tawar Penyelesaian Keselamatan Siber Berasaskan Cloud Yang Pertama Dalam Industri Kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
[ "Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah membangunkan penyelesaian keselamatan siber berasaskan awan (cloud), Cisco Umbrella, khusus buat pelanggan mikro serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menyediakan perlindungan penting bagi membolehkan syarikat untuk berhubung dengan selamat menerusi rangkaian Digi.", "Menerusi kerjasama dengan firma keselamatan siber antarabangsa, Cisco, Digi mendahului dalam membantu PKS melindungi perniagaan mereka dengan keselamatan berasaskan Sistem Nama Domain (DNS-layer protection). Cisco Umbrella melindungi pengguna dengan menghalang permintaan kepada perisian jahat seperti `malware’, `ransomware’, `phishing’, `botnets’ dan sebagainya sebelum rangkaian sempat diaktifkan, sekali gus menyekat ancaman siber itu secara berkesan sebelum sempat menembusi rangkaian.", "Disebabkan ia merupakan teknologi awan (cloud) yang tidak memerlukan pemasangan rumit pada peranti, maka syarikat perniagaan boleh melindungi kesemua peranti seperti komputer riba, komputer meja dan peranti pintar – selagi mereka terhubung dengan rangkaian internet Digi.", "Ketika ini, Digi telah memperkenalkan penyelesaian itu kepada kira-kira 30,000 pengguna fasa perintis dan akan terus memastikan lebih ramai dapat menggunakannya secara berperingkat.Penyelesaian keselamatan berkualiti tinggi ini ditawarkan pada harga RM3 sebulan. Pelanggan boleh memilih untuk menamatkan langganan pada bila-bila masa dengan menghubungi pusat panggilan Digi Business di 016-299 8888 atau e-mel [email protected]." ]
https://ering.com.my/2017/02/xox-mobile-melancarkan-kedai-konsep-mereka/
XOX MOBILE Melancarkan Kedai Konsep Mereka
[ "XOX MOBILE berbesar hati memperkenalkan kedai flagship pertama mereka di Sunway Pyramid, dengan konsep perniagaan baru yang telah diambil bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.", "XOX Space telah dilancarkan oleh duta XOX MOBILE iaitu legenda badminton Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei, Pengarah Urusan XOX MOBILE, Datuk Eddie Chai, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Ng Kok Heng. Kedai berkeluasan 909 kaki persegi itu terletak di tingkat pertama Sunway Pyramid Mall.", "Selain dari menjadi pusat jualan utama XOX di mana pelanggan boleh memilih pelan, membayar bil, membeli tambah nilai dan penggantian kad SIM bersama-sama perkhidmatan lain, kedai konsep ini juga berfungsi sebagai ruang kerja bagi pengunjung yang ingin menyiapkan kerja mereka di situ dengan kedai ini dilengkapi sambungan Internet untuk digunakan para pengunjung.", "Dari sekarang sehingga akhir Mac, pelanggan dan tetamu XOX Space boleh menebus secara percuma pek permulaan ONEXOX Prepaid dengan nilai kredit tersedia RM5. Pas data Internet 3GB juga boleh dibeli pada harga RM30 dengan tempoh sah selama 28 bulan." ]
https://ering.com.my/2019/10/oppo-service-day-menawarkan-perkhidmatan-selepas-jualan-yang-tip-top/
OPPO Service Day – Menawarkan Perkhidmatan Selepas Jualan Yang Tip Top
[ "OPPO nampaknya bergiat dalam menyempurnakan lagi perkhidmatan mereka selain menawarkan peranti berinovatif, terkini mereka telah melancarkan OPPO Service Day yang mana pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan sepenuhnya di sini.", "OPPO Service Day akan diadakan pada tarikh yang berlainan setiap bulan dan anda boleh ikuti pengumuman di Facebook OPPO Malaysia", "OPPO Service Day yang pertama akan berlangsung pada 9 Oktober 2019, di OPPO Service Centre, Kuala Lumpur. Servis yang ditawarkan seperti berikut:" ]
https://ering.com.my/2020/09/wise-qatar-foundation-mengumumkan-e-buku-khas/
WISE Qatar Foundation Mengumumkan E-Buku Khas
[ "Pendidikan Terganggu, Pendidikan Dibayangkan Semula – Respons daripada barisan hadapan pendidikan semasa pandemik COVID-19 dan seterusnya ", "DOHA, Qatar, 22 September 2020 /PRNewswire/ — WISE, badan pemikir pendidikan global Qatar Foundation, bekerjasama dengan Salzburg Global Seminar dan Diplomatic Courier, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran rasmi E-Buku khas bertajuk: Pendidikan Terganggu, Pendidikan Dibayangkan Semula – Respons dari baris hadapan pendidikan semasa pandemik COVID-19 dan seterusnya.", "E-Buku edisi khas tersebut dihasilkan dalam masa nyata, kerana WISE, bekerjasama dengan Salzburg Global Seminar, menjemput para pemegang taruh utama dan pemimpin pendidikan dari lebih 98 buah negara dalam siri tiga bahagian persidangan global yang bertujuan untuk menyatukan komuniti pendidikan global. Hasilnya adalah catatan sejarah kontemporari tentang bagaimana sekolah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pemerintah dan organisasi antarabangsa bertindak balas terhadap penutupan sekolah semasa krisis dan bagaimana mereka berusaha menggunakan krisis ini sebagai batu loncatan untuk membayangkan semula – dan bahkan mengubah – pendidikan dalam komuniti dan negara mereka.", "E-Buku tersebut menawarkan peluang kepada khalayak global untuk memahami apa yang terjadi, bahkan ia juga menawarkan tempat berkembangnya idea daripada para pemikir pendidikan teratas di dunia.", "“Harapan kami semoga penerbitan ini menyediakan komuniti pendidikan dengan satu titik rujukan dari krisis, yang bakal mengembangkan penyelidikan, dasar dan inovasi masa hadapan,”  kata Dr. Asmaa Al-Fadala, editor penerbitan dan Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Kandungan di WISE.", "Untuk memuat turun buku Edisi Digital, sila klik di sini.", "E-mel [email protected] untuk menerima lebih banyak maklumat atau meminta pakar untuk penampilan media.", "WISE juga mengadakan sesi maya semasa Global Goals Week, pada 29 September jam 3:30 PM (GMT+3) untuk melancarkan e-buku tersebut. Enam daripada pengarang e-buku akan membincangkan masa depan pendidikan dalam dunia pasca-COVID-19 semasa sesi panel ini.", "Anda boleh mendaftar ke sesi tersebut di sini.", "Tentang WISE: WISE adalah platform antarabangsa pelbagai sektor untuk mengetengahkan pemikiran kreatif, perbahasan dan tindakan yang bermatlamat. WISE telah menjadikan dirinya sebagai rujukan global dalam pendekatan baharu dalam pendidikan. Melalui Sidang Kemuncak dwitahunan dan pelbagai program yang sedang berlangsung, WISE mempromosikan inovasi dan membina masa depan pendidikan melalui kerjasama. ", "Keywords: Books Computer/Electronics Education Entertainment Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Retail New products/services" ]
https://ering.com.my/2020/12/inovasi-semula-teknologi-pengimejan-terma-fotric-melancarkan-pengimejan-terma-pintar-340a-340m/
Inovasi Semula Teknologi Pengimejan Terma – FOTRIC Melancarkan Pengimejan Terma Pintar 340A & 340M
[ "SHANGHAI, 1 Disember 2020 /PRNewswire/ — Jenama pengimejan terma profesional FOTRIC terus berinovasi dalam teknologi untuk pengguna bagi “meningkatkan kecekapan dan memastikan keselamatan”. Pada bulan Ogos, FOTRIC telah melancarkan pengimejan terma penyaringan suhu untuk kawalan pencegahan dan penyelenggaraan wabak. Baru-baru ini, FOTRIC telah mengeluarkan suatu produk yang cemerlang: pengimej terma pintar 340A dan 340M, yang sesuai untuk penyelenggaraan peralatan industri, ujian kuasa dan elektrik, pemeriksaan bangunan, dll.", "Seperti sebelumnya, FOTRIC telah berulang kali mencapai kejayaan dalam pembangunan produk. Pada tahun 2017, FOTRIC telah mengambil bahagian dalam Pameran CES Amerika Syarikat dan produknya yang dibangunkan sendiri telah mendapat sambutan ramai. Pada tahun 2018, FOTRIC telah memenangi tempat pertama dalam kategori aplikasi elektrik di Persidangan IR/INFO Amerika Syarikat. Pada tahun 2019, produk FOTRIC yang baru dibangunkan telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Perindustrian Antarabangsa Jerman iF 2019.", "Pengguna industri sudah biasa dengan pengimej terma. Walau bagaimanapun, 340A dan 340M bukanlah model biasa. FOTRIC menggabungkan teknologi AI secara inovatif dengan gen kepintaran dan memberikan pengguna pengalaman kawalan pintar yang luar biasa. Sebagai contoh, terdapat Kekunci AI yang menyokong pintas pengaturcaraan untuk mempraset antaramuka atau fungsi.", "“Pengukuran suhu” dan “pengimejan” adalah dua fungsi teras pengimejan terma. Pengimejan terma yang mudah digunakan tidak dapat dipisahkan daripada pengukuran suhu yang tepat dan pengimejan definisi tinggi. 340A dan 340M dibangunkan berdasarkan teknologi FOTRIC selama sepuluh tahun yang memfokus pada pengukuran suhu yang tepat dan pengimejan terma. Kestabilan dan konsistensi pengukuran suhu mereka telah mencapai tahap terkemuka di industri. Untuk pengimejan, FOTRIC menggunakan teknologi inovatif yang cemerlang – “MagicThermal” Multi-color Dynamic. Fungsi ini membolehkan prestasi pengimejan yang maju di bawah diagnosis yang rumit dan pengasingan pintar gambar yang unggul bagi hot-spots untuk mendapatkan analisis langsung kawasan yang dikehendaki.", "Model 340A dilengkapi dengan sistem pemfokusan pintar “TurboFocus”, yang merealisasikan autofokus satu butang yang cepat, tepat, dan senyap. Walaupun dengan fungsi fokus berterusan, pengguna tidak perlu memikirkan tentang pemfokusan, dan hanya perlu mensasarkan dan menangkap imej, di mana ia sangat meningkatkan kecekapan pengesanan.", "Kini, FOTRIC sedang mencari rakan kongsi di seluruh dunia untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi yang tersuai kepada pengguna tempatan.", "FOTRIC ialah pembekal bagi produk pengimejan terma inframerah pengukuran suhu tepat yang terkemuka di dunia dan juga penyelesaiannya.", "Beribu pejabat di Shanghai, China, FOTRIC mempunyai pengedar di puluhan negara dan wilayah termasuk Amerika Utara, Eropah, Korea Selatan, Singapura, Australia, dan Taiwan. Rangkaian penjualan FOTRIC merangkumi pelbagai bidang termasuk kuasa, industri, penyelidikan saintifik, dan keselamatan.", "Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Computer Accessories New products/services" ]
https://ering.com.my/2019/07/huawei-freelace-kini-di-malaysia-berharga-rm369/
HUAWEI Freelace Kini Di Malaysia – Berharga RM369
[ "Buat korang-korang yang tak sabar menunggu kedatangan HUAWEI Freelace – kini boleh bergembira. Eh, kenapa? Sebab, HUAWEI Freelace akhirnya boleh didapati di Malaysia. Eh betul ke ni? Ya, betul!", "Tersedia dalam dua pilihan warna menarik iaitu Grafite Black dan Amber Sunrise, HUAWEI Freelace ditawarkan pada harga RM369. Bagi yang berminat, HUAWEI Freelace boleh didapati menerusi HUAWEI Online Store.", "HUAWEI Freelace diperkenalkan seiring dengan pelancaran siri HUAWEI P30 pada Mac lalu. Fon telinga ini dilengkapi tali yang boleh diikat pada leher. Earbud diperbuat daripada magnet – muzik terhenti apabila earbuds dicantum.", "HUAWEI Freelace disertakan bateri 123 mAh dan boleh dicas melalui USB-C – bertahan sehingga 18 jam dengan sekali cas. Lebih unik, pengecasan selama 5 minit membolehkan ia bertahan sehingga 4 jam. Fon kepala ini juga menyokong penarafan kalis air IP5X. Maklumat lanjut, layari HUAWEI Mobile." ]
https://ering.com.my/2021/05/blizzcon-2021-dibatalkan-bakal-ditangguhkan-pada-tahun-hadapan/
Blizzcon 2021 DiBatalkan!! – Bakal DItangguhkan Pada Tahun Hadapan!!!
[ "Ekoran daripada Pendemik yang sedang berlangsung diseluruh dunia pada ketika ini, Blizzcon tahun ini akan dibatalkan.", "Acara tersebut yang sepatutnya yang berlangsung pada November 2021 ini akan ditangguhkan pada tahun hadapan dan ini merupakan tahun kedua ia telah dibatalkan.", "Teruskan bersama kami untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai dunia teknologi." ]
https://ering.com.my/2017/08/samsung-memperlihatkan-video-teaser-pertama-galaxy-note-8/
Samsung Memperlihatkan Video Teaser Pertama Galaxy Note 8
[ "Kepada peminat siri ‘Note’, penantian anda semakin berakhir apabila Samsung telah memuat naik sebuah video teaser pertama untuk Galaxy Note 8. Apa yang dapat dilihat daripada video teaser ini, Samsung bakal menawarkan inovasi terkini dengan teknologi yang mustahil ada pada telefon pintar hari ini.", "Samsung juga menampilkan rekaan ikon seumpama Samsung Galaxy S8, yang mana menyokong rekaan bezel nipis dengan teknologi Infinity Display. Malah ia juga hadir dengan sebuah S-Pen yang menjadi keunikan pada siri ‘Note’. Nantikan maklumat terkini mengenai pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note 8 yang akan berlangsung pada 23 Ogos 2017, di New York." ]
https://ering.com.my/2019/05/samsung-galaxy-a80-lepas-saringan-sirim-bakal-hadir-pada-penghujung-mei-ini/
Samsung Galaxy A80 Lepas Saringan SIRIM, Bakal Hadir Pada Penghujung Mei Ini?
[ "Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan peranti terbaharu mereka, Galaxy A80 di Bangkok Thailand dan Menjadikan Kumpulan Kpop terkemuka dunia, BlackPink sebagai duta mereka. Justeru ia bakal tampil ke Malaysia dalam waktu yang terdekat. Hal ini kerana ia dikhabarkan telah melepasi Laman SIRIM.", "Samsung Galaxy A80 ini tampil dengan sistem tri-kamera dengan kamera utamanya adalah 48MP(f/2.0) + 8MP(f2.2) + 3D TOF. Kamera utama ini juga boleh dinaikkan secara mekanikal dan di pusingkan untuk dijadikan kamera hadapan lantas memberikan rakaman swafoto terbaik.", "Peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 730G, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia juga tampil dengan skrin yang mempersona iaitu 6.7 inci SAMOLED dengan resolusi 2400×1080 piksel. Dari aspek bateri juga ia tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 3700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.", "Samsung Malaysia dikhabarkan pada awalnya bakal melancarkan peranti ini bagi pasaran Malaysia pada penghujung Mei. Jadi sama-sama kita nantikan." ]
https://ering.com.my/2021/03/awe2021-haier-revolusikan-sektor-perkakas-rumah-dengan-penyelesaian-untuk-seluruh-rumah-melangkah-melangkaui-sekadar-barisan-produk-tradisional/
AWE2021: Haier Revolusikan Sektor Perkakas Rumah dengan Penyelesaian untuk Seluruh Rumah, Melangkah Melangkaui Sekadar Barisan Produk Tradisional
[ "SHANGHAI, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ — AWE2021 telahpun diadakan di Shanghai mulai 23 hingga 25 Mac 2021. Dengan pandemik yang masih mengancam sebahagian besar daripada planet ini, CES di A.S. dan IFA di Jerman, dua daripada tiga pameran tahunan yang paling penting di dunia untuk perkakas rumah dan barangan elektronik, telahpun diadakan secara dalam talian tahun ini. AWE2021 merupakan satu-satunya pameran yang diadakan luar talian, berperanan sebagai acara penting tahun ini yang mana pembuat perkakas rumah dan peneraju teknologi mempamerkan teknologi, produk dan jenama terkini mereka.", "Jenama-jenama yang terkenal di dunia mempamerkan barisan produk dan penyelesaian terkini mereka, memaparkan pelbagai pilihan bermula daripada perkakas rumah, teknologi perkakas rumah yang canggih serta kategori serba baharu yang hanya disebut sebagai “rumah”.", "AWE2021: Haier Revolusikan Sektor Perkakas Rumah dengan Penyelesaian untuk Seluruh Rumah, Melangkah Melangkaui Sekadar Barisan Produk Tradisional", "Haier Smart Home menonjolkan pembezaannya dengan pembuat-pembuat lain dengan membandingkan paparan berasaskan senario dan pameran perkakas tunggal ", "Di satu sisi lorong panjang yang mana pembuat perkakas rumah mendirikan reruai mereka, nama-nama jenama isi rumah berabad lamanya mengekalkan legasi dengan pameran peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara dan pencuci pinggan mangkuk yang berkualiti tinggi.", "Berhadapan mereka di sebelah sisi lorong yang sama, Haier Smart Home (“Haier”, Shanghai: 600690), susulan transformasinya menjadi jenama berasaskan senario dan ekologi, mendahului dengan menjadi satu-satunya pembuat yang menyahut seruan terhadap penyelesaian yang sesuai dengan kategori “rumah” baharu. Haier mempamerkan penyelesaian pintar untuk seluruh kediaman, mencakupi bukan sekada ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik mandi tetapi turut dilanjutkan bagi merangkumkan anjung dan balkoni. Dengan menggabungkan sumber, penyelesaian tersebut mencakupi semua aspek pengalaman dalam-rumah: makanan, pakaian, senario perumahan dan hiburan, bagi memberi pengalaman “kehidupan baharu” kepada penghuni rumah sejajar dengan harapan mereka.", "Bagi mengambil satu contoh, dalam senario dapur pintar, peti sejuk bukan lagi sekadar sebuah peti sejuk, sebaliknya merupakan satu platform Internet Pelbagai Benda (IoT) gourmet ekologi, yang menghubungkan ketuhar untuk menyajikan Itik Panggang Peking dan mengisi semula bekalan secara automatik apabila berkurangan.", "Terdahulu, kumpulan pempamer ini dirujuk secara kolektif sebagai ‘syarikat-syarikat perkakas rumah’, namun kini klasifikasi tersebut tidak lagi begitu sesuai.", "Haier Smart Home berevolusi daripada pembuat perkakas rumah kepada penyedia penyelesaian senario dan perkhidmatan kehidupan.", "Dalam kediaman pintar dilengkapi produk Haier, perkakas rumah berteknologi tinggi masih wujud, namun ia telah digabungkan dengan lancar ke dalam pelbagai senario kediaman untuk menjadi bahagian penting dalam rumah.", "Penyaman udara bukan lagi sekadar peranti untuk menyelaraskan suhu, sebaliknya merupakan satu mekanisme diperbaharui yang berfungsi seiring dengan beberapa komponen perkakasan dan perisian bagi menyampaikan penyelesaian udara. Perkakas rumah tradisional tidak dapat memenuhi harapan penghuni rumah hari ini – hanya penyelesaian senario yang dapat menyahut cabaran tersebut.", "Haier Smart Home ditransformasikan menjadi jenama berasaskan senario dan ekologi.", "Haier Smart Home menghimpunkan dan memperkasa puluhan ribu rakan kongsi dalam pelbagai jenis industri yang mencakupi perkakas rumah dan kelengkapan rumah, bangunan dan bahan binaan, hartanah, makanan dan IoT dengan menyediakan perisian, teknologi serta perkhidmatan bagi mewujudkan ekologi senario kediaman pintar yang lengkap.", "Melalui pemerkasaan ekologi, Haier Smart Home menyediakan penghuni dengan sebuah rumah yang berpeluang untuk memasuki era ‘kehidupan baharu’. Syarikat ini menawarkan penyelesaian yang meliputi semua keperluan dalam pelbagai senario kehidupan, sama ada pembeli belah hanya ingin memperkemas dapur, bilik tidur dan bilik mandi atau untuk pengubahsuaian lengkap.", "AWE2021 bukan sahaja merupakan pameran utama yang pertama sejak awal tahun ini, tetapi juga satu acara titik perubahan yang menandakan peringkat pertumbuhan yang seterusnya untuk industri ini, seperti yang ditunjukkan oleh pameran yang berbeza pada kedua-dua sisi lorong. Di satu sisi, syarikat-syarikat perkakas rumah tradisional mempamerkan perkakas rumah baharu manakala di sisi yang lain mempunyai penyelesaian yang diperbaharui untuk senario kediaman pintar berdasarkan perkakas rumah berkenaan. Haier Smart Home berada di barisan hadapan bagi revolusi konsep apa yang diertikan untuk melengkapkan dan menyelenggara sesebuah kediaman.", "Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.haier.net/en/" ]
https://ering.com.my/2016/10/kodak-bakal-perkenalkan-smartphone-baru/
Kodak Bakal Perkenalkan Smartphone Baru?!
[ "Masih ingat dengan jenama kamera yang popular pada suatu ketika dulu, Kodak? Perkembangan pesat teknologi hari ini membuatkan jenama Kodak semakin dilupakan. Sebelum ini, Kodak pernah memperkenalkan sebuah telefon pintar, tetapi nampaknya kurang mendapat sambutan, mungkin disebabkan oleh kurangnya strategi pemasaran daripada mereka.", "Kini, setelah agak lama menyepi Kodak kembali dengan sebuah teaser yang tersebar luas di laman sesawang hari ini. Melalui gambar yang dimuat naik, Kodak berkongsi sebuah gambar dengan butang kuasa seperti smartphone.", "Adakah dengan kemunculan peranti daripada jenama Kodak, kita bakal melihat smartphone yang memfokuskan kepada fungsi penggambaran? Buat masa sekarang tiada sebarang maklumat mengenainya didedahkan, tetapi Kodak bakal mempamerkan peranti baru ini pada 20 Oktober 2016. Apakah kejutan yang dibawakan daripada Kodak, sama-sama kita nantikan!" ]
https://ering.com.my/2020/11/pengangkutan-gas-kabel-berkembar-yang-pertama-membantu-operator-di-asia-tenggara-mencapai-wawasan-digitalisasi/
Pengangkutan Gas Kabel Berkembar yang Pertama Membantu Operator di Asia Tenggara Mencapai Wawasan Digitalisasi
[ "LONDON, 20 November 2020 /PRNewswire/ — Silverwell telah berjaya menyiapkan pemasangan sebuah pengangkat gas dengan kabel berkembar pintar yang lengkap untuk seorang pelanggan Asia Tenggara, di luar pesisir buat kali pertama di dunia. Dua sistem pengoptimuman pengeluaran pengangkut gas yang dikawal dan dipantau dari permukaan secara bebas, dipasang secara bersebelahan dalam telaga yang sama. Sistem DIAL (Digital Intelligent Artificial Lift) Silverwell membolehkan pengeluaran yang benar-benar bebas dan dioptimumkan secara jarak jauh daripada dua zon takungan pengeluaran dalam telaga luar pesisir yang terpencil. Jika dibandingkan dengan teknologi pengangkut gas konvensional yang berasaskan campur tangan manusia, pelanggan mengharapkan peningkatan dalam kadar pengeluaran yang ketara serta pengurangan risiko HSE dan kos operasi.", "Dalam konteks yang lebih luas dan strategik, pemasangan DIAL, sebuah teknologi berkeupayaan digital, akan terus mendorong perubahan paradigma ke arah pengoptimuman pengangkutan gas pintar untuk para pelanggan Silverwell. Faedah perlengkapan kabel berkembar dalam mengurangkan Perbelanjaan Modal (CAPEX) cari gali oleh dua takungan pengeluaran bebas dalam satu telaga kini boleh dilaksanakan dalam lapangan pengangkutan gas. Telaga tersebut juga merupakan platform pertama tanpa manusia yang dilengkapi dengan DIAL. Keupayaan tanpa campur tangan manusia dan pengendalian secara jarak jauh membolehkan penyesuaian yang berterusan dan memungkinkan pengoptimuman pengangkutan gas yang dikeluarkan tanpa kehadiran kakitangan operasi pengeluaran di platform.", "Silverwell mengenal pasti bahawa pemasangan ini adalah satu pencapaian penting untuk pelanggannya, yang merupakan penyokong kerja-kerja syarikatnya sejak sekian lama. Silverwell juga mengiktiraf sumbangan yang tidak ternilai oleh rakan kongsi pemasang tempatan yang bekerjasama dengan syarikat. Ini lebih-lebih lagi bagi menangani masalah logistik yang diakibatkan oleh pandemik COVID-19.", "Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem pengoptimuman pengeluaran pengangkutan buatan pintar digital Silverwell, sila layari silverwellenergy.com", "Silverwell ialah pembangun dan pembuat sistem pengoptimuman pengeluaran pengangkut gas pintar digital dan merupakan peneraju yang diiktiraf dalam sektor pengoptimuman pengangkut gas. Teknologi Silverwell mengatasi reka bentuk telaga dan had operasi teknologi pengangkut gas konvensional, meletakkan syarikat tersebut di barisan hadapan inovasi dan digitalisasi dalam industri gas dan minyak. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.silverwellenergy.com." ]
https://ering.com.my/2019/03/jualan-pertama-realme-3-di-lazada-catat-rekod-baru-lebih-500-terjual-dalam-3-minit/
Jualan Pertama Realme 3 Di Lazada Catat Rekod Baru – Lebih 500 Terjual Dalam 3 Minit!
[ "It’s a wrap! Realme berjaya mencatatkan rekod baru bagi jualan telefon terbaru mereka iaitu Realme 3 dengan sejumlah lebih daripada 2,000 terjual melalui promosi Lazada’s 7th Birthday Sale!", "Lebih mengujakan apabila lebih 500 unit Realme 3 telah terjual dalam hanya 3 minit sepanjang promosi berlangsung! Ini sekaligus menjadikan Realme kini telah meletakkan satu tanda aras baru untuk jualan telefon pintar mereka.", "Bagi meraikan kejayaan ini, Realme bakal mengadakan satu lagi jualan hebat di Lazada pada 4 April 2019 – menawarkan Realme 3 (3GB+32GB) pada harga istimewa iaitu RM 549 (Harga asal : RM599)." ]
https://ering.com.my/2016/06/kimcy-kongsi-pengalaman-sambutan-ramadan-pertama-melalui-kempen-digi-dan-astro-lebiherat/
KimCy Kongsi Pengalaman Sambutan Ramadan Pertama Melalui Kempen Digi dan Astro #LebihErat
[ "Pasangan selebriti tanah air terkenal, Akim dan Stacy (KimCy) hadir dengan sebuah video mini-siri dalam talian menerusi kempen #LebihErat. Tahun ini merupakan sambutan syawal pertama buat mereka sebagai suami isteri. Oleh itu, Digi dan Astro telah berganding bahu untuk berkongsi pertembungan antara dua budaya dengan seluruh rakyat Malaysia.", "Sebanyak 5 episod yang telah dirakamkan di dalam video mini-siri, “Lebaran Akim & Stacy”. Dua episod pertama akan ditayangkan di portal hiburan Astro iaitu Gempak, manakala tiga episod lagi akan ditayangkan melalui aplikasi Capture.", "Capture boleh dimuat turun secara percuma di iOS dan ANDROID serta boleh digunakan oleh pelanggan Digi ataupun bukan. Sebagai bonus, KimCy sedang merakamkan sebuah lagu raya untuk membangkitkan semangat Hari Raya tahun ini dan akan diterbitkan tidak lama lagi.", "Untuk sambutan raya lebih hangat, Digi tidak ketinggalan menyumbang dua pakej data khas sempena Ramadan. Pakej pertama adalah data mingguan sebanyak 1.2GB yang bernilai RM9, serta pakej kedua adalah data bulanan sebanyak 3GB yang bernilai RM35.", "Pengguna juga akan menerima perkhidmatan penstriman tanpa had untuk beberapa perkhidmatan muzik dalam talian seperti Sportify. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini, anda boleh layari laman promosinya", "Video mini-siri ‘KimCy’ telah bermula pada 8 Jun yang lepas dan peminat boleh menyaksikan episod baru pada setiap hari Rabu. Peminat juga boleh bersosial dengan peminat yang lain menggunakan hashtag #LebihErat." ]
https://ering.com.my/2020/09/samsung-bakal-melaksanakan-acara-khas-dikenali-sebagai-galaxy-unpacked-for-every-fan-bakal-perkenal-galaxy-s20-fan-edition/
Samsung Bakal Melaksanakan Acara Khas Dikenali Sebagai Galaxy Unpacked For Every Fan!! – Bakal Perkenal Galaxy S20 Fan Edition?
[ "Ada suatu kejutan buat peminat Samsung apabila mereka dikhabarkan bakal melaksanakan satu acara khas yang dikenali sebagai Galaxy Unpacked For Every Fan pada 23 September ini.", "Dikhabarkan acara ini bakal memperkenalkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Samsung Galaxy S20 Fan Edition.", "Jadi, teruskan bersama kami untuk mengetahui perkembangan acara ini!!" ]
https://ering.com.my/2019/02/pendedahan-ujian-benchmark-xiaomi-mi-9-mendahului-kirin-980-sebanyak-26/
Pendedahan Ujian Benchmark Xiaomi Mi 9 – Mendahului Kirin 980 Sebanyak 26%!
[ "Pelancaran Xiaomi Mi 9 bakal diumumkan pada 20 Februari ini, semakin banyak informasi dikongsikan oleh Lei Jun di Weibo dan forum Xiaomi sendiri.", "Setelah reka bentuk Xiaomi terdedah di laman sesawang, prestasi dalaman Mi 9 turut menjadi tumpuan seluruh dunia. Menurut apa yang dikongsikan, peranti ini menggunakan cip pemproses Snapdragon 855 dan mempunyai prestasi yang cukup menakjuban di mana ia mencapai skor 387851 dalam versi Antutu v7.2.4.", "Dalam carta ujian benchmark Antutu, peranti yang paling memuaskan di bawah Snapdragon 845 adalah Nubia Mars dengan skor 320996, manakala Huawei Mate 20 yang beroperasi di bawah Kirin 980 mencapai skor 308140, serta iPhone XS mencapai skor 361035.", "Bermakna Mi 9 adalah 20.8%, 25.9% dan 7.4% lebih tinggi berbanding Nubia, Huawei dan iPhone. Prestasi yang semakin meningkat dan berkuasa ini turut menjadikan ia sebuah peranti yang mesti dimiliki tahun baru ini." ]
https://ering.com.my/2017/04/leagoo-m5-edge-dilancarkan-dengan-paparan-lengkung/
LEAGOO M5 Edge Dilancarkan Dengan Paparan Lengkung
[ " Skrin melengkung pada peranti pintar bukan lagi perkara baru, teknologi ini semakin meluas digunakan oleh kebanyakan pengeluar. Oleh itu, LEAGOO telah memperkenalkan peranti terbaru yang diberi nama LEAGOO M5 Edge. ", "Paparan bersaiz 5 inci beresolusi 720 x 1280 dengan kepadatan 294ppi, cip pemproses MediaTek 6737 digunakan, RAM sebanyak 2GB dan storan dalaman 16GB. Pada bahagian kamera belakang 13 Megapiksel F/2.0 dan kamera depan 8 Megapiksel F/2.4 bersama mod FotoNation serta binaan kerangka logam dengan proses potongan CNC.", " Sistem operasi Android Marshmallow dengan bekalan kuasa bateri berkapasiti 2000mAh sahaja. Selain itu, sistem keselamatan peranti dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bahagian belakang. Harga bagi peranti ini belum diumumkan oleh pihak LEAGOO." ]
https://ering.com.my/2020/12/grab-lancar-grabsupermarket-di-lembah-klang/
Grab Lancar GrabSupermarket Di Lembah Klang!!!
[ "Grab kini telah melancarkan GrabSupermarket yang pertama bagi rantau ini yang terletak di tengah-tengah lembah klang. GrabSupermarket pada masa ini memberikan lebih daripada 2,500 produk termasuk pelbagai pilihan barang-barang rumah tangga, keperluan dapur, keperluan kecantikan dan kesihatan serta hasil segar dari gudang dan ladangnya.", "Dengan yuran penghantaran secara percuma, GrabSupermarket membawa hasil segar yang berpatutan dan berkualiti tinggi ke pintu pelanggan dengan nilai maksimum dan kesegaran dalam masa 24 jam. Model penghantaran pada hari berikutnya membolehkan kami memastikan hasilnya dihantar dari pelbagai ladang dan pembekal bermitra langsung kepada kami, dan dari kami kepada pelanggan, semuanya dalam 24 jam.", "Perkhidmatan peruncitan dan runcit segera Grab yang berkembang pesat terdapat di lapan negara Asia Tenggara dan lebih daripada 70 bandar. GrabMart mengira lebih 12,000 kedai runcit sebagai rakan kongsi di rantau ini, memberikan pelanggan Asia Tenggara cara mudah untuk mengakses produk penting dan laris atas permintaan dalam masa 30 minit." ]
https://ering.com.my/2016/03/huawei-matebook-memenangi-15-anugerah-ketika-mwc-2016/
Huawei MateBook Memenangi 15 Anugerah Ketika MWC 2016
[ "Peranti 2 dalam satu Huawei yang terbaru, MateBook diperkenalkan ketika Mobile World Congress 2016 baru-baru ini dan terus menerima 15 pengiktirafan dari pelbagai pihak, sekali gus menunjukkan visi dan misi Huawei untuk menghasilkan peranti yang bukan sahaja cantik, malah hebat dan berkuasa. Berikut adalah senarai penuh pengiktirafan tersebut:" ]
https://ering.com.my/2018/07/peringatan-penggunaan-powerbank-dilarang-dalam-penerbangan-air-asia/
[ Peringatan ] Penggunaan PowerBank Dilarang Dalam Penerbangan Air Asia!
[ "Pihak Air Asia telah mengeluarkan satu notis bahawa penumpang yang membawa powerbank dalam bagasi kabin mereka adalah tidak dibenarkan mengecas dalam penerbangan.", "Terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti, seperti berikut:", "Perlu diingatkan, setiap penumpang adalah terhad kepada maksimum bateri Lithium Ion 02 untuk kegunaan peribadi sahaja, kapasiti bateri tidak boleh melebihi 100wh atau 20000mAh dan hanya dibenarkan Hand Carried." ]
https://ering.com.my/2021/03/heveaconnect-pasaran-digital-untuk-getah-asli-lestari-alu-alukan-pelaburan-daripada-singapore-exchange/
HeveaConnect, Pasaran Digital Untuk Getah Asli Lestari alu-alukan pelaburan daripada Singapore Exchange
[ "SINGAPURA, 4 Mac 2021 /PRNewswire/ — Hari ini, HeveaConnect Pte Ltd (“HC”) mengumumkan bahawa Singapore Exchange (“SGX”) telah memiliki pegangan minoriti dalam HC dengan tujuan untuk mempercepatkan pendigitalisan industri getah asli. SGX turut menyertai Halcyon Agri Corporation Limited (“HAC”), ITOCHU Corporation dan DBS Bank Ltd sebagai pemegang saham dalam HC.", "Dengan warisan perdagangan selama lebih 100 tahun, Singapura merupakan hab dan tumpuan bagi perdagangan getah asli global. Pasaran SICOM SGX diiktiraf dengan meluas sebagai pusat penemuan harga dunia untuk getah asli dan indeksnya merupakan penanda aras penentuan harga global untuk peserta sepanjang rantaian nilai getah asli.", "SGX memainkan peranan penting dalam menyokong komuniti getah global menerusi penanda aras harga global SICOM, perkhidmatan penimbangtaraan dan suit penyelesaian pengurusan risiko derivatif. Ketika dunia beralih ke arah sambungan merata, terdapat keperluan yang semakin meningkat terhadap pendigitalisan dalam industri getah tradisional. HeveaConnect, pasaran digital untuk getah asli yang dihasilkan secara lestari, merupakan platform yang ideal untuk memenuhi keperluan pasaran ini.", "Misi HC adalah untuk menjadi tulang belakang data bagi usaha industri berkenaan untuk membangunkan bekalan getah asli yang mampan. Platformnya merintis papan pemuka kelestarian hari ini, menyediakan peserta pasaran global dengan rantaian bekalan bersepadu yang penting, data kebolehkesanan dan kelestarian. Pelaburan SGX dalam HC bertujuan untuk meningkatkan keupayaan HeveaConnect sebagai platform penemuan harga untuk getah asli lestari. Ini seterusnya akan menggalakkan amalan terbaik dalam seluruh rantaian nilai getah asli.", "Sebagai sebahagian daripada pelaburan tersebut, harga niaga hadapan SICOM akan disediakan pada platform HeveaConnect bagi memudahkan spot getah fizikal dan penemuan harga jangka panjang terhadap penanda aras SICOM.", "Lee Beng Hong, Pengarah Urusan Kanan, Ketua Pendapatan Tetap, Mata Wang dan Komoditi, SGX berkata, “Pergerakan industri getah ke arah pendigitalisan rantaian nilai dan peralihan menuju getah lestari merupakan objektif utama yang mengujakan kami untuk menyokongnya. Sebagai penanda aras penentuan harga global yang utama untuk getah asli, kami berharap dapat meminjamkan kepakaran kami bagi membangunkan selanjutnya pembentukan harga yang cekap dan telus dalam perdagangan getah fizikal, untuk disokong oleh kerangka data dan infrastruktur yang selamat mahupun bebas.”", "Ray Ferguson, Pengerusi Bebas HeveaConnect berkata, “Objektif utama HeveaConnect dari awal adalah untuk membina perniagaan disruptif yang meningkatkan proses penemuan harga dan memudahkan kolaborasi terhadap kelestarian. Dengan sokongan daripada pemegang saham pengasas, HeveaConnect berupaya untuk membangunkan dan memperbaiki platform perdagangan yang bersedia untuk penerimaan industri yang lebih luas. Kini kami berbesar hati untuk mengalu-alukan SGX serta rakan kongsi masa depan lain untuk meningkatkan lagi ekosistem buat semua.”", "HeveaConnect sebagai Platform Bebas bagi Menggalakkan Penyertaan Industri ", "Sebagai tanda bagi mengalu-alukan penyertaan industri ke dalam HC, HAC akan melepaskan kedudukannya sebagai pemegang saham pengawal dalam HC, dengan memperuntukkan 59,962 saham (mewakili 14.73% kepentingan dalam asas pegangan saham yang diperbesar) daripada pegangan saham sedia adanya dalam HC kepada pemegang amanah bebas, untuk diagihkan kepada organisasi-organisasi layak yang terlibat dalam mempromosikan agenda kelestarian dalam industri getah asli. Dengan peningkatan penglibatan daripada kumpulan minat yang berbeza, peranan HC sebagai platform umum yang bebas akan ditingkatkan dan mendapat lebih banyak daya tarikan dengan pengeluar serta pelanggan getah asli.", "Andrew Trevatt, Pengarah dalam HeveaConnect, mewakili HAC berkata, “Pelaburan oleh SGX merupakan satu pencapaian luar biasa untuk HC, tatkala ia meneruskan perjalanan di laluannya untuk menjadi pelopor dalam pendigitalisan industri getah asli. Kami mengiktiraf bahawa sokongan dan penyertaan industri adalah amat penting dalam mendorong HC ke peringkat pertumbuhan yang seterusnya. Komitmen kami dalam HC telah dan akan tetap teguh dan ini begitu selari denga hasrat awal kami untuk mewujudkan platform fizikal umum yang adil dan saksama untuk semua peserta rantaian bekalan getah asli.”", "Pasaran Penemuan Harga Pilihan untuk Perdagangan Getah Fizikal ", "Sejak penubuhannya pada April 2019, HeveaConnect berjaya memadankan lebih 250,000 tan metrik getah asli fizikal untuk syarikat-syarikat tayar global utama termasuk Michelin dan Bridgestone, dengan nilai jualan kasar melebihi USD $325 juta.", "Gerald Tan, Ketua Eksekutif HeveaConnect, berkata, “Kami mendigitalisasikan seluruh rantaian bekalan getah asli – bermula daripada peladang kepada pengeluar, daripada pengguna kepada pemudah cara – dalam ekosistem diperkaya data. Platform terbina khas kami menyelaraskan aliran kerja pesanan-kepada-penunaian bagi meningkatkan proses membuat keputusan dan pengurusan risiko. Kami juga menawarkan alat digital bagi mengumpul data rantaian bekalan yang bernilai di lapangan. Mematuhi dasar perolehan yang ketat, perkhidmatan ini memenuhi keperluan kelestarian dan kebolehkesanan yang kritikal untuk pelanggan kami, pembiaya serta NGO.”", "Segsarn Trai-Ukos, Pengarah Urusan SMPT (Michelin) menambah, “Kami telah menggunakan platform HC selama 22 bulan dan dapat melihat faedah-faedah platform digital. Kami gembira melihat SGX menyertai HC sebagai pemegang saham Kini, penting untuk HC meningkatkan bilangan peserta dan memastikan penerimaan pasaran yang luas dalam seluruh rantaian bekalan penuh.”", "Brian Miller, Pengerusi Dewan Perniagaan Persatuan Getah Antarabangsa Singapura (Singapore International Chamber of Commerce Rubber Association) menyatakan, “Pendigitalisan dan kelestarian dalam rantaian bekalan getah merupakan perkembangan pasaran yang penting dan kami gembira dapat melihat banyak inisiatif yang hebat dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang memberi tumpuan pada aspek utama ini.”", "Terbuka kepada semua pengguna pasaran getah yang boleh dipercayai, HeveaConnect menyelesaikan kecekapan rantaian bekalan, meningkatkan perdagangan dua hala dan seterusnya akan membangunkan proses perdagangan pelbagai hala. Inovasinya melibatkan Platform HeveaConnect, HeveaPro, HeveaTrace dan HeveaGrow yang dapat menangani cabaran dalam seluruh rantaian bekalan. HeveaConnect menggalakkan teknik pengeluaran getah yang lestari dan boleh diaudit, menyokong getah disokong data yang boleh dikesan dan menyediakan penemuan harga yang unggul untuk Getah Asli Lestari.", "HeveaConnect yang ditubuhkan dan berpangkalan di Singapura membawakan kepada anda masa depan perdagangan komoditi. Kami merupakan peneraju yang mendigitalisasikan rantaian bekalan getah asli di seluruh dunia bagi mewujudkan ekosistem berkuasa teknologi yang diperkaya dengan data. Transformasi digital ini membolehkan analisis yang mendalam dibuat terhadap rantaian bekalan untuk mengenal pasti risiko alam sekitar, sosial dan kewangan yang membenarkan intervensi bersasaran.", "Di HeveaConnect, kami menggunakan teknologi bagi mendayakan ketelusan data dan mengukuhkan kepercayaan. Kami menyediakan perisikan dan pandangan industri bagi memperkasa pelanggan kami untuk membuat keputusan yang lebih pintar. Kami berusaha untuk mengenal pasti isu dan menyampaikan penyelesaian yang akan menentukan semula bagaimana komoditi dihasilkan dan didagangkan.", "Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.heveaconnect.com.", "Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services" ]
https://ering.com.my/2017/05/apple-watch-diberi-jaminan-3-tahun-isu-bateri-mengembung/
Apple Watch Diberi Jaminan 3 Tahun – Isu Bateri Mengembung
[ "Apple Watch ialah sebuah jam tangan pintar yang cantik tetapi adakah anda tergolong di dalam segelintir pengguna Apple Watch generasi pertama (series 1) yang menghadapi masalah bateri mengembung?", "Oleh itu, Apple telah memberikan jaminan gantian bateri secara percuma sehingga tiga tahun kepada penggunanya. Bateri yang mengembung akan memberi kesan serius dengan memisahkan cantuman antara kerangka dengan paparan skrin." ]
https://ering.com.my/2021/04/reviu-eksklusif-huawei-mate-10-4-hadir-dengan-skrin-hd-2k-kirin-820-wifi6-pasti-sesuai-untuk-kelas-atas-talian/
Reviu Eksklusif: HUAWEI Mate 10.4 Hadir Dengan Skrin HD 2K + Kirin 820 + WiFi6 Pasti Sesuai Untuk Kelas Atas Talian!!!
[ "Oleh sebab COVID-19 ini, selain sesetengah orang yang akan terus bekerja di rumah, ramai pelajar perlu belajar dalam kelas atas talian dan membuat kerja rumah secara atas talian. Oleh itu, korang memerlukan tablet dengan harga yang berpatutan dan memberi banyak fungsi praktikal. Walaubagaimanapun, HUAWEI MatePad 10.4 terbaru yang admin ingin memperkenalkan sebenarnya tidak jauh berbeza dengan komputer riba, tetapi harganya lebih berpatutan berbanding dengan komputer riba. Jom lihat fungsinya yang berguna!", "Penampilan keseluruhan MatePad 10.4 sangat mirip dengan MatePad Pro yang dilancarkan sebelumnya, bingkainya agak bulat dan tekstur belakang  peranti ini menggunakan matte kelabu. Beratnya hanya 450g dan ketebalannya adalah 7.45mm, boleh dikatakan sangat nipis!", "Bahagian di sudut kanan atas adalah kamera, flash light dan mikrofon.", "Terdapat dua pembesar suara dan suis kuasa di bahagian atas peranti; Bahagian bawah peranti  merupakan USB Type-C dan dua pembesar suara yang lain.", "Slot kad SIM ada di sebelah kiri badan peranti; terdapat butang kawalan kelantangan dan 4 lubang mikrofon di sebelah kanan.", "Di samping itu, semasa membeli MatePad 10.4, penutup pelindung papan kekunci juga dihadiahkan kepada pengguna. Pengguna boleh menjadikannya sebagai kerangka untuk tablet dan menggunakannya sebagai komputer riba mini, memang mudah sekali!", "Tablet baru kali ini telah mempertingkatkan skrin menjadi 10.4 inci, dan menyediakan paparan gambar berkualiti tinggi 2K untuk pengguna. Gamut warna NTSC 70.8% membolehkan pengguna dapat menikmati visual yang hebat sama ada foto ataupun video. Pembiakan warna sangat baik, kesan cahaya dan bayangan serta perinci gambar dipaparkan dengan menarik!", "Skrin 10.4 inci yang besar mempunyai nisbah 16:9.6 dan bingkai 7.9 mm sehingga mempunyai nisbah skrin-ke-peranti 84%. Jika bingkainya lebih sempit, memang lebih baik! Yang perlu disebutkan bahawa MatePad 10.4 telah disahkan mempunyai perlindungan mata biru yang rendah oleh TUV Rheinland semasa korang menghidupkan mod pelindung mata; Jika korang membaca selama masa yang panjang, korang juga boleh menggunakan mod eBook yang berskala kelabu; atau kebanyakan pengguna yang kegemaran model gelap untuk melindungi mata dan mengurangkan keletihan.", "Produk terbaru HUAWEI biasanya menumpukan pada rantaian ekologinya yang tersendiri, terutamanya fungsi HUAWEI Share yang sangat popular, jadi MatePad 10.4 mempunyai fungsi HUAWEI Share dan kolaborasi multi-screen supaya pengguna dapat menggunakan tablet dan operasi skrin telefon pada masa yang sama ~", "Terdapat dua cara untuk guna tablet dan telefon bimbit pada masa yang sama. Salah satunya adalah dengan mengaktifkan fungsi [Wireless Screencasting] pada kedua-dua peranti tersebut, dan antara muka telefon akan segera muncul di tablet. Kaedah lain adalah setelah tablet disambungkan ke papan kekunci, pengguna hanya perlu mengaktifkan Bluetooth dan HUAWEI Share dari telefon bimbit, dan kemudiannya menjajarkan kawasan NFC di bahagian belakang telefon dengan Shift dalam keyboard (logo NFC dicetak pada masa yang sama). Oleh itu, korang  boleh tap dan sambungkan kedua-dua peranti.", "Setelah disambungkan, pengguna dapat menyeret dan meletakkan fail di antara kedua-dua peranti, membalas WhatsApp, atau bermain permainan tanpa masalah untuk korang menikmati hiburan di tempat kerja dan kelas dengan lebih mudah dan senang.", "Selain itu, MatePad 10.4 juga menyokong App Multiplier “Penglihatan selari”. Yang sedikit berbeza dari split skrin, peranti ini boleh menggunakan fungsi split skrin bagi aplikasi yang sama, terutamanya dalam aplikasi membeli-belah. Pengguna dapat menampilkan pilihan membeli-belah di kedua-dua skrin untuk memudahkan pengguna membandingkan harga dan meningkatkan pengalaman membeli-belah atas talian!", "Yang perlu diingat bahawa bukan semua aplikasi juka sokong App Multiplier, dan pengguna dapat memeriksanya di bahagian setting dan memilih untuk mengaktifkannya sendiri.", "MatePad 10.4 dilengkapi dengan pemproses Kirin 820 kali ini yang menggunakan pemproses 7nm dan seni bina NPU yang dikembangkan oleh HUAWEI. Oleh itu, peranti ini mempunyai kecekapan yang lebih efisien dan meningkatkan prestasi AI berbanding dengan Kirin 810 yang digunakan pada generasi sebelumnya. Peranti ini juga dilengkapi dengan GPU Mali-G57 yang disokong oleh teknologi GPU Turbo. Oleh itu, peranti ini dapat memberi prestasi yang sangat baik walaupun di bawah penggunaan yang berat, dan membawa pengalaman pengguna yang terbaik kepada pengguna.", "Selain itu, peningkatan perkakasan terbesar MatePad 10.4 adalah untuk menyokong WiFi 6. Peranti ini mempunyai lebar jalur yang lebih tinggi, latensi yang lebih rendah dan penggunaan kuasa yang rendah berbanding dengan WiFi 5. Selain menyokong lebar jalur maksimum 160MHz, peranti ini juga dapat menyokong sebanyak 128 peranti pada masa yang sama, penundaan serendah 10 ms, operasi sistem dan operasi permainan berjalan lancar tanpa terganggu, dan penggunaan tenaga dikurangkan sebanyak 30%.", "Sudah tentu, semua perkara di atas mesti digunakan dengan penghala HUAWEI WiFi 6 AX3. Walaupun tidak ada fungsi sambungan One Tap, peranti ini masih boleh membawa isyarat yang lebih baik kepada pengguna. Walaubagaimanapun, pengguna harus jelas bahawa WiFi digunakan untuk membantu menerima dan menghantar isyarat dengan lebih baik, bukan untuk meningkatkan kelajuan internet!", "Selain itu, ramai orang yang perlu menggunakan Google Drive, Doc dan lain-lain di tempat kerja atau kelas atas talian, dan pengguna juga dapat menggunakannya di MatePad 10.4. Sekiranya korang menggunakan HUAWEI Browser, korang boleh klik pada ikon tetapan di sudut kanan atas dan pilih Laman Desktop supaya halaman tersebut dapat digunakan dalam versi komputer.", "MatePad 10.4 mempunyai kapasiti bateri besar sebanyak 7250mAh. Peranti ini dapat terus bermain video yang berdefinisi tinggi sepanjang 12.5 jam, dan juga menyokong fungsi pengecasan pantas 22.5W. Pihak HUAWEI mengatakan bahawa peranti ini hanya memerlukan setengah jam untuk mengecas tablet 30%, dan boleh dicas sepenuhnya dalam dua jam. Setelah reviu sebenar oleh admin, peranti ini memang berjaya mengecas dengan cepat hingga 30% dalam masa setengah jam, dan memerlukan 2 jam 11 minit untuk mengisi sampai 100%. Prestasi pengecasan pantas boleh dikatakan sangat bagus!", "Dari segi kualiti suara, MatePad 10.4 dilengkapi dengan empat pembesar suara dan empat mikrofon yang diselaraskan oleh Harman Kardon, dan dilengkapi dengan fungsi noise-cancellation yang memberi output vokal yang stabil dan jelas. Fungsi ini memainkan peranan yang besar dalam video call, suara manusia dapat menjadi lebih menonjol di berbagai-bagai lingkungan, dan pengguna juga dapat menikmati pengalaman panggilan yang jelas.", "Secara keseluruhan, HUAWEI MatePad 10.4 mempunyai fungsi yang sangat lengkap. Yang boleh dikatakan cukup baik sebagai komputer riba versi mini sama ada untuk pelajar yang belajar atas talian atau pekerja pejabat yang bekerja pada jangka masa panjang! Tablet ini dapat membantu semua orang menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian, terutamanya dari segi fungsi kolaborasi multi-screen supaya pengguna dapat menyelesaikan lebih banyak tugas tanpa mengangkat telefon, dan meningkatkan efisien. Sudah tentu, yang paling penting ialah HUAWEI MatePad 10.4 ini hanya berharga RM1499. Sekiranya korang ingin membeli atau mengetahui maklumat lebih lanjut, korang boleh melayari laman web rasmi HUAWEI: https://consumer.huawei.com/my/tablets/matepad-new/" ]
https://ering.com.my/2019/03/grab-bakal-kenakan-penalti-sebanyak-rm3-untuk-pembatalan-tempahan-bermula-25-mac-2019/
Grab Bakal Kenakan Penalti Sebanyak RM3 Untuk Pembatalan Tempahan – Bermula 25 Mac 2019
[ "Sebut sahaja mengenai Grabcar pasti ramai dalam kalangan kita sering menggunakan perkhidmatan ini kan? Memang tidak dapat dinafikan, perkhidmatan ini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mengira umur dan jantina.", "Tahukah anda bahawa grab bakal mengenakan penalti SEBANYAK RM3 kepada penumpang untuk mana-mana yang berikut:", "*Polisi ini akan bermula di Lembah Klang pada 25 Mac 2019 dan bandar-bandar lain pada 27 Mac 2019. Maklumat lanjut layari, GRAB. " ]
https://ering.com.my/2018/10/rakaman-video-pendek-dengan-iphone-xs-max-tim-cook-berasa-puas/
Rakaman Video Pendek Dengan iPhone XS Max – Tim Cook Berasa Puas!
[ "Ramai yang berasa tidak puas hati dengan iPhone XS dan XS Max di mana peningkatan yang sedikit tetapi dengan harga jualan yang terlalu tinggi, apatah lagi keupayaan kamera yang tidak selaras dengan perkembangan dalam arena penggambaran.", "Apa-apa pun laman DxOMark baru sahaja mengeluarkan skor iPhone XS Max setinggi 105 berada di tangga kedua setelah Huawei P20 Pro, sekaligus membuktikan prestasi Apple yang masih berkuasa. Terkini, sebuah video pendek “Somewhere” berdurasi 2 minit yang diambil oleh pengarah Crazy Rich Asians, Jon M. Chu telah dimuat naik ke YouTube WIRED.", "Menurutnya, video ini diambil sepenuhnya dengan kamera iPhone XS Max dan tidak menambah sebarang warna serta tidak menggunakan alat tambahan seperti lampu atau aksesori lensa semasa merakam. Lain pula dengan filem pendek “Three Minutes” tahun lepas yang banyak menggunakan alat tambahan.", "Video pendek ini juga disyorkan dan dikongsikan oleh CEO Apple Tim Cook di twitter beliau. Apa pandangan anda semua? Puas hati dengan rakaman video ini?" ]
https://ering.com.my/2019/04/oneplus-7-bakal-diperkenal-kepada-umum-bulan-depan-14-mei-2019/
OnePlus 7 Bakal Diperkenal Kepada Umum Bulan Depan – 14 Mei 2019!
[ "Sejak kebelakangan ini, kita banyak mendengar berita perihal kebocoran pewaris baru OnePlus iaitu OnePlus 7. Terkini, OnePlus mendedahkan model tersebut bakal dilancarkan pada bulan hadapan.", "Memetik video penggoda yang dikongsi oleh OnePlus, OnePlus 7 bakal diperkenalkan pada 14 Mei depan. Paling menarik perhatian, penggunaan perkataan ” siri OnePlus” jelas memberi bayangan syarikat tersebut bakal hadir dengan lebih daripada satu versi untuk model tersebut.", "Get ready for the OnePlus 7 Series.https://t.co/ViZaz53XXk pic.twitter.com/9oRGqVqLOH", "— OnePlus (@oneplus) April 23, 2019", "Apakah agaknya kejutan bakal dibawa oleh OnePlus kepada peminat setia mereka? Sama-sama kita tunggu kemunculan pewaris baru ini dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!" ]
https://ering.com.my/2019/12/tertiris-redmi-k30-bakal-dibekalkan-bateri-4500mah-pengecasan-penuh-dalam-satu-jam/
[TERTIRIS] : Redmi K30 Bakal Dibekalkan Bateri 4,500mAh – Pengecasan Penuh Dalam Satu Jam
[ "Redmi dikatakan bakal muncul dengan Redmi K30 pada 10 Disember 2019 dalam sebuah acara pelancaran yang bakal berlangsung di China. Kini, Redmi dilihat terus mengacah orang ramai mengenai spesifikasi dalamannya. Terbaru, Redmi K30 dikatakan bakal dibungkus dengan bateri berkapasiti 4,500mAh – di mana 500mAh lebih besar berbanding pendahulunya iaitu Redmi K20.", "Selain itu, Redmi juga mengatakan bahawa bateri ini dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 30W – yang mana didakwa berupaya mengecas penuh dalam masa satu jam. Redmi mendakwa pengecasan pantas 30W ini adalah berbeza dengan teknologi pengecasan 30W sedia ada di pasaran – ia mempunyai kecekapan pengecasan sehingga 97%.", "Khabar angin sebelum ini mendedahkan Redmi K30 mungkin dijana cip pemproses Snapdragon 765G dan dibekalkan paparan bersaiz 6.67″ bersama lensa utama sebesar 64MP. Apakah kejutan yang bakal dibawakan Redmi untuk kali ini? Sama-sama kita tunggu!" ]
https://ering.com.my/2018/11/huawei-hdd-portable-berkapasiti-1tb-khas-untuk-siri-huawei-mate-20/
Huawei HDD Portable Berkapasiti 1TB Khas Untuk Siri Huawei Mate 20!
[ "Huawei telah memperkenalkan sebuah aksesori khas bagi siri Huawei Mate 20 yang dikenali sebagai Huawei HDD Portable. Pemacu cakera keras ini menyokong ruang simpanan yang sangat besar iaitu mencecah 1TB dengan rekaan kalis air.", "Selain boleh digunakan untuk membuat salinan segala kandungan data dan juga media, ia secara automatik akan terus mengecas telefon pintar dari Mate 20 apabila disambungkan dengan HDD Portable ini.", "Lebih istimewa, telefon pintar daripada siri Huawei Mate 20 boleh dicas dengan pantas menggunakan sokongan tiga output berbeza iaitu 5V2A (10W), 9V2A (18W) dan juga Huawei SuperCharge 5V4.5A (22.5W). Buat masa ini, HDD Portable hanya menyokong siri Huawei Mate 20 sahaja, dan yang pasti lebih banyak model akan disokong pada masa akan datang.", "Buat masa sekarang, peranti ini masih belum dibawa masuk secara rasmi ke pasaran Malaysia. Tetapi jika berminat, anda boleh membelinya pada harga RM399 di sini." ]
https://ering.com.my/2018/04/oppo-f7-128gb-diumumkan-dengan-tanda-harga-rm1699-sunrise-red-dan-diamond-black/
OPPO F7 128GB Diumumkan Dengan Tanda Harga RM1,699 – Sunrise Red Dan Diamond Black
[ "Minggu lepas OPPO Malaysia telah melancarkan peranti terbaharu OPPO F7 ke pasaran tempatan dengan dua varian, 64GB dan 128GB. Memandangkan harga untuk varian 128GB tidak disertakan pada masa itu, kini pihak OPPO telah mengumumkan varian 128GB dengan tanda harga RM1,699.", "Dalam menyambut kehadiran peranti F7, OPPO turut mengumumkan kerjasama mereka dengan pihak Maxis menawarkan peranti dengan pakej yang menarik. OPPO F7 boleh didapati pada harga serendah RM1 sekiranya pelanggan mendaftar pelan MaxisONE Plan 158.", "Bagi sesiapa yang tidak mahu terikat dengan kontrak telco, peranti ini boleh di pra-tempah bermula pada 23 April hingga 27 April 2018 di mana-mana kedai konsep OPPO, laman rasmi OPPO, atau wakil sah OPPO seluruh Malaysia.", "Lebih mudah lagi, pelanggan yang ingin membuat pra-tempahan boleh ke gedung beli-belah atas talian seperti Lazada, 11street, atau Shopee. Sementara, OPPO F7 128GB disediakan dengan pilihan warna Sunrise Red dan Diamond Black.", "Hands-on!! OPPO F7, Peranti Berskrin Penuh 6.23 Inci Dengan Nisbah 19:9" ]
https://ering.com.my/2020/07/cisco-lancarkan-program-pembiayaan-0-untuk-menyokong-pks-di-malaysia/
Cisco Lancarkan Program Pembiayaan 0% untuk Menyokong PKS di Malaysia
[ "KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Julai 2020 /PRNewswire/ — Cisco kini melancarkan satu program pembiayaan baharu bagi membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia membeli produknya dengan faedah 0%, tanpa kos pendahuluan, dengan syarat pembayaran bulanan tetap selama 3 tahun. Tawaran ini merangkumi semua portfolio produk Cisco termasuk perisian, perkakasan dan perkhidmatan.", "Pelancaran program ini seiring dengan langkah Malaysia melonggarkan langkah kawalan COVID-19 dan membuka semula ekonomi, yang bakalmenyaksikan pelbagai sektor ekonomi kembali beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Walau bagaimanapun, gangguan berterusan terhadap rantaian bekalan dan pengurangan aktiviti perniagaan di negara telah menyaksikan banyak PKS – yang merangkumi 98.5% daripada jumlah perniagaan berdaftar dan sekitar 65% pekerjaan di negara – menghadapi kesukaran untuk mengekalkan operasi akibat daripada wabak ini.", "“Wabak ini telah mendatangkan impak besar kepada perniagaan di seluruh negara. Namun, situasi ini juga memacu anjakan pemikiran yang pantas. Kini, mereka lebih bersedia untuk menerapkan teknologi ke dalam pelbagai aspek perniagaan mereka, serta merancakkan transformasi digital untuk bertahan dalam keadaan sekarang dan memacu pertumbuhan masa depan. Justeru, anjakan digital ini juga akan memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia pada keseluruhannya, memandangkan sektor PKS ini menyumbang hampir dua pertiga daripada semua pekerjaan di Malaysia,” demikian kata Albert Chai, Pengarah Urusan, Cisco Malaysia.", "Sebagai enjin pertumbuhan yang penting bagi Malaysia, PKS menyumbang sebanyak 38.3% kepada KDNK keseluruhan Malaysia pada tahun 2019. Bagi membantu meringankan kesan pandemik ke atas perniagaan, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pelan rangsangan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PENJANA) sepanjang empat bulan yang lepas, termasuk penawaran moratorium pinjaman kepada PKS, dana bantuan khas, dan subsidi gaji kepada semua majikan.", "Di samping itu, PKS kini lebih cenderung bergantung pada teknologi untuk mendigitalkan perniagaan mereka dan kembali beroperasi berdasarkan garis panduan yang ditetapkan, membuka peluang pertumbuhan baharu, serta menyumbang kepada pemulihan ekonomi pada keseluruhannya. Program baharu oleh Cisco ini bertujuan memberikan sokongan kewangan kepada PKS yang berusaha melengkapkan diri dengan peralatan dan penyelesaian yang diperlukan untuk merancakkan perniagaan mereka pada era digital baharu ini.", "“Program pembiayaan ini akan memudahkan PKS tempatan untuk memulakan perjalanan pendigitalan mereka. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini, kami di Cisco komited untuk memainkan peranan bagi meringankan beban PKS di Malaysia. Ketika perniagaan berusaha menyesuaikan dengan normal baharu, kami yakin sektor PKS akan terus melindungi dan menyediakan peluang pekerjaan yang dapat mengukuhkan pemulihan ekonomi Malaysia selepas COVID-19,” tambah beliau.", "Program pembiayaan 0% ini akan menawarkan PKS akses kepada sokongan teknologi Cisco yang diperlukan tanpa melebihi belanjawan mereka. PKS akan menikmati pajakan pembayaran penuh selama 3 tahun, dan membuat bayaran bulanan tetap selama 36 bulan untuk pembelian daripada Cisco yang bernilai antara USD20,000 hingga USD300,000 (RM85,600 hingga RM1.28 juta). Selepas tempoh kontrak, mereka akan menjadi pemilik penuh peralatan berkenaan.", "“PKS merupakan tunjang belakang ekonomi ASEAN, dan teknologi dapat membantu menyelesaikan beberapa cabaran utamanya bagi memulihkan operasi selepas COVID-19. Justeru, PKS amat memerlukan bantuan daripada rakan kerjasama seperti Cisco, baik menerusi penyelesaian dan kepakaran kami, mahupun program yang dapat meringankan beban kewangan mereka. Program pembiayaan Cisco menyediakan keupayaan tersedia untuk menjamin operasi perniagaan serta pembayaran yang jelas dengan kadar faedah 0%. Malahan, pemilik PKS juga dapat mengelakkan kos pendahuluan, sekali gus memelihara sumber kewangan mereka untuk keutamaan lain,” kata Raz Mohamad, Pengarah Perniagaan Kecil dan Komersial untuk ASEAN di Cisco.", "Pilihan pembiayaan baharu ini kini boleh didapati menerusi Cisco Capital, iaitu perniagaan pembiayaan vendor Cisco yang menawarkan pilihan pembayaran dan sokongan yang berpaksikan pelanggan untuk menikmati pelbagai penyelesaian Cisco. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, sila layari www.cisco.com/c/en_my/buy/payment-solutions/solutions/small-business.html atau hubungi pasukan Cisco tempatan anda.", "Cisco (NASDAQ: CSCO) merupakan peneraju teknologi di seluruh dunia yang menyokong Internet. Cisco menginspirasikan potensi baharu dengan memberi imaginasi baharu kepada aplikasi anda, melindungi data anda, mengubah infrastruktur anda, serta memperkasakan pasukan anda untuk masa depan yang global dan inklusif. Ketahui lebih lanjut di The Network dan ikuti kami di Twitter.", "Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Corporate Social Responsibility New products/services" ]
https://ering.com.my/2018/01/ces-2018-rangkaian-rumah-pintar-hybrid-pertama-di-dunia-huawei-mate-10-pro-tembusi-pasaran-as/
CES 2018 : Huawei Mate 10 Pro Tembusi Pasaran AS Secara Rasmi
[ "Pada CES 2018, Huawei sebagai salah satu pemain yang menyertai CES 2018 di Las Vegas mengumumkan peranti tercanggih mereka kini telah berjaya dibawa masuk ke pasaran Amerika Syarikat. Para peminat Huawei yang berada di negara itu kini boleh memiliki Huawei Mate 10 Pro melalui kedai atas talian Best Buy, Amazon, Microsoft, Newegg, dan B&H bermula 18 Ferbuari depan tetapi mereka boleh membuat pra tempahan pada 4 Ferbuari 2018.", "Dijual dengan tanda harga $799 (RM3,188), pengguna AS boleh mendapatkan dengan pilihan warna Midnight Blue dan Mocha Brown malah lebih istimewanya warna Titanium Grey turut ditawarkan di sana tidak seperti di Malaysia yang hadir dengan dua pilihan warna sahaja. Di AS, kebanyakan set peranti dijual bersama kad SIM telkom tertentu – antara yang biasa kita dengar ialah AT&T, Cricket, MetroPCS, Simple Mobile, dan Tracfone. Akan tetapi dengan penjualan set unlocked, pengguna bebas untuk memilih mana-mana rangkaian telkom yang diinginkan.", "Selain itu, pengguna AS yang inginkan Huawei Mate 10 dalam versi Porsche Design, mereka boleh mendapatkannya pada harga $1,225 (RM4,887) – lebih murah berbanding harga runcit yang ditawarkan di Malaysia." ]
https://ering.com.my/2019/09/honor-20-pro-terima-warna-baru-icelandic-frost-bakal-tiba-di-malaysia-tak-lama-lagi/
HONOR 20 Pro Terima Warna Baru – Icelandic Frost, Bakal Tiba Di Malaysia Tak Lama Lagi!
[ "HONOR telah mengumumkan kemasan warna baru untuk di HONOR 20 Pro pada acara IFA 2019 – Icelandic Frost. Menampilkan Dynamic Holographic Design pertama dunia, HONOR Malaysia hari ini mengumumkan bahawa HONOR 20 Pro Icelandic Frost bakal mendarat di Malaysia tidak lama lagi!", "Dilhamkan daripada keagungan Jokulsarlon Glacier Lagoon di Iceland – varian warna baru ini membawakan keajaiban bongkah ais bersinar ketika waktu matahari terbenam bagi menjadikan peranti kelihatan seperti berlian. Gabungan warna gradien putih dan merah mempersonakan lagi keindahan – sekaligus melengkapkan varian Phantom Black dan Phantom Blue yang sedia ada. Jadi, sama-sama kita tunggu!" ]
https://ering.com.my/2017/03/nafas-baru-kamera-samsung-gear-360/
Nafas Baru Kamera Samsung Gear 360
[ "Harga tawaran untuk Samsung Gear 360 adalah RM999! Anda boleh dapatkan di semua  Samsung Store, atau secara atas talian di Lazada.", "Medium video 360 darjah perlahan demi perlahan mengambil tempatnya di dalam platform sosial masa kini dan Samsung memastikan mereka kekal selari dengan kemajuan ini dengan memperkenalkan versi terbaru kamera Gear 360.", "Perubahan yang paling ketara adalah pada reka bentuk, versi terbaru lebih kecil dan kompak berbanding versi pertama. Menurut mereka yag hadir pada acara tersebut, versi terbaru Gear 360 lebih mudah dan selesa di genggaman. Selain itu tapak peranti yang lebih kecil tidak akan kelihatan di dalam rakaman video.", "Gear 360 mempunyai dua sensor 8.4MP CMOS dengan kanta fish eye, ia mampu mencapai rakaman beresolusi 4K. Kamera ini menggunakan sambungan USB Type-C yang menawarkan data pemindahan fail yang pantas bagi memaksimakan kemampuan kamera ini dan kemahuan pengguna. Kamera ini juga dilengkapi fungsi live stream pada resolusi 2K.", "Harga dan ketersediaan akan diumumkan kelak." ]
https://ering.com.my/2019/07/huawei-mate-20-x-5g-diperkenal-sokong-kirin-980-balong-5000-bateri-4200-mah/
HUAWEI Mate 20 X 5G Diperkenal – Sokong Kirin 980 + Balong 5000 + Bateri 4,200 mAh
[ "HUAWEI Mate 20X 5G akhirnya diperkenalkan dalam sebuah pelancaran berlangsung di China, hari ini. Peranti ini merupakan telefon pintar 5G pertama keluaran HUAWEI. Salah satu ciri yang menjadi imej tumpu adalah ia dilengkapi sokongan dual-SIM yang mana kedua-dua dengan sambungan 5G.", " HUAWEI Mate 20X 5G masih membawakan sejumlah ciri yang sama dengan HUAWEI Mate 20X versi 4G. Apa yang membezakan adalah HUAWEI Mate 20X 5G dijana oleh cip kirin 980 (7nm) dan dilengkapi modem Balong 5000. Peranti ini membawa kapasiti bateri lebih kecil iaitu 4,200 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.", "HUAWEI Mate 20X 5G dilengkapi paparan bersaiz 7.2 inci OLED dengan resolusi FHD+ (1080 X 2244 piksel) bersama rekaan takuk kecil. Untuk memori, peranti ini membawakan ketersediaan 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB ROM. Ia juga ditanam sokongan GPU Turbo 3.0 untuk pengalaman permainan lebih lancar.", "Untuk kamera, HUAWEI Mate 20X 5G dilengkapi 24MP untuk kamera hadapan. Turut mengiringi, sokongan tri-kamera utama pada panel belakang. Tidak ketinggalan, sistem operasi digunakan adalah Android 9 Pie berasaskan antaramuka EMUI 9.1. HUAWEI Mate 20X 5G ditawarkan di pasaran China pada harga RMB6,199 (kira-kira RM3,710)." ]
https://ering.com.my/2018/04/huawei-nova-2-lite-kini-menyokong-fungsi-volte/
Huawei nova 2 Lite Kini Menyokong Fungsi VoLTE Dan VoWiFi
[ "Huawei hari ini mengumumkan dua fungsi terbaharu untuk peranti kelas pertengahan mereka, Huawei nova 2 Lite kepada para pengguna di Malaysia. Dua fungsi yang ditawarkan ialah sokongan sambungan VoLTE dan VoWiFi.", "Fungsi VoLTE merupakan fungsi dimana pengguna boleh menikmati panggilan suara berkualiti tinggi, sementara VoWiFi pula membolehkan pengguna membuat panggilan suara melalui sambungan WiFi.", "Buat masa ini, syarikat telco yang menawarkan fungsi VoLTE dan VoWiFi untuk Huawei nova 2 Lite ialah Digi dan U Mobile. Manakala, para pengguna rangkaian Unifi dan Yes 4G, mereka hanya ditawarkan fungsi VoLTE sahaja. Tiada pengumuman untuk rangkaian telco lain.", "Huawei nova 2 Lite dilengkapi paparan 5.99” FullView Display, cip pemproses Snapdragon 430, RAM 3GB, dan storan 32GB. Ia dioperasikan Android 8.0 Oreo dan EMUI 8.0 terus daripada kotak. Harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia ialah RM799 seunit.", "Reviu Eksklusif (Bah 2): Huawei nova 2 Lite, Peranti Seksi ‘Inti’ Berprestasi!" ]
https://ering.com.my/2017/03/perjanjian-lama-samsung-qualcomm-menyukarkan-cip-exynos-dijual/
Perjanjian Lama Samsung – Qualcomm Menyukarkan Cip Exynos Dijual
[ "South Korea’s Fair Trade Commission (SKFTC) telah mendakwa bahawa Qualcomm menyekat Samsung daripada menjual pemproses Exynos kepada pengeluar peranti lain kerana terikat dengan perjanjian lesen.", "Perjanjian ini dilaporkan telah bermula sejak tahun 1993, di mana melalui perjanjian yang telah dicapai hanya membenarkan Samsung untuk membuat cip sendiri menggunakan paten CDMA untuk digunakan dalam telefon sendiri. Jika ada pihak ketiga yang mahu menggunakan cip Exynos, mereka harus membayar sejumlah amaun untuk harga lesen kepada Qualcomm. Pada tahun 2013, sebuah rundingan diadakan bagi membincangkan isu ini, namun tiada penyelesaian yang dapat dimeterai.", "Jelas perjanjian yang dibuat pada tahun 1993 ini memberikan impak yang besar kepada divisyen semikonduktor Samsung. Namun pada masa yang sama Samsung juga menerima keuntungan yang lumayan daripada Qualcomm kerana mereka merupakan pembuat utama cip Snapdragon dan juga mendapat keistimewaan sebagai jenama pertama dipasang Snapdragon 835." ]
https://ering.com.my/2019/01/ces-2019-ciri-bualan-antara-penambahbaikkan-pada-aplikasi-twitter-pertautan-interaksi-yang-lebih-dekat/
CES 2019: Ciri ‘Bualan’ Antara Penambahbaikkan Pada Aplikasi Twitter, Pertautan Interaksi Yang Lebih Dekat
[ "Pada CES 2019, Twitter mengumumkan akan melancarkan interaksi terbaharu di dalam aplikasinya iaitu pengguna boleh membentuk semula perbualan di dalam aplikasi tersebut.", "Twitter melakukan penambahbaikkan ini bagi bersaing dengan aplikasi media sosial yang lain seperti Facebook dan Instagram yang jauh lebih ke hadapan.", "Penambahbaikkan ini memperlihatkan pengguna boleh menyusun bentuk perbualan dengan pengikut mereka seperti kemas kini status dan tweet ‘permulaan perbicaraan’ atau ‘ice-breaker tweets’.", "Dalam pada itu, Twitter berkata ciri ‘bualan’ ini akan diuji dalam 2 atau 3 minggu akan datang. Namun tidak semua pengguna boleh mengguna ciri ‘bualan’ ini ketika ujian dilakukan. Dikhabarkan hanya beberapa ribu pengguna sahaja yang akan dibenarkan menggunakan ciri terbaharu ini." ]
https://ering.com.my/2020/06/218057/
Siri HONOR 9X Terjual Lebih Dari 10 Juta Di Seluruh Dunia!!
[ "Ada satu yang menarik mengenai peranti siri HONOR 9X yang mana ia telah mencatatkan penualan lebih dari 10 juta uni di seluruh dunia semenjak ia mula dilancarkan pada Julai 2019. ", "3 peranti yang hadir pada siri ini adalah HONOR 9X, HONOR 9X Pro dan HONOR 9X Lite.", "Peranti yang tampil dengan rekaan Dynamic X di bahagian belakang menawarkan barisan peranti yang mampu mengoda pengguna.", "Tahniah HONOR di atas kejayaan ini!!!" ]
https://ering.com.my/2016/07/tahniah-kepada-pemenang2-kontezt-ulang-tahun-ering-ke-11/
TAHNIAH KEPADA PEMENANG2 KONTEZT ULANG TAHUN ERING KE-11!!!
[ "Hello Semua…\nSetelah sebulan berlangsungnya “Peraduan Ulang Tahun eRing ke-11”, akhirnya senarai pemenang bertuah telah terpilih!", "Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada peserta-peserta yang telah memeriahkan peraduan kami . (**Tepukan gemuruh untuk diri anda sendiri)", "Terima kasih di bawah tajaan SAMSUNG dan WIKO Mobile. ", "Terima kasih atas sokongan anda selama ini…", "Teruskan peraduan-peraduan menarik dari eRing ya…" ]
https://ering.com.my/2018/01/kemas-kini-ios-11-2-5-kini-sedia-dimuat-turun/
Kemas Kini iOS 11.2.5 Kini Sedia Dimuat Turun
[ "Hari ini Apple mengeluarkan kemas kini terbaru iOS 11.2.5 menggantikan iOS 11.2.2 bagi pengguna iPhone di Malaysia. Kemas kini terbaru ini melihatkan sokongan HomePod dan kebolehan Siri untuk membaca berita bagi pengguna di AS, UK, dan Australia. Disamping itu, ia juga membaiki beberapa isu serta penambah baikan pada versi iOS 11.2.2.", "Bagi yang belum tahu, HomePod merupakan speaker pintar seakan Alexa dan Google Assistant yang diumumkan pada tahun lalu. Selain itu, beberapa isu seperti notifikasi e-mel pada iPhone X, perbualan pada iMessages, respon pada Apple CarPlay, dan informasi tidak lengkap pada senarai telefon telah dibaiki.", "Kemas kini ini memerlukan ruang storan melebihi 160MB. Jadi anda disarankan supaya melakukan proses muat turun dengan sambungan internet yang stabil atau terus lakukan di iTunes." ]
https://ering.com.my/2016/07/lagi-pelan-berbaloi-baloi-dari-u-mobile/
Lagi Pelan Berbaloi-Baloi Dari U Mobile
[ "Persaingan pakej data Internet semakin hangat, seperti biasa U Mobile merupakan antara syarikat terawal yang menawarkan pakej yang amat berbaloi, tawaran kuota data yang tinggi pada harga langganan mesra ekonomi.", "Pakej terbaru yang diperkenalkan U Mobile adalah P98 di bawah pelan Hero Postpaid. Pada harga langganan RM 98 setiap bulan, anda bakal menikmati 30 GB data internet berkelajuan tinggi, panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan langganan video percuma melalui portal-portal tertentu.", "Pada masa yang sama juga, U Mobile juga memaklumkan bahawa ia akan melanjutkan perkhidmatan penstriman video percuma Video-Onz™ sehingga 31 Disember 2016. U Mobile juga telah menambah 7 rakan kongsi video terbaru seperti The Edge TV, BFM 89.9, Viki, Dailymotion, YuppTV , StarLive dan Crunchyroll.", "Video-Onz™ yang dilancarkan pada April tahun ini, membolehkan pelanggan menikmati penstriman video tanpa had secara percuma, tanpa mengguna kuota data bulanan apabila menstrim kandungan video daripada mana-mana rakan kongsi Video-Onz ™.", "Ini bermakna, semua pelanggan prabayar dan pascabayar akan dapat menikmati penstriman video percuma daripada rakan kongsi Video-Onz™ U Mobile, walaupun selepas tawaran ini berakhir pada 31 Julai 2016.", "Tunggu apa lagi, sekiranya anda tinggal di kawasan yang mempunyai liputan rangkaian U Mobile yang baik, langgan jer pakej ini. Memang berbaloi!" ]
https://ering.com.my/2021/06/pengeluaran-samsung-galaxy-s21-fe-diberhentikan-gara-gara-bekalan-cip-tidak-cukup/
Pengeluaran Samsung Galaxy S21 FE DiBerhentikan Gara-Gara Bekalan Cip Tidak Cukup?
[ "Ada satu berita yang kurang enak apabila berkemungkinan pengeluaran Samsung Galaxy S21 FE terpaksa dihentikan?", "Menurut Desas-desus, ia dikatakan berpunca daripada kekurangan bekalan cip yang mang mana dikhabarkan Samsung Galaxy S21 FE ini hadir dengan Snapdragon 888.", "Teruskan bersama kami bagi mengetahui perkembangan berita ini." ]
https://ering.com.my/2017/02/mwc-2017-teknologi-kamera-oppo-5x-diperkenalkan/
MWC 2017: Teknologi Kamera OPPO 5X Diperkenalkan
[ "Seperti yang kami laporkan sebelum ini, OPPO telah pun memperkenalkan teknologi optik terbaru mereka yang dikenali sebagai 5X. Teknologi terbaru ini secara amnya membolehkan anda mendapatkan kualiti imej zoom yang jauh lebih baik.", "Teknologi ini menawarkan keupayaan zoom sehingga 5x pada telefon pintar tanpa kompromi kepada kualiti gambar. Selain itu OPPO juga telah membangunkan sistem penstabilan yang baru bagi memudahkan anda mengambil gambar ketika berada di dalam mod zoom, hasil imej akan menjadi lebih stabil dan berkualiti tinggi. OPPO bekerja selama hampir setahun untuk membangunkan teknologi dwi-kamera periskop ini dan sekarang, lebih daripada 50 paten telah difailkan bagi teknologi ini.", "Teknologi 5X Dual Camera Zoom diilhamkan dari konsep periskop pada kapal selam, kamera dual menggunakan kanta sudut lebar dan telefoto. Dengan mengalihkan sudut kanta telefoto sebanyak 90 darjah, lensa akan mempunyai ruang yang diperlukan untuk fungsi zoom. Prisma periskop kemudiannya mengarahkan cahaya memasuki kamera pada sudut 90 darjah, dan menghantar imej melalui kanta telefoto apabila anda zoom pada subjek atau objek.", "Teknologi ini jauh lebih baik dari setup dwi-lensa yang kini digunakan meluas di dalam pasaran smartphone, majoriti smartphone dwi-lensa kini hanya mampu menawarkan 2X zoom sahaja." ]
https://ering.com.my/2018/10/google-umum-servis-terbaharu-penstriman-permainan-video/
Google Umum Servis Terbaharu Penstriman Permainan Video
[ "Google telah mengumumkan mengenai Projek Stream yang bakal dilaksanakan oleh mereka. Projek ini merupakan Penstriman permainan video baharu yang direka untuk membenarkan komputer yang berspesifikasi tinggi dan permainan konsol dimainkan menggunakan Chrome.", "Pelayar yang ingin bermain boleh mendaftarkan diri bagi Projek Stream sekarang untuk menguji servis ini. Namun tiada tarikh yang pasti bilakah projek ini akan dilancarkan.", "Permainan pertama yang boleh dimainkan menerusi projek ini adalah Assassin’s Creed Odyssey dari Ubisoft. Permainan ini boleh ditemui pada 5 Oktober yang mana ia akan dimainkan menggunakan Chrome. Namun, tarikh tamat ujian ini masih belum lagi di dedahkan.", "Bagi mengakses permainan video ini, anda perlu ‘Residing’ di Amerika dan mempunyai sambungan internet 25 Mbps berserta dengan komputer yang menggunakan Windows, macOS, Chrome OS, atau Linux. Anda digalakkan menggunakan Controller seperti PS4 DualShock 4 controller atau the Xbox One controller.", "Menurut CEO Ubisoft, Yves Guillemot, ini merupakan revolusi dalam permainan video.", "“Dari semasa ke semasa, saya rasa, penstriman akan menjadi lebih mudah di akses kepada lebih ramai pemain. Katanya lagi, pada masa akan datang, permainan video secara strim akan menjadi lebih baik berbanding konsol atau PC.", "“Teknologi kini bergerak ke arah tersebut. mesin tersebut akan lebih berkuasa dan sistem untuk memindahkan data akan lebih efisen. Jadi kita mungkin akan mengalami pengalaman penstriman yang lebih baik daripada membeli peralatan permainan video.” katanya." ]
https://ering.com.my/2016/06/pra-tempah-leeco-le-max-2-dengan-sokongan-ram-6gb-kini-mula-diterima-di-china/
Pra-Tempah LeEco Le Max 2 dengan Sokongan RAM 6GB Kini Mula Diterima Di China
[ "Pada April yang lalu, LeEco Le Max 2 versi 4GB telahpun mula dijual di pasaran terpilih, tetapi nampaknya versi 6GB RAM juga akan mula berada di pasaran apabila pra-tempahan model tersebut sudah mula diterima.", "Kini LeEco Le Max 6GB sudahpun boleh ditempah melalui laman web rasmi di China dan dipercayai penghantaran tempahan itu akan bermula dalam tempoh 2 hingga 3 minggu lagi. Apa yang lebih menariknya, model LeEco Le Max ini juga dikatakan akan turut dilancarkan secara rasmi di India pada hari ini 8 Jun.", "LeEco Le Max 2 sememangnya mendapat perhatian pengguna kerana ia menawarkan sokongan spesifikasi yang terbaik dengan penggunaan pemproses Qualcomm Snapdragon 820, dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow, paparan skrin 5.7 inci dengan resolusi 2K, kamera 21 Megapiksel yang dilengkapi teknologi OIS, dan juga port USB Type-C dengan sokongan teknologi Quick Charge 3.0.", "Alangkah menariknya jika jenama ini turut dibawa masuk ke dalam pasaran tempatan bukan?!" ]
https://ering.com.my/2019/10/jom-upgrade-aplikasi-e-wallet-boost-korang-rebut-peluang-menang-iphone-11-pro/
Jom Upgrade Aplikasi E-Wallet Boost Korang & Rebut Peluang Menang iPhone 11 Pro!
[ "Heyya! Adakah korang pengguna tegar aplikasi e-wallet Boost? Apa kata jom upgrade aplikasi Boost korang kepada premium dan rebut peluang bawa pulang iPhone 11 Pro atau ganjaran hebat bernilai hingga RM500!", "Terdapat banyak kelebihan dan manfaat yang diperoleh, antaranya pengguna premium dapat menikmati limit e-wallet yang meningkat sehingga RM1,500, peningkatan perbelanjaan bulanan, pemindahan peer-to-peer sehingga RM4,500 dan pilihan pindahan wang dari aplikasi e-wallet Boost ke dalam akaun bank sendiri.", "Untuk naik taraf, pengguna hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah – ketik pada pautan ‘Go Premium, Get Pro’ pada skrin utama aplikasi. Kemudian, ambil gambar IC dan foto selfie mengikut arahan pada skrin.", "Dengan penaikan taraf ini, pengguna premium akan menerima satu entri untuk rebut peluang memenangi iPhone 11 Pro dan ganjaran hebat bernilai hingga RM500 – dengan syarat transaksi minimum RM10 dalam satu transaksi. Maklumat lanjut, Boost." ]
https://ering.com.my/2016/11/cartoon-photo-filters-membuatkan-gambar-yang-diambil-kelihatan-lebih-menonjol-berbanding-sebelumnya/
Cartoon Photo Filters, Gambar Kelihatan Lebih Menonjol
[ "Cartoon Photo Filters juga menambah beberapa efek yang menyerupai Prisma selain beberapa efek yang sedia ada. Aplikasi ini mampu membuatkan gambar yang diambil kelihatan lebih menonjol berbanding sebelumnya dengan hanya menggunakan pelbagai efek yang unik seperti aplikasi Prisma.", "Selain gabungan filter serta warna yang cantik, ia benar-benar menghasilkan gambar yang sukar diduga! Lebih menarik lagi, anda boleh memuat naik gambar ke laman sosial Facebook, Twitter dan juga Instagram." ]
https://ering.com.my/2016/09/dua-model-honor-8-dilancarkan-di-malaysia-pada-harga-rm1699-dan-rm1899/
Dua Model Honor 8 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,699 dan RM1,899
[ "Sebelum ia mula didedahkan kepada umum lagi, Honor 8 telah mendapat perhatian dengan penampilan rekaan fizikalnya yang kelihatan sangat cantik dan premium yang menampilkan kombinasi kerangka logam dan juga kaca.", "Selepas hampir 2 bulan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di China dan kurang sebulan selepas perasmiannya untuk pasaran Amerika Syarikat, Eropah, Rusia dan juga Timur Tengah, nampaknya Malaysia telah menjadi negara Asia Tenggara pertama yang menerima pelancaran model terbaru keluaran Honor ini.", "Di dalam majlis pelancaran itu, Honor Malaysia telah memperkenalkan dua model Honor 8 yang hadir dengan dua sokongan memori dalaman berbeza iaitu 32GB dan juga 64GB yang mana masing-masing dijual pada harga RM1,699 dan juga RM1,899.", "Berbeza dengan model Honor sebelum ini, Honor 8 tidak lagi dijual secara pra-tempah tetapi boleh terus dibeli bermula 8 September ini secara online di Vmall Malaysia serta Lazada Malaysia, atau terus melalui penjual rasmi Honor iaitu DirectD atau cawangan SenHeng terpilih di seluruh Malaysia.", "Honor 8 model 32GB/RAM 4GB boleh dimiliki dalam dua warna pilihan iaitu Pearl White dan Midnight Black, manakala model 64GB/RAM 4GB pula tersedia dalam warna Sapphire Blue dan Sunrise Gold.", "Di dalam majlis pelancaran itu juga, Honor Malaysia juga turut mengambil kesempatan dengan memperkenalkan kemunculan satu lagi model mampu milik terbaru keluarannya iaitu Honor 5A untuk pasaran tempatan.", "Ia telah dikuasakan dengan pemproses HiSilicon Kirin 620 Octa Core 1.2GHz, memori dalaman 16GB, RAM 2GB, slot kad microSD sehingga 128GB, dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow, bateri berkapasiti 3100 mAh, paparan skrin 5.5 inci 720p, dan juga kamera beresolusi 13 Megapiksel.", "Honor 5A dalam warna Hitam dan Putih akan dijual pada harga RM599, manakala untuk warna Emas pula dijual pada harga RM629." ]
https://ering.com.my/2021/07/macbook-pro-yang-baharu-bakal-hadir-degnan-cip-pemproses-apple-m1x/
MacBook Pro Yang Baharu Bakal Hadir Degnan Cip Pemproses Apple M1X??
[ "Ada satu khabar angin yang mana MacBook Pro Baru dilaporkan siap untuk dilancarkan akhir tahun ini dan dikatakan ia akan dikuasakan oleh chipset Apple M1X menurut @Dylandkt. ", "Bagi yang tidak tahu, M1X akan dibuat berdasarkan proses N5P TSMC, yang berasaskan node 5 nm yang digunakan untuk M1 pada ketika ini. Berkemungkinan juga, ia menggunakan seni bina teras yang sama dengan M1, iaitu teras Firestorm dan Icestorm yang juga terdapat di A14.", "Menurut Dylan, ia juga bakal mempunyai CPU 10 teras dengan 8 teras besar dan 2 cekap (berbanding M1, yang mempunyai konfigurasi 4 + 4). Kiraan teras GPU (8 pada cip semasa) dapat dua kali ganda atau bahkan empat kali ganda. " ]
https://ering.com.my/2020/06/level-up-play-one-peluang-membangunkan-e-sukan-disebalik-isu-covid-19/
LEVEL UP PLAY ONE: Peluang Membangunkan e-Sukan Disebalik Isu COVID 19!
[ "Acara yang dinantikan setiap tahun kini kembali, LEVEL UP PLAY ONE kini kembali dan kali ini ia dibawakan secara atas talian. Banyak aktiviti dilakukan dan antaranya adalam forum yang membincangkan isu COVID 19 dan kesannya ke atas pembangunan e-Sukan. ", "Topik hangat yag diperbincangkan ini memperlihatkan para speaker menyampaikan pandangan mereka mengenai isu ini. Antara speaker yang terlibat adalah Hasnul Hadi Samsuddin, CK Lee dan Leon Lee.", "Antara speaker yang terlibat adalah Hasnul yang menyatakan bahawa aktiviti atas talian mengenai e-Sukan seperti LEVEL UP Play-ONE pasti akan lebih banyak diadakan bagi memastikan kelangsungan e-Sukan.", "Dalam pada itu, menurut CK Lee, situasi yang terjadi pada ketika ini memberi hikmah dalam dunia e-Sukan apabila telah wujud pertambahan penonton. ", "ADa yang menganggap , permainan video ini hanya sebagai hobi, tetapi mereka mengangap ia sebgai ekologi yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara. NAmun, para pelbaru dinasihatkan jangan melabur ke atas sukan fizikal sahaja, tetapi turut memberi fokus kepada e-sukan yang merupakan masa depan sukan negara." ]
https://ering.com.my/2021/07/pembayaran-di-shell-kini-boleh-dilakukan-menerusi-shopeepay/
Pembayaran Di Shell Kini boleh Dilakukan Menerusi ShopeePay!!!
[ "ShopeePay dan Shell Malaysia secara rasmi mengumumkan hari ini bahawa semua pengguna kenderaan kini boleh bertransaksi menggunakan dompet mudah alih ShopeePay mereka di stesen Shell di seluruh negara. Ini akan membolehkan pengalaman pembayaran yang lancar ketika rakyat Malaysia mengisi atau membeli barang di kaunter di stesen Shell.", "Untuk meraikan perkongsian ini, mulai sekarang hingga 15 Ogos, pengguna akan diberi wang tunai RM4 apabila mereka membelanjakan minimum RM30 dan membayar dengan ShopeePay di mana-mana stesen Shell yang mengambil bahagian.", "Bertepatan dengan Shopee 8.8 Brands Festival, pembeli juga boleh mengambil kesempatan ini untuk merebut minyak enjin Shell untuk motosikal dan motosikal dengan harga istimewa dari Kedai Rasmi Shell Lubes." ]
https://ering.com.my/2016/07/110-juta-unit-model-redmi-berjaya-dijual-oleh-xiaomi/
110 Juta Unit Model Redmi Berjaya Dijual Oleh Xiaomi
[ "Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di pasaran pada Ogos 2013 yang lalu, Xiaomi  telah mendedahkan bahawa mereka telah berjaya menjual sebanyak 110 juta unit model Redmi sepanjang tiga tahun ini.", "Kenyataan ini telah didedahkan sendiri oleh Naib Presiden Xiaomi iaitu Hugo Barra melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Angka jualan yang agak membanggakan ini sebenarnya telah dibantu dengan faktor harga jualan mampu milik serta sokongan spesifikasi yang terbaik di dalam kelasnya. Bahkan pada bulan Mei yang lalu, Hugo Barra juga pernah mengumumkan bahawa sebanyak 600,000 unit Redmi Note 3 telah berjaya dijual dalam tempoh 2 bulan di pasaran India sahaja.", "Di dalam tweet yang berbeza, Huga Barra juga turut mendedahkan fakta menarik yang memperlihatkan bahawa pengguna Redmi terdiri daripada golongan muda yang sangat aktif menggunakan Internet dan juga aplikasi mudah alih terutamanya media sosial." ]
https://ering.com.my/2017/10/kirin-970-cip-pemproses-paling-pintar-setakat-ini/
Kirin 970 – Cip Pemproses Paling Pintar Setakat Ini
[ "Pada awal bulan lalu di IFA 2017, Huawei telah memperkenalkan Kirin 970 kepada umum. Hari ini satu sidang media yang diadakan secara tertutup, kami telah diberi taklimat mengenai keupayaan cip berkenaan serta kebolehannya yang sangat pintar.", "Cip yang telah memenangi anugerah terbaik oleh Android Authority ini adalah yang pertama di dunia menawarkan ciri kecerdasan pintar atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) pada set cip telefon. Direka oleh pengilang TSMC, cip ini dibina berasaskan 10nm dengan kapasiti melebihi 5.5 bilion transistor di dalamnya.", "Tujuan cip ini dihasilkan ialah untuk memberikan pengalaman yang lebih sempurna kepada para pengguna. Huawei juga telah melakukan satu perbandingan dengan produk dari Apple iPhone 7 menerusi kecekapan telekomunikasi. Keputusan menunjukkan Kirin 970 dapat melakukan panggilan yang lebih stabil dan kuat berbanding pesaingnya.", "Selain itu, Kirin 970 juga adalah cip yang pertama di dunia menyediakan sambungan rangkaian LTE Cat.18 kepada pengguna. Ia menyokong liputan 4G+ sehingga kelajuab 1.2Gbps – buat masa ini banyak pengeluar telefon pintar hanya menawarkan sambungan LTE Cat.16 sahaja. Malahan, cip ini juga mampu memberikan liputan VoLTE di kedua-dua slot SIM dimana pengguna boleh menikmati kualiti panggilan yang sama baik.", "Bagi memastikan pengguna mengalami panggilan yang lebih baik, ciri AI juga membantu mengurangkan atau menghilangkan bunyi bising apabila anda bercakap bersama kenalan di dalam telefon. Untuk pengalaman hiburan, Kirin 970 kini berkebolehan memainkan muzik dalam definasi tinggi (HD) sehingga 32-bit (384K) melalui set kepala USB Type-C.", "Untuk kamera pula, pemproses ini menyediakan respon serta fokus yang lebih pantas, mengesan pergerakan yang lebih tepat dan memproses gambar yang lebih terperinci dalam persekitaran yang gelap. Di samping itu, sistem pemproses juga akan mengoptimumkan keterangan dan warna pada wajah seseorang. Anda juga boleh lihat gambar contoh di bawah:", "Apa pula yang ditugaskan kepada NPU (Neural Network Processing Unit) dalam definasi ini? Ia akan mengenal pasti sesuatu persekitaran atau objek apabila pengguna membuka kamera atau mengambil sebarang gambar. Seperti contoh, anda sedang merakam tempat-tempat bersejarah, Kirin 970 akan memproses imej dan memberitahu anda nama bangunan tersebut dengan memaparkannya pada skrin.", "Menariknya, jika anda membuka kamera dan mengarahkannya pada buahan-buahan misalnya, Kirin 970 akan memberi maklumat mengenai jumlah kalori pada makanan tersebut dan ia juga akan menyatakan berat buah tersebut – fungsi ini dilihat antara yang menarik perhatian kami. Penggunaan tenaga pula, Kirin 970 boleh dikatakan agak efisyen kerana tenaga yang digunakan adalah 20% sahaja berbanding CPU yang menggunakan 100% kuasa pada prestasi yang sama.", "Akhir sekali, untuk prestasi AI dalam pengecaman gambar, iPhone 8 Plus ditinggalkan hampir sekali ganda oleh Kirin 970 dan Snapdragon 835 pula mencecah 22 kali ganda setiap minit. Oleh itu, Huawei Kirin 970 boleh dikatakan cip pemproses yang pertama melakukan inovasi dalam teknologi pemproses telefon pintar.", "Seperti yang dimaklumkan, peranti yang akan menerima Kirin 970 ialah Huawei Mate 10. Jadi, kita tunggu sahaja sehingga ia dilancarkan pada 16 Oktober kelak." ]
https://ering.com.my/2019/09/kini-diperkenal-apa-ada-dengan-android-10/
Kini Diperkenal, Apa Ada Dengan Android 10?
[ "Muncul dengan nama yang lebih matang, Android 10 dibina dengan tiga tema penting termasuk – 1) pembentukan keunggulan inovasi mudah alih dengan pembelajaran lebih canggih, 2) Lebih tertumpu pada privasi dan keselamatan dan 3) Memperluaskan kawalan digital pengguna agar keseimbangan teknologi lebih baik.", "Android 10 menggunakan ML (Machine Learning) pada peranti – mencadangkan tindakan konstektual dalam pemberitahuan contohnya balasan pintar untuk mesej / membuka peta. Melalui ML, aplikasi boleh memanfaatkan ciri ini dengan serta merta.", "Android 10 menambah tema gelap dengan pengcahayaan yang rendah, sekaligus membantu menjimatkan bateri – boleh diaktifkan menerusi tetapan. Pengguna boleh membina tema gelap tersesuai untuk aplikasi atau sistem membuat satu dinamik daripada tema semasa.", "Navigasi berasaskan isyarat – Android 10 membawa sistem navigasi isyarat baru termasuk swipe dan tarik. Pengguna kini perlu swipe ke atas untuk home, swipe & hold untuk menu dan swipe dari kiri atau kanan untuk kembali.", "Salah satu ciri yang menarik! Menerusi Live Caption – video rakaman, podcast atau mesej audio akan mendapat kapsyen apabila diaktifkan. Lebih menarik, ciri ini tidak memerlukan Wi-Fi atau data.", "Privasi merupakan tumpuan utama dalam Android 10 – membina beberapa ciri baru dengan perubahan yang besar untuk melindungi privasi serta memberi pengguna kawalan bersama sistem UI yang lebih baik.", "Mana-mana aplikasi yang meminta lokasi ini memaparkan rekaan pop-up baru yang akan meminta pengguna pilihan – sama ada mahu memberikan akses lokasi sepanjang masa atau ketika aplikasi digunakan sahaja.", "Sokongan tingkap berbilang yang mantap. Android 10 menyajikan sokongan multitasking untuk tetingkap aplikasi dan kesinambungan skrin bagi mengoptimumkan aplikasi.", "Android 10 menambah sokongan platform untuk 5G – menjanjikan kelajuan lebih baik secara konsisten." ]
https://ering.com.my/2018/12/apple-akhirnya-tampil-paparan-skrin-berlubang-pada-iphone-2020/
Apple Akhirnya Tampil Paparan Skrin Berlubang Pada iPhone 2020?!
[ "Skrin takuk nampaknya akan digantikan oleh skrin berlubang kecil pada rekaan peranti pintar akan datang. Pengeluar terkenal seperti Huawei, HONOR dan Samsung telah bermula menghasilkan peranti yang menggunakan rekaan sebegini.", "Baru-baru ini melalui Twitter @IceUniverse, jelas nampak pihak Apple juga akan menggunakan rekaan paparan skrin berlubang pada iPhone 2020. Bermakna, iPhone 2019 masih kekal dengan skrin takuk.", "As far as I know, the 2019 iPhone still uses Notch, and in 2020 will use hole in display.", "— Ice universe (@UniverseIce) December 23, 2018", "Apa lagi ciri-ciri istimewa yang mungkin dilengkapi pada peranti iPhone akan datang? Kekal bersama dengan berita lanjutan dari kami ya." ]
https://ering.com.my/2017/03/reviu-eksklusif-samsung-gear-s3-frontier-dilengkapi-fungsi-menarik/
Reviu Eksklusif: Samsung Gear S3 frontier, Dilengkapi Fungsi Menarik
[ "Samsung merupakan antara pengeluar yang aktif dalam memperkenalkan peranti boleh pakai atau lebih tepat smartwatch. Sejak dari kemunculan pertamanya dengan model Samsung Galaxy Gear pada tahun 2013 yang lalu, smartwatch berasaskan platform Tizen keluaran Samsung ini telah mengalami pelbagai transformasi menarik meliputi sokongan spesifikasi dan juga reka bentuk fizikalnya. Bahkan sokongan antaramuka yang telah diperbaiki dari masa ke semasa serta penawaran fungsi yang tidak boleh didapati pada peranti Android Wear telah berjaya meletakkannya antara smartwatch terbaik di pasaran. Ini jelas dapat dilihat dengan kemunculan model terbarunya iaitu Samsung Gear S3 di pasaran baru-baru ini.", "■ Speaker terbina-dalam\n■ GPS\n■ Altimeter & Barometer\n■ Tahan lasak", "Sebagaimana Samsung Gear S2, Samsung juga turut mengambil pendekatan yang sama dengan memperkenalkan Gear S3 dalam dua varian berbeza iaitu model frontier dan juga classic. Apa yang pasti, kedua-dua model ini telah direka untuk dua golongan pengguna yang berbeza iaitu Gear S3 frontier untuk anda yang sentiasa aktif dan juga Gear S3 classic untuk anda yang lebih menggemari rekaan dengan sentuhan elegan dan mewah. Sebagai rujukan, Gear S3 frontier hanya diperkenalkan dalam warna Black dan Gear S3 classic pula ditawarkan dalam warna Silver. Apa yang lebih menariknya, kedua-dua varian ini telah dijual pada harga yang sama iaitu RM1,399. Walau bagaimanapun, Samsung hanya memperkenalkan model Bluetooth sahaja untuk pasaran tempatan.", "Sama seperti generasi sebelum ini, Samsung Gear S3 juga boleh disambungkan ke peranti Android daripada jenama lain di pasaran. Namun begitu, sambungan ini hanya terhad untuk sesetengah smartphone sahaja kerana ia memerlukan sokongan spesifikasi asas seperti Android 4.4 dan ke atas dengan kapasiti RAM melebihi 1.5GB.", "Senarai rasmi peranti Android yang sesuai:", "HTC\n• One (M8)\n• One (M9)\n• 10", "Huawei / Honor\n• 5X\n• P8\n• P9 / P9 Plus\n• Mate 7\n• Mate 8\n• Nexus 6P", "LG\n• G Flex\n• G Pro 2\n• Optimus G2\n• Optimus G3\n• G4\n• G5\n• G Vista\n• Nexus 5\n• V10", "Motorola\n• DROID Turbo\n• Moto MAXX\n• DROID MINI\n• Moto X\n• Nexus 6\n• Moto G4 Play", "Sony Xperia\n• Z2\n• Z3 / Z3 Compact\n• Z3+", "Dengan paparan skrin Super AMOLED berukuran 1.3 inci dengan resolusi 360 x 360 piksel, Gear S3 frontier mampu memaparkan imej yang sangat terang dan juga jelas. Malah sokongan Ambient Light sensor yang terletak di permukaan skrin sentuh juga menawarkan fungsi Auto Brightness.", "Terdapat dua butang yang disediakan pada bahagian sisi kanan kerangka jam iaitu butang Back yang terletak di bahagian atas dan juga butang Home yang juga berfungsi sebagai butang kuasa.", "Sesuai dengan sasarannya untuk pengguna yang aktif dan gemarkan aktiviti lasak, Gear S3 frontier menampilkan tali jam yang diperbuat daripada silikon yang dikenali sebagai Active Silicone. Walaupun lembut dan selesa untuk dipakai, tali jam ini agak tebal saiznya.", "Keistimewaan Gear S3 adalah sokongan pin khas yang memudahkan pengguna untuk menukar pelbagai jenis pilihan tali jam standard berukuran 22mm mengikut kesukaan mereka. Bahkan pakej pembelian juga turut menawarkan tali jam Active Silicone ekstra dalam saiz yang lebih kecil.", "Rekaan panel belakang Gear S3 tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Dengan rekaan yang ringkas dan kemas, bahagian ini hanya menempatkan sensor Heart Rate Monitor (HRM) dan juga speaker serta mikrofon di bahagian tepi kerangkanya.\n", "Terminal pengecas (charging dock) Gear S3 masih mengekalkan rekaan yang sama seperti Gear S2. Bahkan ia juga masih mengekalkan sokongan output 5V0.7A dengan permukaan magnetik dan juga penyediaan lampu status LED pelbagai warna.", "Paparan muka jam akan dipaparkan dalam dua cara iaitu melalui gerakan tangan ataupun dengan menekan salah satu daripada butang kawalan fizikal pada Gear S3. Apa yang menariknya, muka jam pra-pasang yang disediakan menyokong efek pencahayaan yang sangat menarik dan anda juga boleh berinteraksi dengan fungsi tambahan dengan menyentuh pada bahagian tertentu pada muka jam. Sebagai contoh, muka jam Chronograph+ membolehkan anda mengakses fungsi pemasa (timer) dan muka jam Frontier pula memberi akses fungsi altimeter, ramalan cuaca dan juga pedometer.", "Selain daripada muka jam, anda sebenarnya boleh mengakses pelbagai tetingkap widget seperti ramalan cuaca, kontak kegemaran, peringatan, kalendar, jumlah kalori dibakar, kiraan langkah, maklumat berkaitan ketinggian serta tekanan udara, berita, kawalan pemain muzik dan banyak lagi. Bahkan anda juga bebas menukar atau mengedit setiap tetingkap widget itu dengan menyentuh paparan skrin beberapa saat. Untuk mengakses tetingkap widget ini, anda hanya perlu memutarkan bezel Gear S3 mengikut arah jam.", "Apabila anda perlu memutarkan bezel Gear S3 ke arah kiri atau lawan arah jam untuk mengakses tetingkap notifikasi. Sekiranya anda terlepas sebarang notifikasi yang telah diterima, terdapat satu simbol khas berbentuk bulatan berwarna kuning pekat yang kecil pada sebelah kiri muka jam. Anda boleh berinteraksi dengan mesej yang diterima sama ada ingin membalas teks mesej tersebut, memadamnya dan sebagainya bergantung kepada jenis mesej yang diterima.", "Penerimaan panggilan masuk akan dipaparkan pada Gear S3 dan berbeza dengan smartwatch berasaskan platform Android, anda boleh terus menjawab panggilan tersebut pada Gear S3. Ini kerana ia telah dilengkapi dengan mikrofon dan juga speaker terbina-dalam yang menawarkan tahap kelantangan yang agak baik untuk persekitaran yang tidak bising.", "Bagi mengoptimumkan penggunaan Samsung Gear S3, terdapat dua aplikasi utama yang perlu dimuat turun iaitu aplikasi Samsung Gear dan juga aplikasi S Health. Tetapi untuk peranti Android yang lain selain smartphone keluaran Samsung, anda perlu memuat turun aplikasi tambahan iaitu aplikasi Gear S Plugin bagi membolehkannya Gear S3 boleh digunakan pada peranti Android tanpa masalah. Samsung Gear S ini merupakan aplikasi eksklusif yang dibangunkan khusus untuk anda memantau dan juga menguruskan Samsung Gear S3 yang telah disambungkan ke peranti Android anda. Dengan paparan antaramuka yang ringkas, aplikasi ini menawarkan dua menu utama iaitu INFO dan juga SETTINGS.", "Terdapat tiga maklumat penting Samsung Gear S3 yang boleh anda pantau terus pada smartphone iaitu Battery, Storage dan RAM. Untuk mendapatkan maklumat lengkap, anda hanya perlu menyentuh pada salah satu menu tersebut.", "Ruangan kedua pada tetingkap INFO membolehkan anda memuat turun lebih banyak muka jam yang ditawarkan tidak kira percuma mahupun berbayar. Bagi memudahkan proses carian, ia diasingkan dalam empat kategori berbeza.", "Sama seperti ruangan kedua, ruangan Suggested apps akan memaparkan senarai aplikasi yang dicadangkan untuk digunakan bersama-sama dengan Gear S3. Penyediaan ruangan ini sememangnya sangat praktikal kerana pencarian aplikasi terasa lebih mudah dan cepat.", "Bagi anda yang sangat mementingkan gaya hidup yang sihat, ruangan Health menawarkan pemantauan kesihatan menyeluruh anda seperti kiraan langkah, senaman, jumlah pengambilan air, masa tidur, kadar degupan jantung dan banyak lagi." ]
https://ering.com.my/2019/12/airpods-bakal-dihadirkan-pada-pakej-pembelian-iphone-12-betul-ke-ni/
Apple AirPods Bakal Dihadirkan Pada Pakej pembelian iPhone 12? Betul Ke Ni?
[ "Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama peranti Apple yang hadir dengan harga yang agak mahal bagi sesetengah orang. Pembelian peranti dihadirkan dengan pakej pembelian paling asas untuk pengguna.", "Walaupun demikian, menerusi 1 portal yang dikenali sebagai DigiTimes, Apple dikatakan bakal menghadirkan Apple Airpods bagi pakej pembelian iPhone 12 yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan.", "Namun, perkara ini tiada sebarang kesahihan mengenai dakwaan ini. jadi sama-sama kita nantikan kesahihannya pada tahun hadapan!" ]
https://ering.com.my/2016/06/lenovo-tech-world-2016%ef%bc%9a-konsep-lenovo-memperlihatkan-smartphone-boleh-diubah-menjadi-gelang-tangan-tablet-diubah-ke-smartphone/
Lenovo Tech World 2016: [KONSEP] Lenovo Memperlihatkan Smartphone Boleh Diubah Menjadi Gelang Tangan & Tablet Diubah Ke Smartphone
[ "Selain smartphone, Lenovo juga berkongsi mengenai beberapa teknologi yang sedang dibangunkan oleh mereka, di samping memperkenalkan beberapa produk baru dari gergasi perkomputeran China berkenaan. Memulakan acara berkenaan, Lenovo mencuri perhatian ramai pengguna dengan memperlihatkan sebuah smartphone yang boleh diubah menjadi gelang tangan dengan mudah yang diberi nama Cplus Watch.", "Melalui demo yang diperlihatkan pada pameran tersebut, Lenovo mengambil latar masa dan tempat di mana pengguna memakai pakaian tanpa poket dan untuk menyimpan smartphone, pengguna hanya memakainya pada tangan. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan skrin boleh lentur dan pada masa yang sama dilengkapi dengan pelbagai peralatan dari papan induk, komponen dan beberapa lagi yang turut boleh melengkung bersama.", "Selain daripada smartphone yang boleh diubah menjadi gelang tangan, pihak Lenovo turut memperlihatkan sebuah tablet bernama Folio yang boleh dilipat menjadi dua seperti sebuah smartphone yang mudah dikendalikan serta disimpan.", "Pihak Lenovo tidak memberikan sebarang tarikh rasmi berkenaan pelancaran, tetapi memberitahu kos untuk kedua-duanya masih tinggi. Buat masa ini, tidak mustahil mereka memperkenalkan produk menggunakan teknologi ini dalam masa akan datang." ]
https://ering.com.my/2021/02/pesakit-pertama-mendaftar-dalam-kajian-selution-slr-success-pta/
Pesakit Pertama Mendaftar Dalam Kajian SELUTION SLR™ SUCCESS PTA
[ "NYON, Switzerland, 11 Februari 2021 /PRNewswire/ — MedAlliance telah mengumumkan pendaftaran pesakit pertama dalam SUCCESS PTA, kajian pasca pasarannya yang besar tentang belon elusi ubatan SELUTION SLR™ sebagai rawatan untuk pesakit yang menghidap penyakit arteri periferal (PAD). SELUTION SLR ialah belon elusi sirolimus baharu yang memberi pelepasan ubat terkawal, mirip stent elusi ubatan (drug eluting stent, DES).", "Objektif kajian ini adalah untuk mengumpul data dalam ‘dunia sebenar’ tentang keselamatan, keberkesanan, ekonomi kesihatan serta kualiti kehidupan yang dilaporkan oleh pesakit dalam lebih 700 orang pesakit PAD yang dirawat dengan SELUTION SLR. Ia merupakan suatu kajian kumpulan semua kategori merangkumi kesemua indikasi anggota badan bawah (SFA; BTK; Kaki) dan akan meliputi sekurang-kurangnya 50 lokasi di Eropah, Asia dan Amerika Selatan. Para pesakit akan membuat rawatan susulan pada tempoh 30 hari; enam bulan; kemudiannya, setiap tahun selama lima tahun.", "Titik akhir primer kajian ini ialah Vaskularisasi Semula Lesi Sasaran Dipacu Secara Klinikal (Clinically Driven Target Lesion Revascularization, CD-TLR) pada tempoh 12 bulan. Titik akhir sekunder termasuk kejayaan peranti dan kejayaan prosedur; Peristiwa Kemudaratan Anggota Badan Utama (Major Adverse Limb Events, MALE); dan Vaskularisasi Semula Anggota Badan Sasaran (Target Limb Revascularization, TLR). ", "“Berdasarkan prestasi cemerlang peranti baharu ini dalam kajian terdahulu, kami amat teruja untuk melihat prestasi SELUTION SLR terhadap kumpulan pesakit yang lebih besar dalam suasana dunia sebenar,” ulas Penyelidik Utama Kajian, Michael Lichtenberg, Arnsberg, Jerman.", "“SUCCESS PTA merupakan sebahagian daripada kumpulan kajian pasca pasaran SUCCESS yang direka untuk menunjukkan manfaat penggunaan teknologi kami terhadap pesakit dalam dunia sebenar,” tambah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Jeffrey B. Jump. “Ini merupakan kajian terbesar yang pernah kami jalankan dengan SELUTION SLR yang melibatkan kumpulan pesakit dengan kepelbagaian yang paling banyak. Kami yakin bahawa hasilnya akan mengesahkan keselamatan, keberkesanan dan penjimatan kos belon elusi sirolimus kami.”", "Pada Februari 2020, MedAlliance mendapat kelulusan Tanda CE (CE Mark) untuk SELUTION SLR dalam rawatan PAD. Anugerah ini disokong oleh hasil kajian Pertama pada Manusia. ", "Data daripada kajian SUCCESS PTA akan menjadi sebahagian daripada bukti klinikal yang menyokong pembaharuan Tanda CE pada tahun 2023/2024 di bawah European Medical Device Directive (MDR) yang baharu.", "SELUTION SLR juga telah menerima Status Gelaran Peranti Kejayaan Cemerlang daripada Food and Drug Administration (FDA) AS lesi bahagian bawah lutut periferal serta rawatan Fistula AV.", "Teknologi SELUTION SLR menggunakan MicroReservoirs unik yang diperbuat daripada polimer boleh biodegradasi yang bercampur dengan ubat antirestenotik sirolimus. MicroReservoirs ini menyediakan pelepasan ubat yang terkawal dan berterusan. Pelepasan sirolimus yang dilanjutkan daripada sten telah terbukti sangat berkesan dalam kedua-dua vaskulatur koronari dan periferal. CAT™ (Cell Adherent Technology) milik proprietari MedAlliance, membolehkan MicroReservoirs disalut pada belon dan melekat pada pembuluh lumen apabila dihantar melalui belon angioplasti.", "Ditubuhkan pada tahun 2008, MedAlliance ialah syarikat teknologi perubatan milik persendirian. Ia beribu pejabat di Switzerland dam mempunyai kemudahan di Irvine, California; Glasgow, UK; dan Singapura. MedAlliance mengkhusus dalam kemajuan teknologi canggih dan pengkomersialan produk kombinasi peralatan dan ubat yang maju untuk rawatan penyakit arteri koronari dan periferal. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://medalliance.com/", "Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries" ]
https://ering.com.my/2017/08/acer-one-10-komputer-riba-menggunakan-windows-10-pada-harga-rm1099/
Acer One 10 – Komputer Riba Menggunakan Windows 10 Pada Harga RM1,099
[ "Acer sekali lagi tampil memperkenalkan sebuah lagi komputer riba dengan spesifikasi asas khusus kepada pengguna baru dan golongan pelajar pada harga mampu milik. Acer One 10 ini dikuasakan oleh pemproses Intel® Atom ™ x5 dan perisian Windows 10, membolehkan pengguna memilih empat daripada mod seperti, mod riba untuk menaip, mod Pad untuk kegunaan skrin sentuh, mod Tent dan mod Display untuk hiburan.", "Peranti ini juga dilengkapi paparan jenis IPS HD penuh (1280×800) berukuran 10.1 inci dapat menghasilkan kepadatan warna yang konsisten dan jelas. Keluasan memori yang disediakan pada komputer riba ini menerima storan bersaiz 64GB eMMC serta terbina satu slot untuk kad microSD.", "Acer One 10 ini cukup ringan untuk dibawa kemana-mana dengan berat hanya 1.27 kilogram sahaja. Disamping itu, sambungan LAN tanpa wayar 802.11b/g/n yang pantas akan memudahkan pengguna dalam mengakses internet tanpa perlu risau. Jangka hayat bateri yang dimuatkan pula menggunakan 2-cell 5,910mAh mampu bertahan sehingga 10 jam dengan sekali pengecasan.", "Komputer riba yang nipis ini ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga yang rendah RM1,099 bersama jaminan antarabangsa satu tahun.", "Mulai 3 Ogos hingga 30 September, para pelanggan akan menerima baucar membeli-belah bernilai RM50 untuk mana-mana pembelian model-model Acer terpilih di bawah RM2,999. Kempen “Be Cool Everyday” boleh dilayari melalui laman sesawang Acer." ]
https://ering.com.my/2019/09/apple-perkenal-apple-tv-tawar-kandungan-eksklusif-pada-harga-kira-kira-rm19-90-sebulan/
Apple Perkenal Apple TV+ – Tawar Kandungan Eksklusif Pada Harga Kira-Kira RM19.90/Sebulan
[ "Dalam pada itu, Apple turut memperkenalkan perkhidmatan langganan filem dan siri-TV dikenali sebagai Apple TV+.", "Menariknya, ia menawarkan kandungan eksklusif terus pad peranti Apple anda.", "Apple TV+ boleh dilanggan pada harga $4.99 sebulan dan tersedia di 100 buah negara bermula 1 November ini.", "Lebih teruja apabila anda boleh menikmati langganan percuma akan diberikan selama 1 tahun apabila membeli peranti baharu iPhone." ]
https://ering.com.my/2016/02/jam-pintar-fesyen-dari-haier/
Jam Pintar Fesyen Dari Haier
[ "Bagi penggemar jam tangan pintar yang mementingkan reka bentuk yang elegan dan kemas, pastinya anda meminati Pebble Round, Samsung Gear S2 Classic dan beberapa model seumpamanya di pasaran. Kini anda mempunyai satu lagi pilihan terbaru yang juga menarik pada reka bentuknya dari Haier.", "Haier Watch adalah jam tangan yang sangat bergaya, ia hadir dalam pilihan tali kulit, logam dan silikon. Bahagian badannya pula diperbuat dari logam yang memberikan kemasan premium kepada keseluruhan peranti. Haier Watch mempunyai paparan skrin bulat dengan kiraan piksel 400×400, paparan tersebut merupakan antara yang terbaik anda boleh cari di pasaran ketika ini. Ia juga memuatkan RAM sebesar 1GB dan memori dalaman 8GB. Jam tangan ini menggunakan sistem operasi Android Marshmallow yang diubah suai dan ia juga hadir dengan ciri-ciri asas seperti pengimbas nadi, accelerometer dan pedometer." ]
https://ering.com.my/2020/12/dapat-potong-cukai-sehingga-rm5000-jika-beli-peralatan-elektronik-untuk-pekerja-bekerja-di-rumah/
Dapat Potong Cukai Sehingga Rm5000 Jika Beli Peralatan Elektronik Untuk Pekerja Bekerja Di Rumah!!!
[ "Ada suatu yang menarik buat majikan yang ingin menyuruh pekerja bekerja di rumah apabila majikan boleh mendapatkan potongan cukai sehingga RM5000 jika membeli peralatan bagi pekerja berkerja di rumah.", "Tidak kira sama ada majikan membeli telefon pintar, komputer riba mahupun tablet atau peranti lain, kesemuanya boleh menikmati potongan cukai sebanyak RM5000.", "Hal ini bagi mendorong majikan, terutama perusahaan kecil dan sederhana, untuk melaksanakan pekerjaan rumah" ]
https://ering.com.my/2018/03/mwc-2018-siri-baharu-qualcomm-snapdragon-700-ciri-ciri-premium-berharga-mesra/
MWC 2018: Siri Baharu Qualcomm Snapdragon 700, Ciri-ciri Premium Berharga Mesra
[ "Pada MWC 2018 tahun ini, selain peranti pintar menjadi fokus utama bagi seluruh dunia, teknologi juga merupakan salah satu kepentingan yang tidak boleh diabaikan pada zaman moden kini. Justeru itu, syarikat Qualcomm mengambil kesempatan memperkenalkan siri Qualcomm Snapdragon 700 Mobile Platform terbaru pada MWC 2018.", "Siri terbaru ini diletakkan di antara siri pertengahan Snapdragon 600 dan siri premium Snapdragon 800, ia jelas menunjukkan siri ini akan lebih menumpukan pada ciri-ciri premium SD800 tetapi dengan harga yang lebih mesra seperti SD600. Ini bermakna pengguna dapat membelanjakan wang yang sedikit untuk peranti yang lebih bagus.", "Secara khususnya, siri SD700 akan mengekalkan keunikan pada SD600 dan pada masa yang sama turut akan mengemaskini di samping mempertingkatkan keupayaan AI, kamera dan prestasinya.", "Walaupun masih tidak ketahui spesifikasi yang lebih mendalam pada SD700, namun apa yang pasti, kuasa pengkomputeran AI-nya meningkat dua kali ganda, kecekapannya meningkat sebanyak 30%, prestasi yang lebih tinggi dan mempunyai bateri yang lebih tinggi hangka hayatnya berbanding SD600.", "Menurut Qualcomm, ketersediaan SD700 yang pertama akan diedarkan kepada pengeluar peranti pintar pada pertengahan tahun 2018 ini, ini bermakna kita mungkin dapat melihat peranti dengan pemproses Snapdragon 700 bakal diperkenalkan akhir tahun 2018 atau seawal tahun 2019 nanti." ]
https://ering.com.my/2017/07/xiaomi-5x-hadir-dengan-snapdragon-625-dan-dwi-kamera/
Xiaomi Mi 5X Hadir Dengan Snapdragon 625 Dan Dwi Kamera?
[ "Sekeping poster yang mengandungi gambar seorang model sedang memegang telefon pintar Xiaomi terbaru kini sedang tersebar luas di laman sesawang. Jelas kelihatan, duta model tersebut sedang menayangkan sebuah telefon pintar keluaran jenama baru Xiaomi iaitu Xiaomi 5X.", "Poster ini turut memperlihatkan maklumat ringkas sistem konfigurasi seperti kehadiran set cip Qualcomm Snapgragon 625 dan paparan bersaiz 5.5 inci. Lebih ketara lagi, orentasi kamera pada peranti ni juga menggunakan sistem dwi kamera, dimana kesemua yang diletakkan memiliki tanda harga sebanyak CNY1,999 juga bersamaan RM1,266 mengikut kadar tukaran semasa.", "Sebelum ini, Xiaomi dimaklumkan akan memperkenalkan jenama baru di bawahnya bertujuan untuk pasaran jual beli konvensional dan bukannya secara atas talian. Berdasarkan gambar yang tertiris, model yang kelihatan di poster sebelum ini hampir sama dengan poster terkini. Sebagai tambahan, ada sumber juga mengatakan Xiaomi 5X akan hadir dengan varian lebih tinggi iaitu kapasiti RAM sehingga 6GB termasuk set cip Snapdargon 660. Walaubagaimanapun, Xiaomi 5X ini mungkin akan dilancarkan pada 26 Julai kelak." ]
https://ering.com.my/2018/03/apple-ipad-9-7-terbaru-dengan-sokongan-apple-pencil-diperkenalkan/
Apple iPad 9.7” Terbaru Dengan Sokongan Apple Pencil Diperkenalkan
[ "Syarikat Cupertino, Apple hari ini memperkenalkan sebuah tablet atau iPad generasi terbaru dengan skrin bersaiz 9.7-inci kepada umum. Pembaharuan yang dibawakan salah satunya ialah sokongan Apple Pencil untuk meluaskan penggunaan iPad seperti sebuah komputer.", "Kini iPad 9.7” dikuasakan oleh cip pemproses A10 Fusion empat-teras dengan prestasi 40% lebih baik berbanding model terdahulu. Paparan yang digunakan ialah berteknologi IPS Retina beresolusi 2048 x 1536p yang ditemani pengimbas cap jari, TouchID. Tablet iPad ini dioperasikan iOS 11 dengan bateri yang mampu bertahan seharian atau sehingga 10 jam melayari internet.", "Sudut lensa pula, iPad 9.7” dimuatkan dengan sensor kamera 8 Megapiksel f/2.4 dengan ciri Autofocus, Live Photo, HDR, Panorama, dan sebagainya. Kamera FaceTime pula hanya dibekalkan sensor 1.2 Megapiksel f/2.2 berkualiti HD 720p. Sementara unit rakaman menyokong video HD 1080p, gerak-perlahan 120fps, dan 3-kali zoom.", "Melalui sokongan Apple pencil, pengguna kini lebih mudah untuk melakukan suntingan video, gambar, dan kerja pejabat dalam masa sama iPad ini boleh membuka dua tetingkap secara serentak (multi-window). Disamping itu, peranti ini diintegrasikan dengan teknologi realiti-gabungan (AR) sesuai untuk kerja-kerja mereka bentuk atau kegunaan kanak-kanak.", "Apple iPad 9.7” dibina dengan tubuh badan aluminium seberat 469g disediakan dengan dua varian iaitu WiFi dan 4G + WiFi. Difahamkan ia akan mula berada di pasaran Malaysia sekitar Mei depan." ]
https://ering.com.my/2016/10/penghantaran-iphone-7-dalam-masa-24-jam-itu-janji-maxis/
Penghantaran iPhone 7 Dalam Masa 24 Jam, Itu Janji Maxis
[ "Mulai hari ini anda sudah boleh melakukan pra-tempah melalui program Maxis Everywhere Express, program tersebut menjanjikan peranti akan sampai kepada anda dalam masa 24 jam, walau di mana sahaja lokasi anda berada.", "Tawaran ini agak menarik kerana anda pastinya mahu peranti yang telah dibeli dengan begitu mahal sekali cepat sampai ke tangan anda, jadi salah satu caranya adalah melalui program yang ditawarkan Maxis ini. iPhone 7 dan 7 Plus dijamin berada dalam genggaman anda pada 14 Oktober, jadi tunggu apa lagi!" ]
https://ering.com.my/2019/01/sekatan-infrastruktur-huawei-5g/
Malaysia Bakal Kaji Keperluan Sekatan Infrastruktur HUAWEI 5G
[ "Kerajaan akan menjalan kajian terperinci terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan menyekat HUAWEI daripada membina kelengkapan 5G di Malaysia – susulan kebimbangan berhubung pengintipan siber yang semakin serius di negara barat.", "Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan berkata, Malaysia tidak akan mengikuti apa yang dilakukan oleh orang lain, sebaliknya akan mengkaji dan memastikan sama ada ia sesuatu yang berasas untuk diambil tindakan sedemikian.", "Tambah beliau lagi, setakat ini Malaysia masih belum menemui apa-apa bukti HUAWEI melakukan sebarang kesalahan ataupun aktiviti pengintipan di negara ini.", "Terdahulu, beberapa negara termasuk Australia dan New Zealand pernah mengeluarkan perintah larangan ke atas HUAWEI daripada membekalkan kelengkapan 5G di negara tersebut.", "Larangan itu dikuatkuasakan atas alasan keselamatan yang mana peralatan HUAWEI didakwa berkemungkinan digunakan untuk mengintip oleh pihak berkuasa China.  Perkara itu bagaimanapun dinafikan sekeras-kerasnya oleh HUAWEI dan menegaskan dakwaan tersebut tidak berasas." ]
https://ering.com.my/2016/04/pengubahsuaian-app-store/
Pengubahsuaian App Store
[ "Apple dikhabarkan mungkin akan mengubah susun atur aplikasi pada App Store mereka. Mengikut beberapa sumber, Apple sedang merangka dan meneliti kemungkinan bahawa cas diperkenalkan kepada developers untuk menjadikan aplikasi mereka lebih kerap dipaparkan pada sistem carian.", "Ini bermakna apabila pengguna menaip terma pada bar carian, developers yang mahukan aplikasi mereka lebih kerap dipaparkan pada carian tersebut haruslah mengeluarkan sejumlah wang sebagai yuran servis kepada Apple. Menurut ura-ura, ketika ini hampir 100 orang pekerja Apple sedang melakukan kajian dan eksperimen ke atas model App Store terbaru ini. Ketika ini masih tiada pengesahan rasmi dari Apple tentang perkembangan terbaru ini, dan apakah reaksi yang bakal diberikan para developers sekiranya langkah pengubahsuaian tersebut benar-benar diambil pada masa hadapan." ]
https://ering.com.my/2018/12/nvidia-titan-rtx-dikhabarkan-kad-grafik-berkuasa-dari-nvidia/
NVIDIA TITAN RTX Dikhabarkan Kad Grafik Berkuasa Dari NVIDIA
[ "\nDalam 1 maklumat tertiris oleh Linus Tech Tips bahawa kad grafik terbaharu NVIDIA iaitu NVIDIA TITAN RTX, yang dikhabarkan merupakan kad grafik paling berkuasa bagi syarikat tersebut.", "Walaupun spesifikasi khusus bagi kad grafik ini masih belum diketahui umum, namun menurut desas-desus ia dikatakan masih menggunakan cip pemproses grafik Turing TU102 (4608 teras CUDA, 72 teras Turing).", "Dalam pada itu, ia turut didakwa hadir dengan jumlah memori GDDR6 sebanyak 12GB, jauh lebih besar berbanding NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti yang mana ia hanya 11GB sahaja.", "Tarikh dan waktu NVIDIA akan mengumumkan kehadiran kad grafik ini masih tidak diketahui. Kita tunggu sahaja update terkini daripad NVIDIA.", "Nvidia GeForce GTX 1080 Ti, Kad Grafik Terpantas Dari NVIDIA" ]
https://ering.com.my/2019/11/jimat-sehingga-rm400-miliki-siri-oppo-reno-pada-harga-bermula-rm1699/
Jimat Sehingga RM400 – Miliki Siri OPPO Reno Pada Harga Bermula RM1,699! Ketersediaan Sekarang!
[ "Bersempena acara beli-belah terbesar jualan 11.11 hari ini, nampaknya banyak pihak yang berlumba – lumba menawarkan harga terbaik untuk orang ramai. OPPO juga tidak mahu ketinggalan apabila mereka kini menawarkan harga baru untuk siri OPPO Reno – di mana bermula pada harga RM1,699!", "Untuk makluman, korang kini boleh memiliki OPPO Reno pada harga RM1,699 (harga asal : RM1,999). Manakala, OPPO Reno 10x Zoom pula ditawarkan pada harga RM2,999 (Harga asal : RM3,399). Ha! Menarik bukan? Jadi! Bagi yang berminat, korang boleh dapatkannya menerusi beberapa saluran berbeza termasuk OPPO Concept Stores, OPPO Official Sales Point seluruh Malaysia, OPPO Official Website, Lazada dan Shopee." ]
https://ering.com.my/2018/03/kedai-konsep-pertama-legion-dilancarkan-di-digital-mall/
Kedai Konsep Pertama Legion Dilancarkan Di Digital Mall
[ "Lenovo merupakan jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Permintaan yang memberansangkan dari kalangan peminat tempatan membuatkan Lenovo mengambil keputusan untuk membuka kedai konsep Legion yang pertama di negara ini.", "Berada di lokasi yang strategik, peminat laptop gaming kini boleh mengunjungi kedai konsep Legion di Digital Mall, Petaling Jaya. Premis seluas 930 kaki persegi ini menyediakan zon pengalaman kepada pengunjung untuk mencuba sendiri peranti realiti maya (VR) dan barisan produk komputer Legion yang dipamerkan.", "Sehubungan dengan itu, ia sekaligus dapat memberi lebih banyak pilihan kepada peminat komputer gaming di Malaysia.", "Dalam masa sama, Lenovo turut mengadakan promosi untuk produk terpilih mereka. Bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2018, pelanggan boleh mendapatkan hadiah bernilai sehingga RM508 apabila mereka membeli produk Legion di kedai eksklusif Lenovo atau kedai rasmi atas talian." ]
https://ering.com.my/2018/06/celcom-easyphone-baharu-membolehkan-pelanggan-menyewa-peranti-idaman/
Celcom EasyPhone Baharu Membolehkan Pelanggan Menyewa Peranti Idaman
[ "Celcom baru-baru ini menambah baik pelan EasyPhone mereka, kali ini menawarkan cara yang lebih fleksibel dan paling mudah kepada pelanggan untuk memiliki peranti idaman dengan hanya menyewa tanpa perlu membelinya. Tawaran ini diadakan bersempena menyambut Piala Dunia 2018 didalam kempen #kitaboleh.", "Melalui penawaran ini, pelanggan Celcom boleh mendapatkan barisan telefon pintar terbaru dengan harga lebih rendah. Seperti contoh, iPhone X boleh disewa pada harga serendah RM99 sebulan berbanding membelinya pada harga RM137 sebulan. Ia didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan dimana pelanggan perlu menjaga peranti daripada sebarang kerosakkan berlaku.", "Bagi mengelakkan pelanggan dikenakan penalti semasa proses pemulangan, Celcom mensarankan pelanggan untuk membeli pelan perlindungan bagi peranti-peranti yang disewa. Bagi pengguna yang akan menghabiskan kontrak EasyPhone sedia ada, mereka boleh mendaftar pelan sewaan ini pada penghujung tempoh kontrak.", "Sementara untuk pelanggan baru, mereka boleh melanggan pelan EasyPhone baharu ini di mana-mana BlueCube seluruh Malaysia bermula hari ini. Maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Celcom." ]
https://ering.com.my/2016/06/khabar-angin-peranti-terbaru-blackberry-bakal-dihasilkan-oleh-tcl/
[KHABAR ANGIN] Peranti Terbaru BlackBerry Bakal Dihasilkan Oleh TCL
[ "Percubaan pertama BlackBerry dalam penghasilan peranti Android nampaknya kurang berjaya. Kurang daripada sejuta unik Blackberry Priv terjual setakat ini dan mereka melaporkan kerugian yang mencecah hampir USD600 juta pada suku pertama 2016. Kegagalan Priv dikatakan adalah kerana harga jualannya yang terlalu tinggi. Belajar daripada kesilapan itu, BlackBerry dikhabarkan akan melancarkan sebuah peranti baru pada harga mampu pada bulan Julai ini. Berita mengenaimnya telah tertiris semalam apabila sekeping gambar telah tersebar secara meluas di Internet.", "Menariknya, peranti yang hadir dengan kod STH100-2 ini dihasilkan oleh TCL yang mengeluarkan peranti berjenama Alcatel. STH100-2 dipercayai adalah BlackBerry Hamburg yang menampilkan skrin berukuran 5.0 inci dengan resolusi HD penuh dan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 615. Khabar angin memberitahu, BlackBerry Hamburg hanya mempunyai skrin sentuh sepenuhnya tanpa papan kekunci fizikal sepertimana BlackBerry Priv. Kepada peminat tegar BlackBerry yang mahukan senuah peranti mampu milik, nantikanl sahaja kemunculan BlackBerry Hamburg pada bulan hadapan." ]
https://ering.com.my/2019/05/apple-ipod-touch-2019-hadir-dengan-cip-a10-fusion-harga-bermula-rm899/
Apple iPod Touch 2019 Hadir Dengan Cip A10 Fusion – Harga Bermula RM899
[ "Apple iPod Touch yang sudah lama tidak menerima kemas kini, akhirnya telah mengumumkan iPod touch 2019 yang menggunakan cip pemproses A10 Fusion seperti pada iPhone 7.", "Pemain muzik iPod Touch kini telah memasuki generasi yang ke-tujuh dan dengan kemas kini baharu ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri menarik salah satunya adalah Apple Arcade.", "Ia dilengkapi dengan paparan skrin 4 inci retina beresolusi 1136 × 640 piksel, terdapat 3 jenis storan iaitu 32GB, 128GB dan 256GB untuk dipilih. Bahagian kamera pula diletakkan lensa utama 8MP dan kamera swafoto 1.2MP, dan beroperasi iOS 12.", "iPod Touch kini ditawarkan pada harga bermula RM899, RM1,349 dan RM1,799, menariknya terdapat sebanyak 6 warna yang boleh dipilih antaranya Pink, Silver, Space Gray, Gold, Blue dan Red (Product RED).", "Maklumat lanjutan, layari laman rasmi Apple." ]