[{"title": "Cara_memupuk_amalan_membaca_Karangan_Sekolah_Rendah", "content": "Amalan membaca dapat membantu pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan seperti kata \u201cmembaca itu jambatan ilmu\u201c. Minat membaca harusdigalakkan untukmelahirkangenerasi muda yang cemerlang. Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.", "url": "https://karangan.net/cara-cara-untuk-memupuk-minat-membaca-dalam-kalangan/"}, {"title": "Ibu_bapa_menjadi_teladan", "content": "Untukmemupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa harus menjadi contoh kepada anak-anak. Mereka harus mengamalkan budada membaca di rumah supaya anak boleh melihat tingkah laku dan mencontohi. Sebagai ibu bapa, mereka boleh menjadikan membaca sebagai alaman kehidupan dan mewujudkan suasana membaca di rumah. Ibu bapa juga boleh membaca buku-buku cerita untuk anak sejak kecil. Dengan cara ini, minat membaca dapat dipupuk pada peringkat awal lagi.", "url": "https://karangan.net/cara-cara-untuk-memupuk-minat-membaca-dalam-kalangan/"}, {"title": "Berkunjung_ke_Perpustakaan", "content": "Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan. Di perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai jenis buku yang digemari oleh mereka. Malah, di perpustakaan sering diadakan aktiviti dan peluang berkunjung ke perpustakaan, minat kanak-kanak terhadap buku dan tabiat membaca akan bertambah. Apabila minat membaca telah ada, dengan sendirinya kanak-kanak ini akan ke perpustakaan untuk meminjam buku yang digemari oleh mereka.", "url": "https://karangan.net/cara-cara-untuk-memupuk-minat-membaca-dalam-kalangan/"}, {"title": "Pesta_Buku", "content": "Selain itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke pesta buku. Wang untuk membeli buku harus ada walaupun sedikit. Di pesta atau pameran buku, Ibu bapa boleh membeli bahan bacaan yang bersesuaian sambil dapat berjimat. Pelbagai jenis bahan bacaan boleh didapati di pesta buku. Ibu bapa haruslah memberikan peluang kepada anak-anak untuk memilih bahan bacaan dan membeli buku pilihan mereka. Minat membaca lebih mudah diterapkan jika anak-anak dapat memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan mereka.", "url": "https://karangan.net/cara-cara-untuk-memupuk-minat-membaca-dalam-kalangan/"}, {"title": "Peranan_Sekolah", "content": "Tamabahan pula, pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk memupuk minat membaca. Pihak sekolah harus menyediakan bahan baca seperti pelbagai jenis buku,surat khabar dan majalah di perpustakaan sekolah. Hal ini adalah disebab terdapat pelajar yang suka membaca tetapi keluarganya miskin dan tidak sanggup membeli bahan baca. Selain itu, cikgu haruslah sentiasa memupuk pelajar untuk mengisi masa lapang dengan membaca kerana amalan ini memberi banyak faedah dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.", "url": "https://karangan.net/cara-cara-untuk-memupuk-minat-membaca-dalam-kalangan/"}, {"title": "Penutup_Karangan_membaca", "content": "Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sedikit demi sedikit bak kata peribahasa, \u201cSehari selembar benang, lama-lama menjadi kain\u201d. Jika usaha ini dilakukan, minat membaca akan bertambah dan akhirnya budaya membaca menjadi amalan harian kanak-kanak. Karangan SPM: Kepentingan Membaca", "url": "https://karangan.net/cara-cara-untuk-memupuk-minat-membaca-dalam-kalangan/"}]